Anda Ahli Di Dalam Parti Politik?

THE BEGINNING OF UMNO YOUTH.

THE BEGINNING OF UMNO YOUTH.
( KLIK FOTO INI )

16 November 2009

Nizar! Azmin Ali dalam 'Sup Panas' Lagi!

Dr Novandri Hasan Basri

Azmin Ali is in hot soup again!

Sudahlah orang Sabah tidak mahukan beliau, sekarang timbul pula isu mengenai kemampuan beliau untuk melabur jutaan ringgit sedangkan beliau hanyalah orang bergaji sahaja ketika itu.

Penulis tidak terkejut jika Azmin Ali akan menafikan beliau, isteri dan iparnya membeli saham bernilaiRM8.5 juta pada awal 1990-an. Dan penulis tidak terkejut jika Anwar Ibrahim akan mempertahankan orang yang paling beliau percayai itu dari segala tuduhan yang didedahkan.

Tetapi pendedahan yang dilakukan oleh beberapa bloggers bersertakan resit-resit bank pastinya akan membuatkan Azmin Ali bertambah resah dan akan berlari meminta perlindungan daripada master beliau.

Penulis percaya Anwar Ibrahim pernah menyalahgunakan kuasa beliau semasa beliau memegang jawatan menteri dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1990-an. Beliau telah mempermudahkan kroni-kroni beliau untuk menjadi kaya raya tanpa mereka sebenarnya berkelayakan untuk menerima wang tersebut.

Malah, penulis diberitahu bahawa jejak-jejak lama Anwar Ibrahim sebenarnya banyak tersimpan termasuk di dalam fail-fail syarikat-syarikat proxy, perhubungan negeri Pulau Pinang dan pusat !

Penulis tidak percaya Anwar Ibrahim telah berjaya menutup segala jejak-jejak lama beliau itu. Cuma yang menyelamatkan Anwar Ibrahim sebenarnya ialah perasaan 'yang lama tu tak payah dikenang' pemimpin-pemimpin UMNO dan negara yang pernah bersama-sama beliau ketika itu.

Penulis pernah mendapatkan pandangan mengenai ketidakvokalan pihak UMNO dan Barisan Nasional untuk melawan Anwar Ibrahim.

Apakah kita sebenarnya takut dengan Anwar Ibrahim ?

Apakah tidak ada bukit-bukti yang menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim pernah melakukan kesalahan ?

Apakah masih ada yang mengharapkan Anwar Ibrahim masuk kembali di dalam UMNO?

Jawapannya ialah bukan pihak UMNO dan Barisan Nasional tidak mempunyai segala bukti.

Malah, jika mereka mendedahkan segala yang mereka tahu tentang Anwar Ibrahim, beliau akan tersungkur malu ketika itu juga. Anwar Ibrahim akan dikeji dan maruah beliau akan disentap begitu sahaja.

Malah keluarga beliau juga akan mendapat malu yang amat sangat sehinggakan mereka mungkin tidak dapat berdepan dengan masyarakat. Keluarga Anwar Ibrahim turut menanggung malu dek perbuatan Anwar Ibrahim!

Akan tetapi, pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tidak sekejam itu. Mereka masih tidak melupakan sumbangan Anwar Ibrahim kepada negara Malaysia. Mereka juga simpati kepada bebanan dan malu keluarga Anwar Ibrahim jika mereka mendedahkan segalanya kepada rakyat Malaysia.

Penulis terdiam ketika mendengar penjelasan tersebut. Tetapi di dalam hati penulis terfikir, jika perkara ini diterbalikkan dan Anwar Ibrahim mempunyai segala bukti tentang UMNO dan Barisan Nasional, apakah beliau ambil peduli tentang consequences yang dihadapi oleh orang itu dan keluarga mereka?

Anda tentu ada jawapannya!

17 komentar:

Anonymous said...

Bro. Azman Ali tu sapa? ke typing error.

Anonymous said...

Azman or Azmin?

abe MIE 'TERJAH' said...

azmin ali mana ada duit.
dalam akaun bank pun ada RM1 aje...

asmin- eja pun salah, memiliki wang RM1 untuk isterinya yang dipeluk oleh anwar ibrahim...

sungguh berjiwa rakyat diaorang nie

pkrpasdap.blogspot.com

kadtelai said...

Memang apa yang Doc kata tu benar belaka,saya semasa bersama UMNO waktu Anwar Ibrahim jadi Timbalan Perdana Menteri tahu sangat perilaku beliau,tapi kami tak boleh buat apa apa,kerana ketika itu beliau sangat berkuasa,bukan setakat menentang,berbeza pendapat dari dia pun akan dilanyak until you became nobody.tak payah lah kita soal pasal juburi.

Jeffry said...

SLM DOC..SEMUA TAU AZMIN 'ISTERI KESAYANGAN' ANUWAR. DIA JUGA ORG YG PERTAMA MEMPERTAHANKAN AZMIN. KLU TAKDE ANGIN MASAKAN POKOK LEH BERGOYANG.

MALAH ISTERI BELIAU SENDIRI PUN TAU TEMBELANG SEBENAR ANUWAR. CUMA DIA TAKUT NAK DEDAHKAN SBB DIA TERPAKSA TAAT SEBAGAI SEORANG ISTERI WLUPUN TAU PERKARA ITU SALAH DI SISI AGAMA.

KERAJAAN BKN KEJAM SEPERTI ANUWAR WAR2KAN SELAMA NI. TAPI ANUWAR SANGGUP MELAKUKAN KEKEJAMAN TERHADAP DIRI, KELUARGA DAN NEGARA SEMATA2 UTK MELEPASKAN DIRI SENDIRI

anafakir said...

Doktor..andai UMNO beriya-iya mendedahkan segala tembelang Anwar sewaktu dia dalam UMNO dahulu, dengan segala macam penyelewengan, amalan kronise, dan nepotisnenya maka saya sebagai pemerhati atau pihak ketiga ini membuat penilaian bahawa semua pemimpin utama dalam UMNO sekarang ini tidak lebih dan tidak kurang seperti Anwar juga..tidak begitu doktor?Kadar kejahatan dan penyelewengan itu diukur berdasrkan pangkat yang dipegang sekarang.Kalau PM tu lebih besar, TPM kurang sedikit, para menteri itu berdasarkan mana yang lebih 'senioritiy' dan mana peluang lagi besar atau ikut kementerian..

Justeru langkah UMNO untuk menelanjangi Anwar sebenarnya akan memerengkap UMNO itu sendiri kerana orang ramai akan beranggapan bahawa memang benar sesiapa sahaja menjadi pemimpin utama UMNO pasti tidak dapat lari dari rasuah, maksiat, kronisme dan nepotisme. Tun Mahathir pun akan didedahkan keburukanya habis-habisan jika dia juga menjadi ahli parti lain...

Saya suka melihat dari sudut berbeza doktor..dan andainya UMNO berhasrat untuk terus menelanjangi Anwar dengan isu di atas..silakan tetapi sanggupkah UMNO untuk menerima persepsi buruk dari rakyat sepertimana UMNO buat kepada Anwar ini?Sediakah UMNO untuk mengurus dan menangani persepsi ini,dan bagaimana Anwar juga akan mengeluarkan bukti yang sama..salinan resit, salinan cek,salinan dokumen seperti UMNO buat terhadap dirinya...mustahil dia tidak ada apa-apa' senjata sulit' cuma dia tidak ingin berperang sebegitu mungkin ingin menjaga air muka 'rakan lamanya'.

Semua tahu, Anwar tidak suka membalas tuduhan dengan tuduhan semula..Tun Mahathir banyak membuat dirinya menderita, tetapi tidak pernah Anwar membalas semua sikap Tun M itu dengan tuduhan yang menghina Tun M.Dia cakap tidak berdendam dengan Tun M..Cuma saya risau, sejauhmana Anwar mampu bertahan jika UMNO terus mengorek buruk dia sahaja sedangkan dahulu dia [ Anwar ] adalah TPM, mustahil dia tidak tau dan tidak ada sebarang fail atau bukti berkaitan perilaku para menteri di bawahnya?...mungkin menunggu masa sahaja.Pejuang sejati memang macam itu,terus berdiam diri sehingga senjatanya benar-benar ampuh, paling tidak menjadi bom atom,sekali meletup seluruh organisasi hancur...

Saya lebih suka kita berperang politik cara baik,sama-sama jaga air muka nanti kalau asyik buruk memburuk antara satu sama lain, sama agama, sama bangsa..nampak sangat bahawa Melayu ni mudah memecahkan rahsia...dan persepsi ini menjadi senjata musuh untuk ' membunuh bangsa kita'...

Doktor lebih terpelajar so, saya cuma memperingati atas nama agama dan sebangsa agar berhati-hati jika ingin 'berperang; jangan nanti yang menang jadi arang yang kalah jadi abu...

Sekian untuk renungan.
Mohon mencadangkan.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Anafakir,

Seperti maksud artikel saya mengenai ketidakvokalan pemimpin2 UMNO melawan Anwar Ibrahim, anda telah menjawap sendiri iaitu

"Saya lebih suka kita berperang politik cara baik,sama-sama jaga air muka nanti kalau asyik buruk memburuk antara satu sama lain, sama agama, sama bangsa..nampak sangat bahawa Melayu ni mudah memecahkan rahsia...dan persepsi ini menjadi senjata musuh untuk ' membunuh bangsa kita'."

Kerana itulah perasaan 'yang lama jangan dikenang' wujud dan tidak berlaku penelanjangan yang ketara seperti yang saya terangkan.

Toyeng said...

Dr...
klew krajaan xambil tindakan terhadap Anwar sekarang, Anwar akan trus menjual agama, bangsa, dan negara. Xkan tiada cara untuk mengekang Anwar.

Tetapi, bijaknya pemimpin kita untuk mengekalkan keharmonian negara kita. Jika Anwar ditangkap, perkara lebih truk akan berlaku kepada Malaysia. Lebih teruk drpd kejadian 1998. Pihak pembangkang akan memanipulasi rakyat untuk berdemonstrasi dan rusuhan. Pas akan memanipulasi orang Melayu supaya berpecah, Pkr dan Dap akan memanipulasi kaum Cina dan India untuk besar kepala. Mungkin Malaysia akan kacau bilau pada masa itu.

Hope there will be another Tun Mahathir Mohamad in Malaysia.

anafakir said...

Dr..melihat kepada trend sekarang nampak gayanya UMNO sudah memulakan langkah untuk menelajangkan Anwar..isu liwat belaiu dengan saifu, isu dia menjadi penasihat kepada Selangor, isu Azmin mempunyai wang berjuta-juta, isu Nallakarupan mendedahkan RM60 juta diberikan kepada Anwar...tidakah itu sebenarnya menelanjangi dia?.Dan melalu blog, saya dapati Anwar juga sudah mula merancang untuk menyerang balas terutama menyerang peribadi DS Najib.Apakah ini mungkin Anwar juga sudah memulakan langkah silatnya?...video Bala sudah tersebar dalam blog, mungkin DS Najib tiada isu besar walaupun isu Altantuya masih bergema, namun bagaimana jika bedilan Anwar terkena menteri-menteri kanan yang ada, tidakkah itu melemah dan melemaskan UMNO nanti.

Maksud saya, berperang politik secara baik, setiap keburukan yang pernah dilakukan antara pemimpin, buat baiah laknat, jika antara mereka membuka pekung di dada musuh masing-masing, maka laknat Allah akan mereka terima.Dalam dunia ini siapa yang baik semua?...MESTI dan PASTI ada...

Sekarang ini siapa kita nak letakkan harapan untuk memimpin ummah negara kita ni? Jika UMNO pun tercemar dengan pelbagai isu moral [perempuan, judi, maksiat, rasuah, penyelewengan dan lain-lain ] begitu juga dengan PKR..2x5 juga.Akhirnya mungkin bangsa lain akan menangguk di air keruh...PAS untuk bersendiri tidak mampu..dia perlukan sokongan rakan pakatan lain juga, UMNO pun tidak mampu kalau ingin berdiri sendirim masih dan memang perlukan komponen lain.Jika parti sebangsa ini tidak mampu aman, pasti komponen BN boleh bila-bila masa bersatu dengan rakan pakatan untuk mentadbir negara,akhirnya PAS, UMNO dan PKR menjadi mangsa kebodohan pemimpin mereka sendiri.

Tidak mampu untuk 'hidup bersama sebagai suami isteri'tidak kisah, asalkan 'perceraian' yang berlaku bukan dengan dendam dan umpat keji. Tidak 'bersatu' asal 'bersekutu' kira dah ok laaa...Anwar ada buruk dan ada baiknya.Dalam UMNO dulu dialah yang diagung-agungkan, tetapi bila 'bercerai' UMNO lanyak dia cukup2...dan sesiapa juga yang ada kuasa semasa dalam UMNO jika berpaling tadah pasti akan dilanyak..Zaid Ibrahim pun begitu,Ibrahim Ali juga begitu...dan banyak contoh lagi.

Jika sindrom ini berterusan, kita sebenarnya menjadi mangsa kebodohan kepemimpinan kita sendiri jika kita 'dijajah semula' tetapi dalam bentuk baru...

Hanya itu dari saya..
Mohon mencadangkan.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

TERBARU :-

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan (1996-1998),Anuar Shaari pagi Selasa serah salinan asal dokumen pemilikan saham dan penyata akaun bank Naib Presiden PKR Azmin Ali dan isterinya Shamsidar Tahrin kepada Bahagian Jenayah Perdagangan Polis di Kuala Lumpur.

Dokumen saham bersama Azmin dan Shamsidar ( waktu Azmin berkhidmat dengan Anwar ) bernilai RM2 juta manakala penyata bank Shamsidar bernilai RM 8 juta.

Anuar yang juga pernah jadi Setiausaha Politik kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail 1999 hingga 2004 berkata pada wartawan, “ Datin Seri Dr Wan Azizah perlu bertanya bagaimana Shamsidar seorang boleh mempunyai saham dan wang sebanyak itu.”

Beliau tiba di Bahagian Jenayah Perdagangan jam 11.30 pagi – LAPORAN LANJUT AKAN MENYUSUL.-17/11/2009

anafakir said...

Begitulah nasib bekas pemimpin UMNO yang tidak lagi bersama mereka.Semua orang yang pernah berkhidmat dengannya pasti akan berpaling tadah...macam-macam kerenah yang dicungkil.Cuma motifnya apa?..

Selepas ini...sesiapa jua yang pernah bersama UMNO terutama pimpinan tertinggi akan menerima nasib yang sama...segala keburukan dan kelemahan sewaktu dalam UMNO akan terbongkar.Persoalannya kenapa selepas mereka tidak lagi bersama UMNO?Kenapa sewaktu dalam UMNO,mana pergi SPRM, mana pergi slogan 'BERSIH, CEKAP dan AMANAH"?...inilah yang dikatakan 'munafik' dalam perjuangan..cakap berdegar-degar ekor bergelumang tahi.Sebenarnya apa yang berlaku kepada Anwar adalah gambar sebenar rupa wajah UMNO dari dahulu, kini dan selamanya.Kenapa segala keburukan dan kesilapan Anwar ini tidak disiasat..dan apakah sekarang semua pemimpin kana UMNO seperti Anwar juga sikap mereka..rasuah di mana-mana, saham di mana-mana, akaun sana,akauan sini...wang berjuta-juta disonglap secara salah.Dan apakah apa yang berlaku kepada Anwar ini sebagai ingatan kepada pemimpin UMNO yang lain yang masih berada dalam UMNO supaya tidak melompat parti..jika tidak akan berlaku perkara yang sama seperti yang dilakukan kepada Anwar sekarang?..Kalau PAS,mereka membuat bai'ah laknat Allah dari jika berpaling tadah...maka UMNO berbia'ah dengan cara membongkar segala keburukan dan penyelewengan yang pernah dilakukan semasa dalam UMNO...aduuuiiiiiii teruk-teruknya orang politik sekarang.

Saya yakin dan percaya tuan doktor juga akan menimpa nasib yang sama jika tidak lagi bersama UMNO...segala kelemahan doktor akan didedahkan untuk pengetahuan UMNO Bahagian dan orang ramai di tempat tuan...

Kesimpulan saya...semua pemimpin UMNO lebih kurang sama dengan Anwar malahan mungkin yang memimpin UMNO hari ini lebih teruk dari Anwar semasa dia dalam UMNO dahulu.Teruknya UMNO....patutlah pelbagai persepsi dibuat kepada UMNO dan pemimpinya,rupa-rupanya memang begitu sahsiah mereka.Segala slogan hanya menyedapkan telinga rakyat sahaja...rupa-rupannya MENIPU RAKYAT SECARA TERANG-TERANGAN.

Andai benar semua ini, masa akan tiba untuk memusnahkan UMNO..sesungguhnya segala kebatilan, ditutup macamana sekalipun akhirnya nanti akan terdedah jua...hanya masa yang menentukan.Jika terdedah..UMNO akan lenyap terus dari politik negara.PASTI.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Anafakir,

Tidak semua bekas pemimpin UMNO mengalami nasib seperti Anwar Ibrahim dan Azmin Ali. Mereka berdua ini perosak bangsa dan patut didedahkan segala keburukan mereka kepada rakyat.

Mereka hari ini seolah-oalh seorang yang alim dan suci bersih pada hal mereka teruk dan bergelumang dengan dosa.

Komen anda juga menyetujui bahawa Anwar Ibrahim memang teruk dan korup.

Saya bersetuju dengan anda. Tahniah saya ucapkan.

anafakir said...

Doktor..
Maksud tersirat saya...pemimpin UMNO hari ini sebenarnya seperti, semacam Anwar juga..'penuh kehitaman'.Kaya raya, saham beratus juta, tetapi dikumpul dengan cara yang lebih kurang sama dengan Anwar lakukan sewaktu dalam UMNO dulu.Jika begitu..memang teruklah pempimpin UMNO yang ada dan sedang menerajui negara kita hari ini.Umpama "Anwar itu acuan, dan pemimpin dalam UMNO hari ini adalah kuih-kuihnya"...tak begitu doktor?..

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Anafakir,

Saya setuju tidak semua pemimpin UMNO yang bersih, sama seperti pemimpin2 PAS, DAP & PKR.

Tapi untuk melabelkan seluruh pemimpin UMNO dan parti UMNO itu tidak betul.

Apa lagi yang lebih teruk yang boleh kita bayangkan jika dibandingkan dengan 'aktiviti' Anwar Ibrahim?

Tatkala itu beliau adalah Menteri Kewangan dan kemudian Timbalan Perdana?

Saya berpendapat dengan kuasa beliau itu, dia telah buat yang paling teruk sekali.

Anonymous said...

Tuan,
1.Sangat menarik 'dialog' antara Dr dgn ana fakir...dr dgn pegangan...ana fakir dah dapat diduga pendiriannya...

2.Cuam ana ingin mencelah....dedahkan semua pemimpin-pemimpin yang bermasalah dlm semua parti politik...

3.Cuma bersediakan anafakir utk mengakuai kelemahan2 pimpinan terutamanya pemimpin PAS...kalau semua bersedia barulah 'pembaharuan' ini boleh diperdebatkan...jika tidak tak usah bercakap, tak usah bertoeri..buang masa...

adibeta,
kubang kerian, kelantan

anafakir said...

Buat adibeta dan doktor..

Saya setuju kalau didedahkan semua pemimpin bermasalah dalam mana-mana parti politik, tetapi sanggupkan adibeta dan doktor untuk menerima 'berita' bahawa pemimpin UMNO akan mendahului penyelewengan..contoh terbesar DSAI dan kroninya, kemudian Pak Lah dengan kroni anak menantunya, Muhyidin dengan 'kesilapan' sewaktu menjadi MB Johor, MB N9, bekas MB Pahang dan MB Pahang sekarang, Bekas KM Melaka yang pernah mejadi Ketua Pemuda UMNO, KM Melaka sekarang, KM Sabah kesemuanyaaaaa....kita cuba senaraikan secara telus, jujur dan benar-benar terbuka untuk membuat perbandingan...malahan ramai lagi pemimpin UMNO yang bersalut 'lumpur' dalam riwayatnya menjadi pemimpin.Silakan.Saya berlapand dada.

Anonymous said...

Salam...
Buat Anafakir...
1.Alhamdullilah enta bersetuju....

2.Bayangkan penyelewangan UMNO selama 52 tahun memerintah....namun dalam masa tak sampai 2 tahun,lihat pula penyelewangan dalam PR...
a)Di Kedah...mana janji nak hapuskan bab dosa2 besar...dll
b)Di Selangor...ana rasa enta boleh ceritakan...daripada kes lembu hinggala ke dgn bank islam..
c)Di Penang...masalah kg buah pala ciput je...banding yang lain...
d)Kelantan...dtgla dan lihat mana melayu kelantan sekarang...bab tengok gambar dapat pahala, pangkah PAS masuk syurga dll...

3)Tak sampai 2 tahun bro...perlukan 50 tahun lagi nak samakan dgn pemerintahan UMNO...bayangkan dlm masa 50 tahun berapa banyak penyelewangan yang 'dikumpulkan'..

4)UMNO dikatakan 'kafir' kerana tidak menyokong hudud...jgn lupa orang yang membawa kes hudud ke mahkamah sedang perlahan-lahan diangkat sebagai pemimpin agung dalam PAKATAN...

5)Insya-Allah kita akan mendapat kesedaran,keberkatan dalam dialong ini...

adibeta,
kubang kerian, kelantan

Blog Widget by LinkWithin
..... CATATAN BLOG .....

Daulat Tuanku

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.

Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini.

Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.

Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.

Ikutilah :-

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."

"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain."

"Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka."

"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.

Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080

2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330

3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325

Hormati Penduduk Asal Nusantara

Utusan Malaysia

SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.

Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)

Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.

Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.

Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.

Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.

Pemerintahan

Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.

Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.

Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.

Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.

Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.

Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.

Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.

Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.

Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)

Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?

Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.

Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.