PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Monday, June 22, 2009

Kenyataan Media Pakatan Rakyat Yang Berbelit?

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin merujuk kepada kenyataan media majlis pimpinan pakatan rakyat yang dikeluarkan hari ini. Ianya merupakan kenyataan media bersama DS Abdul Hadi Awang, rakan baik Hadi, Lim Kiat Siang dan juga DS Anwar Ibrahim.

Di antaranya :-

"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/ Barisan Nasional yang merupakan satu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat."

Penulis hairan dengan kenyataan di atas di mana parti PR menuduh UMNO/BN melakukan fitnah dan tohmahan kononnya mengada-adakan isu penubuhan kerajaan perpaduan bersama parti PR!

Jika sekali imbas dan tanpa berfikir panjang, ramai yang akan tertipu dengan kenyataan berbelit kepimpinan parti PR itu.

Lebih-lebih lagi kepada mereka yang fanatik dan percaya bulat-bulat kepada Anwar Ibrahim dan yang menyokong perjuangan hidup Lim Kiat Siang yang tidak akan membenarkan negara Malaysia ini diiktiraf sebagai negara Islam.

Hadi Awang, Presiden Pas pula mendapat satu tamparan yang sangat hebat bagi diri beliau sendiri kerana terpaksa mendapat persetujuan daripada rakan politik kafir beliau.

Seperti yang kita ketahui, Hadi Awang pernah melaknat UMNO kerana bekerjasama dengan orang kafir dan beliau juga mengeluarkan fatwa beliau (klik di sini..)

Ironinya juga, segala persoalan, perdebatan, harapan, kekecewaan dan kebingungan yang berlaku sejak seminggu dua ini sebenarnya bertitik tolak kepada idea Hadi Awang itu sendiri, salah seorang yang menandatangani kenyataan media Pakatan Rakyat (PR).

1. Hadi Awang sendiri yang menggariskan konsep kerajaan perpaduan dan ianya didokumenkan di dalam Harakah, suratkhabar Pas sendiri! (rujuk artikel ini)

2. Kenyataan bahawa DAP dan PKR sudah bersetuju dengan konsep kerajaan perpaduan juga datang dari Hadi Awang bukannya UMNO/BN. (rujuk artikel ini..)

Makanya, jika segala keriuhan dan keresahan Anwar Ibrahim dan Lim Kiat Siang terhadap isu kerajaan perpaduan adalah disebabkan oleh kenyataan Hadi Awang, rakan seperjuangan mereka, mengapakah UMNO/BN yang dituduh melakukan fitnah dan tohmahan?

Kenapakah kepimpinan parti PR masih mahu menyelitkan nama UMNO/BN di dalam kenyataan media itu jika isunya ialah kekeliruan tentang idea Hadi Awang?

Ya, memang benar UMNO/BN pernah mengusulkan kerjasama di antara parti-parti Melayu di negara ini tetapi kita mesti tahu bahawa isu yang panas diperkatakan sekarang ini bertitik tolak kepada idea Hadi Awang bukannya UMNO/BN.

Makanya, sebagai seorang pemimpin bertaraf ulama oleh ahli-ahli Pas, Abdul Hadi Awang patut mengaku ketelanjuran parti PR menuduh UMNO/BN membuat fitnah dan tohmahan serta mengaku bahawa segala yang berlaku sejak seminggu dua ini adalah disebabkan oleh diri beliau sendiri.

Barulah ulama terpuji namanya!

Artikel seterusnya : Klik di sini..

15 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

Islam ajar umatnya menipu dan membunuh sesama sendiri...itulah konsep Islam PAS, pimpinan Haji Hadhi

justice through law said...

ckp belit2 doc.rasanya haritu dia ckp geng2 pr dh paham dan setuju.skang nuduh umno plak.
saya lihat pas tak ikhlas nk perjuangkan islam.dahulu kata nk tubuhkan negara islam.skang bila bergabung dgn pkr dap.mereka silent ttg ni.since that mereka xberjuangkan negara islam lagi,apa salahnya mereka bergabung dgn umno dari bergabung dgn pkr dap yg terang2 xnak kpd islam

The Hobbit Frodo said...

Dr. saya sangat kecewa ngan TGHH... satu sbb UG x jadi, and jugak knyataan yg berbelit. Mmg mampu geleng kepala jer ~ Islam dan Melayu suatu saat nti pasti bukan lagi tuan di bumi sendiri. Semoga dijauhkan dan Allah sentiasa melindungi. UMNO / BN kuatkan GENGGAMAN kita ..

Parpu Kari said...

Hadi Flip Floppy! Kita pun tak ingin la nak kerjasama dgn PARTI WEREWOLF! Dah jenis puja bulan, cakap mana boleh pakai

Pejuang Bangsa said...

sy setuju Dr , kaki pembelit akhinya sudah terbelit dirinya sendiri.

saya berpendapat ada hikmah disebalik semua ini Dr, apabila kerajaan perpaduan ini dicadangkan oleh Hadi , UMNO setuju kerjasama tetapi akhirnya Hadi sendiri menarik balik hasratnya itu semata-mata mengikut telunjuk DAP dan Anwar.

Kita harap perkara ini dpt membuka mata umat melayu yg inginkan perpaduan dan penyatuan melayu ,tetapi akhirnya ia musnah kerana PAS sendiri tidak mahu bersatu.

Faiz Jamaluddin said...

www.masterfaiz.co.nr

Saya tak mau komen ttg ini.
Tp sy pernah dgr yg PAS gunakan Pakatan utk tawan Sabah & Sarawak seterusnya menang pilihanraya. Bila dah kuat nanti, DAP pulak akan dihancurkan.

Entahlah betul ke tak..

www.masterfaiz.co.nr

TokAyah said...

Rakyat perlu berhati-hati dengan cara Al Juburi berpolitik. Kalau di Iran kemenangan Ahmedinijat tidak diterima oleh penyokong2 lawannya sehingga sanggup merusuh. Tidak dinafikan penyokong-penyokong Aljuburi akan merusuh dijalan-jalanraya sekiranya keputusan mahkamah kesnya bersama saiful tidak memihak kepada Al Juburi.

Anonymous said...

cakap senang la....hidup asyik ngadu domba buat apa. kamu tak tenngok ke apa BN dah buat kat sekolah agama rakyat selama ini.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Anony 6:44,

You are missing a point here.

Kita sedang membicarakan satu isu yang dicipta oleh parti Pas tetapi UMNO/BN pula yang dituduh membuat fitnah & tohmahan.

Jawap isu ini.

nalapambu said...

Itulah hebatnya DSAI yang menerajui PR. Segala masalah yang timbul dengan segera dapat diselesaikan oleh nya. Sekarang sudah nampak jelas bahawa DSAI dan LKS boleh diharaf memerintah negara.

Pada mula nya PAS dibawah pimpinan Tn Guru Hj Hadi tertarik dengan kerajaan perpaduan. Tentangan hebat dari Tn Guru Hj Nik Aziz telah membawa krisis ini kemeja pengadilan.

Dari mula lagi nala sudah agak bahawa kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh BN tidak sesuai bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia.

Sebenarnya tujuan ianya diujudkan cuma untuk menyatu padukan melayu/Islam yang sudah berpecah belah. Tetapi sebaliknya ianya akan mengancam keharmonian kaum lain.

Nala sangat gembira kerana PAS yang pada mulanya mahukan kerajaan perpaduan akhirnya bersetuju menolaknya. Mungkin PAS sudah sedar bahawa kerajaan Perpaduan tidak membela semua kaum seperti PR.

Sejak tertubuhnya PR, sudah nampak nyata kaum cina dan india sudah lebih menonjol kehadapan dalam politik Malaysia. Kalau dulu kaum ini terkongkong di bawah BN, sekarang sudah bebas dan ada lebih berkuasa dan bersuara.

Kami sangat berhutang budi kepada melayu dalam PAS dan PKR yang telah membantu memberi lebih kekuatan kepada kami.

Sekarang kaum india dan cina sudah ada lebih kuasa dalam politik di Malaysia kerana pertolongan kaum melayu dalam PAS dan PKR. Jika PR sudah dapat berkuasa penuh memerintah negara, Jasa2 melayu dalam PAS dan PKR ini akan terus dikenang.

adibeta said...

Doc,
1.Ada pandangan ,UG hanyalah acah-acah Hj Hadi kpd PR dan sbg amaran PAS sepatutnya yg memimpin PR bukan PKR atau DAP...

2.Dan pandangan tersebut semakin menjadi kenyatan berdasarkan perkembangan terkini...

3.Kira selesailah UG.

4.Spt kata keluangman, tumpukan kepada usaha pembaharuan 'pemodenan' secara tradisi yang boleh diterima rakyat.Kalau rakyat melihat UMNO sbg pokok rendang, berbuah,Insya-Allah ramai yg sudi berteduh.

5.Namun jika dilihat sbg kapal yang dah hampir karam,semua akan lari...

6.Terserahla kepada 'nahkoda'....

noi/moi said...

