Dr Novandri Hasan Basri
Penulis tidak faham dengan sikap pemimpin-pemimpin PAS yang masih mahu berdolak-dalih terhadap isu bai'ah talak tiga yang dipraktikkan oleh parti PAS.
Sebagai contohnya, BuletinOnline melaporkan :-
KUALA TERENGGANU - PAS memulakan siasatan berhubung amalan bai'ah yang dibuat oleh sesetengah pemimpin parti itu kerana tidak pernah ada sebarang arahan rasmi daripada PAS pusat untuk menceraikan isteri dengan talak tiga jika mereka keluar parti, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
Terdapat juga laporan berita seperti dibawah :-
1. KUALA LUMPUR, Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan atau memberikan penjelasan lanjut mengenai isu bai'ah kerana menganggap isu itu telah selesai.
"Tak payah (siasatan), tidak ada (bai'ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis," jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di Lobi Parlimen.
2. KOTA BAHARU, 10 Nov (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa menafikan wujudnya apa yang dinamakan sumpah bai'ah yang membawa kepada perceraian isteri sehingga menjadi polimik baru dalam kepimpinan PAS sekarang.
Dalam masa yang sama, Nik Aziz tidak pernah menafikan terdapat bai'ah talak tiga di dalam PAS negeri-negeri yang lain. Kata beliau :-
"Saya sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am tidak boleh komen masaalah Selangor kerana ia masaalah individu, saya tidak ambil tahu dan mereka ada jawatankuasa disiplin sendiri."
Jawapan yang Nik Aziz berikan tidak menyakinkan langsung dan jelas menunjukkan bahawa beliau hanyalah Mursyidul Am di negeri beliau sahaja dan bukannya Mursyidul Am bertaraf negara seperti yang diharapkan oleh ahli-ahli PAS.
Malah, beliau seolah-olah mahu 'membersihkan tangan beliau', menutup mata dan telinga beliau pada hal beliau yang berkedudukan tinggi sedemikian, sepatutnya menegur dan memberi nasihat kepada apa sahaja isu besar di dalam parti PAS.
Sementara itu, Khalid Samad, Ahli parlimen Shah Alam tidak mahu menarik balik pendedahan beliau tentang kewujudan amalan bai'ah talak tiga di kalangan wakil rakyat PAS. Maksudnya, amalan tersebut memang wujud dan bukan rekaan parti lawan.
Malah ketika Khalid Samad berang dengan kenyataan Zulkifli Noordin tentang isu bai'ah yang ditulis di dalam blog beliau, Khalid Samad tidak pernah menafikan kewujudan bai'ah talak tiga itu!
Khalid Samad berkata :-
"Dia bukan ahli PAS, jadi ia satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab untuk membuat ulasan berhubung amalan ahli PAS. Dia kena hormatlah.
Mungkin sebab itu kenapa dia tidak diterima dalam PAS dan kenapa dia tidak layak untuk menjadi Ahli Parlimen PAS."
Nampaknya, Khalid Samad kini seolah-olah cuba mengalih kesilapan beliau mendedahkan isu bai'ah kepada Zulkifli Noordin pula. Khalid Samad sudah terlanjur kata dan Zulkifli Noordin yang jadi mangsanya!
Penulis pula tidak hairan jika Zulkifli Noordin tidak sekali-kali menjadi Ahli Parlimen PAS kerana beliau pula yang dimestikan bersumpah bai'ah talak tiga! Syabas Zulkifli Noordin!
Nah! Apa lagi yang mahu disembunyikan oleh Hadi Awang, Nik Aziz dan Mustafa Ali?
Atau apakah Khalid Samad yang berbohong?
Dan jika Khalid Samad yang berbohong, penulis mencabar kepimpinan tertinggi PAS untuk memecat Khalid Samad kerana telah merosakkan nama baik parti PAS!
