Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, March 07, 2009

DAP Peralatkan Orang Miskin ?

Dr Novandri Hasan Basri

Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah parti DAP yang mengumumkan program "Beli Roket Bantu Miskin Tegar" patut dikritik dengan keras oleh rakyat Pulau Pinang.

Usaha itu jelas telah memperalatkan rakyat miskin di Pulau Pinang dan ianya tidak masuk akal langsung.

Tambahan pula, penulis difahamkan bahawa suratkhabar rasmi DAP itu hanya untuk edaran ahli-ahli parti DAP sahaja dan bukannya untuk edaran awam seperti Harakah dan Suara Keadilan (klik di sini)

Makanya, pengedaran dan penjualan Roket patut terhad kepada Guan Eng, rakan-rakan beliau dan ahli-ahli DAP sahaja.

Apakah DAP sudah tidak ada cara lain yang lebih berperikemanusian dan masuk akal?

Ikutilah laporan Berita Harian :-

Program perguna golongan tak bernasib baik untuk kepentingan parti

GEORGETOWN: Umno Pulau Pinang menyelar tindakan DAP negeri ini yang melancarkan program 'Beli Roket Bantu Miskin Tegar' kerana menganggapnya sebagai satu tindakan tidak bermaruah dan menjijikkan.

Mengikut program itu, setiap naskhah akhbar Roket iaitu lidah rasmi DAP yang dijual oleh golongan miskin tegar pada harga RM2, mereka akan memperoleh keuntungan RM1.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim, berkata program itu bukannya satu usaha membantu golongan miskin tegar, sebaliknya memperalatkan kumpulan yang tidak bernasib baik untuk kepentingan parti.

Beliau yang kecewa dengan kerajaan negeri pimpinan DAP yang gagal melaksanakan tindakan berkesan membanteras miskin tegar, menegaskan program itu seolah-olah menjadikan miskin tegar sebagai kuli parti.

"Cara yang digunakan itu sangat tidak bermaruah kerana mahu memperluaskan pengaruh parti dengan menggunakan keringat orang miskin tegar.

"DAP seolah-olah mahu memperhambakan orang miskin tegar untuk kepentingan parti," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, mengumumkan program 'Beli Roket Bantu Miskin Tegar' sebagai antara usaha untuk membantu mengurangkan masalah miskin tegar di Pulau Pinang.

Menerusi program itu, DAP negeri akan memberi peluang kepada golongan miskin tegar untuk menjual akhbar Roket. Peserta program itu akan membeli akhbar Roket pada harga RM1 senaskah dan menjualnya pada harga RM2.

Lawak Tentang Rasuah Politik ?

Dr Novandri Hasan Basri

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan veteran UMNO, TS Sabbaruddin Chik mengenai kenyataan SPRM yang akan menempatkan pegawai-pegawainya semasa Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac ini.

Antara lain :-

PUTRAJAYA 6 Mac - Veteran UMNO, Tan Sri Sabbaruddin Chik menasihatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak membazir masa dan tenaga kerja dengan memberi tumpuan kepada Perhimpunan Agung UMNO bagi menangani gejala politik wang....

''Kenapa nak 'tembak nyamuk menggunakan senapang gajah'?

''Memandangkan SPRM kini sudah menjadi sebuah badan yang besar, sepatutnya ia menumpukan kepada kes-kes lebih besar melibatkan ratusan ribu ringgit kerana itu lebih berbaloi....


......... ''Amalan ini telah wujud sejak tahun 1990-an lagi tapi ketika itu ramai di kalangan ahli UMNO tidak mempunyai pekerjaan, sekurang-kurangnya dapat juga mereka duit poket.

''Sekarang ini duit diberi untuk beli undi tapi jumlahnya cuma sekitar RM400 hingga RM500 saja,"
katanya.

Apabila penulis membaca kenyataan Sabbaruddin Chik di atas, penulis tak pasti sama ada mahu tergelak atau kecewa. Jika seorang veteran UMNO mempunyai persepsi yang sangat remeh tentang gejala politik wang, apalagi jika dibandingkan dengan generasi-generasi selepas beliau.

Sabbaruddin sepatutnya mengalu-alukan hasrat SPRM untuk memantau gejala politik wang di dalam UMNO. Berkemungkinan besar nilai wang yang bertukar tangan bukanlah sedikit seperti yang didakwa oleh beliau.

Ianya juga mungkin berlipat ganda kerana tempoh berkempen menjangkau 3 bulan, satu tempoh yang sangat lama untuk memastikan tempo setiap kem yang bertanding sentiasa on the feet dan bertenaga.

Tetapi yang paling penting sekali ialah Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan satu ketika di mana pemimpin-pemimpin baru bakal muncul untuk menerajui kerajaan negara Malaysia.

Nilai etika dan maruah pemimpin-pemimpin yang bakal muncul ini tidak dapat dinilai dengan wang.

1. Jika mereka yang muncul itu mempunyai etika dan maruah yang tinggi, negara kita akan ditadbir dengan baik dan saksama.

2. Jika mereka yang menang berdasarkan rasuah politik, makanya etika dan maruah mereka itu bakal dicemuh oleh rakyat dan pastinya nilai-nilai negatif seperti kronisme, rasuah atau pun salahguna kuasa akan bercambah dengan lebih teruk.

Oleh kerana itu, penulis berharap agar veteran UMNO, TS Sabbaruddin Chik bersetuju dengan penulis bahawa kehadiran SPRM semasa di Perhimpunan Agung UMNO tidak membazir masa dan tenaga SPRM.

Friday, March 06, 2009

Kes Kugan : Kerana Nila Setitik...

Dr Novandri Hasan Basri

Sebagai seorang doktor, penulis terpanggil untuk mengulas kes post-mortem Kugan.

Penulis amat terkejut dengan perbezaan yang amat ketara di antara pemeriksaan post-mortem Kugan. Kes Kugan ini sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai sejak sebulan yang lalu.

Kugan, 22, yang ditahan pada 15 Januari lalu kerana disyaki terlibat dalam sindiket curi kereta mewah, meninggal dunia semasa dalam tahanan di lokap Balai Polis USJ 8 Subang Jaya pada 21 Januari.

Tetapi di sini penulis tidak mahu membincangkan dari sudut legality kes ini. Penulis ingin membincangkan kesilapan atau 'sengaja diringkas'kan penemuan postmortem itu.

Penulis amat hairan dan kecewa jika berlaku cover-up yang terang-terangan telah melanggar etika seorang manusia yang berjawatan doktor terutamanya kes bunuh.

Sebagai seorang doktor, terdapat prosedur-prosedur wajib yang mesti digunapakai ketika melakukan postmortem. Tujuannya ialah agar doktor tidak akan tertinggal sebarang organ atau bahagian tubuh mayat itu.

Prosedur itu amat penting kerana sebarang organ atau bahagian yang tertinggal mungkin akan menyebabkan diagnosis akhir penyakit yang menyebabkan kematian seseorang itu mungkin tidak tepat.

Ianya menjadi lebih mustahak jika kes kematian itu melibatkan medico-legal dan bakal dibawa ke mahkamah seperti kes Kugan.

Contoh mudah ialah penemuan di dalam rongga badan (abdomen) Kugan. Postmortem 1 melaporkan bahawa semua organ telah diperiksa satu persatu dan normal seperti limpa dan hati .



Amat mengejutkan apabila postmortem 2 melaporkan penemuan yang jauh berbeza daripada postmortem 1. Postmortem 2 melaporkan bahawa terdapat tanda-tanda pendarahan di luar buah pinggang, pankreas, hempedu dan hati.


Malah diagnosis akhir kedua-dua post-mortem itu juga berbeza. Perbezaan yang amat ketara ini amat merunsingkan penulis. Jika prosedur benar-benar diikuti, perbezaan yang ditemui oleh dua pakar forensik sepatutnya sangat minimal.

Tetapi, apabila ianya amat ketara, salah seorang daripada mereka pasti telah melakukan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan dari erti kata etika kedoktoran dan undang-undang. Beliau itu patut dihadapkan kepada mahkamah dan dikenakan hukuman yang setimpal.

Para pembaca sekalian boleh bandingkan sendiri perbezaan yang amat ketara di antara keputusan postmortem 1 (klik di sini) dengan postmortem 2 (klik di sini)

Monday, March 02, 2009

Lobi Semakin Hangat

Dr Novandri Hasan Basri

Nampaknya, proses pemilihan kepimpinan Pemuda baru pada bulan Mac ini bertambah hangat dan penuh debaran.

