Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Sunday, May 31, 2009

Kemenangan Tapi Permulaan Kepada Kejatuhan PKR ?

Dr Novandri Hasan Basri

Seperti dijangkakan, calon PKR menang di PK Penanti. Ianya bukan satu keputusan yang mengejutkan, cuma sekadar menyempurnakan adat pilihanraya dan membazirkan wang rakyat!

Cuma yang menariknya ialah calon PKR telah kehilangan undi yang banyak jika dibandingkan dengan pilihanraya 2008.

Jika kita merujuk kepada statistik awal di dalam MalaysiaKini, calon PKR hanya memperolehi 6,052 undi sahaja jika dibandingkan 7,346 undi yang diperolehi oleh Mohamad Fairuz pada tahun 2008.

Ini bermakna, PKR telah kehilangan 1,294 undi, satu penurunan yang sangat signifikan berbandingkan dengan hari mengundi yang jatuh pada hari Ahad dan semasa cuti sekolah.

Dan jika dibandingkan dengan calon-calon bebas yang serba kekurangan dari segi jentera pilihanrayanya, kemenangan PKR kali ini tercemar teruk dek :-

1. Peratusan mengundi hanyalah 46.15% , satu nilai yang terendah sekali di dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

2. Kesimpulan bahawa PKR tidak dapat meningkatkan jumlah undi walau pun tidak berdepan dengan BN akan menimbulkan pelbagai andaian yang negatif dan keraguan terhadap kekuatan PKR yang sebenarnya.

Penulis pernah menulis artikel mengenai PK Penanti dan jangkaan penulis tepat seperti yang penulis tulis :-

...Jika dari segi teorinya, pilihanraya Penanti nanti akan bakal menyaksikan kehadiran pengundi yang paling sedikit sekali di dalam sejarah pilihanraya negara Malaysia kerana kemeluatan penduduk Penanti terhadap parti PKR...

Pemimpin-pemimpin PKR terutamanya Anwar Ibrahim sudah pasti mempunyai jawapan kepada segala persoalan yang timbul disebabkan prestasi buruk PKR di gelanggang sendiri.

Di antara lain, mereka mungkin akan menyalahkan BN kerana pelbagai andaian yang mereka reka sendiri. Mereka akan menuduh seolah-olah BN yang bersalah dan bukannya kerana PKR sudah mulai dijauhi dan tidak disenangi oleh rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim juga akan cuba memandang remeh segala andaian negatif walau pun beliau tahu parti PKR sedang menghadapi masaalah keyakinan dan sokongan.

Walau apa pun tohmahan dan mainan politik PKR selepas ini, statistik PK Penanti jelas menunjukkan bahawa PKR sudah kehilangan sokongan daripada rakyat. PKR sudah tidak boleh lagi mendabik dada kononnya parti mereka itu kuat dan bertambah mantap.

Pastinya ramai pemimpin PKR yang tidak berapa gembira dan 'berpeluh sejuk' tatkala 'meraikan' kemenangan PKR yang tidak seberapa di Penanti. Realitinya, PKR bakal berdepan dengan masaalah yang besar selepas ini iaitu tahap keyakinan mereka akan menurun terhadap parti mereka sendiri.

Pastinya juga, rakyat akan membuat andaian yang sama iaitu PKR sudah kehilangan taringnya dan bakal merudum.

Ayat mudah, "Kemenangan PKR di Penanti adalah permulaan kepada kejatuhan PKR."

Anwar Tak Mungkin Jadi Perdana Menteri - PAS.

Dr Novandri Hasan Basri

Rupa-rupanya, PAS menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Anwar Ibrahim bukanlan pilihan parti PAS yang sebenarnya.

Di dalam kekusutan dan kelincahan Anwar Ibrahim untuk mencapai angan-angan beliau, PAS yang merupakan salah satu daripada parti perkongsian politik bersama DAP dan Pakatan Rakyat, tidak berhasrat untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim pastinya terguris hati dan kecewa dengan perkembangan ini. Apa tidaknya, kerusi Perdana Menteri turut diidam-idamkan oleh parti PAS. Mungkin juga, parti DAP menyimpan angan-angan yang sama seperti PAS dan Anwar Ibrahim.

Penulis bukan membuat andaian sendiri tetapi kenyataan bahawa PAS mahukan jawatan Perdana Menteri keluar dari mulut salah pemimpin PAS itu sendiri.

Ianya dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru, Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi semasa berucap dalam majlis penerangan yang di adakan di Taman Permint Makmur, semalam.

Malah, pemimpin PAS turut mengagung-agungkan negara Amerika Syarikat, negara sekutu Israel yang utama.

