FACEBOOK DR MIM

LIVE ! GAZA UNDER SIEGE

Thursday, December 17, 2009

Konsep & Persepsi Islam.

Para ulama lebih cenderung untuk menyalahkan 'dunia barat' atas kemunduran umat Islam sedangkan golongan ini sendiri tidak proaktif dalam membangunkan minda masyarakat supaya bersikap lebih kritikal, termasuk terhadap pandangan mereka sendiri.

Prof Tariq Ramadan, seorang tokoh pembaharuan Islam, berkata kelemahan ini dikesan antaranya disebabkan para ulama kini bukan sahaja jauh terpisah daripada ilmu-ilmu baru, khususnya bidang bukan agama, malah dilihat tidak lagi bersama orang kebanyakan dan golongan akar umbi.

"Ini adalah satu seruan kepada orang Islam supaya memahami di manakah masalahnya, dan apakah kita komited dengan perubahan yang kita uar-uarkan," kata ilmuan Islam berpengaruh itu dalam satu syarahan mengenai reformasi dan pembaharuan agama di Kuala Lumpur hujung minggu lalu.

Tambahnya, ulama perlu membezakan prinsip dasar perundangan Islam dan juga undang-undang syariah, sesuai dengan keperluan semasa, untuk mencapai objektif prinsip tersebut.

"Contohnya, Saidina Umar Al-Khattab telah menggantung sementara pelaksanaan hukum hudud pada satu tahun ketika rakyatnya menghadapi kebuluran.

"Bagaimana ini boleh dilakukan sedangkan di dalam Al-Quran telah menyatakan (kewajiban hudud) ini dengan jelas?" katanya lagi.

Jelasnya, undang-undang itu perlu difahami sebagai satu tujuan untuk mencapai keadilan dan bukannya tentang pematuhan kepada kod syariah semata-mata.

"Kita memerlukan (model) yang lebih sofistikated. Untuk pergi ke arah itu, kita perlu mempunyai wawasan, rangka kerja dan perubahan radikal dalam pemikiran kita," katanya lagi.

Jelasnya lagi, prinsip Islam bersifat sejagat dan merentasi tempat dan masa tetapi model tertakluk pada konteks masa atau lokasi pelaksanaan sesuatu.

"Jadi, jika kita cuba mempraktikkan model Madinah (pentadbiran Islam era Nabi Muhammad) di Kuala Lumpur, ia adalah mustahil," katanya, kini presiden Jaringan Islam Eropah yang berpusat di Brussels. - MalaysiaKini.

9 comments:

Anonymous said...

Salam,
1.Jangan sekali-kali menggunakan sumber dari Universiti Barat untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan Islam!Walaupun pemikirnya seorang Islam!Dalam kesni prof Tariq dari U.oxford!Banyak lagi universiti Islam didunia yang melahirkan pemikir-pemikir Islam yang hebat-hebat!Ambillah hasil pemikiran dan kajian mereka!!
Kita sering berbangga jika ada kajian yang dilakukan oleh orang bukan islam atau universiti di Barat mengenai Islam!Kita jadikan sumber rujukan,kita panggil untuk memberi ucapan!Seronoknya kita!bangganya kita!Kalau mereka puji keindahan Islam,kebaikan Islan,mengapa mereka tidak peluk Islam!Awas gula-gula puak Yahudi!!!!Sedih melihat orang Islam Malaysia yang anggap diri mereka pro.lanjut pelajaran dalam bidang agama Islam,buat masters atau Phd dinegara Barat!!!Apa punya cetek pemikiran!!!Kerana nak main salji atau bawa balik kereta,sanggup buat demikian!Tolong fikirlah samano!!!!
Bidang seperti kedoktoran,kejuruteraan, tak kisah.

