Anda Ahli Di Dalam Parti Politik?

06 July 2009

Mari Singkirkan Guan Eng

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis senyum sinis dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang akhirnya mengaku bahawa beliau gagal bertindak sebagai ketua menteri. Beliau gagal mengotakan segala janji-janji manis beliau sebelum PRU-12.

Beliau gagal menyelesaikan isu kampung 'High Caparral' Kampung Buah Pala. Beliau tanpa malunya memohon jasa baik kerajaan persekutuan untuk menggalaskan kesulitan penduduk di situ.

Apa punya ketua menteri kalau beliau tidak mampu menyelesaikan masaalah rakyat yang mengundi beliau?

Apakah beliau masih layak untuk duduk di kerusi Ketua Menteri itu?

Apakah beliau tidak malu dengan kelemahan dan ketidakcekapan beliau yang dulunya hanya berkisar kepada mengkritik dan memprotes sahaja?

Apakah sudah masanya untuk beliau kembali dan duduk diam-diam di negeri Melaka, tempat asal beliau?


Dan berdasarkan kepada pergolakan politik di Pulau Pinang hari ini, Guan Eng (DAP) memang patut disingkirkan secepat yang mungkin. Dan jika beliau masih mempunyai maruah dan dignity, beliau septutnya secara sukarela meletakkan jawatan sebelum beliau disingkirkan secara paksaan oleh rakyat Pulau Pinang sendiri.

Realitinya, rakyat Pulau Pinang perlu bangkit dan menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap kepimpinan negeri Pulau Pinang. Dan di dalam situasi ekonomi global yang tidak stabil, mereka tidak mampu untuk memberikan masa kepada Guan Eng (DAP) dan hanya melihat sahaja kebodohan beliau mentadbir negeri ini.

Malah mentaliti beliau sebagai pembangkang dan pengkritik jelas terserlah apabila beliau menyalahkan serangga-serangga kecil yang menyebabkan beliau terpaksa berpindah ke banglo mewah daripada rumah lama beliau. Ironinya, ketua menteri mempunyai rumah rasmi KM yang sepatutnya dijadikan rumah beliau. Memang jelas bahawa beliau telah berbohong kononnya mahu menjimatkan duit rakyat Pulau Pinang!

Guan Eng (DAP) memang telah banyak kali berbohong. Dahulu beliau dipandang 'mulia' kerana duduk di kelas ekonomi penerbangan. Satu Pulau Pinang bising dengan 'kesederhanaan' Guan Eng (DAP) sehingga beliau diangkat sebagai pemimpin contoh dan pemimpin rakyat.

Rupa-rupanya, beliau seorang pembohong yang memanipulasikan kepercayaan rakyat Pulau Pinang terhadap beliau. Realitinya, beliau telah memperkudakan rakyat Pulau Pinang dan meletakkan maruah rakyat serendah-rendahnya.

Satu sahaja cara untuk beliau dapat menebus segala kegagalan beliau itu iaitu meletakkan jawatan beliau secara terhormat! Tidak ada cara yang lain!

Dan kini kepimpinan BN di Pulau Pinang perlu juga menggunakan kesempatan ini untuk bertindak agresif untuk menjatuhkan DAP dan Guan Eng di Pulau Pinang. Pemimpin-pemimpin BN yang diketuai oleh Koh Tsu Koon mesti pandai menggerakkan gelombang kebencian rakyat terhadap Guan Eng sehingga ke maksimanya!

Jangan lagi bagi peluang untuk Guan Eng bermaharajalela di Pulau Pinang dengan konsep pemerintahan beliau yang terumbang-ambing dan tidak cekap! Pemimpin-pemimpin BN mesti ambil peluang ini dengan sebaik-baiknya dan jatuhkan Guan Eng secepat yang mungkin.

Realitinya, rakyat Pulau Pinang memerlukan pemerintah negeri yang lebih cekap daripada sekarang!

Ya memang benar bahawa kepimpinan negeri Pulau Pinang sebelum ini mempunyai kelemahan dan kekurangannya tetapi jika kita membuat perbandingan dengan kepimpinan DAP negeri hari ini, ternyata bahawa pemerintahan BN dahulu adalah jauh lebih baik daripada sekarang ini!

Kaum Melayu Pulau Pinang terjaga jauh lebih baik daripada hari ini. Dahulu kaum Cina Pulau Pinang stabil dengan iklim ekonomi dan suntikan bajet daripada kerajaan persekutuan yang dapat menjanakan ekonomi kaum Cina di negeri tersebut. Pokoknya, pemerintahan negeri Pulau Pinang di bawah BN berjaya melaksanakan janji-janji mereka dengan efektif tidak seperti DAP!

Artikel seterusnya: DAP Pulau Pinang memperalatkan orang miskin

23 komentar:

dino_yp@yahoo.com said...

Lim Guan Eng = Umar Abdul Aziz moden, Dr tolong jangan main2 dan pelekehkan dia,dia tu tahap wali.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Dino,

Itulah masaalahnya jika dah sampai tahap 'wali'.

