Anda Ahli Di Dalam Parti Politik?

17 July 2009

Jawapan Kepada Kematian Setiausaha Politik ?

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis terpanggil untuk menulis artikel mengenai kes kematian Teoh Beng Hock. Ianya satu kes yang menimbulkan pelbagai spekulasi, keresahan dan ketidakpuashatian oleh pelbagai pihak tidak kira bangsa atau pemahaman politik.

Teoh Beng Hock adalah setiausaha politik salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor yang dipanggil oleh SPR untuk membantu satu kes yang mengabitkan rasuah.

Sumber dari The SUN melaporkan bahawa beliau disoal siasat pada 16hb Julai di tingkat 14, Plaza Masalam sehingga jam 3.45 pagi.

Setelah disoal siasat, beliau dikatakan tidak mahu balik dan mahu berehat di Plaza tersebut. Beliau telah ditunjukkan sebuah bilik dan beliau dikatakan berehat di sana.
Dan pada pukul 1.30 petang, Teoh Beng Hock dijumpa mati di tingkat 5 di sebelah bangunan yang menempatkan pejabat SPRM itu oleh seorang pembersih bangunan.

Kes ini pastinya menimbulkan pelbagai keraguan dan ketidakpuashatian oleh pelbagai pihak terutamanya keluarga Teoh. Apa tidaknya, tempoh kematian dan sebab beliau memilih untuk 'berehat' di tingkat 14 amat meragukan sekali!

Yang paling meragukan ialah :-

1. Beliau memilih untuk 'berehat' setelah disoal siasat sehingga jam 3.45 pagi, satu tempoh soal siasat yang lama dan berkemungkinan 'mind boggling' serta tegang!

2. Tempoh 3.45 pagi sehingga 1.30petang iaitu hampir 10 jam tanpa sesiapa menyedari Teoh di sebuah bilik sehinggakan seorang pembersih bangunan menjumpai mayat beliau di tingkat 5!

a. Apakah yang berlaku dalam tempoh 10 jam tersebut (3.45 pagi - 1.30 petang)?

b. Kenapa tidak ada staf yang sedar atau mahu membangunkan Teoh pada sebelah paginya?

c. Apakah membenarkan seorang rakyat biasa tidur di bangunan SPRM merupakan satu kebiasaan dan dibenarkan?

Malah, 16hb Julai merupakan hari kerja dan pejabat SPRM pasti dipenuhi dengan staf-staf yang akan keluar masuk ke semua ruang pejabat SPRM termasuk bilik rehat yang digunakan oleh Teoh Beng Hock. Dan berdasarkan kepada foto mayat Teoh, beliau berkelengkapan penuh termasuk kasut kerja beliau sehinggakan motif kematian beliau amat meragukan sekali!

Beberapa blog telah mendakwa bahawa pergelangan tangan mayat Teoh Beng Hock seperti telah dihiris (klik di sini). Tindakan menghiris pergelangan tangan merupakan satu kaedah membunuh diri yang sering digunakan oleh seseorang yang nekad untuk membunuh diri!

Penulis bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga Teoh Beng Hock dan tunang beliau. Tunang Teoh dikatakan sedang mengandung 2 bulan. Realitinya, kematian beliau di usia yang muda itu pastinya akan disertai dengan kesedihan yang amat sangat.

Di sini penulis juga berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan kes tersebut dengan telus dan segera tanpa menyembunyikan sebarang bukti serta maklumat daripada kita semua.

Realitinya, kes ini bukannya melibatkan perbezaan politik tetapi melibatkan nyawa manusia yang perlukan keadilan dan kebenaran. Penulis pasti kita semua terkejut dan mahukan kes tersebut diberikan perhatian yang sepenuhnya oleh pihak yang berkuasa.

Walau pun pihak polis menasihatkan orangramai agar tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kematian Teoh tetapi rakyat tidak boleh lari daripada turut berminat untuk mengetahui hujung pangkal kes tersebut.

Kita nantikan jawapannya!

UPDATED:-

Blog BigDotcom telah mengulas dengan panjang lebar mengenai kes Teoh (Klik Di sini). Blog tersebut juga telah menyiarkan atikel daripada Empayar Melaka mengenai kemungkinan berlakunya konspirasi yang ditaja oleh pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Di antara lain :-

"Jadi Teoh telah ditolak dari tingkat 14 bangunan tersebut.

Kenapa pejabat SPRM pula dijadikan tempat pembunuhan?

Mudah sahaja, supaya SPRM boleh dituduh sebagai defenden pertama dan itulah yang menyebabkan Ronnie Liu sekarang ini menyerang SPRM. Seterusnya menjadikan kerajaan BN sebagai defenden kedua. Perarakan yang dianjurkan oleh puak Cina DAP ini adalah bukti petuduhan mereka kepada orang tidak terlibat."

10 komentar:

kif_0206 said...

Kemungkinan wujud satu 'pakatan'membunuh Teoh yang mungkin memiliki maklumat seperti yang dikehendaki SPRM bagi mengalihkan tumpuan rakyat terhadap masalah dalam Exco PKR atau Kerajaan selangor.

Kemungkinan juga wujud 'pakatan' untuk memburukkan dan menjatuhkan imej SPRM dengan peluang2 atau kelemahan seperti yang telah berlaku sehingga terjadinya kematian Teoh.

