Dr Novandri Hasan Basri Berikut adalah protokol yang wajib digunakan oleh pakar forensik (bukannya doktor biasa seperti Dr Osman) semasa melakukan pemeriksaan ke atas mangsa sodomi. Prosedur ini sebenarnya rumit kerana ianya mesti diikuti satu persatu dan tekniknya mesti betul manakala pengambilan bukti-buktinya mesti mencukupi :- Penjelasan :- 1. Dr Osman jelas tidak mengikuti protokol yang betul apabila melakukan pemeriksaan ke atas Saiful. 2. Di dalam laporan kesihatan Saiful, Dr Osman tidak melaporkan:- a. visual anal laxity b. tidak melakukan forensic swab collection sebelum menggunakan proktoskop(anoskop)
Sekarang acap kali kedengaran suara-suara sumbang yang mahukan kes liwat Anwar Ibrahim digugurkan kerana laporan kesihatan dari Hospital Pusrawi dan HKL 'mengesahkan' bahawa Saiful Bukhari tidak diliwat.
Suara-suara ini bertambah lantang kerana kes pendakwaan Anwar Ibrahim hanya tinggal esok. Yang 'menariknya' ialah mereka itu bukan pakar forensik atau doktor perubatan yang lebih arif mengenai laporan kesihatan tersebut!
Sebenarnya, penulis telah menerangkan dengan panjang lebar kes liwat Anwar Ibrahim di dalam blog ini. Anda sekalian boleh merujuk archive blog ini.
Penulis telah menulis bahawa doktor di Hospital Pusrawi hanya mencatit TRO assaulted (sodomised) sebagai diagnosis beliau. TRO bermaksud To Rule Out dan bukannya pengesahan bahawa Saiful tidak diliwat. Kerana itulah doktor di Hospital Pusrawi mensyorkan Saiful ke HKL untuk pemeriksaan selanjutnya.
Akan tetapi, Anwar Ibrahim dan peguambela-peguambela telah membohongi rakyat dengan berkata bahawa doktor di Hospital Pusrawi telah mengesahkan bahawa Saiful tidak diliwat.
Kenapakah begitu rendah sekali tindakan Anwar Ibrahim membohongi rakyat?
Apakah kerana rakyat bukan doktor dan tidak arif di dalam intipati 'medical report'?
Atau, apakah beliau sedang menyembunyikan sesuatu atau cuba mengaburi pertimbangan rakyat terhadap aktiviti luar tabii beliau?
Dengan cara beliau membohongi rakyat sedemikian rupa, maka bertambah lagi kecurigaan kita semua mengenai keikhlasan beliau dan meningkatkan lagi kepercayaan kita bahawa beliau memang telah meliwat Saiful!
Di sini penulis sertakan satu artikel yang penuli tulis pada 9hb Mei 2008 mengenai kes liwat Anwar Ibrahim :-
Penulis ingin mengutarakan 3 perkara yang saling bercanggahan di antara satu sama lain.
1. Laporan wawancara eksklusif MalaysiaKini dengan Dr Mohd Osman.
2. Laporan Kesihatan Saiful Azlan yang ditandatangani oleh Dr Mohd Osman.
3. Protokol yang wajib digunakan oleh DOKTOR PAKAR ketika melakukan pemeriksaan forensik ke atas mangsa sodomi.
1. Laporan wawancara eksklusif MalaysiaKini dengan Dr Mohd Osman.
Di antaranya :-
Bercanggah dengan apa yang didakwa oleh majikannya - Hospital Pusrawi - Dr Mohd Osman Abdul Hamid bertegas bahawa beliau melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, doktor berketurunan Burma itu berkata prosedur yang dikenali sebagai 'per-rectal examination' adalah 'wajib' diketahui setiap doktor.
"Setiap doktor tahu bagaimana melakukannya, itu adalah amalan biasa (seseorang itu) tidak perlu menjadi pakar untuk melakukan pemeriksaan tersebut," katanya ketika menjelaskan bagaimana pemeriksaan itu dilakukan......
....... Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Dr Osman juga menyangkal dakwaan majikannya bahawa beliau tidak berkelayakan untuk membuat kesimpulan mengenai kes liwat.
Pihak pengurusan Hospital Pusrawi telah menyatakan bahawa Dr Osman tidak layak membuat kesimpulan tersebut kerana beliau adalah seorang doktor yang ditempatkan di unit kecemasan dan bukannya seorang pakar.
Penjelasan :-
1. Sebagai seorang doktor, penulis bersetuju dengan pendirian Dr Osman bahawa doktor boleh melakukan PR examination.
2. Tetapi, MalaysiaKini GAGAL melaporkan bahawa PR examination boleh dilakukan oleh sebarang doktor HANYA jika kes tersebut adalah kes-kes yang biasa dan TIDAK melibatkan kes medico-legal (kes yang berkemungkinan berbentuk jenayah).
3. Di dalam kes Saiful, ianya jelas menunjukkan kes medico-legal dan secara automatiknya, doktor biasa tidak berkelayakan untuk memeriksa Saiful. Maka kerana itu, Dr Osman telah merujuk kes Saiful Azlan ke Hospital Besar untuk pemeriksaan selanjutnya.
2. Laporan Kesihatan Saiful Azlan yang ditandatangani oleh Dr Mohd Osman.
Berikut pula adalah salinan laporan kesihatan Mohd Saiful Azlan yang ditulis dan di tandatangani oleh Dr Osman sendiri.
Penjelasan :-
1. Jika kita rujuk laporan kesihatan di atas, selepas melakukan pemeriksaan dubur Saiful menggunakan alat proktoskop, Dr Osman melaporkan:-
"...After that I informed the patient my observation. At that time he told me he was sodomised by VIP and wanted to report to the police. I advised him to go and see a doctor at any government hospitals because according to his complaints, it was a criminal."
2. Kenyataan Dr Osman jelas menunjukkan bahawa pemeriksaan beliau BUKAN untuk memeriksa kemungkinan Saiful Azlan telah diliwat.
3. Ini adalah kerana Saiful hanya memberitahu Dr Osman bahawa beliau diliwat HANYA SELEPAS Dr Osman selesai melakukan PR examination.
4. Hakikatnya, Saiful tidak memberitahu Dr Osman sebelum beliau melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.
5. Dan setiap doktor biasa WAJIB merujuk setiap kes berbentuk jenayah ke mana-mana hospital untuk diperiksa oleh pakar-pakar yang berkelayakan untuk melakukan pemeriksaan forensik. Perkara inilah yang dilakukan oleh Dr Osman apabila Saiful menceritakan hal yang sebenarnya iaitu menasihat Saiful rujuk ke hospital kerajaan.
6. Dan jika merujuk kepada laporan Dr Osman, semasa mengambil sejarah penyakit (medical history), Dr Osman tidak terlintas untuk menanyakan samada Saiful pernah meliwat atau diliwat.
7. Kenyataan di atas jelas menafikan laporan MalaysiaKini dan portal tersebut telah menyalahertikan kenyataan Dr Osman.
3. Protokol yang wajib digunakan oleh DOKTOR PAKAR ketika melakukan pemeriksaan forensik ke atas mangsa sodomi.
Examination Technique
Perianal bruising, petechiae, edema, discharge, bleeding, tenderness, abrasions, lacerations, erythema, inflammation, and visible anal laxity. (calar di sekitar dubur, bengkak, lelehan, pendarahan, sakit apabila disentuh, calar kecil, calar dalam, kemerahan, inflammasi dan kekejangan/kekenduran bahagian dubur yang dilihat (tidak dilaporkan oleh Dr Osman) )
2. Use magnification with otoscope, visor, or colposcope (Gunakan mignifikasi dengan otoskop, visor atau colposkop)
3. Separate anal folds to visualize injuries (Asingkan lipatan dubur untuk melihat kecederaan)
4. Digital exam is not indicated, except if concern for foreign body retention ( pemeriksaan menggunakan jari tidak diperlukan kecuali jika terfikirkan terdapat bendasing)
5. Anoscopy is indicated only if there is active rectal bleeding or rectal pain. (penggunaan alat anoskop digunakan hanya jika terdapat pendarah aktif atau pun sakit di dubur)
6. Lubricant should be used for anoscopy. To avoid contamination by lubricant, perform anoscopy only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION. (Lubrikasi harus digunakan jika menggunakan alat anoskop. Untuk menggelakkan kontaminasi, lakukan anoskop HANYA SELEPAS MENGUMPUL SAPUAN FORENSIK) (Tidak dilakukan oleh Dr Osman)
7. Apply Toluidine blue to identify abrasions on skin surface only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION. (gunakan kimia Toludine biru untuk mengenal calar-calar di permukaan kulit HANYA SELEPAS MENGUMPUL SAPUAN FORENSIK) (tidak dilakukan oleh Dr Osman)
c. tidak menggunakan Toluidine biru (digunakan untuk melihat calar-calar yang tidak nampak oleh mata kasar).
Kesimpulan
1. MalaysiaKini telah menyalahertikan keterangan Dr Osman dan membuat penilaian yang salah.
2. Dr Osman telah melakukan PR examination tetapi BUKAN untuk memastikan Saiful diliwat atau pun tidak.
3. Jika benar seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini bahawa Dr Mohd Osman Abdul Hamid melakukan pemeriksaan berkaitan dengan liwat ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun 2008, Dr Osman sebenarnya telah melakukan kesalahan besar kerana tidak mengikut protokol wajib dan juga boleh didakwa kerana telah merosakkan bukti.
Artikel seterusnya :- Kes Liwat Anwar Ibrahim
Identity Change
48 minutes ago




5 komentar:
alah penyokong2 taksub anwar ni ckp apa pun dia tak nak terima. tapi tak pa Dr. kita b/jawab terangkan perkara yg betul.
Aku geli tgk anwar, seorg yg terang sifat munafiknya.
aku tgk video org2 yg diliwat anwar di the unspinners. tapi pengikut mereka masih tak mau tgk, masih buta hati...
BRAhim.
Salam,
Untuk pengetahuan semua pembaca, perkataan TRO (To Rule Out) adalah jargon yang sering digunakan oleh para doktor dalam membuat diagnosis, termasuk saya sendiri.
"TRO sodomy" BUKAN bermaksud "Sodomy has been rule out"
TRO biasanya digunakan bila kita ada diagnosis utama tetapi masih tidak dapat mengenepikan kemungkinan diagnosis yang lain.
Saya bagi contoh, seorang pesakit datang dengan deman dan ruam. Dalam diagnosis saya akan tulis "Simple viral fever TRO dengue". Maksudnya saya merasakan kemungkinan pesakit menghadapi demam viral biasa tetapi saya tidak dapat mengenepikan demam denggi.
Bila seseorang meletakkan diagnosis "TRO sodomized", ia bermaksud doktor tersebut masih lagi tidak dapat menolak kemungkinan "sodomized".
Dalam kes rogol dan sodomi, bukti pemeriksaan doktor tidak dapat 100% membukti atau menolak tuduhan tersebut walaupun hasil pemeriksaan positif atau negatif. Terdapatnya kecederaan pada kemaluan atau dubur tidak bermaksud rogol/sodomy telah berlaku.Begitu juga jika tiada kecederaan pada kemaluan atau dubur, ia tidak membuktikan perlakuan rogol atau sodomy tidak pernah berlaku.
Saya berpengalaman memeriksa banyak kes rogol dan pernah beberapa kali menjadi saksi pakar/ Expert witness di Mahkamah dalam kes rogol.
Tidak seperti kes rogol dimana selamut dara (hymen) berkemungkinan boleh koyak atau cedera jika berlakunya penetrasi, amat sukar untuk membuktikan sodomi berlaku berasaskan kecederann kerana lubang dubur tidak mempunyai selaput/hymen seperti vagina. Jika berlakupun sodomi TIDAK SEMESTINYA kecederaan akan berlaku. Mahkamah akan menimbangkan bukti yang lain juga selain dari pemeriksaan doktor.
Pemeriksaan oleh mereka yang tidak berpengalaman seperti Dr Osman boleh merosakkan bukti. Saya ada pengalaman dalam kes rogol dimana kes terpaksa dibuang kerana bukti utama telak rosak disebabkan oleh pemeriksaan oleh pegawai perubatan yang tidak berpengalaman.
Harap maklum, Terima kasih
Anda dijemput mendaftar sebagai Ahli BLOGGERS MALAYSIA™ di : http://bloggersmalaysia.blogspot.com
Salam Dr. RBAONG,
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dengan kita semua.
Salam.
Pandangan saya mengenai kesimpulan Dr:
1. Penilaian MalaysiaKini berdasarkan keterangan Dr Osman tanpa mengira pandangan teknikal pakar.
2. PR exam Dr Osman bukan untuk memastikan Saiful di liwat sebab beliau tidak diberitahu. Kalau Saiful beritahu upfront mungkin Dr osman terus rujuk ke pakar. Kalau saya jumpa Dr saya beritahu "Dr saya demam"
3. Tak boleh nak salahkan Dr Osman sebab beliau tidak tahu. Kerana tak tahu tiada sebab beliau nak mengainaya Saiful dengan mengeluarkan laporan yang tak betul.
4. Kita tunggu laporan HKL lak. Laporan ni mungkin mengikut prosedur yang betul. Mungkin Dr leh beri pandangan mengenai laporan HKL.
Post a Comment