BuletinOnline melaporkan :-

Oleh kerana itu, sokongan yang padu telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, Presiden PAS adalah Perdana Menteri Malaysia sekiranya pilihanraya memilih Perdana Menteri dibuat sebagaimana pilihanraya memilih Presiden Amerika Syarikat.

“Orang bukan Islam hari ini memberi sokongan yang sungguh-sungguh kepada Pakatan Rakyat dan imej PAS adalah cukup tinggi.

“Kalau pilihanraya untuk memilih Perdana Menteri dibuat sepertimana piliharaya memilih Presiden Amerika Syarikat, sudah tentu Ayah Chik, Tok Guru Haji Hadi (Presdien PAS) menjadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya.
....

Seperkara lagi, ADUN Wakaf Baru ini telah berbohong semasa memberikan ceramah tersebut. Beliau telah membuat fitnah bahawasanya PK DUN Penanti yang sedang berlangsung adalah disebabkan kerja-kerja kotor UMNO dan BN.

BuletinOnline turut melaporkan :-

...Katanya BN telah mengugut dan memerangkap serta menakut-nakutkan dan cuba menyogok wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

“Mereka berjaya melakukan di negeri Perak, memerangkap wakil rakyat di Perak dengan rasuah dan akhirnya menjadi wakil bebas yang mesra BN,

"Di Penanti, BN cuba memerangkap dan mengugut wakil rakyat yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 dengan rasuah”
ujarnya.

HAsrat BN katanya, supaya Fairuz tidak meletakkan jawatan tetapi berpaling tadah menjadi wakil rakyat BN.

Katanya sekiranya Fairuz berbuat demikian, isu rasuah akan selesai sebagaimana yang berlaku keatas wakil rakyat negeri Perak.

"Tapi oleh kerana sekurang-kurang kekuatan yang ada kepada YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri 1, maka beliau tidak berpaling tadah,

"Tetapi beliau menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan," jelasnya.


Ternyata tuduhan Che Abdullah merupakan satu pembohongan besar yang perlu disangkal sebelum ada yang mempercayai beliau.

Sebenarnya kita semua tahu bahawa isu rasuah yang didakwa terhadap Fairuz telah selesai dan tidak ada kena mengena dengan parti BN seperti yang didakwa oleh Che Abdullah. Isu Fairuz merupakan permasalahan dalaman PKR yang semakin meruncing dek perebutan kuasa serta campur tangan parti DAP yang memegang pucuk kepimpinan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pokoknya, pemimpin PAS yang bernama Che Abdullah telah berbohong kepada ahli-ahli PAS sendiri dan rakyat sekalian.

Apakah yang terjadi kepada pemimpin-pemimpin PAS seperti Che Abdullah sehinggakan beliau seperti desperado untuk menipu hadiran yang mendengar ceramah beliau itu?

Apakah beliau sudah tidak kenal lagi ertikata dosa dan neraka hanya kerana mahukan kuasa yang tidak hakiki di dunia ini?


Inilah manusia dayus yang berselindung di sebalik hadis dan al-quran serta berkopiah putih yang melambangkan seorang pemimpin Islam tapi hakikatnya, Che Abdullah telah berbohong, membuat fitnah dan melanggar nilai-nilai Islam.

Dan apakah Che Abdullah telah terlupa dengan modus operandi rakan baik beliau, Anwar Ibrahim yang memujuk rayu, memerangkap dan 'menyogok' pemimpin-pemimpin BN agar berpaling tadah dan menyokong beliau dan PKR?

Kenapakah Che Abdullah tidak berani menegur Anwar Ibrahim ketika itu dan sekarang ini?

Tetapi, berdasarkan kepada pendedahan beliau mengenai hasrat PAS menjadi Perdana Menteri, beliau tentunya tidak akan berani untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim.

Dan jika isu ini bertambah hangat dan tidak terkawal atau pun disangkal keras oleh Anwar Ibrahim, penulis amat pasti bahawa pemimpin-pemimpin PAS akan mengatakan bahawa kenyataan Che Abdullah hanya merupakan pandangan peribadi dan bukannya melambangkan pendirian parti PAS!

Atau pun mereka akan mendakwa bahawa media telah tersalah tafsir kenyataan Che Abdullah sehingga mengelirukan para pembaca!

Penakut juga pemimpin-pemimpin PAS.

Saturday, May 30, 2009

Penanti Yang Tidak Dinanti..

Dr Novandri Hasan Basri

Rata-rata media perdana negara kurang menyentuh pilihanraya kecil Penanti yang akan diadakan esok. Cuma yang disiarkan ialah isu pemimpin PKR yang berdolak dalih, flip flop yang dahulunya mencabar seorang calon bebas supaya mengemukakan bukti bahawa beliau cuba disogok oleh PKR agar tidak bertanding di Penanti.

Kemudiannya pemimpin PKR menterbalikkan kata-kata mereka dan mengaku pula bahawa ada orang yang datang untuk 'membeli' calon bebas itu tapi bukan di atas arahan kepimpinan tertinggi PKR.

Apakah pemimpin PKR ingat bahawa kita semua ini terlalu bodoh sehinggakan akan mempercayai kata-kata dusta pemimpin PKR itu?

Bak kata, once a liar always a liar seperti pemimpin tertinggi mereka, DS Anwar Ibrahim.

Sekarang pula ada dakwaan yang mengatakan bahawa UMNO akan membawa keluar pengundi-pengundi Penanti semasa hari mengundi. Dakwaan ini merupakan permainan politik parti pembangkang yang serkap jarang dan pemimpin-pemimpin UMNO mesti mengambil tindakan keras ke atas mereka itu dengan mengemukakan saman agar mereka itu tidak lagi mengeluarkan dakwaan-dakwaan yang membuta tuli dan tidak berasas.

Walaubagaimana pun, PK Penanti masih menarik untuk diulas dan diberikan pandangan, lebih-lebih lagi apabila Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengeluarkan satu kenyataan yang menarik untuk dikongsi bersama.

Beliau berkata bahawa kira-kira 5,000 ahli Umno tidak akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil Penanti esok kerana calon BN tidak bertanding.

"Jika mereka keluar (mengundi), ia seolah-olah mengkhianati parti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

"Datuk dan nenek mereka adalah pengundi BN, jadi mereka setia kepada parti," katanya lagi.


Penulis bersetuju dengan kenyataan Zainal Abidin tapi kenapakah perlu diselit datuk dan nenek di dalam kenyataan beliau?

Penulis berpendapat bahawa ahli-ahli UMNO sudah matang untuk mengetahui tanggungjawab masing-masing dan tidak akan mengundi esok tanpa perlu kenyataan 'datuk dan nenek mereka'.

Seperkara lagi, penulis pernah menulis artikel mengenai PK Penanti. Di antara lain :-

... Jika dari segi teorinya, pilihanraya Penanti nanti akan bakal menyaksikan kehadiran pengundi yang paling sedikit sekali di dalam sejarah pilihanraya negara Malaysia kerana kemeluatan penduduk Penanti terhadap parti PKR. (klik di sini untuk bacaan seterusnya...)

Realitinya juga, calon-calon bebas mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan dari segi kewangan dan jentera pilihanraya masing-masing.

Dan keputusan PK Penanti seperti sudah diketahui ramai tetapi satu tindakan tegas dan keras perlu dilakukan agar kekosongan kerusi yang disengajakan seperti di Penanti tidak berlaku lagi dengan sewenang-wenangnya. (sila rujuk artikel ini..)

Thursday, May 28, 2009

Kejahilan Pemimping Parti Pembangkang.

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah seorang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian dan kehilangan hampir 4000 nyawa boleh dimaafkan begitu sahaja?

Dan apakah perasaan anak-anak dan keluarga mangsa tentera komunis tidak mahu dititkberatkan dan diutamakan hanya kerana seorang manusia yang bernama Chin Peng?

Dua soalan ini yang mahu penulis sampaikan kepada pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang rata-rata bersetuju Chin Peng patut dibenarkan kembali ke negara ini.

Alasan mereka begitu standard, 'play safe' dan tidak serius iaitu jika Chin Peng benar-benar insaf dan bebas daripada ideologi komunis, beliau patut dibenarkan kembali ke Malaysia. Ini merupakan jawapan lumrah dan boleh dikeluarkan oleh sesiapa sahaja tidak kira pangkat mereka. Tapi sebagai pemimpin, mereka sepatutnya mampu mengeluarkan jawapan yang lebih bernas dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah mereka kaji. Tetapi tidak.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tang Seng Giaw pula telah memberikan satu perumpamaan yang tidak melambangkan seorang pemimpin yang bijak dan berfikir. Beliau memberi contoh bekas Presiden Afrika Selatan yang memaafkan semua pihak yang mendera dan menyiksa beliau di dalam tahanan selama berpuluh-puluh tahun.

Ternyata bahawa Tang Seng Giaw telah terlajak di dalam isu ini dan jika beliau benar-benar bijak, beliau sepatutnya mengambil kira setiap pandangan mangsa tentera komunis dahulu sebelum membuat perumpamaan Nelson Mandela yang seorang itu sahaja.

