Dr Novandri Hasan Basri
Parti Pas sudah mempunyai jawapan jika parti tersebut menang atau kalah di pilihanraya kecil Manek Urai. Tentunya Pas telah membuat kerja rumah yang sangat awal untuk menjawap segala kemungkinan-kemungkinan akibat pilihanraya kecil ini.
Parti Pas membuat andaian bahawa Pas mungkin kalah jika pengundi luar kawasan Manek Urai tidak balik mengundi dalam pilihanraya kecil tersebut.
Kiraan tersebut adalah berdasarkan jumlah 2,000 pengundi (25 % daripada total pengundi Manek Urai) yang berada di luar kawasan Manek Urai dan 70% daripadanya didakwa menyokong Pas dalam PRU-12 yang lepas. 700 orang berada di Kuala Lumpur.
Satu laporan dari web pro-Pas mendakwa bahawa pengundi-pengundi luar tersebut telah pulang ke kwasan masing-masing pada PRU-12 dengan bantuan UMNO tetapi mereka kemudiannya menyokong parti Pas. Seperti yang penulis katakan, pihak Pas juga telah menyediakan jawapan-jawapan jika mereka kalah atau pun menang :-
1) PAS akan menang dengan majoriti yang rendah.
“Jika ini berlaku, saya yakin, Umno akan berkata mereka menang dan sokongan pengundi sudah datang kepada Umno balik,” katanya (Abdul Fatah Harun)
2) Kemungkinan PAS akan kalah.
Ini berikutan dari langkah Umno yang menggunakan pelbagai cara untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. UMNO didakwa menggunakan agensi kerajaan seperti polis, guru, Risda, Jabatan Kesihatan dan SPR untuk menang di dalam pilihanraya kecil nanti.
Dakwaan pengarah operasi pilihanraya Pas Manek Urai tersebut amat berat dan kepimpinan UMNO/BN perlu bertindak sesuatu terhadap segala dakwaan tersebut. Realitinya, segala dakwaan tersebut dapat mewujudkan perasaan kurang senang pengundi-pengundi Manek Urai serta mengaburi mereka daripada tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang benar-benar mampu mengubah Manek Urai menjadi kawasan yang membangun dan dibanggakan.
Parti Pas cuba mengalih pandangan pengundi-pengundi daripada membandingkan kemampuan sebenar calon-calon pilihanraya. Manakala pandangan sengket Nik Aziz yang mengatakan bahawa pendidikan tidak diperlukan oleh ADUN kawasan Manek Urai merupakan satu penghinaan kepada penduduk di Manek Urai seolah-olah mereka itu tidak pandai dan lemah pelajaran mereka!
Penulis tidak tahu apa lagi yang mahu dicelotehkan oleh Nik Aziz selepas ini. Semestinya beliau akan mengeluarkan 'fatwa-fatwa' yang lebih pedas dan tidak logik sehinggalah ke hari pengundian nanti. Ianya semata-mata untuk memastikan calon Pas menang biarpun calon tersebut tidak mungkin akan mampu bertugas sebagai ADUN yang berjaya dan berkaliber!
Dalam masa yang sama, tindakan pihak Pas menyediakan jawapan-jawapan tersebut merupakan mode operandi yang menarik untuk diperhatikan dan dinilai. Dari sudut politik, ianya diandaikan seperti 'saving thier own butt' dan memberi muka kepada parti tersebut jika parti itu kalah kali ini.
Tindakan mereka itu juga mewujudkan senario di mana parti UMNO/BN meniru jawapan mereka jika parti UMNO/BN kalah di Manek Urai iaitu 'biar pun UMNO/BN kalah, undi kepada Pas telah menurun'!
Apakah lagi jawapan UMNO/BN kali ini sama ada menang atau pun kalah jika jawapannya telah disediakan oleh parti Pas?
..... CATATAN BLOG .....
Daulat Tuanku
Dr Novandri Hasan BasriDi sini penulis sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.
Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini.
Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.
Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.
Ikutilah :-
“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini.""Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.""Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial."Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka.""Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.""Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.” PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080
2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330
3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325
Hormati Penduduk Asal Nusantara
Utusan Malaysia
SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.
Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)
Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.
Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.
Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.
Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.
Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.
Pemerintahan
Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.
Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.
Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.
Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.
Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.
Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.
Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.
Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.
Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)
Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?
Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.
Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.
15 komentar:
tuan,
soalan cepu mas prk ni dah bocor..ini semua bagi menepis kritikan dan keaiban bila kalah. UMNO tak perlu cari jawapan bila kalah atau menang.. terbalikan saja jawapan yang dah diberitahu oleh pas..itu saja...
DmubFcuk Dr
Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK Penanti PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:
1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak akan dibenarkan mengundi.
2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling rapat dengan anda.
3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.
4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.
Sila lapor kepada Polis.
5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.
6] Jika anda menyaksikan rasuah politik berlaku, laporkan kepada Polis.
7] Awas dengan UMNO, parti rasuah. Jangan campak diri anda kedalam kebinasaan .
Selamat Mengundi
1. Untuk menjadi pemimpin , pencapaian pendidikan akademik bukan persoalan yang utama. Untuk menjadi pengurus, pencapaian pendidikan akademik merupakan persoalan yang utama. Itulah perbezaan antara pemimpin dan pengurus.
2. Oleh kerana itu isu mengugurkan kan Datin Seri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Unisel tidak perlu dilayan. Beliau boleh memimpin Unisel tetapi tidak boleh menguruskan Unisel.
3. Dua senario yang berbeza tapi isu yang sama. Keimpulannya pandangan Nik Aziz bukan lah sengket tetapi berisi.
[Rakyat harus melihat dan menilai perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan UMNO dan BN ini dengan fikiran waras dan terbuka minda. Jangan selamanya terus "hidup matiku kerana UMNO dan BN", sedangkan anak-anak generasi mereka juga yang menderita terpaksa menanggung sengsara akibat kerakusan pemimpin yang gila kuasa. Warga Malaysia harus mencari alternatif lain untuk memastikan BN tumbang pada pilihanraya umum ke-13 nanti.
Selama ini negara kita sudah banyak dimalukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Kes-kes yang jelas tidak mengikut undang-undang serta perlembagaan telah dibuat sesuka hati mereka. Orang yang tidak bersalah dihukum, sebaliknya orang yang bersalah dibiarkan bebas. Inilah yang dikatakan oleh masyarakat dunia yang Malaysia mengamalkan "Law Of The Jungle". Apakah kali ini akan berlaku lagi sesudah kes yang sama terhadap Anwar sepuluh tahun yang lalu telah mencemarkan institusi kehakiman dan undang-undang negara kita?. Justeru itulah, amatlah wajar kes ini dibatalkan kerana asas yang jelas menunjukkan ada pihak yang bakal dizalimi bila ia dibicarakan. Kini bukan lagi Saiful yang menjadi mangsa, tetapi Anwar yang sebenarnya bakal menjadi "mangsa konspirasi" terbaru puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Teruskan perjuangan dan pastikan perancangan ini gagal akhirnya
astagfirullah...ada lagi makhluk yg nyokong anwar ni. hei ...susah2 bila kebenaran dah didepan mata tapi masih terlena didodoi retorik anwar.
bukak la minda tu, analisa sendiri video2 pengakuan mamat2 yg dibontot oleh anwar tu.
berdosa besar kalau ko tau kebenaran tapi masih nyokong anwar.
Zul.
konspirasi ..kahkahkahkah...dgn bdak2 skolah bleh aaa temberang...
- Salleh
salam dr,
PrK kali ini ujian buat DSNajib sbg PM & pentas bagi TSMuh as debut dalam new post.
Banyak yg tlh dicanangkan dlm media arus nasional sama spt "epik" Bkt Gntang seolah2 akn akan ada perubahan kali ini.
Biarlah pengundi MU tentukan.
Maaf dr melencong ckit, cuma mahu dr serta pelayar sini menjenguk web bharu "thenutgraph" yg ada menyentuh isu "convert" ttp komen pembaca agak kasar.
Harap Suruhanjy akan ambil tindakn sptmana yg terjd kpd komen terhdp Sultan Perak.
Salam.
Salam Doc.
Orang Kelantan kebanyakannya mahu pemimpin politik yang pemimpinya nampak beriman, nampak alim, senang didekati, mudah ditemui dan boleh bertegur sapa..Pendidikan perkara kedua.. Sekarang isu pemimpin umno yang katakan calon pas peraih ikan telah memakan diri.. tengok, semalam ramai persatuan peraih ikan telah ke Manik Urai protes kerana katanya umno telah merendahkan mertabat peraih ikan. tak ken naya tu..
Mereka tak perlukan pemimpin yang berpendidikan yang nampak kurang mesra, kuat putar alamnya dan perkara negatif. Sapa kata ni?.. Hahaha.. kami orang Kelantan golongan marhain yang kata..Nampaknya perkara ini berpehak kepada Pas.. Umno?? Melopong lagi laa gamaknya...
PAS bukan sahaja menyoal tetapi mereka turut memberikan alasan-alasan. Kalau tidak mempersoalkan apa yang BN buat, mereka akan menyediakan alasan demi alasan. Hanya dua itu. Tidak lebih daripada itu. Menyoal dan memberi alasan tidak perlukan modal dan fikir. Hanya soal dan hanya beri alasan. Tak kiralah sama ada soalan itu tepat dan alasan yang diberikan itu benar. Dan selepas itu biarkan. Inilah senjata yang digunakan oleh PAS sejak dahulu sebagai sebuah parti yang tidak memiliki sebarang kelebihan lain.
xx
Org2 PAS main politik macam budak2 main bola. Kalau depa kalah, pengadil berat sebelah. Tapi kalau depa menang, pengadil memang pandai. Cakap putaq belit.
UNDI UMNO UNTUK MELAYU, UNDI PAS UNTUK ISLAM, PILIH MANA SUKA
Oleh: WFAUZDIN NS
BEBERAPA jam sahaja lagi kita akan merayakan satu kemenangan untuk rakyat khususnya di Manek Urai. Walau apa pun keputusan di dalam PRK Manek Urai hari ini, kemenangan ternyata di pihak Pas kerana kita berjaya mendidik rakyat jelata dengan moral dan maruah diri. Umno pula berjaya mendidik pengikut mereka dengan kesenangan duniawi semata-mata walaupun apa yang mereka pernah janjikan banyak yang tidak mereka tunaikan. Tulisan berkaitan kemenangan Umno atau Pas di Manek Urai ada diulas di SINI. Itulah beza Umno dengan Pas dan kerana perbezaan itulah yang menyebabkan Umno dan Pas tidak mudah untuk bersatu atau berpakat, jauh sekali untuk bersama di dalam pembentukan kerajaan.
Bukan mudah untuk mendidik rakyat agar tidak terpesona dengan kemewahan dan kebendaan, tetapi Alhamdulillah, berkat usaha berterusan Pas di Kelantan maka kerajaan negeri di bawah Tuan Guru Nik Aziz mampu bertahan begitu lama. Apakah rakyat Kelantan tidak mahu kepada kemajuan dan pembangunan? Mustahil, kerana Islam juga menuntut ke arah kemajuan dan pembangunan. Tetapi Islam mengajar bahawa setiap kemajuan dan pembangunan mestilah berpaksikan Islam. Jika tidak, apa bezanya kerajaan komunis China atau Soviet yang maju itu dengan negara Islam? Iran adalah sebuah negara Islam dan mereka juga lebih maju dan kuat serta disegani oleh musuh-musuh Islam terutamanya Israel dan Amerika Syarikat. Apakah di Iran kemajuan mereka tercapai dengan membelakangkan Islam?
Ini lah perkara yang sering menjadi perbalahan di antara Pas dan Umno. Umno inginkan perpaduan berlandaskan perkauman iaitu bertujuan untuk memperkuatkan orang-orang Melayu. Pas pula mahukan perpaduan berlandaskan Islam kerana Islam amat releven untuk semua kaum. Selagi Umno tidak mahu meletakkan Al-Quran di tengah-tengah meja perundingan, selagi itulah Umno jangan bermimpi untuk berpakat dan bersatu dengan Pas. Apa pula bezanya penyatuan Pas dengan PKR dan DAP? Terlalu jauh bezanya jika dibandingkan dengan Umno walaupun Umno terdiri dari orang-orang Melayu dan Islam.
Pas sedia bersama PKR dan DAP kerana mereka tidak menentang usaha Pas di dalam memperjuangkan Islam seperti apa yang telah dilakukan oleh Umno kepada Pas. Benar, terdapat seorang dua di dalam DAP atau PKR yang menyatakan tidak menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas, tetapi mereka yang bersuara itu bukan dari orang Islam dan mereka berkata demikian kerana kejahilan mereka terhadap Islam. Ini berbeza dengan Umno, mereka yang bersuara dan menentang Islam itu adalah umat Islam bahkan ada di antaranya merupakan golongan cerdik pandai agama. Pas tidak boleh menerima kenyataan ini di mana orang Islam sendiri menolak perjuangan Islam.
Jika benar Umno komited untuk memperjuangkan Islam, sudah pasti telah lama Islam didaulatkan di bumi negara ini kerana Umno sudah terlalu lama memegang kuasa. Tapi ini tidak berlaku sama sekali. Umno hanya menjalankan tuntutan Islam secara berpilih-pilih dan lebih tumpukan kepada tuntutan fardhu Kifayah seperti mendirikan Masid, Bank Islam, Universiti Islam dan sebagainya. Di mana tuntutan Islam terhadap kehidupan sosial serta perundangan? Sistem pendidikan juga bercelaru. Di bawah Umno, Islam tidak dijadikan sistem yang Syumul.
Pas tiada pilihan lain dan terpaksa memohon bantuan dari rakan-rakan seperti PKR dan DAP untuk meneruskan perjuangan Islam di negara ini. Penentangan terhadap Islam daripada orang yang bukan Islam atau jahil tidaklah begitu besar kesannya daripada penentangan dari orang-orang Islam serta yang berilmu seperti Umno. Maka, berpandukan kepada maslahah itu, Pas lebih wajar berada bersama PR. Jika benar Umno inginkan perpaduan yang dianjurkan oleh Islam, Umno perlu dibubarkan dan duduk bersama di dalam Pas. Jika ini tidak dapat dilakukan oleh Umno, maka berkewajipan bagi Pas untuk terus berusaha menarik seramai mana mungkin ahli-ahli Umno untuk bersama Pas. Biarkan mereka yang degil dan ingin menentang Islam itu terus berada di dalam parti yang dianggap keramat bagi orang Melayu itu.
Eh...ada lagi yg sokong parti pendokong rasuah ni...walaupun Tun M dah kata samakan dengan babi...
Tengok tu banyak perasuah masih berkeliaran...jap lagi tuduhan digugurkan.
Lingam oh Lingam...korek korek.
Nang Butinang Kui ButiKui
Shrek
Satu pengumuman yg Najib tertinggal...kalau buat ni tentu UMNO menang...
Tangkap segala PERASUAH besar dan kecik dalam UMNO tu...tak kira la sapa pun pemimpin besar atau kecik atau hingga tinggal sikit sahaja ahli sebab banyak kena tangkap.
Hukum mereka ni cukup cukup sebab curi duit rakyat barulah berjaya UMNO semula.
Cuma aku takut dengan Pak Jib sekali kena tangkap...kah kah kah
Hemoi
Doc,
Mengikut rekod PRK yang lepas-lepas sebelum PRU12, UBN tidak pernah kalah dalam sebarang PRK selain PRK Pulai Chondong, Kelantan dalam tahun 1977.Beberapa siri PRK dikelantan selepas dan belum itu dimenangi oleh UBN.
Faktor yang memberi kemenangan kepada UBN dalam setiap PRK ialah kekuatan resources yang dimileko dicurahkan pada satu tempat dan tidak dapat ditandingi oleh parti lawan.
Tetapi keadaan berbeza semasa PRU dimana resources tersebut perlu diagihkan keseluruh negara secara serentak.
Mengenai manek urai, sebenarnya PAS dan UMNO sering bertukar ganti memenangi DUN tersebut. To say manek urai is a PAS bastion is not true - kalau kita kata manek urai adalah kubu kuat Allahyarham Paksu Weil, then its correct.
My reason is simple, when Allahyarham Paksu Weil didnt contest in PRU 11, UMNO won the seat with a very slim majority of 50++.
When Allahyarham Paksu Weil recontested the seat in PRU12, he won it with a respectable majority of 1k+++.
So in my opinion, PAS and UMNO(Baru) has a 50-50 chance of winning manek urai.
bat8
Post a Comment