Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Sunday, April 26, 2009

X - Factor.

Dr Novandri Hasan Basri

Joceline Tan merupakan salah seorang penganalisa dan kolumnis di dalam suratkhabar The STAR. Penulis selalu mengikuti kolum beliau dan sentiasa kagum dengan kebolehan beliau untuk mengupas sesuatu isu yang mahu ditulis di dalam kolum beliau.

Pokoknya, penulis recommend kepada anda sekalian supaya membaca tulisan Joceline Tan di dalam The STAR.

Hari ini tidak terkecuali. Joceline Tan telah menulis satu artikel "The X-Factor in Government" yang very excellent dan ada pula perasaan touched & good feeling selepas membaca artikel beliau :-

The X-Factor In Government

TUN Dr Mahathir Mohamad is back in the loop.

The invitations are flowing in again, his remarks are widely reported and a staggering 18 million visitors have been to his blog which he started only last May.

He caused a stir when he insisted that Umno should contest the Penanti by-election.

On Thursday, his view that a couple of politicians were not fit to be in the Cabinet was the talk of the town.

His remark about “friends of the foreign media” was another ouch! moment for those implicated. Those who had bitten the chilli felt the heat and complained that Dr Mahathir was at it again....

....“To me, he is one in a trillion. Now the party is complete,” said Tanjong Malay Association president Fadzil Shuib who had asked Dr Mahathir to speak at his AGM when people were still shying away.

There is a huge crowd out there who loves him and there are also those who love to hate him....

.....But said Mahathir admirer Zakhir Mohamed: “People who treat Mahathirism as some sort of bogey are talking rubbish. To me, Mahathirism was about policies like Look East, Vision 2020, privatisation and Malaysia Inc. It was about big ideas and projects, bold decision-making, and the public and private sectors working to achieve economic growth."

It is quite ridiculous to think that Najib would even think of trying to replicate Dr Mahathir’s poltical style.....

..... Dr Mahathir had flown back from London so that he would be there to see Najib take his oath of office before the Agong. He sat stoney-faced through the formal ceremony but once the formalities were over, he beamed like a proud father. Some joked it was only then that the ever sceptical Dr Mahathir was convinced the power transition had happened.

Dr Mahathir’s sense of pride at Najib’s elevation was best demonstrated the next day when the former Premier, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali and their three sons and spouses arrived at the Prime Minister’s residence for brunch.

That was Significant Gesture No. 1 – Dr Mahathir was calling on the new Prime Minister. It was his way of saying that Najib had his blessing. Najib was waiting on the porch to greet Dr Mahathir .

They shook hands, then Najib, taller by half a head, bent down to kiss Dr Mahathir on the cheek.
Then, to everyone’s amazement, Dr Mahathir held Najib’s head with one hand and kissed him back on the cheek.

These were not air kisses but lip-to-cheek contact. That was Significant Gesture No. 2 because as everyone knows, Dr Mahathir is not touchy-feely when it comes to non-family members. When he was Premier, he was notorious for pulling back his hand when politician tried to kiss it.....

..... “I don’t see Datuk Seri Najib walking in anyone’s shadow. Tun Mahathir will give his views but the PM will not swallow everything and he will not be kurang ajar because he has too much respect for Tun,” said Juhaidi Yean Abdullah, a former ministerial aide and now a full-time restaurateur.

Dr Mahathir will remain a big factor to the new administration not because of the shadow of Mahathirism but simply because when he speaks, people listen. He is still a powerful voice...

Thursday, April 16, 2009

Rasional Mengagih-agihkan Fungsi MeCD ke Kementerian Lain.

KUALA LUMPUR, 16 April - Semalam, Perdana Menteri (PM) Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menegaskan, tiada sebab mengapa pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) perlu dijadikan polemik.

Katanya, ini kerana agensi yang selama ini berada di bawah MeCD tidak pun dibubarkan dan akan tetap meneruskan fungsi serta peranan mereka dengan ditempatkan di beberapa kementerian lain.

Sehubungan itu, sewajarnya sebarang pertikaian tentang pemansuhan kementerian ini tidak perlu lagi timbul dan mereka yang menerima dengan hati yang terbuka terhadap dasar kerajaan itu.

Bukankah dahulu ketika MeCD masih belum wujud, agensi-agensi di bawahnya diletakkan di bawah kementerian yang lain, yang turut memberi perhatian dan pembelaan yang sewajarnya kepada usahawan-usahawan bumiputera.

Adakah dengan ketiadaan MeCD, usahawan-usahawan muda dan baru bertapak akan ‘bungkus’? Perkara ini tidak akan berlaku kerana lain-lain kementerian juga sebelum ini menyediakan dana, seperti Kementerian Belia dan Sukan yang mempunyai dana khusus kepada golongan muda untuk memulakan perniagaan, yang popular dengan iklan “kami bukan ahlong, kami cuma nak tolong."

Begitu juga, pemansuhan kementerian tersebut bukan bermaksud ingin menghapuskan peranan agensi-agensi di bawahnya tetapi hanyalah untuk penyusunan semula fungsi dan peranan kerana terdapat pertindihan pelbagai agensi-agensi kerajaan tetapi berlainan kementerian walaupun fungsinya hampir sama.

Sebelum wujudnya MeCD dan ketika wujudnya MeCD, adakah kerajaan melalui kementerian-kementerian yang lain tidak mengutamakan dasar afirmatifnya tanpa menafikan hak-hak kaum lain?

Kini, kerajaan tetap komited akan menjaga, memperluas dan mempercepatkan penglibatan bumiputera dalam arus ekonomi negara, membangunkan kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi yang menjadi nadi ekonomi masyarakat di luar bandar, khususnya.

Berikut agensi-agensi MeCD yang diserapkan:

1. Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais, Pembangunan Skim Vendor, Pembangunan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

2. Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

3. Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ke Jabatan Perdana Menteri

4. Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) ke Kementerian Kerja Raya

5. Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat ke Kementerian Kewangan.

6. Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

7. Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia Japan University (MAJU) ke Kementerian Pengajian Tinggi.

8. Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. - UMNO Malaysia


Penulis melihat approach ini sebagai mengelakkan kerja yang bertindan di antara kementerian-kementerian yang terlibat sebelum ini. Contohnya MeCD dengan kementerian perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan sebagainya.

Akan tetapi, beberapa perkara perlu dijelaskan dengan lebih lanjut. Contohnya, kenapakah Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) diserahkan kepada Jabatan Perdana Menteri sedangkan terdapat kementerian yang mempunyai pengkhususan serta mampu menguruskan LPKP?

Seperkara lagi, apakah TEKUN akan hanya memfokuskan bantuan kepada pengusaha-pengusaha pertanian dan asas tani sahaja ?

Realitinya, TEKUN lebih diversify dan merangkumi pelbagai bisnes kecil-kecilan yang tidak termasuk di dalam pertanian dan asas tani seperti kedai runcit dan gerai-gerai makanan serta minuman.

Saturday, April 11, 2009

Evolusi Pemuda UMNO Malaysia

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan semula artikel-artikel mengenai sejarah awal Pemuda UMNO Malaysia. Semoga kita mendapat semangat dan iltizam untuk meningkatkan maruah Pemuda UMNO Malaysia.

Seperti yang penulis katakan sebelum ini :-

...Pemuda UMNO juga perlu memahami evolusi sejarah Pemuda UMNO sejak pertubuhannya dan sumbangan-sumbangannya agar ahli-ahli Pemuda UMNO dapat merasakan jiwa Pemuda UMNO dengan lebih dalam dan ikhlas...

