CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, January 18, 2009

Institut Pengajian Politik UMNO?

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis amat tertarik dengan satu laporan akhbar di The STAR hari ini. Cadangan tersebut menjadi lebih relevan terutamanya apabila BN telah kalah di dalam PRK Kuala Terengganu :-

Group: Revive school of political studies. (The STAR)

KUALA LUMPUR: MCA’s school of political studies should be revitalised, the MCA Integrity Watch Group said.

The group, made up of academicians and professionals to keep watch on the party, said it would submit a proposal to president Datuk Seri Ong Tee Keat on the matter after Chinese New Year.

The informal group’s chairman Dr Daphne Loke said the school could do a lot to educate members on their roles and responsibilities to the community.

“IWG wishes to call upon the party to revitalise the school to make use of this period of lull to re-educate (MCA) office-bearers at the branch, division and state levels so they can shed the old image of ‘eat, drink and be merry’,” Dr Loke said at a public forum yesterday.

She said the proposal would also outline an ethics training programme for party members as part of MCA’s aim to reform and change its image after suffering losses in the last general election.

“I sent a similar proposal to the previous party president before the March 8 elections but it was ignored,” she said.

Dr Loke said the proposal sought to remind branch and division chiefs that they had a duty to respond to the community’s cries for help in their respective areas, to mitigate hardships and rebuild lives after disasters such as floods and landslides.

She said these features were important as the party managed its human capital, “so the energies of the leaders can be focused to benefit the local community the party represents.”

Dr Loke, a lecturer, said it was vital that party leaders adopted the “responsibility to protect” mindset as part of the party’s aim to change and avoid being branded as “have not learnt” from the last general election.

Penulis bersetuju dengan cadangan di atas. Malah, konsep di atas juga patut digunapakai oleh parti UMNO.

Era politik di Malaysia terutamanya UMNO amat memerlukan perubahan yang besar di dalam pergerakan dan modus operandi. Ianya amat perlu untuk memastikan UMNO sentiasa segar dan tidak lagi menggunakan kaedah-kaedah lama yang lapuk dan tidak praktikal lagi pada hari ini.

Seperkara lagi, golongan berpelajaran tinggi, pengajar dan academician perlu mendapat tempat yang sewajarnya di dalam UMNO. Pastinya UMNO amat memerlukan suntikan idea dan pandangan ilmiah daripada mereka bagi menyemarakkan lagi UMNO.

Persoalannya, apakah pemimpin-pemimpin UMNO terbuka hati dan bersedia untuk menerima para pemikir ini tanpa sekatan-sekatan yang disengajakan?

Apakah pemimpin-pemimpin UMNO sudi mendengar nasihat daripada mereka yang lebih tinggi tahap pelajarannya?

Post Mortem Kekalahan BN Di Kuala Terengganu.

Dr Novandri Hasan Basri

Artikel kali ini penulis khaskan untuk mendapat respons yang bernas dan membina daripada seramai pembaca yang mungkin terutamanya daripada rakan-rakan di Kuala Terengganu dan negeri Terengganu.

Di sini penulis melontarkan satu soalan untuk komentar daripada para pembaca sekalian.

Apakah yang menyebabkan kekalahan BN di Kuala Terengganu?

Tentunya kita mahu kekalahan BN di Kuala Terengganu dikaji dengan mendalam oleh barisan kepimpinan BN dan UMNO.

Walau pun isu PRK berlainan mengikut isu tempatan dan setempat tetapi ianya juga diselidiki supaya BN akan lebih bersedia selepas ini.

Secara peribadi, penulis berpendapat bahawa negeri-negeri Pantai Timur amat memerlukan imej seorang pemimpin rakyat yang seimbang daripada segi perwatakannya. Selain daripada kepandaian dunia, beliau wajib menonjol dari segi agamanya, rendah diri dan sanggup 'basahkan tangan untuk mencuci pinggan dan mangkuk.'

Apa pun, yang paling penting ialah pemimpin-pemimpin perlu sedar, mengaku dan menerima sebarang keputusan post mortem dengan ikhlas dan berazam untuk memperbetulkan kelemahan yang ada.

Apakah pandangan anda sekalian?

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED