FACEBOOK DR MIM

LIVE ! GAZA UNDER SIEGE

Tuesday, December 29, 2009

Nik Aziz - Retorik atau 'Termakan' Lakonan DAP Sosialis?

Dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bahawa sekutunya DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan parti itu amat dialu-alukan.

Namun bagi membuktikan kebenaran dakwaan tersebut, Pas dengan sekutunya yang lain di bawah gabungan yang belum disahkan secara rasmi (Pakatan Rakyat) perlu mengemukakan dasar bersama berhubung perkara terbabit.

"Jika perkara asas yang melibatkan dasar tidak dapat dikemukakan, bagaimanakah Mursyidul Am Pas itu dapat mengeluarkan dakwaaan sedemikan rupa.

"Ini kerana sepanjang pengetahuan saya, dasar bersama di dalam Pakatan Rakyat tidak melibatkan soal ini. Malah dalam konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini pun, soal penubuhan sebuah negara Islam tidak disebut di dalam dasar bersama mereka".

Demikian menurut Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusoff ketika diminta mengulas dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menyebut sekutunya DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam.

Tegas beliau lagi, bagi mengukuhkan lagi dakwaan Nik Aziz itu, Pas disaran mengemukakan secara rasmi dokumen penubuhan sebuah negara Islam untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia.

"Malah saya secara peribadi mencabar mereka untuk mengemukakan kertas cadangan penubuhan negara Islam di Parlimen untuk dibahaskan.

"Jika perkara ini tidak dapat dilaksanakan, saya beranggapan kenyataan Nik Aziz itu hanya retorik kosong untuk politik parti berkenaan semata-mata", ujarnya.

Beliau seterusnya berkata dakwaan Nik Aziz yang hanya berpandukan kepada kesediaan pemimpin DAP membawa lambang Pas dalam pakatan pembangkang menujukkan beliau membuat kesimpulan secara mudah.

"Perlu diingat, kalau sekadar memakai lambang macam-macam kita boleh nilaikan.

"Adakah mereka hanya berniat untuk memancing undi dan sebagainya. Jika betul kemukakan sepertiama saranan saya di atas", katanya.

Kenyataan Nik Aziz di atas jelas menunjukkan bahawa percaturan dan strategi yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin 'langkah mayatku dulu' DAP begitu halus dan tidak diketahui. Malah, Anwar Ibrahim secara terang-terangan menolak negara Islam!

Malah terdapat pemimpin PAS itu sendiri yang kontra dengan pandangan Nik Aziz! Rujuk video di bawah.


6 comments:

Anonymous said...

kesianlah dgn tuang guru sorang ni, kita tak nafikan dia org baik, berbaik sangka kpd org yg dia nampak baik, sdgkan dgn umno dia berjahat sangka tanpa usul periksa lg, hanya krn sejarah zaman pas asri dulu. bab itu dia tak bersangka baik pula, sdgkan Nabi Muhd nampak keislaman Ikrimah anak abu jahal wpun ikrimah banyak memerangi islam. Itu tandanya tuang guru itu manusia biasa, BUKAN MAKSUM. JADI UDAH2 LER ORG PAS MEMUJA MEMUJI ORG TUA YG sudah KE ARAH NYANYUK itu.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam Doc

Mungkin retorik semata-mata. Mustahil DAP dapat menerima penubuhan negara Islam. Sedangkan UMNO tidak menyokong perjuangan PAS inikan pula DAP.

Tentu kita masih ingat bagaimana kita mempersendakan niat PAS menubuhkan negara Islam. Tentu kita masih ingat bagaimana kita mempersendakan hukum hudud PAS. Jika UMNO tidak dapat menerima perjuangan PAS mustahil DAP boleh menerima. Pemikiran logik UMNO = DAP. Kedua-dua memperjuangkan kaum masing-masing.

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

DR ROSLI MENGHINA MAHKAMAH
Berita terkini ialah Dr Rosli. Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan telah menunjukkan sifat sebenar seorang ahli politik yang keras kepala. Tidak hairanlah kenapa dia menjadi ahli parti tersebut. Sifat kedebee menebal dalam mindanya

Rumahnya telah dikepung kerana kerana bersama isteri kedua walaupun telah diarahkan supaya tinggal berasingan.

Apa pula komen blogger Pas dan pucuk pimpinan Pas?

NELAYAN said...

Salam...

dr semakin lebih tahu dr..

AYAT- AYAT YANG MELAMBANGKAN KEJAHILAN DIDALAM PAPARAN BLOG INI.

1.Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menyebut sekutunya DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam.
KENAPA PUAK UMNO PULA YANG GELISAH, INI TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN PUAK UMNO, KENAPA PUAK UMNO YANG TUKANG SIBUK BERBUSUK SANGKA TERHADAP DAP. DR TIDAK ADA PERKARA YANG MUSTAHIL DISISI ALLAH, SEKERAS - KERAS SAIYIDA UMAR MENENTANG ISLAM PUN, DENGAN KEHENDAK ALLAH, TERBUKA HATINYA. YANG PELIKNYA, UMNO YANG MENGAKU ISLAM JUGA SEPATUTNYA RASA GEMBIRA DAN MENGHARAPKAN DAN MENDOAKAN KENYATAAN TERSEBUT BENAR.
Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam.” (Riwayat Muslim).

2. Malah saya secara peribadi mencabar mereka untuk mengemukakan kertas cadangan penubuhan negara Islam di Parlimen untuk dibahaskan.
AKU PUN TAK FAHAM JIWA ISLAM BAGAIMANA YANG UMNO PAKAI NI. YANG PALING PELIKNYA SEOLAH -OLAH TUGAS MENUBUH KAN NEGARA ISLAM HANYA TUGAS PAS SAHAJA TETAPI BUKAN KERJA UMNO.DR.. DR.. WALAUPUN DR SERBA TAHU TETAPI TIDAK SEMUA YANG DR TAHU ADALAH BENAR.

SEKALI LAGI DR NAK MEMPERBODOHKAN ORANG RAMAI TENTANG VIDEO UCAPAN DSAI( DR INGATLAH DOSA DAN PAHALA, SYURGA DAN NERAKA). UCAPAN DSAI TU DITAYANG SEDIKIT AJE, AKU DAH DENGAR KESELURUHANNYA, JANGANLAH BUAT FITNAH DR DENGAN BERSUBAHAT MENAYANGKAN PERKARA- PERKARA FITNAH. UCAPAN TERSEBUT YANG ASAL IALAH DSAI MENYATAKAN BAHAWA SELAIN DARI MELAYU, CINA DAN INDIA JUGA MEMPUNYAI HAK TERHADAP MALAYSIA. KALAU DR BOLEH MENUDUH DSAI SANGGUB MENGADAIKAN MELAYU KERANA ITU, SAMALAH JUGA DR MENUDUH PM JUGA BEGITU DENGAN SATU MALAYSIA.

SEKIAN

mardhiah said...

Dulu iya orang Cina anggap Lee Kwan itu DEWA, marhaen di sana tidak lagi fikir macam itu. Pernah sekali saya naik teksi di sana, pemandu teksi tidak segan silu memuji-muji keadaan ekonomi di Malaysia dan tidak habis-habis marah-marah sama Dinasti Lee. Terkejut beruk juga saya dibuatnya. Tiba-tiba saja, tak pasal-pasal saya menjadi tempat lepas geram.

Hakikatnya Lee Kwan Yew bukanlah sosialis, tapi kapitalis, atau bolehkah saya kata sosialis* kasta tinggi/kasta Brahmin, yang hanya menjaga kepentingan kelas tertentu berdasarkan merit.

Cikgu saya yang anti kapitalis tu mesti muntah darah dengan istilah baru saya ini. Dahlah semantic fail tahap GABAN, pandai-pandai pula cipta istilah baru, ikut sedap hati dia saja.

DR NOVANDRI HASAN BASRI said...

Nelayan,

Baca artikel itu baik2 dahulu sebelum memberi komen.

Baca perenggan pertama :-

'Dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, bahawa sekutunya DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan parti itu amat dialu-alukan."

Kita mengalu2kan. Sila perbetulkan kesalahan anda itu.

Negara yang diperintah oleh UMNO/BN telah melakukan usaha memperjuangkan agama Islam. Jangan anda berfikiran sesingkat dan sesempit ini.

Cuba anda pandang daratan buat seketika dan jangan hanya memandang lautan itu.

Lihatlah tempat2 yang membuktikan bahawa kerajaan sekarang telah berjaya dari segi perundangan islam, pembankan islam, saluran kewangan ke arah akitiviti2 dan infrastruktur Islam dan sebagainya.

Jangan anda nafikan segala perkara ini.

Hadi Awang pernah berkata hukum Hudud hanyalah 0.001 % daripada Islam. Namun perkara sekecil itu pun telah diambil kira di dalam perundangan Islam di negara ini.

Seperkara lagi, kita bukan gelisah apabila Nik Aziz mendakwa bahawa DAP sudah berubah.

Tetapi kita perlu tahu bahawa dasar, sejarah dan perjuangan DAP tidak berubah dan mereka bertunjangkan prinsip PAP dan sifu mereka Lee Kuan Yew.

Sungguh hairan kerana anda begitu sayang dengan DAP.

Dan sila berlabuh di Pulau Pinang dan dengarkan khabar rakyat miskin di sana semenjak DAP Sosialis memerintah.

Tanah wakaf telah disalahgunakan. Hak rakyat negeri ke atas tanah (99tahun) telah ditukar dgn sewenang2nya utk konglimerate2 kaya.

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.