Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 3 April - Cadangan membenarkan guru dalam kumpulan A terlibat dalam aktiviti politik dilihat mampu memberikan kesan positif terhadap pembangunan negara, namun ia perlu disertai dengan syarat tertentu.
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, syarat tersebut kelak perlu merangkumi satu garis panduan menyeluruh kepada mana-mana guru yang telibat dalam aktiviti politik.
''PIBGN sokong cadangan itu, tetapi perlu bersyarat supaya guru terbabit tidak terbawa-bawa dengan ideologi politik masing-masing semasa mengajar di dalam kelas.
''Kita juga tidak mahu ada guru yang mengambil kesempatan dengan lebih mengutamakan hal politik berbanding tugas hakiki di sekolah,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencadangkan supaya satu perbahasan berhubung kelonggaran guru kumpulan A terlibat dalam aktiviti politik dilakukan sebelum keputusan mengenainya dibuat.
Beliau berkata, langkah itu bertujuan supaya isu tersebut dapat dibincangkan sekali gus mendapatkan pandangan daripada semua pihak.
Menurut Mohamad Ali, PIBGN tidak ada halangan untuk membantah cadangan tersebut memandangkan ia sebahagian daripada hak asasi manusia.
''Setiap daripada kita mempunyai hak untuk berpersatuan, lagipun kalau dihalang, saya rasa ini satu pembaziran buat pembangunan modal insan negara,'' katanya.
Malah, jelas beliau, jika dilihat dari sudut sejarah, golongan pendidik turut memainkan peranan penting sewaktu memperjuangkan kemerdekaan seiring dengan tokoh-tokoh yang terlibat.
Beliau berkata, sebagai lanjutan daripada pengisian kemerdekaan, PIBGN yakin golongan ini seharusnya diberi peluang untuk aktif berpolitik demi memperjuangkan nasib anak-anak bangsa.
Sementara itu, Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru-Guru Besar Malaysia (GMGB), Ruslan Madon berpendapat, pemantauan juga perlu dibuat dari semasa ke semasa demi memastikan guru yang terlibat tidak alpa dengan tugas sebagai seorang pendidik.
Selain itu, menurut Ruslan, sekiranya guru terbabit didapati gagal menjalankan tugas dengan baik di sekolah, tindakan disiplin wajar dikenakan.
''Jangan campur aduk antara tugas sebagai seorang guru dengan ideologi politik yang dibawa, jika tidak mampu pikul kedua-duanya, maka buatlah pilihan sama ada mahu teruskan bidang politik atau menjadi pendidik," tegas beliau.
(Dr Novandri : Mari kita bahaskan isu ini.)
Sunday, April 05, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.
-
MiM ada cerita menarik tentang barisan kabinet baru pasca PRU13. Tetapi sebelum MiM tulis dengan lebih lanjut, kita baca dulu laporan di baw...
-
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani sekali lagi didesak dilucutkan jawatan dan disingkirkan daripada kalangan bangsa Melayu ...
-
Sebelum ini MiM telah siarkan entri DS Najib Razak yang mengkritik dan menyindir sikap hipokrasi melampau Anwar Ibrahim. KLIK SINI Giliran...
-
Sikap riak Pembangkang berdasarkan 'undi popular' menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969!
-
Satu kajian tentang Anwar Ibrahim yang tidak mungkin akan disiarkan dalam media pembangkang!
-
Artikel dari blog AAKJ.blogspot.com : Sultan Johor Memberi Amaran – DAP & Troopers Jangan Cuba Menghina Perintah Baginda
-
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pili...
REFERENCE WAJIB
-
-
Dangerous Love4 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
