FACEBOOK DR MIM

LIVE ! GAZA UNDER SIEGE

Wednesday, October 21, 2009

Nizar kvv2: Anwar Ibrahim Tidak Percaya Rakan Politik Beliau?

Utusan Malaysia

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dipercayai berpunca daripada hilangnya kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kemampuan Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mendakwa sewaktu menyertai PKR, Jeffrey telah diberi tugas untuk melebarkan pengaruh parti itu di Sabah namun beliau gagal walaupun ‘tsunami politik’ telah berlaku di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Katanya, Jeffrey kemudiannya diminta memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di sana supaya melompat parti bagi membolehkan pakatan pembangkang membentuk kerajaan Pusat, namun ia turut menemui kegagalan.

“Anwar menganggap Sabah sebagai sebuah negeri yang penting untuk dikuasai, sebagaimana BN yang menganggap Sabah sebagai satu ‘simpanan tetap’.

“Lantaran itu, Anwar mengambil alih jawatan pengerusi negeri selama kira-kira dua bulan sebelum diserahkan kepada orang kepercayaannya (Naib Presiden PKR) Azmin Ali,”
katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.

Ia ‘dipanaskan’ lagi dengan kehadiran Zaid Ibrahim pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru malam kelmarin walaupun dinasihatkan oleh Anwar supaya tidak berbuat demikian berikutan bantahan Azmin sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.

Sewaktu berucap pada majlis itu Zaid melahirkan harapan supaya PKR tidak akan didominasi oleh kumpulan tertentu yang mempunyai agenda mereka sendiri.

Anuar berkata, sebagai ahli politik berpengalaman di Sabah, Jeffrey tidak berdiam diri malah bijak memanipulasi keadaan dengan melibatkan Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau mendakwa, Zaid digunakan oleh Jeffrey untuk mendapatkan publisiti dan membawa krisis itu ke peringkat nasional.

“Zaid walaupun tidak mempunyai penyokong akar umbi merupakan seorang yang lantang dan mampu meraih publisiti selaras dengan statusnya sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Inilah cara terbaik untuk Jeffrey membawa masalah itu ke peringkat nasional, jika tidak ia hanya diperkatakan di Sabah sahaja,”
katanya yang menyifatkan hayat politik Jeffrey dalam PKR sudah menghampiri penghujung.

Sementara itu, Anuar yang merupakan bekas Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh berkata, beliau percaya Azmin akan menerima padah di dalam kemelut politik Sabah yang sememangnya unik dan sukar difahami pemimpin dari Semenanjung.

Katanya, risiko itu semakin diburukkan oleh sikap Anwar yang terlalu melebihkan Azmin berbanding kehendak akar umbi.

“Saya percaya sudah ada pemimpin PKR Sabah telah menemui Anwar dan mengadu mengenai masalah tersebut.

“Berdasarkan pengalaman peribadi saya, Anwar biasanya akan membuat janji bagi memuaskan hati semua pihak, tapi akhirnya isu di Sabah meledak juga,” katanya
yang mendakwa masih menerima maklumat daripada ‘rakan-rakan’ lama dalam PKR.

2 comments:

Jeffry said...

SLM DOC..KEPERCAYAAN TERHADAP ANUWAR DI KALANGAN AHLI2 PKR SENDIRI DH MULA TERHAKIS. KLU SORANG DUA MUNGKIN KITA AGAK SANGSI TAPI SKRG DAH SEMAKIN RAMAI.

MUNGKIN INI BALASAN ALLAH KPD ORG YG SUKA SGT MENIPU

mardhiah said...

Apapun DSAI tak patut bikin lelaki Dusun pertama yg grad dari Harvard University macam gitu aje. Patut Jeff Kitingan duduknya di sebelah Anwar.

Hopefully BN tak bikin perkara yang sama pada abang dia.

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.