Dr Novandri Hasan Basri
Abdul Ariffahmi, menantu kesayangan Nik Aziz Nik Mat, Musyidul Am parti PAS sebenarnya mempunyai banyak isu yang tersembunyi yang tidak diketahui oleh kita semua.
Penulis terperanjat dengan pendedahan Kickdefella yang menceritakan dengan terperinci mengenai 'aktiviti' Ariffahmi.
"Ariffahmi memang seorang kaki penipu dan seorang hipokrit. Semalam dia menafikan pertemuan di Hotel Perdana di mana dia meminta Dewan Pemuda PAS untuk mencari jalan untuk menggulingkan Ustaz Hadi.
Apakah Abdul Ariffahmi juga akan menafikan bahawa dia merayu kepada seorang bernama Zahri Bin Ismail supaya meminta YAB Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO untuk mengarahkan SPRM menghentikan siasatan ke atasnya.
Ariffahmi telah pergi menemui Setiausaha Sulit Kanan Tuan Guru MB ketika MB Nik Aziz berada di Kuala Lumpur untuk meminta rakan-rakannya di Kuala Lumpur memintas SPRM.
Sebelum pergi ke Kuala Lumpur, Ariff memaklumkan pihak pengurusan PMBK supaya “jangan risau sebab ada ramai orang nak tolong ana,” Ariffahmi juga menyembunyikan fail peribadinya. Pengurusan PMBK pening lalat kerana, yang risau bukan mereka tetapi Ariffahmi sendiri.
Kalau Abdul Ariffahmi dipihak benar, mengapa beliau bersusah payah untuk ‘memintas’ SPRM supaya tidak menyiasat kesnya?
Dan mengapa seorang yang bermaruah tinggi dan menantu Mursyidul Am PAS boleh merayu supaya Presiden UMNO membantu menutup siasatan dan campurtangan di dalam sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia?
Yang Tok Guru kata, pergi jahanam dengan UMNO, bukannya pergi melutut dekat UMNO.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK perlu faham bahawa menantunya adalah Kacang Hantu di PMBK.
Semenjak dia dilantik menjadi Ketua Pegawai Operasi, beliau telah menindas dan mengugut pihak pengurusan yang tidak bersetuju dengannya walaupun tindakan pihak pengurusan itu jelas berasas......
....... Ariffahmi juga seorang hipokrit. Jika di Kelantan, dia berlakon lebih alim dari Tok Guru Nik Aziz dan menolak sebarang permintaan untuk mengambil gambarnya dengan perempuan yang bukan muhrim waima gambar berkumpulan dengan kakitangan wanita PMBK.
Tetapi di luar negara, bukan main lagi kegatalannya. Menjerit-jerit meminta tolong mengambil gambarnya dengan perempuan bukan muhrim.- seterusnya.
Jika kita mengikuti pendedahan di atas, besar kemungkinan Ariffahmi mempunyai masa depan yang gelap dan mungkin tersingkir daripada segala jawatan yang beliau pegang. Malah, pendedahan yang mengatakan beliau telah merayu agar SPRM tidak mendakwa beliau juga jelas menunjukkan bahawa Ariffahmi memang orang yang bersalah.
Persoalannya sekarang ialah apakah Nik Aziz akan mempertahankan menantu kesayangan beliau itu?
Apakah pula fatwa dan perumpamaan kisah nabi yang akan dikaitkan dengan isu beliau yang mempunyai menantu yang haprak?




5 komentar:
Masalahnya bukan menantu dia aje yang haprak. Nik Aziz sendiri pun hampas.
nik aziz aje yg betul brooo...semua org salahhh belaka.
Siap sebenarnya Sibu Boy? Apakah hubungannya dengan pemimpin-pemimpin MCA dan apakah kesudahan pertelingkahan mereka boleh memberi kesan negatif kepada UMNO dan BN?
Baca selebihnya di http://mcasentinel.blogspot.com
Menantu siapa yang baik ni?..Menantu Pak Lah tu bagaimana? Sekarang Pak Lah pun juga teraniaya...[jika benar apa yang didengar]peruntukan untuknya sebagai ahli Parlimen Kepala Batas dah disekat.
Dulu sebelum Mac 2008, macam-macam juga KJ kena, dituduh liabiliti kepada UMNO, sokong membawa rebah kepada UMNO, bapak rasuah, budak tingkat 4,Ketua Pemuda UMNO rasuah...dan lahi dan lagiiii.
Sebenarnya bila menjadi pemimpin, semua mereka yang berkait dan berdekatan akan turut menerima bahana.Elok-elok anak-anaknya kaya dan mewah dengan usah sendiri pun pasti akan dituduh mendapat 'durian runtuh' disebabkan bapa,pakcik, makcik, sedara atau kawan rapat berkuasa...mungkin itu persepsi, mungkin itu memang benar,terpulang kepada mereka yang membuat pemahaman.Berdarkan ilmu yang haq atau su'sul zhan.
Makin besar pangkat dan kuasa, makin besar persepsi buruk akan menimpa, makin besar ruang fitnah terbuka, makin besar musuh politik bercerita dan mencela...
Akhirnya, lebih baik menjadi pihak ketiga..putih tetap putih, hitam tetap hitam..tidaklah hamba bermuram durja.Tidak juga berpura-pura.
Sekian mencadangkan..dan untuk renungan bersama.
Anafakir,
Kita membincangkan isu menantu Nik Aziz yang haprak.
Anda bersetuju dengan isu ini.
Terima kasih.
Post a Comment