PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Monday, June 22, 2009

Wanita Tidak Diiktiraf Dalam Pas?

Dr Novandri Hasan Basri

Persoalan, 'apakah wanita tidak diiktiraf dalam Pas' timbul apabila Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Masyarakat PAS, Dr Lo' Lo' Ghazali melihat dalam muktamar kali ini, peranan yang dimainkan oleh muslimatnya semakin mengecil.

"Saya menerima beberapa aduan daripada Ketua Muslimat dan juga wakil Muslimat yang dinafikan mewakili kawasan atau bilangan mereka semakin dikurangkan," katanya.

Sehubungan itu katanya beliau berharap usia PAS yang semakin matang itu memberi perhatian di atas perkara tersebut.

...."Sudah sampai masanya Muslimat melepasi era 'tea lady' dan bukan sebagai AJK hadiah, cenderahati tetapi muslimat hendaklah bersama-sama berperanan untuk membuat atau memberi sumbangan serta cadangan untuk membuat keputusan di peringkat pusat." katanya. - HarakahDaily.Net

Sungguh mengecewakan sekali !

Jika kepimpinan Pas sanggup memandang tinggi YB Eli Wong yang 'panas' dengan skandal bogel beliau (klik di sini..) dan diberikan penghormatan untuk berucap di pentas Pas, apakah ketua-ketua muslihat tidak sehebat Eli?

Jika kepimpinan Pas sendiri tidak memandang tinggi kepada ahli-ahli wanita dan ketua-ketua muslimat Pas, apakah Pas akan terbuka hati untuk mengakui ketokohonan dan kemampuan sesetengah pemimpin wanita di negara ini?

Apa gunanya kepimpinan Pas cuba memikat kaum bukan Islam tapi dalam masa yang sama tidak berlaku adil dengan kaum wanita Islam itu sendiri!

Setahu kita, wanita telah mendapat tempat yang sewajarnya di dalam negara kita ini. Negara mempunyai pemimpin-pemimpin wanita yang berkaliber serta mampu memikul tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Makanya, penulis amat berharap agar kepimpinan dari semua parti politik di negara ini mengiktiraf dan ikhlas meletakkan kaum wanita di tempat yang sewajarnya seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan BN hari ini.

Dan jika kepimpinan Pas masih bersikap dingin, penulis mensyorkan ahli-ahli Muslimat Pas supaya masuk ke parti politik lain yang menghargai sumbangan dan peranan wanita di dalam politik.

Seperkara lagi, isu pahala memandang poster Nik Aziz sedang hangat dibincangkan. Cuma penulis harapkan pihak-pihak yang bertanggungjawab menyegerakan siasatan terhadap perkara ini. (klik di sini..)

10 comments:

kluangman said...

Dalam ketika rakyat dan ahli UMNO masih tidak melihat perubahan di dalam UMNO malah makin keliru dengan kegilaan pemimpin dengan jambatan ketiga dan terperangkap dalam isu kerajaan perpaduan elok rasanya tumpuan diberi kepada permasalahan rumah sendiri dari sebok menyelak kain PAS dalam hal isu sayap wanitanya.

Tempoh PRU13 makin suntuk, kekalahan demi kekalahan setiap kali pilihanraya kecil sepatutnya dilihat dengan begitu serius dan bukan menganggap semuanya akan ok bila sampai masanya.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam kluangman,

Ada baiknya juga kita menjenguk parti PAS.

Penindasan kaum wanita di dalam parti tersebut perlukan pendedahan agar ahli2 Pas tahu dan ahli2 muslimat mereka dapat membandingkan perhargaan parti politik yang lain kepada kaum wanita yang amat tinggi seperti parti UMNO/BN.

Ianya juga agar penyokong-penyokong UMNO/BN dan atas pagar terutamanya kaum wanita akan berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan di PRU-13nanti apbila mendapat tahu modus operandi kepimpinan lelaki Pas.

kluangman said...

Saya boleh bersetuju dengan pendapat tersebut tetapi bagaimana agaknya tahap 'perubahan' yang diharapkan ahli dan rakyat kepda UMNO - apakah Dr. sudah jelas dan pasti melihat hasilnya yang positif.

Cheguman said...

Dr,
Saya cuba mengawal diri supaya tidak mencemuh parti lslam lain seperti PAS. Namun tindakan PAS menolak kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh presiden PAS sendiri amat mengecewakan rakyat. Ternyata PAS gentar dengan ugutan MCA semalam untuk bergabung dengan DAP jika PAS-UMNO bekerjasama.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Kluangman,

Tahap perubahan dan gerak kerja UMNO sedang dijalankan denga giatnya.

