PUTRAJAYA -- 23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, January 04, 2009

Pencabulan Israel & Tindakan Pemuda UMNO.

Dr Novandri Hasan Basri

Media Associated Press (AP) telah melaporkan kenyataan White House Deputy Press Secretary Gordon Johndroe yang menyentuh isu pencabulan tentera Israel ke atas Semenanung Gaza. Di antara lain beliau berkata :-

"Any actions they take in this overall operation that they are involved in right now need to avoid civilian casualties, and we also need to continue the flow of humanitarian goods into Gaza."

Malangnya, kenyataan beliau itu tidak sinonim dengan tindakan kejam tentera Israel yang telah membunuh ratusan penduduk Gaza termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa. Tindakan tentera Israel itu jelas telah melanggar hak rakyat sebuah negara yang berdaulat dan telah memilih Hamas di dalam pilihanraya parlimen pada tahun 2006.

Tindakan terkutuk itu seperti sudah tidak dapat dibendung lagi hanya kerana tindakan self defense Hamas terhadap gangguan Israel.

Dalam masa yang sama, dunia terus dikelirukan oleh media-media barat yang mengatakan Hamas adalah punca kepada segala tindakan Israel terhadap bumi Palestin dan ini amat membimbangkan. AP juga melaporkan bahawa :-

Hamas violently seized control of the Gaza Strip in June 2007, expelling forces loyal to moderate Palestinian President Mahmoud Abbas, who still rules the West Bank.

Secretary of State Condoleezza Rice said Hamas has "held the people of Gaza hostage ever since their illegal coup," a point she has made in dozens of conversations with Arab leaders and other interested parties over the course of the past week.

Jika kita merujuk kepada kenyataan di atas, Amerika Syarikat, negara yang melaung-laungkan demokrasi dan suara rakyat telah menafikan hak undi rakyat Semenanjung Gaza yang telah memilih Hamas pada pilihanraya yang lepas dan perkara ini amat dikesali.

Kekeliruan yang kita alami ini bertambah apabila tindakan tentera Israel itu seperti telah diketahui oleh Presiden Palestin, Mahmud Abbas sendiri yang telah berbincang dengan Presiden George Bush pada 31hb Disember 2008.

White House Deputy Press Secretary Gordon Johndroe speaks during a briefing in Crawford, Texas, December 31, 2008. US President George W. Bush spoke with Palestinian president Mahmud Abbas to discuss a "sustainable ceasefire. " "They agreed that for any ceasefire to be effective, it must be respected, particularly by Hamas," Johndroe told reporters.

Seperti yang penulis terangkan di dalam artikel sebelum ini, bahawa :-

....Terdapat isu-isu yang berlaku turut disebabkan oleh perpecahan sesama umat Islam itu sendiri!

Malah terdapat perancangan dan tindakan ketenteraan yang tidak memikirkan kesan buruknya terhadap bangsa dan generasi seterusnya di dalam jangka masa panjang....

Amat memilukan apabila pemimpin-pemimpin Palestin tidak dapat menyelesaikan persengkataan sesama sendiri dan dalam masa yang sama, rakyat Palestin terus dirundung malang dan kematian.

Malah, ketidakmampuan negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestin untuk membantu secara efektif turut menimbulkan pelbagai persoalan yang telah kronik dan masih tidak terjawab sehinggalah ke hari ini.

Apakah doa rakyat Islam di seluruh dunia ini tidak akan dimakbulkan oleh Allah swt?

Jika kita menyentuh soalan ini, rakyat Palestin terutamanya pemimpin-pemimpinnya perlu terlebih dahulu berubah dan mengunakan modus operandi yang berlainan daripada yang digunapakai hari ini. Pemimpin-pemimpin Islam juga mesti berubah dan bersatu.

Memang senang untuk kita berbicara kerana berat mata ini memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Makanya, kita perlu terus bersuara. Kita perlu terus membantu meringankan kesengsaraan saudara-saudara kita dengan semampu kita.

Di sini penulis mencadangkan agar Pemuda UMNO Malaysia membentuk satu think tank dan pasukan khas untuk konflik di Palestin ini. Mereka dipertanggungjawabkan untuk mengenali secara ilmiah dan mendalam mengenai sejarah Palestin.

Mereka juga dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bahan-bahan berita yang benar kepada rakyat Malaysia agar isu ini mendapat tempat yang sewajarnya di dalam hati seluruh rakyat Malaysia.

Pasukan ini juga akan menganjurkan program-program berkala yang bertujuan untuk menyemarakkan sokongan rakyat Malaysia dan bukannya bermusim seperti sekarang ini.

Pasukan ini juga dipertanggungjawabkan untuk mengenali dengan lebih rapat serta bersama-sama pemimpin-pemimpin Palestin agar mereka dapat informasi yang lebih tepat dan ikatan persaudaraan itu menjadi lebih kukuh.

Dengan cara ini, segala informasi dan bantuan dapat disalurkan secara first hand dan bukannya lagi melalui organisasi-organisasi NGO yang terkenal di dunia ini. Pemuda UMNO Malaysia mesti sehebat organisasi-organisasi tersebut!

Apakah Pemuda UMNO Malaysia tidak mampu untuk melakukannya ?

Penulis optimis.

Fairus’ Declassified SMSes

Malaysian Story

Askum, I need your kindly assistance, I need to use some 20K for a specific purposes.Pls assist. I’m giving u my maybank acc:164016986970. Saya la ni berada di China. Saya amat berharap bantuan utk depositkan ke dlm acc tu hari ni atau esok. Tlg reply ye. Segala kerjasama & budi baik tuan didahului jutaan terima kasih.Saya menanti reply.

For your info, regarding the car, I have arranged for it already.It just that I need to have your help regarding my previous SMS to you.Pls reply.


You will be surprise where these SMSes originated. They were sent by DSAI’s so-called protégé, Mohamed Fairus Khairuddin, Penang Deputy Chief Minister 1, who has been entrusted to safeguard the interest and well-being of the 700,000-odd Malays in Penang.

The SMSes were sent by Fairus from China during a trade mission led by his boss Lim Guan Eng.

Why would someone like Fairus become so foodie for RM20,000? He needed the money to pay for deposit for his 525 BMW dream car priced at RM275,000. Well, you can’t blame a 32-year-old guy if he has a yen for that model.

What happened after that? Instead of getting his dream car, Farius was given a tongued-lashing from DSAI when the latter got wind of the SMSes.

This was Fairus’ SMS after he was admonished by DSAI.

Just to inform, regarding the assistant tu. Tak apa.Tak perlulah. Saya ikhtiar sendiri.Tq.Tentang kereta tu tak pa. Saya dah urus sendiri.Tk.

Surprisingly, that was not the only instance where Fairus had demanded money to fulfil his covetousness and lust.

Azmi Nayan and Saw Peng Kong were among those who had fallen victims to Fairus. They will tell you how despicable Fairus is. He is willing to do anything to fill his materialistic appetite and hunger.

(Click here for more interesting articles)

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.