Klik di bawah :-

1. Artikel 1

2. Artikel 2

3. Artikel 3

4. Artikel 4.

5. Artikel 5.

6. Artikel 6.

7. Artikel 7.

8. Artikel 8.

9. Artikel 9.

10. Artikel 10.

11. Artikel 11.

Friday, April 10, 2009

Kemanakah Haluan Pemuda UMNO Malaysia ?

Dr Novandri Hasan Basri

Satu nama yang tidak wujud di dalam pasukan kabinet baru DS Najib Tun Razak ialah Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Pelbagai spekulasi timbul dan ianya bertambah hangat apabila Dato' Mukhriz Mahathir dilantik di dalam pasukan kabinet Najib Razak.

Perlantikan Mukhriz Mahathir di atas tiket ahli parlimen beliau boleh dianggap bahawa beliau sudah diangkat ke tahap seterusnya dan sebaris dengan MT UMNO.

Perlantikan Mukhriz di dalam potfolio kementerian perdagangan antarabangsa dan industri dan bukannya potfolio yang dekat dengan generasi muda seperti kementerian belia dan sukan atau pun kementerian pengajian tinggi juga jelas menunjukkan bahawa Mukhriz tidak lagi mewakili Pemuda UMNO.

Beliau akan digroom untuk naik lebih tinggi lagi di dalam MT UMNO selepas ini. Tahniah diucapkan kepada Mukhriz Mahathir.

Persoalannya sekarang, kemanakah haluan Pemuda UMNO Malaysia?

Penulis cuba mencari jawapan kepada isu ini. Jawapannya terdapat di dalam blog Khairy Jamaluddin. Di antaranya ialah :-

.... Saya telah dipanggil dan dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam bahawa beliau mahu saya menumpukan perhatian mengukuhkan Pemuda UMNO.

Berdasarkan kepada kemerosotan sokongan pengundi muda kepada Barisan Nasional, kami berdua sepakat dan bersetuju bahawa tanggung jawab dan gerak kerja memenangi pengundi muda adalah satu komitmen sepenuh masa yang menuntut gandingan tenaga dan dedikasi untuk kerja-kerja parti tanpa sebarang tanggung jawab dalam pentadbiran kerajaan.

Kepada YAB Dato’ Seri Najib, saya ucapkan terima kasih di atas amanah yang diberi dan berikrar untuk memberi sokongan tak berbelah bahagi kepada kepimpinan beliau dan saya juga berjanji untuk bekerja keras untuk memperkasa dan mengukuhkan Pemuda UMNO.

Kepada ahli-ahli pergerakan Pemuda UMNO, terimalah pengumuman ini dengan hati yang terbuka dan terimalah juga cabaran yang diberi kepada kita untuk memenangi dan mengembalikan sokongan pengundi muda dengan penuh iltizam dan kesungguhan.

Kita semua hendaklah menyokong kerajaan dalam usahanya untuk mendekati rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka dengan berkesan dan menyeluruh....
(Khairy Jamaluddin)

Jika kita memahami point-point di atas, Khairy Jamaluddin sebenarnya mempunyai agenda yang sangat sukar, berat dan penting iaitu untuk memperkasakan Pemuda UMNO dan meningkatkan sokongan pengundi muda.

Usaha tersebut amat memerlukan seorang pemimpin muda yang mempunyai masa dan fokus yang sepenuhnya di dalam Pemuda UMNO Malaysia.

Penulis mengharapkan seorang pemimpin muda akan berjaya mengemudi kapal Pemuda UMNO Malaysia ke tahap yang lebih cemerlang jika di bandingkan pada hari ini.

Realitinya, Khairy Jamaluddin perlu membuka minda dan menerima cadangan dari ahli-ahli Pemuda UMNO yang lain.

Diharapkan agar agenda Pemuda UMNO Malaysia selepas ini akan lebih gah dan berjaya bertindak sebagai kuasa pendesak dan penyampai suara rakyat yang digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan.