Di katakan bahawa pemilihan kali ini adalah 'photo finish' dan tidak jauh di antara lain.

Situasi begini menyebabkan pemilihan kali ini diikuti dengan minat oleh pemerhati-pemerhati politik terutamanya perwakilan Pemuda yang bakal mengundi pada bulan Mac ini.

Penulis akan mengulas mengenai pemilihan ini dari semasa ke semasa.

Saturday, February 28, 2009

Tiada Kompromi Menggunakan perkataan "ALLAH"

Dr Novandri Hasan Basri

Kenapakah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan & Kuasa-kuasa khas) meluluskan penggunaan "Allah" dalam penerbitan berkaitan agama Kristian di negara ini?

Dan keputusan itu terkandung di dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh KDN.

Penulis amat terkejut dan kecewa. Kenapa diluluskan ? Tidak ada kes rayuan ke?

Penulis difahamkan bahawa keputusan itu telah melanggar arahan Jemaah Menteri yang dibuat pada bulan Mei 1986. Tambahan pula, 10 buah negeri telah menggubal undang-undang kawalan pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

Enakmen itu memperuntukkan adalah menjadi kesalahan menggunakan kalimah tersebut untuk kegunaan orang bukan Islam.

Nampaknya ada pihak yang tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam di negara ini yang merupakan penduduk majoriti. Dan kita semua tahu bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Kini, kawalan serta hak eksklusif agama Islam telah dibolosi di atas nama liberalisme dan undang-undang. Apa pula selepas ini ? Cuti wajib untuk pekerja beragama Kristian yang bekerja pada hari Ahad?

Masaalahnya ialah apakah suara-suara yang membantah seperti Mufti Perak, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, YDP Majlis Agama Pulau Pinang dan lain-lain, mampu merubah keputusan Mahkamah Tinggi itu?

Penulis mensyorkan agar pihak-pihak yang bertanggungjawab mengemukakan kes rayuan kepada Mahkamah Tinggi agar kes ini tidak selesai begitu sahaja.

Sekurang-kurangnya di dalam tempoh proses rayuan itu, tidak ada pihak yang boleh memulakan percetakkan sebarang penerbitan yang menggunakan perkataan 'Allah' untuk sementara waktu.

Dan dengan sokongan yang padu daripada pengembang-pengembang agama Kristian, penerbitan tersebut mungkin sedang dijalankan dan sedia untuk diedarkan.

Penulis bukan anti kepada mereka tetapi biarlah isu ini diselesaikan dengan tepat dan saksama, berlandaskan kepada segala bukti dan rayuan di dalam mahkamah.

Tambahan pula, kes penerbitan , Herald- The Catholic Weekly, yang sering dikaitkan dengan isu di atas pun masih menjadi perdebatan dan bukannya termaktub.

Realitinya juga, isu 'celaka' yang diucapkan oleh Karpal Singh sehinggakan menaikkan marah Pemuda UMNO hanyalah hingusan jika dibandingkan dengan isu nama 'Allah' ini.

Reaksi Pemuda UMNO terhadap isu di atas perlu lebih dahsyat dan bergelora jika dibandingkan dengan insiden yang berlaku di luar parlimen.

Apakah Pemuda UMNO sedia menyahut cabaran ini?

TERBARU (6 PETANG)

KUALA LUMPUR, Feb 27 — The Catholic Church’s controversial suit against the Home Minister and the federal government for the right to use the word “Allah” has been put on hold following the government’s apparent easing up on its conservative stance.

An order recently signed by Datuk Seri Syed Hamid Albar allows the Catholic Church to use the word “Allah” for God outside of the religion of Islam in its weekly newspaper, The Herald, as long as it follows certain terms and conditions.

The order was gazetted on Feb 16 under the Internal Security Act (ISA).

Caught by surprise, the Church wants to study the implications of the minister’s order before deciding on its next move.

Chief counsel to the Church, Porres Royan, told the High Court here it would discuss the issue with the Attorney General’s (AG) Chambers first.....Malaysian Insider


(Dr Novandri : 'Terima kasih' lah kepada Syed Hamid Albar kerana telah menandatangani dokumen yang mencabul hak eksklusif agama Islam di negara ini. Penulis tidak akan memaafkan beliau jika perkara ini benar!)

Friday, February 27, 2009

'Celaka' & Kenaikan Tol

Dr Novandri Hasan Basri

'CELAKA'

Apakah Karpal Singh tidak tahu makna 'celaka' dan impaknya jika perkataan itu dilontarkan kepada orang lain terutamanya orang Melayu?

Persoalan ini timbul apabila ada rakan yang memberikan komentar bahawa perkataan celaka itu tidak membawa apa-apa makna yang berat seperti yang disangka dan diterima oleh mereka yang dicelakakan itu.

Jika benarlah celaka yang dikatakan oleh Karpal Singh tidak bermaksud seburuk yang difahamkan oleh orang Melayu dan Pemuda UMNO, makanya Karpal Singh adalah seorang warganegara Malaysia yang tidak prihatin dan terlalu bodoh untuk tidak menjaga hati bangsa lain di dalam negara ini.

Adalah amat memalukan jika Karpal Singh tidak sedar buruknya perkataan 'celaka', lebih-lebih lagi seusia beliau yang hampir ke penghujungnya. Malah, perkataan itu dilontarkan di dalam dewan parlimen yang mulia dan dipandang tinggi oleh seluruh rakyat Malaysia dan dunia.

Kita mempunyai pelbagai lagu dan sindiran mengenai bangsa Karpal Singh tetapi kita tidak akan semudah Karpal Singh untuk menyindir beliau dan bangsa Sikh. Ini adalah kerana bangsa Sikh perlu dihormati seperti kita menghormati bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.

Makanya, hanya Karpal Singh yang perlu dikritik habis-habisan kerana keceluparan beliau itu.

Maksud penulis, apakah Karpal Singh yang sebenarnya layak dipanggil 'celaka'?

Sehingga saat ini, kita masih menunggu Karpal Singh mengulangi kata-kata beliau di luar dewan parlimen. Dan jika beliau adalah seorang yang 'jantan', beliau akan menyahut cabaran ini dan sanggup menerima apa sahaja risiko yang tertakluk di dalam undang-undang. Itu barulah 'king' namanya.

Jika tidak, Karpal Singh memang penakut dan pengecut. Firasat penulis, Karpal Singh memang begitu.

KENAIKAN TOL

Pertama sekali, penulis membantah kenaikan tol seperti yang diumumkan oleh Kementerian Keja Raya semalam. Walau pun penulis adalah ahli UMNO tetapi keputusan kerajaan BN yang menyusahkan rakyat, perlu dibantah.

Walaubagaimana pun, penulis mengucapkan tahniah kepada kabinet kerajaan kerana tindakan segera menangguhkan pelan kenaikan tol lebuhraya. Keputusan itu amat melegakan kerana isu kenaikan tol ini pastinya akan menaikkan kemarahan dan kecewa rakyat kepada kerajaan BN kerana tidak prihatin kepada rakyat.

Seperkara lagi, jika isu ini tidak ditangani dengan segera, parti pembangkang pastinya akan menggunakan isu kenaikan tol ini dengan habis-habisan dan parti BN tidak mempunyai jawapan yang mampu menyakinkan rakyat.

Yang menimbulkan kemusykilan kepada penulis ialah bagaimanakah kenaikan tol itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya tanpa persetujuan kabinet dan Perdana Menteri sendiri?

Apakah kementerian Kerja Raya mempunyai kuasa mutlak untuk mengumumkan harga tol baru tanpa perbincangan dengan kabinet?

Jika ya pun, apakah Kementerian Kerja Raya begitu blunt dan tidak mempedulikan langsung pandangan rakyat dan mengharapkan agar rakyat akan menerima begitu sahaja tanpa mengeluh dan kecewa ?

Yang pastinya, perkara yang perlu dilakukan selepas ini ialah untuk Kementerian Kerja Raya menjelaskan dengan terperinci dan transparen mengenai kos penyelenggaraan serta kontrak lebuhraya agar tidak dipertikaikan oleh rakyat.

Dan kerajaan perlu memikirkan mekanisme lain untuk menyerap kos tol itu agar tidak terlalu dirasakan oleh rakyat Malaysia

Thursday, February 26, 2009

Karpal Singh adalah Raja?

Dr Novandri Hasan Basri

Karpal Singh telah menuduh Pemuda UMNO menghantar peluru-peluru dan surat ancaman kepada beliau.

Beliau berkata,

"Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda UMNO ini mendapat dua peluru ini,"

Walaubagaimana pun, tuduhan tersebut dibuat di dalam parlimen dan pastinya beliau mempunyai imuniti di dalam parlimen dan tidak boleh di dakwa kerana tuduhan beliau itu.

Dalam masa yang sama, tindakan beliau yang menuduh Pemuda UMNO di dalam dewan parlimen jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang penakut kerana berselindung dan menyalahgunakan 'kekebalan' dewan untuk menghentam Pemuda UMNO Malaysia.

Karpal Singh perlu dibidas dan dikritik habis-habisan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kerana menuduh secara melulu.

Penulis berharap agar seluruh ahli Pemuda UMNO Malaysia bangkit dan bersama-sama mengutuk keras keceluparan ahli parlimen Bukit Gelugor ini. Jangan biarkan beliau terlepas begitu sahaja.

Dan patutlah Karpal Singh begitu celupar memperlekehkan raja perlembagaan kerana beliau juga adalah 'raja'. Beliau berkata bahawa "Singh is King" .

Jika benar Karpal Singh adalah 'raja', penulis mencabar beliau untuk mengeluarkan kenyataan sama yang beliau katakan di luar dewan parlimen dan kita akan saksikan, apakah beliau benar-benar 'raja' di dalam negara Malaysia ini.

Karpal Naik Angin Lempar Perkataan "Celaka" Kepada Pemuda UMNO

S.A Najmuddin (Web Pemuda UMNO Malaysia)

Kuala Lumpur -- Pengerusi DAP, Karpal Singh seperti naik angin di Dewan Rakyat apabila melemparkan perkataan "celaka" kepada Pemuda UMNO.

Keadaan itu telah menyebabkan beberapa orang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) segera bangun meminta supaya Karpal menarik balik perkataan itu.

Akur dengan desakan Karpal akhirnya menarik balik perkataan "celaka" yang ditujukan kepada Pemuda UMNO setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut laporan Bernama ketika membahaskan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, wakil rakyat Bukit Gelugor itu pada mulanya menyentuh mengenai 100 laporan polis yang dibuat terhadapnya selepas beliau membuat kenyataan mahu menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung krisis politik di Perak.

"Barangkali ini jadi satu rekod dalam dunia," katanya.

Selain laporan polis terhadapnya itu, Karpal juga menerima ugutan apabila dua butir peluru ditemui dalam satu sampul surat di kediamannya di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Dua peluru Tuan Speaker. Dalam Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri, jika seseorang memiliki satu peluru dan didapati bersalah hukumannya mandatori maut. Saya mahu tahu di mana celaka Pemuda Umno ini mendapat dua peluru ini," katanya menyebabkan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) segera bangun meminta supaya beliau menarik balik kenyataan itu dan menyatakan Karpal tidak boleh menyatakan sedemikian tanpa bukti.

"Pemuda UMNO ini celaka. Jangan ganggu saya," katanya meneruskan perbahasan sebelum keadaan menjadi riuh rendah, mendorong Wan Junaidi menegur Karpal agar tidak menggunakan perkataan itu lagi.

"Bukit Gelugor boleh teruskan ucapan tapi jangan cakap celaka. Ini sepatutnya tidak dipakai YB," kata Wan Junaidi.

Karpal sekali lagi berkata beliau tidak mahu diganggu dan mengulangi kenyataan yang sama terhadap Pemuda UMNO tetapi kemudiannya menarik balik perkataan itu selepas diarah oleh Wan Junaidi.

"Kalau Speaker tak suka saya boleh tarik balik, tak ada masalah. Sudah tarik balik. Saya beri amaran kepada Pemuda Umno jangan main-main dengan saya. Singh Is King," kata Karpal mungkin merujuk kepada judul sebuah filem Hindi.

Dalam perbahasannya itu, Karpal juga merujuk kenyataannya sebelum ini mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjelaskan bahawa beliau kini menerima Anwar sebagai ketua pakatan pembangkang.

Dr Mohd Puad kemudiannya mencelah menyatakan kenapa Karpal takut kepada Permatang Pauh (Anwar) manakala Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata Pengerusi DAP itu tidak ada taring.

Wednesday, February 25, 2009

Nombor Calon Pemuda UMNO


Dr Novandri Hasan Basri
Kelmarin telah berlangsung majlis cabutan nombor untuk calon-calon yang bertanding di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Mac ini.

Penulis telah mendapat nombor 08. Kebetulan pula, DS Hishammudin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, juga mendapat nombor 08 untuk pemilihan Naib Presiden UMNO.

Perjalanan amat sukar tapi penulis serahkan kepada kebijaksanaan para perwakilan Pemuda UMNO untuk menentukan pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO.

Untuk pengetahuan semua, penulis dan pasukan penulis, Klinik Kesihatan Bergerak, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan membuka kaunter kesihatan percuma bertempat di paras 4, PWTC di sepanjang tempoh persidangan (24 - 28hb Mac 2009).

Kami berasa gembira kerana akhirnya dapat meneruskan kembali perkhidmatan kami di PWTC setelah terhenti selama 3 tahun kerana kerosakan van. Sebelum ini, kami telah memberikan perkhidmatan kesihatan pada tahun 2003 hingga 2005.

Semua dijemput untuk ke klinik kami. Jumpa di sana....

Tuesday, February 24, 2009

Anwar Ibrahim - Pinocchio Lagi

Dr Novandri Hasan Basri

Daripada banyak berita yang lebih menarik, penting untuk kebaikan rakyat dan tidak berat sebelah, web The Malaysian Bar, Badan Peguam Negara telah memilih berita yang tiada signifikannya untuk kebajikan rakyat Malaysia bertajuk "Anwar ticks off Najib for putting politics before economic crisis" untuk dipaparkan di dalam web rasmi mereka.

Di antara lain, berita itu menjelaskan bahawa Anwar Ibrahim mengkritik DS Najib Razak kerana kononnya terlalu fokus kepada politik sehingga mengabaikan krisis ekonomi yang melanda negara ini.

PUCHONG, Feb 22 – Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim criticised the deputy prime minister’s management of the economy today, accusing Datuk Seri Najib Razak of being too focused on politics at the expense of governing the country in the face of a global economic crisis.

..... “While the leaders of other countries have acknowledged that serious measures are needed to fight the economic slowdown, Malaysia has not issued such statements because the finance minister is too busy abducting people,” says Anwar, referring to the three former Pakatan Rakyat (PR) Perak state representatives who were incommunicado for several days until they resurfaced in a press conference to declare that they had defected.

“Only on March 10th will he finally take additional steps to tackle the slowdown.”....


Penulis tidak faham motif Badan Peguam Negara menyiarkan berita yang berat sebelah tersebut.

Apa pun, kita tunggu dan lihat sama ada Badan Peguam Negara akan menyiarkan pula penjelasan Najib Razak mengenai tuduhan Anwar Ibrahim itu. Esok? Lusa?

Realitinya, Anwar Ibrahim sudah lupa atau sengaja mahu kita lupa bahawa beliau pernah mengharu birukan politik negara dengan angan-angan beliau menjadi Perdana Menteri pada 16 September yang lalu.

Semasa negara dan rakyat cuba menyesuaikan diri dengan keputusan akhir PRU12, beliaulah yang memporak perandakan kestabilan politik dengan memujuk rayu ahli-ahli Parlimen yang menang untuk melompat parti dan menyertai beliau.

Malah, rakan seperjuangan parti DAP iaitu parti PAS tidak yakin dengan 16 September.

Dan kini, kita difahamkan bahawa beliau masih tidak jemu-jemu untuk memujuk rayu ahli-ahli Parlimen agar menyertai beliau. Sasaran khusus beliau ialah negeri Sarawak.

Malangnya, modus operandi Anwar Ibrahim yang mengkritik orang lain padahal beliaulah mastermind yang paling giat melakukan perkara yang beliau kritikkan itu, tidak dibaca oleh kebanyakkan orang sebagai satu perkara yang jelek dan memualkan.

Aura yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim mampu memesongkan fikiran rakyat sehinggakan ramai yang menerima apa sahaja yang dikatakan oleh beliau.

Beliau juga pernah menyaman Peguam Negara dan Ketua Polis Negara tatkala seorang yang 'kerdil' bernama Saiful mengheret beliau ke mahkamah. Tindakan beliau itu memang telah diramalkan.

Beliau mahu menunjukkan kepada dunia bahawa beliau berdepan dengan orang-orang penting negara dan bukannya hanya seorang lelaki yang tidak berkedudukan tinggi seperti Saiful.

Beliau juga telah ditegur oleh rakan seperjuangan beliau bernama Karpal Singh. Karpal Singh sudah meluat dengan beliau dan menyarankan beliau agar bertaubat.

Katanya:

“Anwar also needs to taubat (repent) without further betraying the people and their trust.

“In the public interest, and in particular in the interest of Pakatan, Anwar has a lot to answer for creating the woes of the coalition now,”
he added - The STAR


Malangnya, segala kelemahan dan keburukan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim tidak digunapakai dengan sepenuhnya oleh pihak Barisan Nasional untuk menawan kembali hati rakyat. Pihak BN tidak agresif dan sentiasa dalam mode defensif dan bukannya ofensif. Penulis pun hairan.

Kenapakah BN begitu berlemah lembut dengan Anwar Ibrahim

Kenapakah BN membiarkan sahaja Anwar Ibrahim bermaharajalela dan dilihat sebagai saviour kepada rakyat padahal beliau hanya mementingkan angan-angan beliau sahaja ?

Kini beliau menuduh TDM kononnya terlalu fokus kepada pollitik seperti di negeri Perak. Tindakan Anwar Ibrahim menuduh Najib memang 'hebat' kerana kita semua tahu dalang yang meruntuhkan persefahaman parti PKR ialah Anwar Ibrahim sendiri.

Dan seperti biasa, Anwar Ibrahim akan terlepas begitu sahaja. Isu-isu seperti kritikan keras Karpal Singh itu akan lenyap begitu sahaja tanpa dijadikan point politik parti BN untuk menerangkan tipu muslihat Anwar Ibrahim kepada rakyat.

Barisan Nasional ....... Bangunlah!

Monday, February 23, 2009

Majlis Cabutan Nombor Calon UMNO.

Dr Novandri Hasan Basri

Esok (24/2/09) akan diadakan majlis cabutan nombor untuk calon-calon yang bertanding semasa Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac ini. Ianya melibatkan kesemua sayap UMNO dan akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur.

Proses cabutan itu melibatkan calon-calon dan wakil-wakil calon UMNO.

Penulis difahamkan bahawa pemilihan kali ini juga menggunakan satu sistem yang dinamakan 'Digital Voting System' bertujuan untuk melancarkan lagi proses pengiraan undi serta mempercepatkan pengiraan undi ketika itu.

Penulis mengalu-alukan penggunaan sistem baru ini tetapi diharapkan sistem tersebut dapat dijalankan dengan telus, transparen dan tidak menimbulkan masaalah kelak.

Penulis dan wakil penulis, saudara Afriz Hj Mohd Noor, akan berada di PWTC esok untuk menentukan nombor penulis.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, penulis akan bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia. Laluannya begitu sukar tetapi terpulanglah kepada perwakilan untuk menilai dan memilih kepimpinan Pemuda yang baru pada bulan Mac ini.

Yang paling penting sekali ialah kepimpinan Pemuda UMNO yang baru mesti yang terbaik, great thinkers, berhemah dan mampu menjadi contoh kepada generasi muda hari ini.

Realitinya, saluran 4 dan 5 di dalam pilihanraya mesti didekati dan difahami aspirasi mereka dengan berkesan dan berterusan agar PRU13 akan berpihak kepada UMNO dan BN.

Sunday, February 22, 2009

Akademik, Melayu & Kudis...

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis tertarik kepada beberapa pandangan yang dinyatakan oleh beberapa pemimpin negara di dalam Mingguan Malaysia hari ini.

1. KECEMERLANGAN AKADEMIK

..... "Dalam suasana politik semasa di tanah air sekarang, janganlah ada pihak yang jahil berpolitik dengan mengheret isu perkauman untuk kepentingan politik mereka," tegas Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail ketika bertitah merasmikan Kolokium Realiti Melayu-Islam di Dewan Warisan Perlis.

"Beta berharap orang Melayu sentiasa memberi keutamaan kepada kecemerlangan akademik dan kerukunan bangsa terutama untuk manfaat generasi akan datang.

"Jangan biar generasi Melayu akan datang menanggung kesan negatif ekoran tindakan tidak bijak atau kesalahan yang dilakukan oleh kita hari ini,"
tegas baginda....

2. MANA PEJUANG MELAYU ?

.... DS Hishammuddin Hussein : Raja-raja adalah perlembangan bahawa Malaysia sebagai sebuah Negara Raja Berperlembagaan. Satu suasana penuh istiadat dan kemegahan kita sebagai rakyat. Kita perlu insaf dan sedar bahawa kita bernaung di bawah Yang di-Pertuan Agong yang jelas diperuntukkan perkara 32 (1) Perlembagaan Persekutuan.

..... DS Hishammuddin : Mereka yang lain dalam gabungan pembangkang juga tidak menghalangnya. Mana pejuang-pejuang Melayu di dalam Pas dan Keadilan? Kenapa mereka tidak menegur dan menasihat Karpal? Kenapa mereka sanggup membisu? Apakah mereka tiba-tiba merasakan kerdil bila berhadapan dengan Karpal, ataupun mereka turut bersetuju?

3. KUDIS

........ DS Rafidah Aziz menjelaskan, politik telah menjadi darah dagingnya dan nasibnya kini terletak di tangan perwakilan.

“Saya tidak cabar orang dan hanya mempertahankan jawatan dan kalau saya menang, kerja makin banyak.

“Jika ditakdirkan saya tidak menang pun, ia tidak menjadi kudis kerana bukan saya yang menentukannya,” katanya
. (Dr Novandri : No comment. Pedas )

4. YAKIN TIDAK PECAH

..... Shahrizat pula berkata, pada masa ini beliau tidak memikirkan soal kalah atau menang kerana bakal ketua pergerakan itu nanti perlu merapatkan perpaduan di kalangan ahli.

Katanya, Wanita UMNO mempunyai kematangan untuk menentukan kempen berjalan penuh hemah dan tertib.

“Saya yakin tidak ada perpecahan selepas ini kerana ini lumrah politik dan kita semua adalah satu keluarga.

“Kita semua adalah ibu dan tahu apa yang hendak dibuat dan bila keputusan dah dibuat, tali silaturahim antara kita dapat dieratkan lagi,”
jelasnya. (Dr Novandri : Begitulah diharapkan. Kita tunggu dan lihat)

Saturday, February 21, 2009

Bila Pak Lah Undur Diri?

Dr Novandri Hasan Basri

DS Najib Razak telah diisythiarkan sebagai Presiden UMNO tanpa bertanding. Begitu juga dengan Datuk Kamilia, Naib Ketua Wanita UMNO. Tahniah penulis ucapkan.

Persoalan sekarang ialah bilakah Pak Lah akan bersara sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Lumrahnya, Presiden UMNO akan dilantik menjadi Perdana Menteri. Tetapi kali ini, prosesnya berlainan sedikit. Akan berlaku satu tempoh di mana Perdana Menteri bukanlah Presiden UMNO.

Tempoh itu menjadi teka-teki kepada kita semua. Apakah tempoh itu hanya beberapa hari atau minggu atau bulan atau tahun?

Walau pun terdapat suara-suara sumbang yang cuba memeningkan kita semua kononnya Pak Lah tidak mahu meletakkan jawatan tetapi titah Yang Dipertuan Agung semasa perasmian sidang Parlimen baru-baru ini, pasti akan melenyapkan gossip politik itu. Pak Lah pasti berundur.

Baginda bertitah :-

..... Sebelum beta mengakhiri titah ini, beta maklum bahawa Mamanda Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Mamanda Timbalan Perdana Menteri pada bulan hadapan setelah menerajui negara sejak 31 OKTOBER 2003.

Sehubungan ini, beta merakamkan penghargaan kepada Mamanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari....

Jika kita merujuk kepada titah baginda, Pak Lah akan berundur pada bulan Mac juga. Perhimpunan Agung UMNO pula akan diadakan pada 24 - 28 Mac ini. Makanya, transisi pucuk pimpinan tidak akan mengambil masa yang lama seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Maksudnya, Pak Lah telah bersedia dan penulis percaya bahawa proses transisi kepimpinan nanti akan berjalan dengan lancar.

Malah, penghujung bulan Mac yang akan diisi dengan 2 pilihanraya kecil pastinya amat memerlukan kedua-dua pemimpin itu bekerjasama dan mengekalkan tahap solidariti yang maksimum supaya tidak dijadikan bahan politik oleh parti pembangkang.

Penulis pasti Anwar Ibrahim dan parti pembangkang akan menggunakan sebarang ketidaklancaran di dalam transisi kepimpinan Pak Lah - Najib sebagai umpan politik di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Realitinya, Anwar Ibrahim sudah ketandusan umpan politik untuk dihidangkan kepada pengundi-pengundi di 2 tempat tersebut. Malah, kecacatan pentadbiran PKR di Selangor, keruntuhan kerajaan PAS boneka DAP di Perak, pergeseran yang serius di antara Karpal Singh dan Anwar Ibrahim, isu moral Elizabeth Wong dan pelbagai lagi, pastinya kali ini akan mewujudkan corak politik parti PKR yang berbentuk defensif dan bukannya ofensif seperti selalu.

Penulis juga perhatikan bahawa kedua-dua pilihanraya kecil pada bulan April ini adalah landasan yang terbaik untuk parti Barisan Nasional menebus segala kekecewaan.

Tetapi, langkah pertama yang paling penting ialah transisi pucuk kepimpinan UMNO dan kerajaan Pusat mesti berjalan dengan lancar dan harmoni tanpa sebarang cacat cela serta suara-suara sumbang selepas itu.

Jika tidak, parti pembangkang pasti akan menggunakan 'kecacatan' itu dengan habis-habisan di pilihanraya kecil kelak.

Friday, February 20, 2009

Blog Dr Novandri Di Berita Awani.

Dr Novandri Hasan Basri

Blog penulis telah disiarkan di dalam berita AWANI pada 18hb Februari yang lepas. Isu yang dikeluarkan ialah mengenai topik "Isu Berbogel : Dalang atau Boyfriend" mengenai isu Elizabeth Wong. Terima kasih diucapkan kepada rakan penulis kerana merakamkan berita ini. Videonya tidak berapa memuaskan kerana diambil menggunakan kamera handphone. Harap maaf.

video


Penulis juga telah menulis artikel "Eli : Kekeliruan Pemahaman Artikel" kerana penulis perhatikan bahawa ramai yang keliru dengan artikel "Isu berbogel : Dalang atau Boyfriend?" ini terutamanya komentar2 di dalam Malaysia Insider yang menyiarkan artikel tersebut.

Semangat Menjunjung Setia Institusi Raja.

Dr Novandri Hasan Basri

Semalam, penulis telah turut serta di dalam perhimpunan Menjunjung Setia Institusi Raja-raja Melayu di PWTC. Di sini penulis sertakan beberapa foto dan video yang penulis ambil di sana.

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan dan jelas bahawa Pemuda BN dan beberapa NGO begitu prihatin kepada isu ini. Malah, kehadiran ribuan pemuda-pemuda di dalam dewan itu telah menggamatkan suasana serta menimbulkan satu semangat yang membara di hati mereka yang hadir di malam itu.



video


video



video

Wednesday, February 18, 2009

Eli : Kekeliruan Pemahaman Artikel.

Dr Novandri Hasan Basri

Salam semua,

Penulis perhatikan bahawa ramai yang keliru dengan artikel "Isu berbogel : Dalang atau Boyfriend?" ini terutamanya komentar2 di dalam Malaysia Insider yang menyiarkan artikel tersebut. Bahasa-bahasa yang digunakan juga amat kotor dan tidak melambangkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

Apa yang penulis tekankan ialah sikap 'boyfriend' beliau yang berkemungkinan mempunyai penyakit psikologi yang suka mengambil foto nudity dan menyimpannya untuk koleksi peribadi.

Penulis tidak menuduh Eli merelakan tubuhnya difotokan. Malah penulis juga menulis "Elizabeth pula mengatakan bahawa beliau tidak bersalah dan adalah mangsa kepada isu ini."

Malah penulis juga menulis "Yang pastinya, ramai yang ternanti dan mencari-cari foto tersebut. Bagi penulis, ianya tidak perlu." sebagai tanda simpati penulis kerana privacy Eli sudah diganggu.

Penulis juga menulis "Tapi Elizabeth Wong merupakan seorang pemimpin di negeri Selangor, makanya harga foto tersebut tentunya bertambah jika dijual." menunjukkan bahawa mungkin dalang tersebut mendapat habuan apabila menyebarkan foto2 itu.

Tak mungkin Eli yang menyebarkan foto2 tersebut.

Seperkara lagi, isu Elizabeth Wong telah dikaitkan dengan isu kononnya adalah konspirasi parti-parti politik tertentu. Dan kenyataan itu terus mendapat hati di kalangan sesetengah rakyat.

Ketabsuban ini amat membimbangkan kerana mereka tidak cuba untuk berfikir dengan betul dan logik, hanya menerima dengan buta tuli.

Tuesday, February 17, 2009

Rasionalnya Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada mesyuarat pertama penggal kedua Parlimen Ke-12, semalam.

....Beta dukacita walaupun negara kita telah 51 tahun merdeka, namun isu-isu perkauman yang sempit masih dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu dan menjadi perdebatan umum.

Beta ingin menegaskan bahawa kerajaan beta tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba memecahbelahkan rakyat demi memastikan keharmonian kaum dan keamanan negara dikekalkan.

Hak-hak setiap rakyat di negara ini yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa dipelihara dan dihormati. Sehubungan ini, beta menyeru semua rakyat bersama-sama meningkatkan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran negara.

Kepelbagaian kaum dan budaya yang dimiliki hendaklah digembleng menjadi kekuatan negara kita.

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan di samping agama-agama lain bebas untuk diamalkan. Oleh itu, beta mengingatkan semua pihak supaya menghormati kedudukan tersebut dan tidak mempersoalkannya.

Perlembagaan Persekutuan juga adalah undang-undang tubuh dan tertinggi di negara ini yang telah dipersetujui oleh semua pihak semasa negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, beta ingin mengingatkan supaya kesepakatan tersebut dihormati dan tidak ada sebarang percubaan untuk mewujudkan undang-undang lain yang bertentangan dengan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

Generasi muda merupakan pelapis dan harapan masa depan negara. Justeru, sejarah kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan perlu diperjelaskan kepada golongan ini supaya mereka lebih memahami asas-asas pembentukan negara.

Di samping itu, prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah difahami dan dihayati oleh segenap lapisan rakyat.

Beta juga memandang berat kecenderungan sesetengah pihak yang mudah mempercayai fitnah dan berita-berita palsu yang disebar oleh pihak-pihak tertentu termasuk melalui laman-laman blog sehingga menyebabkan berlaku kekeliruan di kalangan rakyat.

Sesungguhnya, kita harus belajar daripada sejarah di mana kejatuhan sesebuah empayar dan tamadun adalah berpunca daripada fitnah, hasad dengki dan perpecahan di kalangan rakyat.

Sehubungan ini, rakyat hendaklah berhati-hati dan bijak menilai maklumat yang tersebar.

Pengamal-pengamal media termasuk penulis-penulis blog hendaklah lebih beretika dan bertanggungjawab serta tidak menyalahgunakan kebebasan yang diberikan demi mengekalkan keharmonian dalam masyarakat
....(klik di sini untuk bacaan seterusnya)

Monday, February 16, 2009

Isu Berbogel : Dalang Atau Boy friend ?

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah berbogel di depan teman lelaki dan kemudian diambil fotonya boleh dianggap melanggar tatasusila atau pun sebarang undang-undang?

Jika yang berbogel itu seorang Muslimat, undang-undangnya sangat jelas. Beliau bersalah.

Tetapi jika beliau bukan Islam, kita tidak berapa jelas. Mungkin ada di kalangan pembaca yang menganuti agama Buddha atau pun Kristian yang lebih arif di dalam isu keagamaan ini dan berkongsi pandangan dengan kita.

Secara teorinya, foto-foto yang di ambil adalah untuk simpanan peribadi dan bukan untuk jualan di majaalah nudity dan internet porno. Kalau dijualkan pun penulis pasti tidak akan laku.