Firman ALLAH SWT
hayati baik-baik Surah An-Nas, Surah terakhir (114:1-6)
Hayati baik-baik dengan hati yang ikhlas bukan dengan akal singkat.
ISLAM bukan untuk dibangga-bangga. ISLAM mesti diamalkan seIKHLAS LILLAHITAALA.
ISLAM bukan untuk diTEMPEL sebagai TV ISLAM, Bank ISLAM atau apa juga.
ISLAM itu kebenaran.
ISLAM itu keadilan.
Kebenaran dan Keadilan daripada ALLAH SWT.
Andai insan belum ada Kalimah Tauhid bela Kebenaran dan Keadilan, ISLAM mesti meraikan mereka.
Tidak ada guna menempel-nempel ISLAM, bermegah-megah dengan masjid malah ALLAH SWT melaknat insan lalai dalam solat.
INI YANG KITA KENA PAHAM BETUL-BETUL.
Di Israel, kita tak hairan Zionis Yahudi tak puas-puas menghantar para syuhada' hidup aman makmur di sisi TUHAN YANG MAHA KAYA kerana Zionis Yahudi terkeliru oleh Talmud.
Di Malaysia, ambo beraso amat sedih bila mana insan-insan yang mengaku ada Kalimah Tauhid, bermati-matian menghancurkan ISLAM. Inilah penangan ajaran sesat Puak Angkuh Pertubuhan dongeng ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.
Ambo malas dah nak cerita bab Kerajaan ISLAM Kelantan sebab itu semua dah diketahui. Ambo tak salahkan Yang mulia Najib atau Saudara Bijakpintar Khairy kerana mereka hanyalah pencacai. Mereka terkeliru.
Hari tu, ambo berkesempatan mendengar Point of View di ntv7.
Ambo dengar hujjah dari Tunku Aziz, Naib Presiden DAP dan Tuan Tajuddin Pasir Salak.
Sejuk hati ambo mendengar hujjah bernas dari seorang Melayu DAP.
Tapi bila Tajuddin berhujjah, menitis air mata ambo kerana inilah penangan Puak Angkuh Pertubuhan dongeng ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH.
Kata-kat Tajuddin penuh FITNAH, ANGKUH dan BURUK SANGKA.
Ambo nak pesan pada diri ambo dan sahabat sekalian, Lim Guan Eng lahir sebagai belum ada Kalimah tauhid, kalau nanti dia bersyahadah, lebih enak kerana dia mencari.
SEDANGKAN KITA???
LU PIKIR LAH SENDIRI BEB!
PASforALL mengalu-ngalukan insn-insan terkeliru dengan karpet merah.
RASULULLAH SAW mengambil segala keputusan berdasarkan Maslahat Ummah@ Kepentingan Umat.
Andai betul sekalipun Anwar itu meliwat, itu peribadi dia, sekurang-kurangnya dia pernah menyokong TERANG-TERANGAN Perjuangan diketuai Wali ALLAH SWT.
Bab hati dan peribadi kita serah pada ALLAH SWT.
Demi kepentingan ummah Rakyat Majmuk Malaysia, Puak Angkuh Pertubuhan dongeng ZIONIS umno-bn LAKNATULLAH wajib dihancur-lebur selumat-lumatnya kerana...
UMMAH KITA SUDAH SEBEGITU NAZAK.
YANG BETUL DIKATAKAN SALAH
YANG SALAH DIBANGGA-BANGGAKAN.

Semalam, seorang veteran umno j.bahru datang memeluk ambo dan berbisik, TOLONG CAKAP PADA TUAN GURU NIK AZIZ & TOK GURU HADI...JGN MASUK PERANGKAP ZIONIS.
Air mata beliau menitis.
ambo pun sama.
Benarlah...
Keterbukaan Ukhuwwah Berbeza Pandangan Anugerah Agung ILAHI kerna...
Taufiq Hidayah HakMilik Mutlaq ALLAH SWT.

TASBIH!
TAHMID!
TAKBIR!
ISTIGHFAR!

JGN LUPA ALLAH SWT

Parpu Kari said...

UMNgok parti rasuah sapa nak kerjasama dengan hang. Dulu hang puji Hadi dengan Nasha tapi sekarang hang kutuk balik. Itulah jenis manusia puak UMNgok.

Anonymous said...

lupakan UMNO dan BN mari kita buat satu pimpinan muda baru yang tiada politik orang tua2 BN dan PR.

kita generasi muda malaysia yang bakal memimpin negara ni adakah kita perlu lagi tersepit antara permainan politik gila kuasa orng tua2 BN dan PR???

-anti partisan-

noris helmi nordin said...

senang je , lepas ni top management berjumpa jelah kat luar. PM,TPM dan Hadi, Nasa. Bincang je sambil minum teh tarik. Takkan itu pun nak takut? Usul asal PAS yang bawa. PM pun dah ready nak jumpa. Objektif asal yang ikhlas itu penting. Kuat dugaan mereka yang mengakui diri mereka ulama di zaman moden ini................

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED