Anda Ahli Di Dalam Parti Politik?

THE BEGINNING OF UMNO YOUTH.

THE BEGINNING OF UMNO YOUTH.
( KLIK FOTO INI )

07 November 2009

Nizar! Retak Parti PAS !

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis ingin merujuk kepada seminar khas yang diadakan oleh parti PAS. Seminar Memperkasakan Parti PAS yang diadakan di Dewan Dato Fadzil Noor, di Taman Melewar adalah bertujuan untuk berbincang dan menentukan hala tuju parti PAS dalam mendepani cabaran pada masa hadapan. (rujuk Harakahdaily)

Pertama, penulis tidak pasti sejak bila parti PAS mengamalkan konsep bahawa 'seminar' dapat dijadikan penentu kearah hala tuju parti tersebut?

Apakah kepimpinan tertinggi parti PAS sudah tidak lagi menghormati protokol rasmi parti jika mereka mahukan sebarang perubahan dan penentuan di dalam hala tuju parti PAS?


Apakah mereka tidak lagi mahu mendengar pandangan rasmi ahli-ahli akar umbi parti tersebut melalui satu mesyuarat rasmi yang sepatutnya diadakan selaras dengan perlembagaan parti tersebut?


Dan yang menjadi persoalan penulis dari mula lagi ialah siapakah Profesor Dr Aziz Bari di dalam hariki kepimpinan tertinggi parti PAS sehinggakan kenyataan beliau mampu mengoncang parti PAS?

Realitinya, beliau hanyalah orang luar parti PAS dan apa sahaja pandangan beliau sebenarnya mampu ditangkis dan tidak perlu dijadikan bahan rujukan kepimpinan tertinggi parti PAS.

Dan menjadi tanda tanya penulis ialah, Seminar Memperkasakan Parti dilihat hanya berkisar kepada Dr Aziz Bari dan kenyataan beliau itu sahaja. Dr Aziz Bari adalah 'centre of discussion'. Pelikkan!

Penulis tidak berasa pelik jika 'centre of discussion' itu ialah Presiden PAS kerana beliau ketua parti tetapi Dr Aziz Bari yang 'nobody' dalam parti PAS?

Sebenarnya, di dalam politik terdapat satu approach yang boleh digunakan untuk menyampaikan hasrat dan mesej kita kepada orang lain tanpa diri kita dipersalahkan atau di condemn dengan keras.

Caranya ialah dengan menggunakan orang ketiga! Orang ketiga ini sama ada pemimpin parti tersebut atau pun tidak.

Beliau ini yang akan menyalurkan mesej-mesej dan ketidakpuashatian mereka kepada pihak yang mereka tidak suka di dalam parti tersebut. Modus operandi tersebut selalu dipakai terutamanya jika pemimpin tersebut setaraf atau pun tinggi kedudukan mereka.

Cara ini juga sebenarnya dapat mengurangkan consequences dan musibah yang menimpa kepada pemimpin-pemimpin yang menggunakan orang ketiga itu seperti pemulauan atau pun pemecatan jawatan mereka oleh pemimpin-pemimpin mereka yang mereka sendiri condemn!

Manakala pemilihan orang ketiga yang 'bukan pemimpin parti' digunakan jika perbalahan dan ketidakpuashatian sesama pemimpin itu bakal memporak-perandakan parti tersebut.

Dalam kes parti PAS pula, mereka yang tidak puas hati telah menggunakan Dr Aziz Bari sebagai orang ketiga yang 'bukan pemimpin parti'. Semestinya, mereka sendiri tidak berani untuk berdepan dengan pemimpin yang tidak mereka suka itu dan Aziz Barilah scapegoat nya.

Penulis juga melihat Seminar Memperkasakan Parti PAS sebagai kegagalan kepimpinan tertinggi parti PAS untuk berbincang serta sepakat sesama sendiri dan juga menunjukkan bahawa berlaku keretakan atau pun berpuak-puak di dalam kepimpinan tersebut.

Kelemahan ini tidak perlu disangkal oleh kepimpinan PAS kerana jika mereka terus berhujah dan menafikannya, keretakan itu bertambah jelas dan bakal merosakkan keutuhan parti PAS!

5 komentar:

orangkampung said...

lelong...lelong orang Pas lelong bini oiiii.

Sapa nak beli sisa orang Pas ni...gadai...gadai....

gadai bini....gadai bini

orang Pas memang kecut telur oiii....

kesian bini kat rumah....lompat parti kena pulak cari cina buta...mungkin cina Dapig kot...

tu lah...kata orang tua dulu terlajak perahu boleh undur...sekarang terlajak kereta boleh undur....terlajak nafsu kuasa cam mana sekaarang... tak dapek den nak nolong doh...bangang bonar pulak...tu kalau dah tolobeh pandai ugamo lah kato kan...

ulamak dan jadi ular dalam semak...


lelong...lelong....bini....lelong..talak tiga...boleh gila talak....

anafakir said...