2.Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir!Al-Quran dan Hadis adalah bekalan untuk orang Islam setelah Baginda wafat!Islam sesuai untuk sepanjang zaman!Mengapa kita sebagai seorang Islam tidak yakin!Mengapa tidak yakin dengan sistem perundangan Madinah seperti dipraktikan oleh Nabi muhammad SAW!Itu contoh yang diberi oleh Baginda dan yakinlah,sistem itu sesuai sepanjang zaman hatta di Malysia kini......
3.Dalam konteks penubuhan negara islam di Malaysia,siapa yang yang menggagalkannya:
a.Orang Islam sendiri!
-berpecah hanya kerana perbezaan politik yang sempit!Politik org melayu amat tidak cerdik!Bagaimana nak tubuh negara Islam yang sebenar jika orang islam sendiri berpecah,mempertikaikan taraf keislaman sesama sendiri!!!
b.Pemimpin Politik Melayu!
-Penyebab utama kegagalan penubuhan negara Islam!
Pemimpin Umno hanya syok sendiri,dok jaja sana dan sini,Malaysia sebuah negara Islam!!!!Realitinya macammana!Dulu anak-anak muda amat jijik mendengar perkataan arak!!Lani,arak dah jadi minuman harian pula!!Contoh yang paling bodoh,tapi itu realitinya!!!!
Pemimpin Pas pula,dimana konsep Islam Sepanjang Zaman,Islam Cara HiduP!Dimana banner-banner tentang Hukum Hudud,hilang bergitu aja,kerana nak kuasa,nak pangkat,sanggup menggadaikan perjuangan Islam!!Pemimpin pas atau pengikut pas yang jumud,tak payah beri ulasan,tak payah salahkan orang..

PADA PENGUNDI YANG RASIONAL,ADA MATA,LIHAT,ADA TELINGA DENGAR,DAN ADA OTAK,FIKIR........


-Orgkampungje!

Jeffry said...

GINI LAH ORG KAMPUNG..KITA BUAT 1 CONTOH RINGKAS..SKRG PUN NEGARA SUDAH MELAKSANAKAN HUDUD..APABILA SEORANG LELAKI BKN ISLAM DAN SEORANG POMPUAN ISLAM YG TRANG2 BKN MUHRIM, DI TANGKAP KHALWAT.

SI POMPUAN SUDAH TENTU DI JATUHKAN HUKUM SEBAT DGN 100 KALI SEBATAN MENGIKUT SYARAK. MANAKALA SI LELAKI BKN ISLAM AKAN DILEPASKAN BEGITU SAJA.

JADI APABILA SI POMPAN SUDAH PUN DI KENAKAN HUKUMAN BAGAIMANA PULA DGN LELAKI BKN ISLAM TADI? APA HUKUMAN YG PAS AKAN JATUHKAN TERHADAP LELAKI BKN ISLAM ITU TADI. DAN JIKA DI JATUHKAN HUKUMAN, ADAKAH SETIMPAL DGN HUKUMAN YG DI TERIMA OLEH SI POMPUAN?

BAGAIMANA PULA PANDANGAN MASYARAKAT BKN ISLAM YG LAIN? BAGAIMANA PULA JIKA MEREKA MENGATAKAN MEREKA BKN PENGANUT ISLAM DAN TIDAK WAJAR MENERIMA HUKUMAN SEBEGITU RUPA? BOLEH ANDA JELASKAN?

nelayan said...

Salam...

Nasihat untuk Jeffry :
jangan guna hujah hukum guna logik akal nanti binasa aqidah.Perundangan yang ditunjukkan oleh Rasullah lengkap, jangan diperlekehkan.

Dr : kalau tak berapa arif bab hukum agama jangan berani - berani berhujah nanti rosak sendiri. saya ulas satu contoh yang dipaparkan :

(Saidina Umar Al-Khattab telah menggantung sementara pelaksanaan hukum hudud pada satu tahun ketika rakyatnya menghadapi kebuluran)

Perbezaannya dengan negara kita :

1. Pengantungan yang dibuat oleh saidina umar ialah setelah hudud dilaksanakan .Dengan kata lain hudud digantung setahun setelah kewajipannya dilaksanakan. Dinegara kita bukannya digantung tetapi langsung tidak dilaksanakan.

2.Hudud digantung sementara oleh kahlifah kerana berlakunya kebuluran.Tuan kaji sendirilah kaitannya kebuluran dengan hudud sebab mungkin tuan pakar serba - serbi.Untuk memudahkan dr buat kajian, saya bagi satu contoh sabit hudud kepada pencuri mengikut Islam. DINEGARA KITA APA ALASAN KHASNYA UMNO UNTUK TIDAK MELAKSANAKAN HUDUD?

3. saya ambil lagi satu petikan ;

(Jadi, jika kita cuba mempraktikkan model Madinah (pentadbiran Islam era Nabi Muhammad) di Kuala Lumpur, ia adalah mustahil)

Macam mana nak praktikan hudud kalau orang yang mengaku Islam sendiri tidak mahu dan yang paling keji ialah menentang hukum hudud dengan pelbagai alasan untuk menolaknya.

sekian

Anonymous said...

Salam:
tuan Jeffry,
1.Maaf,adakah Malaysia telah melaksanakan hukum hudud?
2.Kalau mengikut hukuman di Arab Saudi,kes minum arak umpamanya,walaupun sipeminum bukan Islam,mereka tetap dikenakan mengikut undang-undang Islam.(kes khalwat seperti yang dicontohkan diatas,saya kurang pasti.Itu kena rujuk pakar-pakar agama baik dari UMNO atau PAS)
3.Tuan boleh berbincang mengenai hukum Hudud ini dalam blog Malaysia Waves.Blog ini agak rasional walaupun pro-Pas.
4.Walaupun bukan berpendidikan aliran agama,saya tetap YAKIN,Malaysia boleh menjadi sebuah negara Islam,jika umat Islam tidak berpecah dan berbalah sesama sendiri!!!Tidak akan timbul kes seperti diberi contoh oleh saudara!Saya pun ada membaca kes tersebut!Yang terbaru berlaku di Kangar,Perlis!!!!Apa perasaan sauadara bila membaca mengenai kes tersebu!!!!


-orgkampungje.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Nelayan,

Saya merujuk kepada komentar saudara "Dr : kalau tak berapa arif bab hukum agama jangan berani - berani berhujah nanti rosak sendiri."

Mungkin saudara tidak nampak tetapi artikel ini adalah laporan berita dari MalaysiaKini.

Saya tidak ada berhujah atau menyatakan pandangan saya di dalam artikel tersebut.

Jangan menuduh sebarangan.

Terima kasih.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

KOTA BAHARU, Dec 22 (Bernama) — PAS has admitted that the implementation of Hudud and Qisas laws would have to be postponed even if Pakatan Rakyat is able to take over the government in future.

This is because it will require the agreement of its two other Pakatan Rakyat partners, Parti Keadilan Rakyat (PKR) and DAP, which has already objected to the plan.

The admission was made by PAS vice-president Datuk Husam Musa at a press conference, here, today as the three opposition components had signed an agreement in August, stating that any policy change should have a multilateral agreement among them.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

1. Terdapat dua draf Hukum Hudud PAS iaitu di Kelantan dan Terengganu (ketika PAS memerintah). Apa yang menjadi kekeliruan ialah mengapa wujud dua draf mengenai hukum ini sedangkan Hukum Allah S.W.T adalah sama dan tetap/tidak berubah yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis.

2. Kedua-dua draf hukum Hudud ini tidak dilaksanakan semenjak PAS memerintah Kelantan hampir 20 tahun (di bawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar merangkap Mursyidul Am PAS Malaysia.

3. Hukum Hudud PAS Kelantan tidak memasukkan Hukum Bughaoh (derhaka kepada kerajaan) dalam draf Hukum Hudud mereka tetapi PAS Terengganu memasukkan hukum tersebut dalam draf Hukum Hududnya. Wujud perbezaan dalam draf mereka meskipun dari parti yang sama.

4. PAS sering berjanji dalam kempen-kempen pilihan raya yang mengatakan bahawa mereka akan melaksanakan hukum Hudud sebaik sahaja berjaya memerintah negara/negeri tetapi sehingga kini Hudud tidak pernah dilaksanakan baik di Kelantan mahupun di Terengganu semasa PAS memerintah dahulu.

5. Jelas PAS tidak serius dan sengaja melambat-lambatkan pelaksanaan Hudud agar dijadikan modal setiap kali pilihan raya diadakan.

6. Ini adalah jelas membuktikan PAS mempermainkan isu Hudud bagi meraih undi pilihan raya, bukan untuk mengangkat martabat Islam.

7. YB Hj. Abdul Hadi Hj. Awang pernah mengatakan Hudud hanya 0.0001% daripada hukum Islam. Kenyataan beliau ini salah sama sekali kerana Hukum Hudud adalah 100% hukum Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

8. Jika dahulu PAS rajin membaca surah Al-Maidah ayat 44, yang mana menghukum kafir ke atas mereka yang tidak melaksanakan hukum Islam tetapi kini semakin jarang kedengaran mereka mengeluarkan ayat tersebut. Ini kerana walaupun kini PAS dan sekutunya Pakatan Rakyat telah berjaya mentadbir lima buah negeri (Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang) namun sehingga kini pakatan pembangkang tidak sedikitpun mengimplementasi hukum Hudud dalam pentadbiran negeri yang ditakluknya.

9. Kononnya apabila berjaya memerintah, segala pusat hiburan, maksiat dan judi akan dibanteras serta dimansuhkan. Namun janji tinggal janji. Ibarat menanam tebu di bibir. PAS tidak berani melaksanakan hukum Hudud sementelahan pula mendapat tentangan hebat daripada rakan Pakatan Rakyatnya, DAP.

nelayan said...

salam...

Alahai dr, memang dr ni serba tahulah.

saya andaikan dr yang berkata -kata sebab dr bersubahat menyebarkannya. dalam Islam orang yang buat dengan yang bersubahat hukumnya adalah sama. senang cerita peminum arak dan penjual arak hukumnya adalah sama.

dr sudah mula membuat tuduhan liar. Berikan peluang nelayan menjawab :

1. kalaulah perbezaan draf untuk dijadikan alasan menolak hudud,tak boleh diterima akal. Memang Hukum Allah S.W.T adalah sama dan tetap/tidak berubah yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis. tetapi dr kena tahu terdapat juga perkara yang memerlukan khilaf dari sudut perlaksananan bukan dari sudut hukum.mudah ceritanya dimekah tak ada doa qunut dalam sembahyang subuh tapi dimalaysia ada kecuali perlis. Undang syariah diantara negeri pun berbeza antara satu sama lain.

2. Alasan kedua dr adalah fitnah : buktinya a).Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II pada 24 November 1993,
b.Undang-undang Hudud dan Qisas Terengganu (Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas Terengganu telah pun diwartakan semasa PAS memerintah Terengganu.
Masalahnya sekarang datang dari umno sendiri untuk dilaksanakan kerana tidak mendapat kelulusan dari peringkat pusat. contohnya :
Jika PAS cuba juga untuk menlaksanakan hukuman hudud yang diciptanya yang sudah bercanggah dengan prinsip keadilan islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakkan yang sewajarnya terhadap Kerajaan Kelantan”. Dr. Mahathir Mohamad (Tarikh: 15 Julai 1994). dr fikirlah sendiri kerana dr serba tahu.

3. Perkara ketiga sudah terjawab dalam perkara pertama.

4. halangan yang terbesarnya ialah umno sendiri. Kalau Dap tak bersetuju itu tidak menjadi perkara pelik tapi yang peliknya orang umno yang mengaku islam sendiri yang menentang . itui cukup memalukan.

5.YB Hj. Abdul Hadi Hj. Awang pernah mengatakan Hudud hanya 0.0001% daripada hukum Islam.
( Tidak ada salahnya kenyataan ini. takkan dr serba tahu pun tak boleh nak membezakan. selain drp hudud masih banyak hukum - hukum lain hukum jual beli, riba, fitnah dan lain - lain. dr cari sendirilah.Cuba luaskan sikit fahaman tentang Islam bukan setakat puasa, sembahyang, zakat, haji je.


Kenyataan beliau ini salah sama sekali kerana Hukum Hudud adalah 100% hukum Islam yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.
( Tahu pun hukum hudud 100% hukum Islam tapi tak mahu laksanakan apa cerita) Kalau kapal sing tak mahu oklah jugak sebab dia bukan Islam.

6. Cukuplah dulu kesimpulannya, hukum hudud masih belum dapat dilaksanakan oleh pas kerana orang yang mengaku dirinya Islam sendiri yang menentang, bukannya dari DAP atau orang bukan Islam yang lain.

Waallhualam...

Anonymous said...

Pada nelayan,
1.Jika ditakdirkan PR menang pada pilihanraya nanti,adakah hukum hudud dapat dilaksanakan sepertimana sering diwar-warkan oleh pemimpin Pas dahulu?
2.Jika jawapannya TIDAK!Bila agaknya hukuman hudud ini dapat dilaksanakan di Malaysia?
3.Mengapa slogan Membangun Bersama Islam dan Hukumaan Hudud dah tidak menjadi topik panas dalam ceramah pemimpin Pas kini?
4.Saudara,saya akan hormati mana-mana individu yang tidak menyalahkan orang lain semata-mata untuk menutupi kelemahan diri sendiri!
Contoh mudah:Pelajar yang lemah dalam pelajaran,sering menyalahkan sistem,salah guru,salah ibubapa,bila gagal dalam peperiksaan!!!Salah diri sendiri!!No!

Sekadar percambahan idea dalam konteks intelektual-tanpa dipengaruhi emosi tetapi fakta yang mempunyai hubungan yang signifikan dalam isu-isu berbangkit!Insya-Allah!
-orgkampungje!

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.