Pemuda UMNO amat perlu mengembalikan kegemilangan era Datuk Harun (klik di sini untuk bacaan sejarah seterusnya..) untuk menarik minat generasi muda kepada Pemuda UMNO.

Pemuda UMNO juga perlu memahami evolusi sejarah Pemuda UMNO sejak pertubuhannya dan sumbangan-sumbangannya agar ahli-ahli Pemuda UMNO dapat merasakan jiwa Pemuda UMNO dengan lebih dalam dan ikhlas.

Antara yang paling penting sekali ialah Khairy Jamaluddin perlu memikirkan kepentingan saluran IT seperti web dan blog yang berjaya menarik minat generasi muda kepada parti pembangkang serta merosakkan imej parti UMNO dan BN.

Pokoknya, Khairy Jamaluddin perlu bekerja dengan lebih serius serta lebih kerap turun ke bahagian serta cawangan Pemuda UMNO untuk mendengar pandangan ahli-ahli Pemuda UMNO.

Malah, think tanks beliau perlu berfikir dengan lebih kerap dan mencari menyelesaikan kepada segala isu yang timbul daripada aspek out of the box dan tidak hanya bergantung kepada pemikiran yang sempit dan 'selamat' sahaja.

Wednesday, April 08, 2009

Pengajaran Yang Tiada Impak ? Racist ?

Dr Novandri Hasan Basri

"Kekalahan BN di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau adalah sebagai pengajaran kepada BN" - Ini merupakan salah satu teks lumrah yang kita dengar apabila BN kalah di dalam pilihanraya kecil baru-baru ini.

Persoalannya sekarang, sehingga bila UMNO dan BN perlu menggunakan teks lumrah yang semakin memualkan ini ?

Dan kini terdapat pula ura-ura yang mengatakan BN akan melantik satu badan bebas untuk mengkaji dengan tepat punca kekalahan BN di kawsan-kawsan itu.

Penulis sangat skeptikal dengan ura-ura tersebut kerana 2 sebab:-

1. Ini menunjukkan bahawa organisasi sebesar dan lama seperti UMNO dan BN masih tidak dapat berfungsi sebagai satu entiti yang mampu mengkaji, menyelidik dan paling utama sekali ialah menegur diri sendiri secara telus dan jujur.

Kekurangan ini terpaksa di out source ke organisasi luar sehingga menampakkan seolah-olah tidak ada seorang pun daripada 3.5 juta ahli UMNO yang cukup berpelajaran untuk mengkaji partinya sendiri. Apakah tidak ada satu pun di antara ahli-ahli UMNO dan BN yang mampu sehinggakan terpaksa menggunakan otak orang luar ?

2. Segala hasil kajian yang dikumpul, dianalisa dan diinterpretasikan oleh organisasi luar itu tidak akan transparens dan akan hanya sampai ke pihak tertinggi UMNO dan BN sahaja.

Dan segala maklumat yang diterima tidak akan dibincang ke semua peringkat UMNO dan BN dan ini menyebabkan pool of thoughts masih terkongkong di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN yang masih berfikir 'secara selamat' dan tidak out of the box dek terikat dengan kepentingan politk masing-masing.

Malah, segala maklumat yang bakal diberikan oleh organisasi luar itu belum tentu akan dapat menyedar serta menginsafkan kepimpinan UMNO dan BN.

Dan jika cadangan-cadangan yang diusulkan didapati menyusahkan pemimpin-pemimpin, kemungkinan besar cadangan-cadangan itu akan diketepikan atau pun di out source kan pula ke badan-badan kerajaan untuk tindakan seterusnya tanpa parti itu berusaha sendiri untuk menggerakkan tindakan tersebut di atas nama parti.

Malah, kajian-kajian seperti kajian sikap serta beberapa lagi kajian termasuk dari organiasi luar selepas PRU-12 hanya seperti make up yang tidak dapat menginsafkan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN.