Anonymous said...

Harap rakyat mulai sedar bahawa pemimpin pilihan mereka kali ini hanya pandai berjanji,bila dah berkuasa baru mereka tahu bukan senang nak memerintah,tak sama dengan hanya mengkritik semuanya tak betul semasa BN memerintah.

zahid ismail said...

Wassup doc,

Kes Kg Buah Pala, DAP setuju dan akur dengan keputusan mahkamah. Kenapa di Perak, DAP tidak setuju dgn keputusan mahkamah.

-zahid-

Anak Lenggong said...

Ini lah realiti sebenarnya Lim guan Eng..dia cuma pandai mengkritik orang lain tetapi dia sendiri tak tau kerja...soal 23 orang rakyat udah serender inikan pula nak mentadbir negara kah kah kah...keciannya rakyat PP dapat MB yang jenis cakap tak serupa bikin..suruh dia balik melaka jee laa

uop said...

Dr, Saya lihat di Pulau Pinang masalahnya cuma tiada tempat bergantung bagi bangsa melayu, baik diera Tsu Koon atau Guan Eng. Sudah tiba masanya pimpinan UMNO negeri mengubah nawaitu kepada niat yang satu iaitu memajukan melayu pulau pinang tanpa mengira pahaman politik mereka. Yang saya nampak keutamaan mendesak sekarang ialah perumahan. Di harap Dr dapat mengerakkan satu projek iaitu meramaikan bangsa melayu di pulau pinang dengan mendekati dan membimbing mereka untuk membeli rumah di sini. Buat satu gagasan dengan semua pimpinan umno negeri dan NGO, gerakkan satu usaha untuk memastikan setiap projek perumahan kerajaan dan swasta di tembusi oleh kaum melayu. Mereka sudah berjaya di Paya Terubong/Farlim tapi kita gagal di Sungai Ara - fikir2kan lah.

azreen said...

bila dap nk suruh Kerajaan Persekutuan selesaikan hal ni, mesti ada helanhnya..kalau berjaya dorg akan tumpang sekaki..kalo gagal..ummm..macam-macam fitnah dan tomahan akan timbul..dah tau sgt taktik pakatan haram ni..

Pejuang Bangsa said...

Dr , izinkan saya copy artikel yg menarik ini untuk sama2 kita rakyat PP minta LGE letak jawatan !!

beliau tidak lagi mpy kredibiliti untuk memimpin PP ,sumber kewangan terhad dan banyak penyelewengan dan isu berlaku . dari kes royalti berkaitan fairuz hingga ke ahli majlis MPPP salahguna kuasa.

Anonymous said...

Nak buat camna zahid. DAP kan dah ramai sampai tahap wali. DAP kan "Abang besar" kepada PAS di bawah pimpinan Bull Shit Dull HamPAS, N.Ajis (Pembela Amoi Sundal = PAS).

pkr simata satu said...

Harap2 kalau Bn dapat balik P.Pinang,tolonglah bela nasib Melayu.Janganlah macam keluar masuk mulut rimau dan naga serupa aje sbb tetaplah bukan melayu yg conquer Penang,melayu pula tetaplah melukut di tepi gantang.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam Pejuang bangsa,

Silakan. Terima kasih.

Anonymous said...

DR

CAT tu bukan ketelusan akaunbiliti kecekapan

tp CAT tu sebenarnya = Alim Kucing

hebat betul khalifa LGE tp lagi sengal ade melayu yg terpedaya

-fazly

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

dr salam ziarah.
bagi saya DAP adalah parti bangsat.elok hantar depa hidup di singapura.biar family lee kuan yu ajar depa cara nak berterima kasih kpd kerajaan.DAp telah mendatangkan banyak masalah kepada negara dan hampir memudaratkan negara.DAP mmg bangsat.

Afdzal Mokhtar said...

salam doc...DAP NI MMG JAHANAM..MCM CILANAT..HAPRAK..NK TRU PEMIMPIN ISLAM KONON..BERAK X BASUH ADE ATI NK TRU CIRI2 PEMIMPIN ISLAM...BAIK DIE BAGI BUNTUT KAT "ANU"WAR TU LAGI BERBALOI..BALOI....

anakmelayu30.blogspot.com

support doc...

kluangman said...

DAP tidak rugi apa apa, sama sahaja dan sehaluan dengan strategi sukuun bertujuan menghalau koboi hitam untuk digantikan dengan koboi putih.

Lebih mudah tugas mereka berdua kerana di situ tidak ada kandang babi, tidak perlu mempertahankan apa apapun.

Jika pusat tidak membantu, Najib gagal mendahulukan rakyat - DAP masih dapat winning point - penyokong fanatik mereka tetap tidak berganjak.

Yang bodoh hanya mim dan kaplamnge.

Anonymous said...