Salam Dr...merujuk kepada komen dr terhadap seminar PAS untuk memperkarsakan partinya, saya melihat dr juga membuat 'bacaan' yang mungkin tidak tepat dan menyeluruh.Telahan saya agak berlainan dari dr, kenapa saya beranggapan demikian?.

1. Melihat senario hari ini, rakyat terbanyak sebenarnya sudah celik politik, sudah lebih arif dengan perkembangan politik negara, lebih memahami sepak terajang politik dan lebih tau apakah berita yang tersiar di media2 massa itu benar atau sekadar propaganda.

2. Pemimpin politik hari ini tidak mampu untuk menipu rakyat, rakyat sedar apa yang dilakukan oleh para pemimpin baik UMNO atau PAS, mereka 'mengikuti' setiap inci pergerakan para pemimpin negara.Penulis blog baik pro kerajaan atau pembangkang bertali arus mengeluarkan hujah dan kupasan masing-masing, rakyat membuat perbandingan dengan apa yang berlaku secara realiti.

3. Kadar celik huruf di kalangan rakyat sudah cukup tinggi.Anak-anak peneroka, anak-anak dari keluarga di pedalman juga sudah maju dan terkedapan dalam semua isu.Bermakna rakyat Malaysia hari ini bukan mudah untuk diperkotak-katikkan secara sembarangan.

4. Sejak PRU12 yang lalu,senario politik UMNO/BN juga mula berubah disebabkan pendekatan yang digunapakai selama ini tidak lagi mampu memancing undi rakyat.Rakat tidak lagi menerima apatah lagi mempercayai bulat-bulat apa yang sampai kepada mereka.Justeru semua parti politik mengambil pendekatan lebih tulus,telus dan waspada.
Banyak mendengar dan merujuk isu yang berbangkit kepada rakyat terbanyak

5.Secara kiasan " Gunung lebih cantik dipandang dan dihayati dari jauh berbanding kalau kita berada di atas gunung berkenaan, justeru ada baiknya kita perlu berada dari kejauhan kerana keheningan dan keindahan pemandangan lebih menyentuh perasaan "

Merujuk kepada 5 hujah di atas maka PAS telah mengambil pendekatan terbaiknya setakat ini.Orang luar lebih nampak apa yang kita tidak sedar.Keburukan ayang berlaku sering dipandang sebelah mata oleh para ahli dan pimpinan sessebuah parti atau organisasi, justeru tindakan memberi peluang kepada seorang ahli undang-undang yang banyak menulis dan membuat penyelidikan tentunya mempunyai maklumat dan dapatan yang lebih telus.Mendengar dari mulutnya sendiri tentu lebih jelas, tiada putar belit pihak tertentu.PAS mengambil pendekatan berlapang dada untuk mendengar segala kritikan dari luar lingkungan.Melalui luahan dan lontaran pandangan dari mereka yang profesional ini akan membantu pihak pimpinan PAS untuk merangka strategi dan pelan bertindak yang lebih mantap mendepani cabaran PRU13 akan datang.Bukan mudah untuk menjemput 'musuh parti' untuk menjadi ahli panel.,tetapi tidak begitu di pandang oleh kepimpinan PAS. Saya amat berbangga dengan sikap demikian, apa salahnya.Kutuk mengutuk dari ahli dan pimpinan tertentu dalam parti perkara biasa.

Saya juga berharap UMNO juga boleh berbuat demikian kerana selagi UMNO menutup pintu kepada kritikan dari luar maka lama-kelamaan pengkritik tersebut akan cenderung kepada parti pembangkang.

Pihak kepimpinan PAS akan mengorak langkah dengan lebih mantap dan penuh keinsafan, tidak timbul soal pemimpin PAS sudah tidak mampu mentadbir, kering idea, lemah minda dan hilang kredibiliti tetapi melalui seminar tersebut akan melonjakkan momentum PAS untuk terus berdaya saing.Sikap PAS yang membuka ruang kepada orang luar untuk mengemukakan kritikan dengan penuh keinsafan bakal menarik hati orang ramai.Membuktikan kepimpinan PAS tidak angkuh dan tidak sombong dengan 'fatwa' mereka. Sebenarnya pendekatan yang bijaksana telah dibuat oleh PAS.Ada maksud tersirat dengan menjemput Profesor Dr Aziz Bari dan Prof Madya Dr. Hassan Hasbullah.Hanya jauhari yang mengenal manikam.Tunggu dan lihat kesan dan lonjakan yang bakal diletupkan PAS.

UMNO bila lagi?...

Aku,Pasbuih Dan Siamang said...

salam.

minta maaf lelongan yang dibuat hantar ke lorong chaw kit saja untuk dimamah bangla....

Demang Lebar Daun said...

Hujah Anafakir di atas agak menarik dan boleh diterima. Sayangnya ramai yang sudah tahu hubungan Dr Aziz Bari dengan Anwar Ibrahim sejak dulu hingga kini. Adakah faktor tersebut boleh kita kesampingkan begitu shj?

anafakir said...

Tuan penjengok blog ini...marilah kita mengeluarkan hujah dan pandangan membina...masalah baiah pemimpin PAS itu hak dan cara mereka.Sebenarnya mereka yang menipu dan munafik dalam perjuangan boleh dibunuh terutama di dalam menegakkan agama Islam.Justeru mungkin itu cara PAS mengekang ahlinya daripada berpaling tadah.Sebenarnya kalau tidak berbaiah pun pemimpin PAS teguh dengan pendirian mereka...tidak mudah untuk berpaling tadah.Prinsip dan idealisma perjuangan mereka cukup teruji dan mantap.Senario 2004, cuma beza satu kerusi sahaja untuk UMNO merampas Kelantan dah la ada kerusi yang menang cuma satu [ 1 ] undi sahaja tetapi kuasa PAS ke atas DUN Kelantan kekal sehingga PRU12...bayangkan kalau bukan ahli PAS,...sudah lama bertukar tangan pemerintahan.Begitulah hebat dan teguhnya pendiriaan pemimpin PAS..saya tabik mereka.Cuma dalam kita membicarakan idea perjuangan usahlah kita mencaci dan menghina orang lain.Jangan di turut sikap negarif mereka."Orang baling najis, kita senyum aje lah"...psikologi perlu bijak.Pejuang perlu kukuh pendirian, tidak mudah terkopak dengan umpat keji dan kata nista.Pada saya, kita perlu menterjemahkan kebaikan, keikhlasan dan ketelusan dalam setiap tindakan kita.Orang tidak pandang itu bukan matlamat kita janji apa yang kita laksanakan hari ini mendapat 'perhatian' Allah.Ingat walau sebesar zarah kita buat baik, Allah tetap membalasnya, begitu juga kalau sebesar zarah kita buat jahat, maka Allah membalasnya juga.Kita baik pun orang kutuk, kita jahat lagi orang kutuk, jadi lebih baik menjadi orang yang baik..ada hikmahnya, tidak di dunia, dapat di akhirat.Itu pasti.Janji Allah adalah benar.

Kita ada jalan perjuangan yang kita pilih tetapi kalau kita ikut rentak orang, mana idealisma perjuangan kita?Mana prinsip kita?Mana visi dan misi kita?Kalau kita asyik mengikut rentak dan tidak memiliki sahsiah seorang pejuang..lebih baik jadi pengikut je.Mempunyai pendapat berbeza itu perkara biasa dalam menyaingi lawan dan semestinya kita perlu "menghidangkan satu juadah" yang lebih menyelerakan untuk dinikmati, itu sikap seorang yang jauhari dalam mendepani cabaran berpolitik bukannya kembali melemparkan tuduhan, menghina dan membuat sinis yang menampakkan kita sebenarnya lebih teruk dari pihak yang bertentangan...mohon mencadangkan.Terima kasiha buat Dr Novandri kerana memberi peluang untuk saya berbicara sebagai insan yang fakir segala-galanya.

Blog Widget by LinkWithin
..... CATATAN BLOG .....

Daulat Tuanku

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah pada 16hb Oktober 2008.

Secara peribadi, kenyataan tersebut amat perlu untuk memperbetulkan kembali persepsi rakyat Malaysia terhadap hala tuju dan pegangan asas yang mesti diikuti di dalam negara majmuk ini.

Tindakan sesetengah oportunis yang memperalatkan serta memperbesar-besarkan sentimen perkauman merupakan satu usaha yang tidak patut disokong sama sekali.

Yang dipertuan Agung dan Raja-raja Melayu telah bertitah dan sepatutnya selepas ini, sudah tidak ada suara-suara sumbang kedengaran lagi.

Ikutilah :-

“Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

“Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini."

"Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini."

“Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

“Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain."

"Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

"Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

“Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka."

"Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga.

Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku."

“Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."

"Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok."

“Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

PEJABAT PENYIMPAN MOHOR BESAR RAJA-RAJA MALAYSIA - WILAYAH PERSEKUTUAN

1. Pejabat Urusetia & Pertanyaan- Tel :03-2142 4947 Fax:03-2142 2080

2. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja- Engku Tan Sri Dato Sri Ibrahim Engku Ngah- Pejabat:03-2148 1418 Fax:03-2148 5330

3. Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja- Sabtu Awab Dato- Pejabat:03-2148 5325

Hormati Penduduk Asal Nusantara

Utusan Malaysia

SEJARAH tidak dapat diubah sewenang-wenangnya. Oleh sebab itu, asalusul setiap kaum di negara ini mesti sentiasa jelas difahami oleh segenap lapisan masyarakat tidak terkecuali kalangan ahli politik.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Apa sahaja berkaitan orang Melayu termasuklah kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara ini pun kerap benar dicabar dan dipersoalkan.

Hakikatnya, bagi Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, orang Melayu bukanlah pendatang memandangkan Malaysia sendiri adalah sebahagian daripada lingkungan Nusantara yang merupakan wilayah kebudayaan Melayu. (Utusan Malaysia, 14 Oktober 2008)

Oleh hal demikian, kenyataan 'buta' sejarah hanya mengguris hati dan perasaan masyarakat Melayu. Malah, seakan-akan mahu memadam konsep Dunia Melayu yang telah lama digunakan dalam kerangka epistemologi antropologi oleh sarjana antarabangsa.

Sebelum kedatangan penjajah serta wujudnya sempadan geopolitik seperti hari ini, seluruh rantau Nusantara ini dihuni dan dimiliki oleh orang Melayu secara total.

Wilayah gugusan kepulauan Melayu (The Malay Archipelago) yang diduduki oleh rumpun bangsa Melayu ini sebenarnya mempunyai banyak persamaan dan memiliki ciri keperibadiannya tersendiri dari segi asal-usul, bahasa, adat istiadat, sastera dan budaya.

Ini semua berbeza benar dengan ciri-ciri budaya orang lain yang diwarisi dari China dan India hari ini.

Menurut Wan Hashim Wan Teh (1991), sejak awal kurun Masihi lagi orang Melayu sudah memiliki sistem pemerintahan tersendiri bermula dari Kerajaan Campa (kini Kemboja) dan Funan (selatan Vietnam) sehinggalah ke Langkasuka, Sriwijaya, Pasai, Temasik, Melaka, Johor-Riau dan Acheh.

Pemerintahan

Sekitar awal abad ke-16 pula, Tome Pires dalam bukunya Suma Oriental juga sudah menyebut tentang pemerintahan raja-raja Melayu Langkasuka dan Pattani.

Kini, dunia Melayu merangkumi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja serta wilayah selatan Siam dan selatan Filipina.

Malahan menurut sarjana Guillermo Q. Roman dalam kertas kerjanya yang dibentangkan di Seminar Dunia Melayu Ketiga pada 1988 menyifatkan rakyat Filipina bukan sahaja mempunyai hubungan dengan dunia Melayu bahkan sebahagian daripada dunia Melayu itu sendiri.

Tokoh kebanggaan Filipina iaitu Jose Rizal itu sendiri pun merupakan orang Melayu.

Begitu banyak bukti dan kajian terperinci daripada pelbagai sudut yang membuktikan orang Melayu adalah penduduk asal wilayah Nusantara ini.

Sebaliknya, tidak pula ditemui kajian konkrit oleh para sarjana terdahulu mengatakan bahawa orang Melayu adalah golongan pendatang sama seperti kaum Cina dan India.

Apa pun alasannya, para pemimpin terutamanya bukan Melayu perlu lebih halus budi pekertinya, tidak menyinggung perasaan, peka dan menghormati sensitiviti orang Melayu.

Mereka perlu 'belajar' untuk tidak bersikap kurang ajar seperti mana desakan mereka agar orang Melayu menghormati kedudukan mereka sebagai rakyat negara ini.

Mengapa apabila orang Melayu bercakap isu kaum kita dianggap sebagai perkauman sedangkan sekiranya orang lain bercakap hal yang sama tidak pula dianggap begitu? (klik di sini)

Sukar benarkah untuk memahami perasaan orang Melayu dengan sedia bertolak ansur dan saling menghormati?

Oleh itu, para pemimpin bukan Melayu diseru agar berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan kata-kata.

Paling penting, mereka juga harus memahami dan menghargai kebudayaan orang Melayu sebagai penduduk asal dan pentakrif jati diri negara bangsa ini, bukannya diremehkan sesuka hati.