Dari sudut yang lain, dolak-dalih yang dipermainkan oleh kepimpinan tertinggi parti PAS jelas menunjukkan bahawa mereka hanyalah sekadar ahli politik yang mementingkan politik dan survival mereka. Mereka bukan ulama atau yang setaraf dengannya seperti yang diwar-warkan.
Prinsip flip-flop yang ditunjukkan oleh kepimpinan parti PAS itu amat mengecewakan sekali. Ianya lebih mengecewakan apabila mereka masih ego dan bongkak diri walau pun isu bai'iah talak tiga dilihat sebagai memesongkan akidah seseorang Islam.
Penafian yang berterusan oleh kepimpinan parti PAS itu pasti akan menimbulkan pelbagai keraguan dan tanda tanya terutamanya penyokong-penyokong parti PAS itu sendiri dan kaum wanita yang dilihat sebagai barang tebusan di dalam parti PAS!
Di sini penulis mensyorkan kepada pemimpin-pemimpin parti PAS supaya segera mengakui kesilapan mereka itu. Tidak ada salahnya mereka melakukan sedemikian jika mereka benar-benar berpegang kepada perjuangan Islam mereka.
Dan jika mereka masih berdolak-dalih dan mengharapkan isu bai'iah talak tiga ini lenyap ditelan masa, sikap mereka itu jelas menunjukkan bahawa parti PAS bukanlah parti yang perlu dipertahankan oleh sesiapa orang Islam di negara ini!
Dan yang amat memalukan ialah Dewan Muslimat PAS turut menyokong bai'iah talak tiga tanpa berasa kaum hawa itu sebenarnya ditindas dengan begitu nyata!
Maka tidak hairanlah parti PAS sudah kehilangan sokongan!
11 November 2009
Nizar! Pemimpin Parti PAS Merepek.
Labels: Parti PAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Daulat Tuanku
Dr Novandri Hasan Basri
Di sini penulis sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.
Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini.
Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.
Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.
Ikutilah :-
“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.
“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.
“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.
“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.
“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."
"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."
“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain."
"Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.
"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.
“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka."
"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.
Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."
“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."
"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."
“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”
PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN
1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080
2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330
3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325

Hormati Penduduk Asal Nusantara
Utusan Malaysia
SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.
Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)
Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.
Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.
Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.
Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.
Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.
Pemerintahan
Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.
Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.
Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.
Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.
Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.
Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.
Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.
Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.
Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)
Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?
Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.
Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.

5 komentar:
salam
kesal dengan sikap golongan ini yg sanggup mempermain2kan thalaq, lebih dikesalkan puak2 muslimah yang menyokong.
laillahailallah...ape lah punya haprak hamPAS ni...? Diorg ni kuar dr bapak ke dr emak diorg ni...? begitu hina skali org pmpn di mata diorg ni..sbb tu lh xhairan klu di kalangan ahli & pemimpin hamPAS sdiri melayan isteri2 mrk sama spt sampah.. Wei..hamPAS... bertaubat lh...kembalilah kpd Al Quran & Sunnah...
Memang keterlaluan bai'ah talak tiga ni. Syukur Alhamdulillah kerana tiada yang bercerai berai angkara bai'ah ini. Sesiapa yang melafazkan bai'ah ni tentu yakin dengan kebenaran perjuangan yang dibawa. Tentu mereka tidak melafazkan bai'ah sebelum memikirkan buruk baiknya. Biarlah rumah tangga mereka...
dr...
inilah akibatnya pabila kita pergunakan agama utk kepentingan politik sempit semata-mata demi survival utk terus kekal relavan...
Kesian kat bini2 dia orang kan....
Tak pasal2 jadi janda. Tapi tak pe !
Janda A boleh kawin dgn PAS No 1.
Janda PAS No 1 kawin dgn PAS A.
Ala2 69 gitu.... sama jer nikmat nya cuma ritma nya lain sikit kut...
Post a Comment