Salam Dr -untuk saya BN dan Umno adalah parti bangsat, penipu, perasuah dan pengkhianat bangsa sendiri. Mereka hanya tahu penuh kocek mereka dan putar belitkan fakta dan binasakan instituisi kehakiman,polis Macc . Umno lindund diri dibawah ketuanan melayu untuk kepentingan diri sendiri saja.Lim guan Eng Ketua menteri berwibawa dan kaliber tinggi - jgn cemburu dan bawa diri dgn mentaliti kecil awak.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Salam? Anony 10:04PM,

Kenyataan anda seperti orang yang berfikiran cetek dan hanya nampak satu sudut sahaja tanpa melihat dengan luas.

Lim Guan Eng Ketua Menteri berwibawa dan berkaliber tinggi?

You must be joking, right? Tolong terangkan dengan lebih terperinci mengenai 'kewibawaan dan kaliber tinggi' itu.

Atau anony 10:04 adalah Guan Eng sendiri yang mahu angkat bakul sendiri?

Jeffry said...

SLM ZIARAH DOC..LGE HANYA PEMAIN WAYANG YG PINTAR BERMAIN KATA2. AKIBATNYA RAKYAT TANJUNG TERMKN PUJUK RAYU DAN HASUTAN DIA SEAKTU PRU12. NAH SKRG MEREKA TERPAKSA MENANGGUNG NATIJAHNYA..MALANG SUNGGUH

sangkakala said...

Dalam kes Kampung Buah Pala, saya kasihan kepada nasib "orang kecil" seperti penduduk kampung tersebut.

Kerajaan Negeri tidak mampu membantu, dan Kerajaan Pusat pula tidak mahu membantu.

Jadi siapakah yang akan menolong mereka?

Bagaimanapun, nasib yang dialami oleh orang India di situ, sebenarnya sudah pun dialami oleh ribuan atau puluh ribuan(?) setinggan Melayu di Selangor, apabila mereka juga "dihalau" dari perkampungan yang telah mereka duduki puluhan tahun.

Ini sebenarnya berkaitan dengan pembangunan dalam sistem kapitalis dan memang logik sistem kapitalis.

Orang kecil memang akan terpinggir dan tersingkir, sama ada mereka menyokong BN atau PR, yang sama-sama berada dalam sistem kapitalis.

Anonymous said...

Salam doktor..

Pokok pangkalnya, LGE ni tidak mempunyai kemampuan memimpin. Nampak banyak sangat kepincangannya. Dia hanya mampu untuk salahkan orang lain saja akibat ketidakcekapan sendiri.

Ni lah namanya terbabas berjanji. BN kena bijak menggunakan isu ni untuk menerangkan pada rakyat ketidakmampuan PR memimpin.

UMNO kena main peranan besar. Harap doktor dan warga UMNO di sana bersikap pro-aktif dalam mengembalikan PP kepada BN.

Anonymous said...

kelihatannya LGE dok buat muka welfare lah pulak!nak meraih simpati lah tu,,,walau apa sekalipun bagi dia semua tak betul,dia satu orang saja yg betul!banyak cantik lu punya muka!MUKA WELFARE!!!tapi tak apalah LGE,,,lu punya masalah High Chaparral nanti itu Murugiah boleh kasi settle,,,Dia sekarang tengah tunggang kuda "sempoy"punya!on the way to High Chaparral!!!YeeHah!!!

noris helmi nordin said...

kalau pemimpin kita faham perjalanan Kg Baru Kula Lumpur, tanah yang bermaruah dan berenakmen Malay Agricultural Settlement, disitulah jawapannya bagaimana hendak mengekalkan hakmilik Melayu selama-lamanya. Tahun depan tanah itu akan berusia 110 tahun. Dan ia masih milik Melayu 100%. Yang dibimbangi apabila ia dibeli oleh syarikat2, pengarah mungkin boleh bertukar kepada bangsa lain, namun begitu pendindingnya ialah enakmen itu sendiri. Bacalah enakmen itu sekiranya ada kesempatan. Dan Pulau Pinang perlu wujudkan penenmpatan Melayu dengan kaedah ini di Pulau Pinang. Ingat lawatan Lee Kuan Yew sebenarnya hendak melawat 'adik'nya DAP, buat2lah singgah merata-rata sebelum sampai ke destinasi. Adakah Pulau Pinang akan minta keluar dari Malaysia dimasa akan datang?

DozzVader said...

Assalamualaikum Dr.Izinkan saya post artikel Dr ini di blog saya untuk disebarkan.terimakasih.

Blog Widget by LinkWithin
..... CATATAN BLOG .....

Daulat Tuanku

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.

Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini.

Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.

Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.

Ikutilah :-

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."

"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain."

"Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka."

"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.

Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080

2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330

3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325

Hormati Penduduk Asal Nusantara

Utusan Malaysia

SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.

Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)

Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.

Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.

Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.

Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.

Pemerintahan

Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.

Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.

Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.

Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.

Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.

Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.

Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.

Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.

Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)

Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?

Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.

Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.