Penulis mensyorkan pemimpin-pemimpin UMNO dan BN mula serius mempraktikkan konsep "Hostile Environment" (klik di sini untuk bacaan seterusnya..)

Kerana ini juga penulis menyokong penuh kepada cadangan supaya beberapa MT dan pemimpin-pemimpin tertinggi sayap-sayap UMNO tidak diberikan jawatan dalam kerajaan supaya mereka dapat memfokuskan segala tenaga dan masa mereka untuk mengukuh dan memperkasakan lagi parti UMNO dan BN.

Realitinya, jika parti UMNO dan BN tumbang pada PRU-13, tidak ada satu pun lagi pemimpin UMNO dan BN yang dapat merasai kerusi kerajaan kecuali jika pemimpin-pemimpin tersebut mementing diri sendiri dan melompat ke dalam parti yang menang itu untuk 'hidup', kononnya atas nama tidak puas hati kepada kepimpinan parti lama, satu lagi jawapan orang politik yang amat memualkan.

Penulis juga difahamkan bahawa undi bukan Melayu masih kurang menyokong parti BN. Tentunya sekarang bukan masanya untuk menyalahkan parti MCA, Gerakan atau sesama parti di dalam BN tetap gesaan salah seorang pemimpin tertinggi MCA yang mahukan Timbalan Perdana Menteri ke-2 untuk kaum Cina perlu diungkitkan di sini.

Apakah pemimpin tersebut telah benar-benar sedar dengan lanskap politik negara ini?

Jika parti tersebut masih gagal untuk menarik cukup undi dari bangsa mereka sendiri, apakah justifikasi untuk memberikan kerusi Timbalan Perdana Menteri ke-2 kepada mereka?

Penulis bukannya racist tetapi jika bangsa Cina memberikan mandat yang padu kepada MCA, Gerakan dan BN, cadangan tersebut mungkin boleh diusahakan dan bukannya seperti sekarang di mana gesaan itu tampak seperti ugutan politik yang tidak sihat dan tidak kena pada masanya.

Adalah tidak manis untuk meminta sesuatu yang kompleks sedangkan parti itu gagal untuk menarik undi bangsa mereka sendiri. Sekarang adalah masa untuk buktikan sokongan padu kepada BN dahulu dan barulah segala permintaan akan diusahakan.

Dan juga masih ada pemimpin-pemimpin veteran di dalam BN yang masih berpaut dengan jawatan masing-masing sedangkan yang lain sudah sedar dan 'melepaskan' kemudi kapal kepada yang baru dan lebih diterima rakyat.

Sunday, April 05, 2009

Boleh Berpolitik Tapi Bersyarat

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 3 April - Cadangan membenarkan guru dalam kumpulan A terlibat dalam aktiviti politik dilihat mampu memberikan kesan positif terhadap pembangunan negara, namun ia perlu disertai dengan syarat tertentu.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, syarat tersebut kelak perlu merangkumi satu garis panduan menyeluruh kepada mana-mana guru yang telibat dalam aktiviti politik.

''PIBGN sokong cadangan itu, tetapi perlu bersyarat supaya guru terbabit tidak terbawa-bawa dengan ideologi politik masing-masing semasa mengajar di dalam kelas.

''Kita juga tidak mahu ada guru yang mengambil kesempatan dengan lebih mengutamakan hal politik berbanding tugas hakiki di sekolah,''
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencadangkan supaya satu perbahasan berhubung kelonggaran guru kumpulan A terlibat dalam aktiviti politik dilakukan sebelum keputusan mengenainya dibuat.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan supaya isu tersebut dapat dibincangkan sekali gus mendapatkan pandangan daripada semua pihak.

Menurut Mohamad Ali, PIBGN tidak ada halangan untuk membantah cadangan tersebut memandangkan ia sebahagian daripada hak asasi manusia.

''Setiap daripada kita mempunyai hak untuk berpersatuan, lagipun kalau dihalang, saya rasa ini satu pembaziran buat pembangunan modal insan negara,'' katanya.

Malah, jelas beliau, jika dilihat dari sudut sejarah, golongan pendidik turut memainkan peranan penting sewaktu memperjuangkan kemerdekaan seiring dengan tokoh-tokoh yang terlibat.

Beliau berkata, sebagai lanjutan daripada pengisian kemerdekaan, PIBGN yakin golongan ini seharusnya diberi peluang untuk aktif berpolitik demi memperjuangkan nasib anak-anak bangsa.

Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-Guru Besar Malaysia (GMGB), Ruslan Madon berpendapat, pemantauan juga perlu dibuat dari semasa ke semasa demi memastikan guru yang terlibat tidak alpa dengan tugas sebagai seorang pendidik.

Selain itu, menurut Ruslan, sekiranya guru terbabit didapati gagal menjalankan tugas dengan baik di sekolah, tindakan disiplin wajar dikenakan.

''Jangan campur aduk antara tugas sebagai seorang guru dengan ideologi politik yang dibawa, jika tidak mampu pikul kedua-duanya, maka buatlah pilihan sama ada mahu teruskan bidang politik atau menjadi pendidik," tegas beliau.

(Dr Novandri : Mari kita bahaskan isu ini.)

Friday, April 03, 2009

Hilang Berganti & Kempunan .....

Dr Novandri Hasan Basri

Adat sopan dan peribahasa bangsa Melayu memang unik dan tersendiri. Contohnya, patah tumbuh hilang berganti adalah satu ungkapan yang ringkas tapi begitu mendalam maksudnya.

Dan dengan ertinya itu juga penulis ingin kaitkan dengan permulaan era Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.

Penulis mengucapkan tahniah kepada DS Najib Tun Razak. Penulis juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pak Lah di atas segala jasa beliau kepada agama, bangsa dan negara selama ini.

Sesungguhnya, jawatan itu begitu besar, rumit dan memerlukan pengorbanan yang lebih besar jika dibandingkan dengan jawatan-jawatan lain yang Najib pernah pikul sebelum ini.

Malah, Najib memikul tanggungjawab itu tatkala parti UMNO dan BN memerlukan nakhoda yang mampu mengemudi 'kapal' merintasi ribut dan taufan. Realitinya, UMNO dan BN bukan di dalam keadaan yang selesa dan selamat.

Begitu juga dengan kestabilan ekonomi negara yang amat memerlukan pendekatan dan perlaksanaan jitu agar tidak rebah bersama-sama kekusutan ekonomi global hari ini. Negara amat memerlukan pemimpin yang berpengalaman, tegas, berwawasan, tajam fikiran dan tetap pendiriannya.

Seperkara lagi, perubahan pucuk pimpinan negara ini sekali lagi telah menidakkan dongengan dan fitnah parti pembangkang bahawasanya Pak Lah akan terus menjadi Perdana Menteri. Mereka begitu terdesak dan pastinya kempunan dengan proses perubahan pucuk pimpinan negara yang berjalan dengan lancar dan sempurna.

Yang paling kempunan sekali tentunya ialah DS Anwar Ibrahim. Beliau gagal dalam quest beliau untuk menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008. Kini beliau berdepan dengan Najib Razak yang merupakan rakan tugas beliau semasa beliau masih berada di dalam UMNO dahulu.

Tetapi sebagai seorang pemimpin yang veteran dan berpengalaman, penulis pasti Anwar Ibrahim tidak akan mengalah dan akan meneruskan usaha beliau di masa depan.

Kini terpulang kepada Najib Razak untuk membuktikan ketokohan dan kepimpinan beliau. Tatkala ini beliau sebenarnya berdepan dengan harapan yang menggunung langit daripada ahli-ahli UMNO, BN dan juga rakyat jelata.

Memang benar bahawa ungkapan menggunung langit itu dirasakan amat mustahil tetapi dalam konteks cabaran dan lanskap politik negara ini, Najib Razak perlu berusaha agar yang tampak mustahil itu dapat beliau usaha dan jalankan dengan jayanya.

Najib dan pasukan beliau mesti berkhidmat dengan lebih berdedikasi dan transparens serta banyakkan masa bersama rakyat tanpa protokol yang memualkan dan membazir duit rakyat. Suara dan keluhan rakyat perlu didengar dan dibantu. Dan bukannya hanya ketika musim pilihanraya sahaja.

Kerana itu juga Najib amat memerlukan pasukan yang bukan sahaja mampu membantu beliau tapi pasukan yang mampu berfikir, menelaah dan memberikan pandangan-pandangan yang praktikal serta rasional kepada Najib.

Pembahagian potfolio kerja perlu disertakan dengan great thinkers yang mampu mengemudi potfolio tersebut tanpa perlu memeningkan serta campur tangan Najib yang kerap. Dengan cara itu, Najib dapat memfokuskan tenaga beliau kepada perkara-perkara yang lebih penting, baik di dalam parti mahu pun negara.

Di sini juga penulis ingin mengulang pandangan beberapa pemimpin-pemimpin UMNO yang mencadangkan agar terdapat MT dan pemimpin-pemimpin sayap UMNO yang tidak diberikan jawatan di dalam kerajaan kelak.

Tujuannya ialah agar pemimpin-pemimpin tersebut dapat memfokuskan seluruh masa dan tenaga mereka di dalam parti UMNO dan mengurus serta memperbaiki segala kelemahan di dalam parti UMNO.Penulis amat bersetuju dengan cadangan ini.

Realitinya, UMNO amat memerlukan 'complete engine over-haul' dan bukan sekadar 'tukar minyak enjin dan oil filter' sahaja. Hanya dengan cara itu sahaja UMNO akan kembali segar, bermaya serta hayat hidupnya dapat dipanjangkan lagi.

Seperkara lagi, yang pastinya Yang Dipertuan Agung tidak terkeliru dengan pandangan seorang bekas Menteri Melayu yang berharap agar Yang Di Pertuan tidak memperkenankan perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri yang ke-6! Zaid Ibrahim namanya.

Wednesday, April 01, 2009

Berubah Atau Di Ubah...

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan beberapa petikan menarik semasa Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan serentak persidangan perwakilan sayap-sayap Umno 2008.

Di harapkan petikan-petikan ini akan dijadikan rujukan pemimpin-pemimpin muda UMNO untuk bergerak selepas ini.

Di antara lain ialah mengenai khidmat kepada masyarakat, perkuatkan siber, kursus kepimpinan dan lain-lain.

Tambahan pula, Perhimpunan Agung UMNO yang seterusnya dikatakan pada bulan November tahun ini juga.

Makanya, pemimpin-pemimpin muda UMNO hanya mempunyai kurang daripada 7 bulan untuk membuktikan yang mereka benar-benar telah sedar dan insaf serta bersungguh-sungguh untuk memastikan segala tuntutan yang dipikul kepada mereka benar-benar telah dijalankan semaksimanya.

Jika tidak, mereka akan ditegur dan dikritik kelak oleh ahli-ahli muda UMNO.

Perasmian Persidangan perwakilan Sayap-sayap UMNO 2008

A. Berkhidmat Kepada masyarakat

1. Umno juga akan menjadi hebat jika budaya merendah diri dan sikap suka berkhidmat kepada masyarakat menjadi amalan ahli-ahlinya.

2. ..Berdasarkan itu, bahagian-bahagian Umno di bandar perlu memainkan peranan masing-masing dalam mengetengahkan rintihan golongan Melayu bandar yang berpendapatan rendah.


B. Perkuatkan Siber

1. Kita telah alpa dengan mandat besar yang diberikan oleh rakyat hatta tidak bersiap siaga untuk menghadapi peperangan alam siber. Natijahnya, semasa pilihan raya Mac tahun 2008, kita telah tersentak dari lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru.

2. Suka atau tidak, kita tidak boleh menjadikan hambatan medium ini sebagai musuh. Generasi muda kepimpinan Umno harus berperanan sebagai pelaku proaktif di tengah-tengah fenomena.

3. Generasi muda kepimpinan Umno perlu berbicara dalam lenggok bahasa komuniti siber. Generasi muda kepimpinan Umno juga mesti menjadi pemuka kepada penggunaan teknologi sebagai senjata politik.
(Dr Novandri : Penulis amat bersetuju dan mengharapkan kepimpinan baru Pemuda UMNO bersungguh-sungguh di dalam hal ini)

C. Kursus Kepimpinan

1. Kita ingin mencadangkan kursus atau latihan kepimpinan berbentuk 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam diperhebat di kem atau di pusat latihan seluruh negara. Modul kursus seumpama ini wajarlah padat dengan pengukuhan nilai murni perjuangan dan bertujuan melatih ahli menjadi pemimpin yang mulia. Kaedah latihan juga wajar bercorak lebih lasak termasuk modul kembara di hutan atau di laut untuk membina semangat kekitaan dan mengeratkan tali persaudaraan sesama ahli dan pimpinan.

D. Jangan cantas

1. Umno perlu hentikan amalan jelek cantas mencantas serta menyekat mana-mana pihak supaya tidak dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti orang cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda.

2. Umno sama sekali tidak boleh dilihat sebagai parti yang anti idea baru, anti orang cerdik pandai atau parti yang tidak mesra dengan orang muda. Kita adalah parti yang bertanggungjawab meningkatkan akses pendidikan terutamanya pendidikan tinggi kepada mereka.

3. Kini, 38 peratus kumpulan umur 17 hingga 23 tahun berpeluang mendapat pendidikan tinggi. Angka diunjur ini akan meningkat kepada 40 peratus menjelang tahun 2010 dan 50 peratus apabila tibanya 2020.

4. Apa yang penting, janganlah kita biarkan hasil semaian Umno ini terlepas ke tangan pihak lain. Sebolehnya, kita perlu menawan imaginasi golongan ini dengan memastikan arah tuju parti seiring dan sejalan dengan aspirasi mereka.


E. Bersatu padu & Tidak Pentingkan Diri Sendiri.

1. Tersenarai antara nilai-nilai utama yang menentukan maju mundur sesuatu bangsa adalah muafakat, berdisiplin, menghormati waktu, mengotakan janji, dedikasi kepada tugas, pelaksanaan yang cekap, ketekunan bekerja dan meletakkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan diri.

F. Perlembagaan di ubah

1. Umno perlu mengkaji semula perlembagaan parti daripada aspek proses pemilihan kepimpinan parti bagi memastikan lebih ramai ahli dari semua peringkat dapat menyertainya, sebagai salah satu langkah membendung politik wang.

2. kita mesti mengubah cara Umno menentukan pemimpin termasuklah sistem kuota. Kita perlu memberikan hak memilih ke tangan kumpulan yang lebih besar
.

G. Berubah Secara Total.

1. Kesimpulannya, untuk kekal lestari Umno mesti memenangi semula hati dan pemikiran orang Melayu. Jadinya, mahu tidak mahu, kita mesti berubah untuk kepentingan rakyat. Berubah dari sikap-sikap mazmumah kepada sikap-sikap mahmudah.

2. Berubah daripada kurang mesra kepada mesra, daripada mementingkan diri kepada mementingkan rakyat, daripada malas kepada rajin kerja, berubah daripada kurang berkhidmat kepada suka berkhidmat.

FACEBOOK DR MiM

My Blogger Tricks

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.