Dari apa yang telah berlaku (kematian setiausaha politik)rakyat kini lebih tertumpu kepada kes tersebut daripada kes yang sedang disiasat SPRM yang membabitkan Exco2 kerajaan negeri selangor.Jelas kebijaksanaan pembangkang mencelah situasi yang sediada bg menutup pandangan negatif rakyat terhadap kerajaan selangor.

Anonymous said...

Kematian Teoh Bermotif Politik

Detguaq said...

Salam Doc,

Sedang kita mengajak orang lain bertenang dan tunggu hasil siasatan, dipihak seberang sana sudah ada jawapan yang berbentuk keputusan!

BAHAYA!

Kisah sapi betina dalam surah Al-Baqarah.... said...

Kisah sapi betina dalam surah Al-Baqarah....

2 orang anak saudara nih...dok tunggu bila lah pak cik depa nih

nak mati(lembat sangat nih..tua..tua dah..), lalu anak saudara

itu bunuh dia supaya mereka mendapat harta pusaka.


-Lalu mereka USUNG mayat itu, letak kat pintu rumah puak lain,

kat kg seberang

-Lalu, jadi TUDUH MENUDUH.., kata org kampung tu bunuh.


-Kemudian , si PEMBUNUH itu pon, p lah jumpa nabi Musa a.s ,

kata orang kampung lain yang bunuh pak saudara itu.


-Lalu, kata Musa a.s , Allah soh mereka sembelih lembu,dan kerat

ekor atau ada kata lidah lembu itu, dan pukul pada mayat itu.


-Dengan izin Allah, hiduplah mayat itu, lalu dia cerita saper

yang bunuh dia,anak saudara SENDIRI yang bunuh.

Anonymous said...

masih kita ingat pakatan rakyat menjalani kursus cara berpolitik moden dengan agen2 dari luar..tak silap dari US..cube lihat permainan politik pembangkang (lbh2 lagi DAP ) sudah seperti di negara barat..lebih2 lagi di US...saya hairan kenapa kerajaan n sprm nak dipersalahkan...tak kan la sprm nak bunuh saksi? tak ke hairan..jadi arap kerajaan BN berani kerana benar dan sanggup menghadapai segala tomahan pembangkang...we must fight them (PR) hard..

Anonymous said...

Itulah bezanya antara orang berakal dan orang yang tidak berakal. Ada orang dari umno/bn disiasat dan dikenakan hukuman tapi tak bunuh diri atau dibunuhpun. tapi bila kes melibatkan pembangkang, samada bunuh diri atau mungkin dibunuh untuk menutup kes.

Rakyat Malayisa sekalian. bukalah mata buka minda, jangan kita gadai negara kita ini kepada mereka yang cakap tak serupa bikin. politik adalah untuk mendapatkan kuasa, bila dapat kuasa, dap, pas, pkr lebih TERUK rasuah, korup, kroni, tamak haloba daripada kerajaan sedia ada!

KAPAL said...

KAPAL SINK ayuh nyata pendirian! Anua Mesti Betobat.(i bet u know whats going on for 16sep)..awk peguam terkenal..then pasti awak MAMPU agak APA MOTIF anak buah beng beng ni. LANTIK KAPAL SINK jd peguam penting kes ni. Tgk dia nak cari KEBENARAN atau tidak. Silap2 dia kata SEKALI LG awak harus BERTAUBAT..

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Teringat kembali kes DSAI didera sewaktu berada di dalam tahanan pihak berkuasa. Kita menafikan, kemudian mengakuinya. Mungkin satu kebetulan.

ByChance said...

Mana mana keputusan kelak, yang nyata sekarang pihak pembangkang mempropaganda dan mempolitikkan isu ini sehabis mungkin supaya rakyat jelata mengalihkan perhatian mereka daripada isu penyelewengan wang dalam pakatan rakyat Selangor!! Ambil kesempatan habis!.

Saya tetap rasa Teoh dibunuh oleh gangster!

Ahmad Ok said...

Pergilah Anua wahai perwiraku,.kau akan brjaya juga nanti sbg PELIWAT MANGSA ringkasnya PM. AKU NI penyokong ko anua.tp aku da xkisah da..Dikau dah jd PELIWAT BANGSA. SETIAP BANGSA ADA HUKUMANnya .kalu BANGSA Samurai. Kena bunuh diri. Kalu bngsa Ghandi kena tembak dgn Bngsanya sndri. Ko aku tak TAHU Lg! wahai DAP, Jka lu sokong ini BETRAY man. Lu ibarat Betray bangsa lu sndri. KAMI BERHAK hidup tnpa BETRAYman itu. Org MELAYU TAK ada bikin kacau negeri CHINA. Lu bawa KONGSI GELAP. Kasi ROSAK ini negara !!

Blog Widget by LinkWithin
..... CATATAN BLOG .....

Daulat Tuanku

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.

Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini.

Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.

Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.

Ikutilah :-

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."

"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain."

"Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka."

"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.

Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080

2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330

3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325

Hormati Penduduk Asal Nusantara

Utusan Malaysia

SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.

Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)

Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.

Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.

Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.

Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.

Pemerintahan

Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.

Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.

Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.

Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.

Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.

Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.

Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.

Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.

Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)

Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?

Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.

Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.