Terima kasih.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Cheguman,

Inilah masalahnya jika pemimpin-pemimpin Melayu tidak nampak masaalah ke depan dan tidak dapat membaca future dengan jelas.

Kita bukannya mencemuh Pas tapi sekadar menegur utk kebaikan kita bersama.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Kalau perempuan jadi Pemimpin Pas susah pulak nak habiskan hutan balak pasal masalah besar menanti untuk selak kain yg labuh depa pakai tuh.Kena minta bantuan hajjah Elizabeth lah pulak nanti.

Shah said...

Celaka dan sial punya PAS menjemput pelacur memberi ceramah dia atas pentas PAS dan di hadiri oleh ahli PAS yang sanggup membuang masa. Inilah Dulu membangun bersama Islam dan sekarang membangun bersama DAPig

riza said...

eli adalah seorang kristian. dalam mana-mana ugama pun, penzina adalah pendosa. dari segi ini, eli bukanlah seorang kristian yang warak kerana telah melakukan dosa.

jadi apa kejadah parti yang kononnya lebih islam dari orang islam lain menjemput seorang pendosa kristian memberi ceramah di pentas islam. ini satu penghinaan kepada islam.

memang sahlah kata loq-loq, peranan wanita pas telah dikecilkan. dan memang sahlah yang pas hanya memperalatkan islam untuk tujuan politiknya. halal haram tolak ke tepi kalau berpihak kepadanya. matlamat menghalalkan cara.

mardhiah said...

Ayah (Pak Long) orang PAS. Kami sangat konservertif, mak saya tak suka kalau perempuan terlalu menonjol-nonjol sangat. Saya sendri pun lemas tengok politikus-politikus wanita seperti Nurul Ezzah dan YB Liz Wong naik pentas.


Wanita kerjanya dibelakang tabir. Namun dalam PAS YB Lo lo agak vocal menuntut kesamarataan dalam hal perjawatan dan sebagainya. Itu menunjukkan tak semua wanita PAS macam Nenek, Mak dan Mak Long saya. Hasrat naik pentas dan berucap, memegang jawatan lebih tinggi selaras dengan bakti yang telah dicurahkan itu, memang ada.

Dalam UMNO pun wanita tercicir dalam majlis tertinggi. Tapi berpadananlah tu sebab UMNO lelakinya memang lebih aggrasif dan dominan. Lagi pun saya perhati yang meramai wanita, puteri UMNO (kat Melakalah)mejoriti jenis sori tu say, kalau pergi apa-apa lebih kepada shopping dan nak jalan-jalan, merambu-ramba. Tapi kalu wanita PAS hmmm memang kaw kaw. Yang menampal poster Nik Aziz tu alumni LSE pun ada tau. Mostly educated. Itu tak boleh UMNO tak boleh nafi. Itu persepsi yang UMNO kena fikirkan macam mana nak reverse.

Analoginya, kita ambil iklan rokok. Rokok dah lama sebati sebagai imej Machoism. Nak kata rokok memudharatkan kesihatan, sampai la ni tak berjaya-jaya.

samalah Wanita UMNO sebati dengan shoppin and spendin. Imelda Marcos..so how? Nak salahkan Wanita no 1? Masa Tun Siti Hasmah dulu pun imej tu dah ada sedangkan semua tau Tun seorang pemikir tahap dunia yang simple. Tun jenis lebih suka baca buku, main piano, main badminton. Tapi imej itu are carefully projected pada anak perempuan Tunggalnya Marina. Yah Marina's doing superfine and sweet now adays, but they don't need her any longer..

Perang saraf secara terancang, konspirasi? I don't think so, Yang saya pasti, setan tak pernah lelah dan letih berkonspirasi untuk memecah-belahkan kita semua dengan menyusupkan perasaan benci-membenci sesama kita.

Kalau pasal Imej memang UMNO dah kalah banyak, sehingga kawan saya kata lepas RAHMAN, UMNO tumbang. Tumbang ini hanya sementara sebagai penyucian period. Kata dialah.

"History repeats, but if those in power know to make a necessary adjustment, sejarah tak akan berulang" ini bukan cakap saya tapi cakap one of Pemimpin Britain yang kata. Churchill kalu tak silap. Sikit lebih kuranglah. Exact quatation tak simpan.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED