PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Tuesday, May 26, 2009

Wanita UMNO Cabar PAS di Manek Urai ?

Dr Novandri Hasan Basri

MalaysiaKini telah menyiarkan satu berita yang pada pendapat penulis relevan dengan kehangatan yang semakin memuncak di Manek Urai.

Rohani Abdul Majid, ketua Wanita bahagian Kuala Krai telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BN di pilihanraya kecil Manek Urai. Kata beliau :-

"Jika sukar untuk memilih calon, mungkin dengan pemilihan saya boleh menyelesaikan masalah tersebut.

"Dalam sejarah Manek Urai sendiri, Umno tidak pernah memberi peluang kepada wanita menjadi calon."


Tentu ramai yang skeptikal dan memandang ringan cadangan ketua Wanita bahagian Kuala Krai itu.

Tetapi bagi penulis, cetusan pandangan daripada beliau perlu diambil dengan saksama dan serius. Bagi penulis, tanpa wanita di dalam UMNO, sebarang program kelolaan UMNO akan muram dan mungkin tidak cukup korum.

Penulis bukan serkap jarang tapi tanyalah kepada sesiapa sahaja yang aktif di dalam UMNO cawangan dan bahagian, kumpulan manakah yang paling ramai menyertai program-program tersebut?

Jawapannya sama iaitu wanita UMNO.

Semasa penulis memberi ceramah di depan wanita UMNO bahagian Bayan Baru tidak lama dulu, penulis mengakui bahawa nawaitu wanita masuk dan aktif di dalam politik agak berbeza jika dibandingkan dengan yang lain.

Rata-rata wanita yang aktif sudah mempunyai keluarga dan mereka sibuk untuk menguruskan hal ehwal rumah tangga. Seseorang wanita itu perlu mengorbankan masa jika beliau mahu masuk UMNO secara serius. Dan mereka tidak mempunyai angan-angan tinggi untuk meneroka dan menjawat jawatan di dalam UMNO.

1. Secara peribadi, penulis beranggapan bahawa politik dan program-programnya adalah satu tempat untuk seorang wanita itu berjumpa, bergaul dan beramah mesra sesama sendiri. Jarang kita dengar wanita UMNO berkumpul di kedai-kedai kopi sehingga lewat malam jika dibandingkan dengan lelaki!

2. Hati wanita masih tetap di rumah. Makanya, sebarang program UMNO yang berfaedah akan dipenuhi dengan wanita. Pokoknya, seseorang wanita itu dapat melakukan satu aktiviti yang lain daripada kebiasaan seharian mereka.

3. Dan apabila seseorang wanita itu benar-benar aktif di dalam politik, aktiviti-aktiviti seperti mengejar projek, tender atau pun rasuah, kurang kedengaran kerana mereka bukannya ketua rumah atau periuk nasi keluarga tersebut. Si suami masih berperanan untuk menjana kewangan keluarga.

4. Makanya, segala hanky panky di dalam politik tidak dipandang serius di dalam wanita UMNO, apatah lagi jika kawasan tersebut masih bertaraf kampung atau bandar kecil.

5. Wanita yang menjawat jawatan tinggi di dalam UMNO pula biasanya berkaliber tinggi dan telah mengorbankan masa keluarga tetapi yang paling penting ialah setiap ahli keluarga beliau mengiktiraf perjuangan ibu atau isteri mereka itu.

Menurut MalaysiaKini, selain Rohani, ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman, naib ketua bahagian Che Jalal Muda dan ketua Pemuda Tuan Aziz Tuan Mat disebut-sebut menawarkan diri.

Apa pun, penulis berharap agar satu kata putus yang diterima dengan sebulat suara akan tercapai di dalam jentera BN di Manek Urai.

Dan setiap jentera BN memainkan peranan 100% tanpa berlaku protes atau boikot dalaman seperti yang berlaku di pilihanraya-pilihanraya yang lepas.

Tambahan pula, BN mempunyai satu tugas yang sangat rumit di Manek Urai. Majoriti 1,352 undi merupakan satu angka yang besar dan allahyarham pula merupakan salah seorang ADUN yang senior di Kelantan. Pastinya, beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disenangi oleh penduduk-penduduk di sana.

Akan tetapi, ciri-ciri tersebut tidak semestinya dipunyai oleh calon baru parti pembangkang. Penduduk Manek Urai tidak terikat lagi dengan parti yang menaja Allahyarham dahulu.

Makanya, penduduk Manek Urai mempunyai segala masa dan pertimbangan untuk memilih ADUN baru yang dapat memenuhi citarasa dan harapan mereka.

Mungkin kehadiran wanita UMNO sebagai calon BN nanti akan dapat diterima dengan lebih baik oleh penduduk Manek Urai berdasarkan 5 pandangan penulis seperti di atas.

Seperkara lagi, PK Manek Urai adalah tempat terbaik untuk UMNO dan BN menggunapakai strategi pilihanraya baru dan tidak terikat dengan konsep lama yang tidak efektif lagi.

UMNO patut mengurangkan penyertaan ahli-ahli daripada luar kawasan dan memfokuskannya kepada ahli-ahli tempatan. Sebarang peruntukan yang turun untuk PK Manek mesti diagih-agihkan dengan transparen dan digunakan untuk mengerakkan jentera pilihanraya BN tempatan dengan efektif.

Kesempatan ini juga diharapkan dapat meningkatkan kewangan peniaga-peniaga kecil di Manek Urai. Jentera BN sepatutnya keluar dan makan di gerai-gerai dan bukannya lagi makan di pejabat-pejabat UMNO atau BN.

Dengan cara itu, jentera UMNO akan dapat bersama-sama penduduk Manek Urai dan secara tidak langsung akan meningkatkan perniagaan peniaga-peniaga tersebut. Bak kata perpatah, menyelam sambil minum air.

PK Penanti tidak di dalam senarai UMNO dan BN, makanya PK Manek Urai adalah masanya untuk UMNO dan BN berbuat sesuatu yang miracle agar BN berjaya kelak. Insyaallah.

Statistik Pilihanraya 2008 :-

N41: MANEK URAI: 12,292
1. Zulkifli Omar (BN) 4,394
2. ISMAIL YAACOB (PAS) 5,746
Maj: 1,3352
Jumlah Mengundi / Votes cast : 10,332
Peratus Mengundi/Percentage Voted : 84
Rosak / Spoilt Votes : 192
(2004: MOHAMED ZULKEPLI OMAR (BN-UMNO) Maj: 53)

Jumpa di Manek Urai...

2 comments:

Anonymous said...

saya kurang bersetuju sebenarnya apabila perempuan menjadi ADUN..wanita dilahirkan untuk dipimpin bukan memimpin..jangan disanggah hukum alam..bencana nanti..bukan nak merendahkan kaum wanita..semuanye ciptaan tuhan..baik buruk semua ciptaan tuhan..

pasal kejar tender pun saya tak setuju..nama pun manusia, selagi iman ader kat dalam dada selagi itu nilai2 integriti tue ader..tak kisah ar perempuan atau lelaki..

sapphire_cr@yahoo.com.my

Anonymous said...

gambar diatas tu, kalo tgk dengan teliti...btul ker nizar tu? tak mcm nizar je....mcm cipan ada la...

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED