Dr Novandri Hasan Basri
Walau pun Nik Aziz Nik Mat dikritik hebat dek kesilapan beliau menerima tajaan menunaikan haji, kita juga dapat tahu bahawa manusia yang mengatur segalanya ini ialah menantu kesayangan Nik Aziz itu sendiri iaitu Ariffahmi Abdul Rahman.
"Tiada orang lain yang memecahkan berita pakej RM65,000 satu kepala ini melainkan Ariffahmi sendiri yang memberitahu “Ana pergi ke mekah tahun ni, gi dengan pakej VVIP” kepada setiap orang yang tidak tahu dia akan ke Mekah.
Apabila Tuan Guru menerima pujukan menantunya, berkembanglah cerita bahawa kepergian Tuan Guru dengan peruntukan PMBK tetapi lama kelamaan tersebar bahawa ianya ditaja menerusi seseorang yang mendapat projek-projek Kerajaan Negeri Kelantan.-kickdefella"
Malah, kewujudan Ariffahmi yang memegang potfolio yang sangat penting di dalam kumpulan PMBK, turut menimbulkan pelbagai isu yang tidak sedap didengar.
INFO PENTING BERKAITAN AB. ARIFFAHMI BIN ABDUL RAHMAN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) KUMPULAN PMBK KERANA MEMPUNYAI KELEMAHAN, KECUAIAN, SALAH GUNA KUASA, MENYELEWENG DAN LAIN-LAIN Mula bekerja di syarikat Air Kelantan anak syarikat PMBK. Semasa bertugas di sini beliau tidak mempunyai langsung pengalaman bekerja tetapi bersandar segulung sijil menyebabkan tugasan serta amanah yang diberikan sering kali gagal dan terus gagal. Banyak projek di bawahnya tertangguh dan tidak mencapai target syarikat.
....Semasa berkhidmat di PMBK, beberapa surat amaran dari CEO terdahulu telah dikeluarkan kerana prestasi kurang memuaskan dan perlanggaran peraturan pejabat. Sebaik sahaja dilantik sebagai COO fail peribadinya berada dalam simpanan sendiri bagi mengelakkan rahsia peribadinya terbongkar dan memo amaran atau tindakan disiplin telah dihilangkan begitu sahaja. Pelantikan Ariffahmi Abdul Rahman (AAAR) sebelum ini sebagai Ketua Bahagian Hartanah. Dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) yang mana pelantikan ini telah dipertikaikan umum.
Sekarang ini pula telah dilantik dengan tiba-tiba sebagai CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan. (PMBK) bagi mengambil alih jawatan agensi pelaburan dan pemangkin pembangunan Kelantan dalam tempoh singkat menjawat COO walaupun sebelum ini rekod prestasi kerja paling tidak memuaskan (seterusnya...)Walaubagaimana pun, Nik Aziz masih dilihat sebagai mangsa keadaan dek kebodohan menantu beliau itu. Tetapi, itu tidak bermakna, reputasi Nik Aziz menjunam jatuh!
Malah, nama Nik Aziz diangkat menjadi calon terbaik Pengerusi Pakatan Rakyat. Persoalannya, Anwar Ibrahim sudah tidak bermakna lagikah?
Jika Nik Aziz merupakan calon yang terbaik, dimanakah Pakatan Rakyat mahu meletakkan Anwar Ibrhim?Apakah Anwar Ibrahim hanya mendiamkan diri dengan kenyataan Zahid Ibrahim yang menjatuhkan imej beliau?
Dimanakah mimpi-mimpi Anwar Ibrahim yang mengidamkan jawatan Perdana Menteri jika Nik Aziz merupakan pemimpin yang tertinggi?
Apakah legasi Nik Aziz yang berakhir atau Anwar Ibrahim itu sendiri?Nampaknya,
isu Nik Aziz tidak akan selesai setakat ini sahaja. Ada kemungkinan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Nik Aziz yang tidak ada kena mengena dengan parti politik lawan tetapi dilakukan oleh rakan politik yang berasa dengki dan iri hati kepada Nik Aziz!
..... CATATAN BLOG .....
Daulat Tuanku
Dr Novandri Hasan BasriDi sini penulis sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.
Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini.
Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.
Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.
Ikutilah :-
“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini.""Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain.""Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial."Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka.""Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.""Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.” PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080
2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330
3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325
Hormati Penduduk Asal Nusantara
Utusan Malaysia
SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.
Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)
Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.
Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.
Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.
Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.
Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.
Pemerintahan
Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.
Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.
Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.
Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.
Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.
Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.
Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.
Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.
Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)
Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?
Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.
Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.
7 komentar:
ASKUM DR,
ALLAH NI MAHA KAYA.. SKRG SEMUA BENDA YG KITA BUAT, KALAU SALAH ALLAH AKAN BYR SECARA CASH(KENA BATANG HIDUNG SENDIRI).
NI KERANA NIK AZIZ SELALU DOK KATA KAT ORG LAIN.. TU YG AT LAST KENA KAT DIA TU.
PENDEK KATA NIK AZIZ DGN PAKLAH TAK DAK BEZA.
LEBIH KURANG SAMA SAJA.
PERASAMAAN:
1. DI KAWAL OLEH MENANTU
(PENDEKA KATA IKUT TELUNJUK
MENANTU).
2. MENANTU GELOJOH & TAMAK HALOBA.
3. KONONNYA MEREKA LA ORG BERUGAMA
4. SEGALA KERJA @ PENTADBIRAN
BERLANDASKAN HUKUM SYARAK
5. NAMPAK BAIK
(WAL HAL DEPA LA PENYAGAK BESAR)
6. SEGALA BENDA YG DI BUAT NAK
TUNJUK KAT ORG (HEBOH SEKAMPUNG)
PERBEZAAN:
1. MENANTU PAKLAH TERLEBIH KAYA,
MENANTU NIK AZIZ BARU NAK KAYA.
2. PAKLAH DAH BESARA, NIK AZIZ
BELUM LAGI (TAK LAMA LAGI KOT)
3. PAKLAH ISLAM HADHARI, NIK AZIZ
ISLAM SENDIRI.
YG LAIN TU LEBIH KURANG AJE..
FIKIRKAN2
Doktor...Bacaan saya sedikit berbeza dengan apa yang difahami.Cadangan Zaid Ibrahim cuma TGNA menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat, bukan calon PM pun.Mungkin calon PM masih kekal untuk Anwar Ibrahim.Kenapa Zaid Ibrahim mencadangkan sedemikian?Kerana pada perkiraan beliau, TGNA paling tua, orang alim pulak, pengaruh TGNA dikagumi oleh ketiga-tiga parti dalam Pakatan sekarang.Cuma itu yang ingin ditegaskan oleh Zaid Ibrahim..dan saya yakin semua orang sedar aya yang saya nyatakan ini cuma pihak yang opposisi je yang mengelirukan isu untuk menimbulkan ketegangan.Biasalahhh..pertarungan politik, benda yang jelas terpampang pun masih ditafsirkan berlainan..Dah itu resam berpolitik.Cuma saya tidak mahu mencari dosa free..memfitnah macam-macam.Sifir mudah,untuk apa saya mencari keburukan rumahtangga orang lain, lebih elok saya menjaga rumahtangga sendiri.Orang nak dengki dengan keharmonian rumahtangga kita..itu mereka punya pasal laa.Kita tunaikan tanggungjawab menjaga keluarga sendiri..bukan nak merosakkan keluarga orang lain.
"Biar kita berfikiran sederhana asalkan mempunyai nilai yang tinggi.." Itu pegangan saya.
Sekian, mohon mencadangkan
Tuan,
1.Ana tak berstuju bahawa Nik Aziz adalah mangsa keadaan kerana beliau telah menerima apa yang beliau amalkan......
2.Ana rasala isu ini adalah isu dalaman PAS yang dicipta oleh pemimpin2 PAS dalam perubatan menjadi MB setelah Nik Aziz berundur....menghitamkan reputasi Husham Musa...Kickdefela adalah'budak' Husham Musa...
3.Apapun ianya semakin mendedahkan bahawa PAS adalah parti politik dan bukannya ajaran agama....jadi menentang PAS dalam 'politik' tidak akan melibatkan hukum-hakam agama...tidak melibatkan akidah!!!
Wow... nampaknya musim spin untuk selamatkan Tok Guru rasuah.
Hahahaha.. buruk benar perangai Melayu.
Siapa kata Menantu Nik Aziz tak kaya?.Sila ruju http//kickdefella.wordpress.com.Bertajuk Tauke Teng,Nudin Awang dan Geore Micael.
Dr, apa kena mengena jawatan PM dengan Nik Aziz, jika Nik Aziz menjadi Pengerusi PR sekalipun, beliau tetap tidak boleh menjadi PM.
Mengapa, asas kepada PM ialah Ahli Parlimen seperti terkmaktub dalam perlembagaan, TGNA bukan Ahli Parlimen.
Title sahaja Dr, jangan la tipu pembaca dengan hujah2 yang agak dangkal.
Guna otak dan FAKTA ketika menulis.
Mohamed,
Memanglah PM seorang Ahli Parlimen.
Sedar sikit, kita membincangkan PRU-13 yang akan datang dan bukannya sekarang dan PRU-12.
Jika PKR beria-ia memilih Nik Aziz (dan menolak Anwar Ibrahim) kemungkinan besar Nik Aziz akan bertanding di kerusi parlimen.
Harap anda benar-benar faham.
Post a Comment