Tapi Elizabeth Wong merupakan seorang pemimpin di negeri Selangor, makanya harga foto tersebut tentunya bertambah jika dijual.

Penulis tidak pasti nama penyakit psikologi yang menerangkan perangai orang yang suka mengambil foto-foto nudity padahal beliau sudah puas melihat dengan dua mata sendiri dan mereka yang merelakan tubuh badan mereka difotokan.

Jika kita lihat foto Elizabeth Wong, tidak ada yang menarik untuk difotokan. Mungkin kerana kulit beliau yang cerah tapi selain daripada itu, kita boleh gambarkan di dalam otak ini yang tidak ada yang special untuk ditatap.

Masaalahnya sekarang ialah Elizabeth Wong merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri Selangor. Beliau dipilih secara undi majoriti di dalam PRU yang lepas. Ketika itu, tiada siapa pun tahu yang tubuh beliau pernah difotokan.

Jika tahu, pasti parti PKR tidak akan mencalonkan beliau. Jika dicalonkan juga, ianya adalah tindakan kamikaze, tindakan yang bakal membunuh parti PKR sendiri.

Persoalannya sekarang ialah apakah Elizabeth Wong perlu mengundurkan diri? Tentunya beliau dan penyokong-penyokong beliau seperti MB Selangor akan tetap mengatakan bahawa bukan salah Elizabeth Wong tapi boyfriend beliau.

Anwar Ibrahim pula tentu cuba mencelah dengan memberikan alasan-alasan beliau. Beliau tentu menggeleng-geleng kepala tidak percaya kerana dalam usaha beliau untuk memujuk rayu ahli Parlimen BN, ada pemimpin PKR pun turut terbabas dek pujuk rayu boyfriend beliau!

Maklumat terakhir yang penulis tahu ialah pihak polis sudah mengenal pasti dalang disebalik sebaran foto-foto nudity Elizabeth Wong. Elizabeth pula mengatakan bahawa beliau tidak bersalah dan adalah mangsa kepada isu ini.

Yang pastinya, ramai yang ternanti dan mencari-cari foto tersebut. Bagi penulis, ianya tidak perlu. Yang perlu ialah untuk Elizabeth Wong meletakkan jawatan dengan segera.

Ya benar bahawa pada mulanya foto-foto itu adalah untuk simpanan peribadi tetapi apabila ianya sudah diketahui awam, ianya tidak baik lagi.

Di manakah MCA, MIC & Gerakan ?

Dr Novandri Hasan Basri

Kemeluk pemimpin-pemimpin yang memperlekehkan kedudukan raja-raja Melayu menunjukkan satu perkara yang perlu di ambil perhatian serius oleh kepimpinan Barisan Nasional terutamanya yang berlaku di negeri Perak.

Daripada isu yang serius seperti Karpal Singh yang terang-terangan menguris hati orang Melayu dan institusi raja Melayu di dalam perlembagaan negara sehinggalah kepada mereka yang sebenarnya dalang di belakang isu itu.

Yang menimbulkan perasaan meluat yang amat sangat ialah dalang tersebut adalah seorang Melayu yang sehingga kini masih berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri melalui proses paksaan serta melompat parti dan mahu membelakangi proses demokrasi yang dijalankan semasa PRU-12 yang lepas.

Kini desas-desus yang kuat kedengaran ialah beliau sedang cuba memujuk rayu ahli-ahli Parlimen negeri Sarawak supaya berpaling tadah dan menyertai parti beliau.

Dengan kerusi parlimen yang banyak di Sarawak, beliau mengimpikan lompat parti secara total dan beliau mampu memijakkan kaki beliau di Putera Jaya.

Beliau yang kemaruk kuasa itu perlu ditentang habis-habisan oleh rakyat yang mengaku diri mereka Melayu dan juga keseluruhan rakyat Malaysia.

Yang menjadi tandatanya sekarang ialah dimanakah suara-suara pemimpin bukan Melayu di dalam Barisan Nasional apabila isu raja-raja Melayu di perkotak-katikkan dan isu negeri Perak dapat kembali kepada Barisan Nasional?

Dimanakah suara-suara sokongan daripada MCA, MIC dan Gerakan itu?

Apakah mereka tidak suka dengan perubahan hireaki kepimpinan exco negeri Perak yang sekarang didominasikan oleh pemimpin Melayu dan tidak lagi seperti kepimpinan yang lepas di mana majoriti exconya adalah bukan Melayu dan MBnya sekadar boneka DAP?

Apakah Dr Zambry, MB Perak yang baru dan UMNO Perak keseorangan di dalam kancah politik negeri Perak?

Perkembangan politik dalaman BN di negeri Perak itu menimbulkan pelbagai soalan yang perlu dijawap oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional.

Realitinya, setiap parti di dalam Barisan Nasional perlu dilihat sebagai parti-parti yang mempunyai ikatan yang kukuh dan bersahabat setiap masa. Dan bukannya sekadar kosmetik luaran yang bakal mengundang rasa meluat rakyat kepada Barisan Nasional.

Sunday, February 15, 2009

Karpal Singh..... Semangat Melayu Jangan Di Bakar.

Dr Novandri Hasan Basri

Perhimpunan yang dikelolakan di Taman Belia pada hari Jumaat yang lepas berakhir dengan aman walau pun berlaku sedikit salah faham. Penulis yang turut serta di dalam perhimpunan ini sempat merakamkan suasana yang penuh dengan semangat untuk mempertahankan institusi Raja-raja Melayu daripada diperkotak-katikkan tanpa sebab yang kukuh oleh seorang pemimpin yang biadap dan kurang ajar seperti Karpal Singh.


video



Datuk Seri Dr Khir Toyo turut serta di dalam perhimpunan tersebut sebagai tanda sokongan beliau.

Penulis juga sempat merakamkan temuramah beliau bersama para media selepas perhimpunan tersebut. Penulis bagi pihak Pemuda UMNO Pulau Pinang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Khir Toyo kerana turut turun ke padang dan bersama-sama Pemuda Pulau Pinang di dalam program ini.


video



Kehadiran Dr Khir Toyo telah menaikkan semangat Pemuda Melayu Pulau Pinang.

Friday, February 13, 2009

Alahai..... Karpal Singh.

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis telah menerima satu sms yang perlu dikongsi bersama rakan-rakan sekalian terutamanya anda yang menetap di Pulau Pinang.

Jumaat ini (hari ini, 13 Februari 2009), jam 2.30 petang kita akan buat perhimpunan di hadapan rumah Karpal Singh di Jalan Waterfall, Pulau Pinang, cari seberapa ramai orang yang masih mengganggap dirinya Melayu untuk hadir pertahankan maruah Melayu. Hina Sultan bermakna hiha Melayu. Hina Melayu bermakna hina Islam. Sila panjangkan jemputan ini.

Penulis berharap agar perhimpunan ini akan diadakan secara aman dan tertib serta tidak mengganggu ketenteraman orang ramai. Penulis optimis bahawa perhimpunan ini dapat dijalankan dengan baik dan tidak akan menyusahkan pihak yang bertanggungjawab.

Jumpa di sana....

Terbaru

Pengumuman : Pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Penamaan calon 29 Mac 2009. Pengundian 7 April 2009.

Wednesday, February 11, 2009

Laporan Polis Terhadap Karpal Singh

Dr Novandri Hasan Basri

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor telah membuat laporan polis bertempat di Ibu Pejabat Balai Polis jalan Petani petang tadi.

Kira-kira 70 Pemuda Bahagian Bukit Gelugor telah turut serta untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Pemuda Bahagian Bukit Gelugor, saudara Hisham Ahmad Sabri. Selaku Naib Ketua Pemuda Bahagian, penulis juga turut serta di tempat itu.

Laporan polis kami :-

LAPORAN POLIS
PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN BUKIT GELUGOR.


11 FEBRUARI 2009

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor dengan ini membuat Laporan Polis bahawa YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor telah dengan sengaja merendahkan martabat dan menghina Sultan Perak dengan tindakan hendak menfailkan saman terhadap baginda.

Tindakan ini jelas sekali menunjukkan beliau tidak menghormati Institusi Raja Berpelembagaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. (Rukun Negara yang kedua : Kesetiaan Kepada Raja dan Negara)

Beliau juga secara jelas telah menghasut orang ramai dan rakyat untuk tidak menghormati Institusi Raja Berpelembagaan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Beliau secara sengaja telah menimbulkan suasana tidak tenteram dan kemarahan orang Melayu kerana menghina Sultan bermakna menghina orang Melayu. Kemarahan ini akan menimbulkan tindakan-tindakan yang akan mengugat keselamatan negara.

Oleh yang demikian Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor mengesa supaya pihak Polis menyiasat YB Karpal Singh mengikut Seksyen 3(1)(a) atau (f) Akta Hasutan 1948 kerana telah membuat kenyataan yang berbentuk hasutan dan menimbulkan kemarahan yang boleh mengancam keselamatan negara. (Laporan akhbar Utusan Malaysia 7hb Februari 2009, ms 1 disertakan)

Beliau juga telah melakukan ugutan secara terbuka dengan tujuan untuk menakut-nakutkan pihak-pihak yang telah menbuat laporan Polis terhadap beliau. Oleh yang demikian Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor mengesa supaya pihak polis supaya menyiasat YB Karpal Singh mengikut Seksyen 506 KK(Kanun Jenayah & Keseksaan) kerana telah membuat kenyataan yang berbentuk ugutan. (Laporan akhbar Utusan Malaysia 9hb Februari 2009, ms 3 disertakan)

Di masa sesi soal jawab dengan wartawan-wartawan yang hadir, kami telah meminta jasa baik pihak polis agar mempercepatkan lagi siasatan ke atas Karpal Singh.

Kami juga memohon ke atas pertimbangan duli-duli raja agar diadakan satu mesyuarat khas untuk membincangkan isu kebiadapan Karpal Singh. Realitinya, tindakan kurang ajar Karpal Singh itu perlu dibendung dengan segera agar tidak melarat dan mungkin akan menguris hati orang Melayu dan rakyat Malaysia dengan lebih parah.

Kesahihan Titah Sultan Perak...

Dr Novandri Hasan Basri

Utusan Malaysia hari ini telah menyiarkan satu artikel yang informatif tulisan Dato' Kamilia Ibrahim. Beliau telah menulis perincian mengenai undang-undang negeri Perak. Ternyata bahawa titah Sultan Perak adalah sahih dari segi undang-undang.

Di antara lain :-

....Perkara 10 pula menyatakan, baginda mempunyai kuasa eksekutif tertakluk kepada peruntukan undang-undang tersebut dan juga Perlembagaan Persekutuan. Perkara 11 pula menyebut, semua tindakan eksekutif yang diambil oleh kerajaan negeri Perak hendaklah disebut di atas nama Sultan.

Dalam melaksanakan pemerintahan, Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 12.


Baginda mempunyai kuasa mutlak menentukan siapa yang akan menerajui pucuk kepimpinan pemerintahan negerinya. Ia bermaksud, pelantikan Menteri Besar Perak akan ditentukan oleh Sultan. Ketetapan itu diperuntukkan dalam Perkara 16 (2) (a) dan perkara 18 (2) (a).

Dalam melaksanakan kuasa pelantikan di bawah Perkara 16 (2), Sultan hendaklah melantik seorang Menteri Besar daripada kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN yang lain.

Beliau sudah pasti telah mendapat kepercayaan rakyat kerana menang pada pilihan raya menerusi proses demokrasi. Majoriti ADUN juga perlu menyokong dan memberi kepercayaan. Sultan juga melantiknya kerana yakin beliau akan mendapat kepercayaan tersebut.

Dalam keadaan di Perak pada 4 Februari lalu, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah tidak mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN apabila dua ADUN-nya diminta mengosongkan kerusi.


Dengan sendirinya kepercayaan terhadap beliau terhakis kerana Nizar menjadi Menteri Besar pada Mac 2008 berdasarkan kepercayaan 31 ADUN.

Jumlah itu tinggal 29 dan kemudiannya merosot kepada 28.

Apabila keadaan itu berlaku, beliau mengumumkan pembubaran DUN dan kemudian memohon menghadap Sultan untuk mendapatkan persetujuan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak itu.

Mengikut Perkara 18 (2) (b), Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN tersebut. Seperti yang termaktub dalam Perkara 7, Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Sultan akan bertindak adil terhadap rakyatnya berdasarkan undang-undang.

Sultan perlu mempertimbangkan sedalam-dalamnya dan mengambil kira permohonan itu sebagai permintaan adil bukan sahaja kepada DUN tetapi juga rakyat.

Seorang Menteri Besar hanya akan memohon pembubaran DUN apabila tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN. Apabila seseorang Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan, maka ia bermakna beliau tidak lagi boleh menjadi Menteri Besar.

Secara automatik kerajaan dan jemaah exconya tidak lagi berfungsi melainkan diberi mandat baru oleh rakyat pada pilihanraya baru.

Baginda Sultan mempunyai kuasa untuk tidak mempersetujui pembubaran DUN. Apabila baginda tidak memperkenankan pembubaran itu, maka secara automatik, jawatan Menteri Besar dan jemaah exco akan digugurkan. Peraturan ini bertepatan dengan Perkara 16 (6).


....... Maka tidak timbul persoalan Perlembagaan dan undang-undang tidak dipatuhi. Apa yang berlaku pada Mac 2008 ialah Nizar menghadap dan memberitahu Sultan bahawa beliau mendapat kepercayaan 31 ADUN. Sultan telah melantik beliau sebagai Menteri Besar dan jawatan itu dipegangnya sehingga beliau hilang kepercayaan tersebut.

Apabila BN pula mendapat kepercayaan 31 ADUN, maka Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir telah dilantik sebagai Menteri Besar mengikut kaedah dan peraturan yang sama bagi memenuhi peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Malah Sultan telah berjumpa dan menemu bual semua ADUN Bebas yang secara peribadi memberi pengakuan menyokong BN untuk menerajui kerajaan Perak.

Tambahan pula Sultan telah mengambil kira keadaan politik semasa yang mana pilihan raya umum baru diadakan dan telah yakin tentang perlunya penubuhan segera kerajaan baru. Ia bertujuan untuk tidak menangguh dan melewatkan jentera kerajaan berjalan demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat. Ini kerana Sultan berkuasa dan bertanggungjawab memastikan negeri Perak dalam aman dan sejahtera.......... - Utusan Malaysia


Di sini penulis sertakan sebahagian daripada surat Nizar Jamaluddin yang cuba menerangkan kepada Sultan Perak bahawa beliau masih lagi Menteri Besar walau pun beliau tahu Sultan Perak adalah jauh lebih berpengalaman dan arif di dalam segi undang-undang ini.

Di antaranya :-

....Patik merafa' sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Mah Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:

1. Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council". Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.

2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahaw Adun bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi Adun. YB Yang Dipertua Dewan Undangan

Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga Adun berkenaan bukannya Adun untuk kawasan-kawasan tersebut, di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan mahkamah dalam kes tersebut..... (klik di sini untuk bacaan seterusnya)


Jika kita buat perbandingan di antara artikel yang ditulis oleh Dato' Kamilia dan ulasan Nizar Jamaluddin kepada Sultan Perak, ternyata bahawa Nizar Jamaluddin sebenarnya telah mengingkar titah Sultan dan perbuatan tersebut amat biadap dan perlu dihentikan dengan segera.

Nizar Jamaluddin telah menyalahtafsirkan Artikel XVI (6) agar tampak berpihak kepada beliau padahal ianya begitu jelas menunjukkan perogatif Sultan Perak untuk membuat keputusan akhir.

Karpal Singh yang semakin seronok mendapat publisiti murahan juga patut memberhentikan tindakan beliau itu. Realitinya, imej beliau sebagai seorang peguam telah tercalar kerana beliau sendiri pun tidak faham mengenai undang-undang.

Karpal Singh juga pernah membuat bising di negeri Perak dan mempertikaikan bidang kuasa Sultan Perak tidak lama dulu. (klik di sini untuk bacaan seterusnya)

Tuesday, February 10, 2009

Laporkan Penjualan Terbuka Surat Khabar Ini.

Dr Novandri Hasan Basri

Pernahkah anda sekalian terlihat suratkhabar-suratkhabar seperti di dalam gambar ini dijual secara terbuka kepada orang awam di kedai-kedai runcit atau di mana-mana sahaja?

Jika pernah, sila laporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menurut KDN kedua-dua suratkhabar itu hanya untuk edaran ahli parti berkenaan sahaja dan bukannya untuk edaran orang awam.

Penulis juga mengucapkan tahniah kepada KDN kerana telah mengadakan operasi KDN untuk merampas edaran kedua-dua suratkhabar milik PAS dan PKR kerana telah melanggar permit edaran suratkhabar parti politik.

Dan jika boleh, pihak KDN akan lebih tegas untuk memantau edaran suratkhabar tersebut kerana terdapat kandungan berita yang tidak sahih, bersifat menghasut dan fitnah.

Anda sekalian juga memainkan peranan untuk memantau penjualan suratkhabar-suratkhabar ini supaya tidak dijual kepada orang awam secara terbuka.

"Selama ini kita biar, dia jual secara terbuka," katanya ( Che Din Yusoh ketua Bahagian unit kawalan penerbitan dan teks al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) ) kepada Malaysiakini petang ini.

Beliau turut menyifatkan kedua-dua akhbar berkenaan "semakin berani" melakukan jualan terbuka dan kandungannya juga kadang-kadang tidak tepat.

"Akhbar parti ini untuk berita parti dia sahaja, bukan untuk mengkritik orang lain. Kadang-kadang kita tengok tidak ada bukti pun macam kes (ketua polis negara) Tan Sri Musa Hassan didakwa nazak,” katanya, sambil ketawa kecil.

Beliau merujuk laporan Suara Keadilan pada September tahun lalu tetapi Musa menafikannya..

Che Din berkata, jika kedua-dua penerbitan itu tidak mengikut syarat-syarat permit penerbitan yang digariskan, pihaknya mungkin mengambil tindakan lebih tegas.

"Sewaktu mohon permit dulu, macam akujanjilah. Daripada dua kali sebulan (Harakah diterbitkan), kita beri dua kali seminggu. Kita anjal. Mereka kena patuhlah pada akujanji mereka," katanya.

Ditanya sebab organ pembangkang Rocket terbitan DAP tidak menjadi sasaran operasi KDN, beliau mengakui akhbar itu edarannya sedikit.

Che Din bagaimanapun berkata tindakan kementerian itu bukan memilih bulu, sebaliknya, jika akhbar terbitan Umno sendiri melakukan perkara yang sama, pihaknya akan mengambil tindakan yang sama.

Siapa itu Mohd Nizar Jamaluddin?

Dr Novandri Hasan Basri

Siapa itu Mohd Nizar Jamaluddin? Beliau merupakan mantan Menteri Besar Perak yang telah dimalukan dan terlucut jawatan menteri besarnya kerana kegoyahan pemerintahan beliau.

Yang lebih memalukan ialah beliau seperti tidak faham-faham bahasa dan masih mahu menegakkan benang yang basah. Beliau masih mahu menjadi menteri besar walau pun Sultan Perak sudah bertitah dan memberi watikah perlantikan kepada Menteri Besar baru yang jika dibandingkan adalah jauh lebih berkaliber dan berpengalaman jika dibandingkan dengan Nizar Jamaluddin sendiri.

Tidak ada yang perlu dijeritkan mengenai sumbangan Nizar Jamaluddin kepada negeri Perak selama pemerintahan beliau selain daripada menjadi boneka parti DAP dan Keadilan di negeri itu. Beliau sendiri tahu dan penyokong-penyokong beliau pun tentunya sudah tahu tapi mereka masih tidak mahu sedar akan kelemahan Nizar selama ini.

Adalah lebih baik jika Nizar dan penyokong-penyokong beliau kembali ke realiti dan merelakan 'baton' menteri besar diberikan kepada Dr Zambry secara baik. Lagi pun Menteri Besar yang baru ini adalah pemimpin Melayu yang bakal mentadbir negeri dengan lebih saksama, tersusun, profesional, mampu berfikir dan bukan boneka kepada parti-parti lain.

Realitinya, Sultan Perak sudah membuat keputusan berdasarkan kebijaksanaan dan pengalaman baginda selama ini dan pastinya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Nizar Jamaluddin dan penyokong-penyokong beliau. Malah, baginda melakukan keputusan yang masih tertakluk di dalam kesaihan undang-undang negeri baginda tanpa membelakangkannya.

Realitinya juga, adalah hak baginda untuk melantik seorang menteri besar baru setelah menteri besar yang lama sudah tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri.

Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau patut mengemukakan peletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.

Artikel XVI (7) Undang-undang Tubuh Negeri menyatakan bahawa berkait dengan klausa (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat selain Menteri Besar boleh mengekalkan jawatan atas perkenan Paduka Seri Sultan tetapi mana-mana ahli Mesyuarat, boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan.


Selamat tinggal mantan Menteri Besar dan Selamat bertugas kepada Menteri Besar yang baru. Semoga perubahan politik di Perak ini akan dapat menyediakan pemimpin-pemimpin BN yang lebih berwibawa dan diterima oleh rakyat negeri Perak.

Monday, February 09, 2009

Siapa itu Karpal Singh?

Dr Novandri Hasan Basri

"Saya sudah dalam politik sejak 1974. Siapa itu Pemuda UMNO?". Inilah kata-kata seorang pemimpin politik DAP yang begitu sombong tapi begitu bodoh. Nama beliau Karpal Singh.

Beliau merupakan ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Dan selama 2 penggal, beliau tidak memberikan sebarang sumbangan langsung untuk Parlimen Bukit Gelugor hanya suara-suara sumbang beliau di dalam parlimen.

Kita semua tahu kenapa beliau dipilih sebagai ahli parlimen. Kononnya, agar berlaku check & balance di dalam segala aktiviti yang diputuskan di dalam parlimen. Dan Karpal Singh diharapkan agar menggunakan skil berhujah yang beliau mahir sebagai seorang peguam untuk meneliti serta melawan segala yang diusulkan oleh parti pemerintah.

Tetapi kita tahu beliau tidak dapat menyumbang apa-apa untuk parlimen beliau sendiri. Parlimen Bukit Gelugor hanya tinggal sebagai nama sahaja. Mujurlah Parlimen Bukit Gelugor mempunyai beberapa ADUN yang menjaga kawasan-kawasan di dalam Parlimen Bukit Gelugor. Itu pun sekadar menuruti prosedur dan perlaksanaan yang telah dirancang oleh parti pemerintah negeri sebelum ini. Pokoknya, tidak ada keistimewaan dan 'wow' factor di dalam ADUN DAP dan Keadilan di dalam Pulau Pinang.

Kini, Karpal Singh dengan begitu sinis mengatakan bahawa beliau sudah lama di dalam politik sejak 1974 jika dibandingkan dengan Pemuda UMNO yang membuat kenyataan polis mengenai tindakan Karpal Singh mempersoalkan titah Sultan Perak.

Jika beliau benar-benar sudah terlalu pandai kerana berpolitik sejak 1974, beliau sepatutnya lebih mahir di dalam soal-soal sensitif yang melibatkan Sultan beliau sendiri.

Realitinya, beliau perlu ingat bahawa beliau juga tertakluk kepada sistem Raja perlembagaan dan perlembagaan itu sendiri. Apakah beliau sudah lupa 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara'?

Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.

(2) Tiada apa-apa jua prosiding pun boleh dibawa di dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.

Perkara 182. Mahkamah Khas.

(1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi, dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

(2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).

(3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa khusus untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu negeri walau di mana-mana pun kausa tindakan berbangkit.

dan juga :-

Perkara 183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.


Makanya, Karpal Singh perlu berhati-hati dan jangan cepat melenting apabila ada yang mempersoalkan tindakan beliau sendiri. Tetapi dalam masa yang sama, penulis juga mengucapkan tahniah kepada beliau kerana membakar jambatan politik beliau dengan Anwar Ibrahim, Lim Kiat Siang dan pemimpin-pemimpin lain di dalam PKR.

Penulis tahu bahawa segalanya itu hanyalah sandiwara politik Karpal Singh dan Anwar Ibrahim dan mereka akan berpeluk mesra selepas ini kerana kemaruk politik Anwar Ibrahim. Tetapi tindakan Karpal Singh itu sekurang-kurangnya membuka pekung di dada beliau sendiri dan jelas menunjukkan ketidakarifan politiking beliau yang kononnya sudah menjangkau 35 tahun.

Soalan seterusnya, apakah 35 tahun itu juga menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk Karpal Singh mengundurkan diri dari arena politik dan duduk diam-diam di dalam rumah beliau?

FACEBOOK DR MiM

My Blogger Tricks

FOLLOW BLOG MiM