Alangkah baiknya jika Tang Seng Giaw berjumpa dengan mereka, mengetahui setiap penderaan, setiap titisan darah, kulit dan daging badan yang robak dek keganasan tentera komunis.

Beliau juga patut melihat mereka yang kehilangan anggota badan akibat peperangan melawan komunis. Tang Seng Giaw patut mengetahui saat-saat apabila mangsa itu melihat kaki mereka terkulai dan berlumuran darah, disamping menahan derita kesakitan yang amat sangat dan tidak mungkin mampu dipikul oleh Tang Seng Giaw.

Tang juga patut bersama-sama mereka menziarahi kubur-kubur ahli keluarga mereka yang terbunuh atau dibunuh dan merasai kepiluan serta melihat setiap air mata yang berlinangan dek rindu kepada ahli keluarga yang telah pergi mendahului mereka.

Dan penulis pasti, pemimpin-pemimping pembangkang ini akan menyalahkan pihak media kerana kononnya menyalahertikan keterangan mereka jika ramai rakyat yang bangkit marah terhadap kenyataan mereka itu!

Seperkara lagi, Mahkamah Tinggi dan mahkamah Rayuan pula dengan muktamadnya telah menolak rayuan Chin Peng. (Klik di sini..)

Ironinya, pemimpin pembangkang dengan bangganya mengatakan bahawa jika Chin Peng patut diterima jika beliau berubah dan bersedia mendokong doktrin negara, padahal mereka sendiri begitu jelas tidak mendokong keputusan mahkamah yang menjaga kedaulatan undang-undang. Di manakah pertimbangan mereka itu?

Seperkara lagi, Chin Peng tidak akan senang duduk di negara ini kerana beliau akan bakal menghadapi pelbagai saman dan tuntutan mahkamah daripada mangsa-mangsa tentera komunis yang diketuai oleh beliau. Tragedi lama masih boleh diungkitkan lagi di dalam mahkamah jika bukti-buktinya kukuh dan diterima oleh pihak mahkamah.

Apakah Chin Peng sanggup menanggung malu dan berdepan dengan pejuang-pejuang negara dan ahli keluarga mereka?

Makanya, Chin Peng sendiri patut berasional dan berfikir dengan waras mengenai isu ini. Beliau sepatutnya lebih sensitif kepada rakyat Malaysia. Malah, Chin Peng masih boleh dilawati di luar negeri jika ada sesiapa yang mahu mendampingi beliau. Tidak susah.

Percayalah, Malaysia tidak akan rugi apa-apa pun jika Chin Peng tidak diterima tetapi negara akan menangis selamanya kerana setiap generasi mangsa tentera komunis dan pejuang-pejuang negara tidak dihiraukan perasaan mereka mengenai isu Chin Peng!

Wednesday, May 27, 2009

Snippets : The Clash of The Football Superpowers

Dr Novandri Hasan Basri

Forget about politics for a while. It's taking too much of our time & energy.

I'm a big fan of Manchester United FC and tonight is another big night for the team. The Champions League final tonight is a match between 2 football superpowers and shouldn't be miss by any of us.

My prediction : Manchester United FC 2 Barcelona FC 1. All the best to Manchester United team.


Manchester United

Goalkeepers

1-EDWIN VAN DER SAR, Age 38. Former Ajax Amsterdam and Juventus keeper who is also the Netherlands’ most capped player. Joined United from Fulham in May 2005. Played in last season’s final against Chelsea and set an English League record of games without conceding a goal this season.

29-TOMASZ KUSCZAK, 27. Polish international and competent reserve for Van der Sar who has made a handful of appearances this season. Unused substitute in the 2008 final.

Defenders

5-RIO FERDINAND, 30. Outstanding at the heart of the defence all season, but troubled by injuries recently. After early career disciplinary problems he has matured into one of the world’s best defenders. Skippered United in last year’s final.

15-NEMANJA VIDIC, 27. Another superb season at the heart of the defence alongside Ferdinand, despite three sendings-off in the campaign—twice against Liverpool and also in the World Club Cup final. Also played in the 2008 final.

2-GARY NEVILLE, 34. The club captain and a veteran of United’s 1999 triumph although he missed last year’s final through injuries. No longer a first-choice player.

3-PATRICE EVRA, 27. The Senegal-born French international is among the finest left backs in the world after another excellent season. Won a winner’s medal with United last season and was in the Monaco team beaten in the 2004 final by Porto.

6-WES BROWN, 31. An unused substitute when United won the trophy in 1999, played in last year’s final but has missed most of this season through injury. Could possibly make the bench again.

22-JOHN O’SHEA, 28. Reliable Ireland international defender who scored winner in the 1-0 victory over Arsenal in the first leg of the semi-final. On the bench for last year’s final, manager Alex Ferguson has told him he will play on Wednesday.

21-RAFAEL da SILVA, 18. Along with his twin brother Fabio, the Brazilian defender is expected to play a major role in United’s teams of the future. Was spotted playing for Fluminense’s youth team in a tournament in Hong Kong in 2005.

Midfielders

16-MICHAEL CARRICK, 26. Scored in the penalty shootout victory in Moscow and has enjoyed a very good season in midfield. Scored the late winner at Wigan Athletic recently which effectively clinched the League title.

18-PAUL SCHOLES, 34. Suspended for the 1999 final, played last season but likely to be on the bench on Wednesday. Has played more than 600 matches for United and one of the best players “in the hole” that the English game has ever seen.

11-RYAN GIGGS, 35. The Welsh winger has extended his all-time appearance record for United to 805 matches and there is no sign that the end of his career is approaching. He is the most decorated player in the English game and seeking his third Champions League winners’ medal. Scored the winning penalty in last season’s shootout.

13-PARK JI-SUNG, 28. Missed out on last year’s final but has had a very influential season and is likely to feature at some stage on Wednesday. Would become the first Korean to gain a winner’s medal if United triumph.

8-ANDERSON, 21. Replaced Brown in the last minute of extra time in last year’s final then scored in the shootout. Has never scored a goal for United, but the Brazilian has great touch and works tirelessly when called upon.

Forwards

10-WAYNE ROONEY, 23. The most talented English striker of his generation and still young, with a winner’s medal from last season. Quick feet and brutish strength, has the ability to conjure goals out of nothing. Occasionally struggles to contain his temper but never shirks the spotlight on the big occasions.

17-NANI, 22. Scored a penalty in the shootout win over Chelsea in Moscow, but has had his ups and downs this season and has started only two of United’s last 20 games.

7-CRISTIANO RONALDO, 24. The World and European Player of the Year has hit form at the right time after a slow start to the season. Still annoys with his theatrical reactions when he is fouled or falls over, but delights with his skills. Scored United’s goal in the 2008 final but missed in the shootout.

32-CARLOS TEVEZ, 25. The Argentine’s future is far from certain and Wednesday’s final could be his last match for the club—if he plays. His creative skills are a delight to watch and he would walk into most teams in the world but is on the fringes at Old Trafford. Scored in last year’s shootout.

9-DIMITAR BERBATOV, 28. The Bulgarian striker joined United on the last day of last year’s transfer window from Tottenham Hotspur for 30 million pounds ($47.39 million) but his languid style has not always impressed United’s fans. He has a sublime touch and an eye for goal. Played in losing Bayer Leverkusen team in 2002 final.


BARCELONA FC

Goalkeepers

1-VICTOR VALDES, Age 27. One of seven players in the probable starting lineup who came through the Barca youth system. Had some shaky moments earlier in the season but ended up conceding less than one goal a game in the league.

13-JOSE MANUEL PINTO, 33. Did a fine job deputising for Valdes in the victorious King’s Cup campaign. Started out at Real Betis, then spent most of his career at Celta Vigo before moving to the Catalan capital in January last year.

Defenders

5-CARLES PUYOL, 30. The shaggy-haired captain is loved by the fans for his passion and commitment. A versatile defender who can play centrally or on either flank, he will likely take the place of the suspended Daniel Alves at right back.

24-YAYA TOURE, 26. After a superb season as a holding midfielder, the Ivory Coast international has impressed since being drafted into central defence following the injury to Rafael Marquez and will likely play there again in the final.

3-GERARD PIQUE, 22. Another youth system product. Spent three years at Manchester United and one at Real Zaragoza before returning to Barca this season. Assured performances in central defence led to his first call up for Spain.

16-SILVINHO, 35. The dependable Brazilian left back made his debut for Arsenal in 1999 before moving to Celta Vigo two seasons later and then joining Barca in the summer of 2004. Could start the final due to Eric Abidal’s suspension.

2-MARTIN CACERES, 22. Since signing from Recreativo Huelva in the summer, the Uruguayan international has at times shown his inexperience and looked out of his depth. Another option for coach Pep Guardiola at full back.

Midfielders

6-XAVI, 29. Voted the best player at Euro 2008, Xavi has possibly even improved this season. He is the creative fulcrum of most of Barca’s attacking play and United’s ability to keep him quiet will be key to their success.

8-ANDRES INIESTA, 25. Barca are not quite such a fearsome attacking force when the diminutive Iniesta is missing and a thigh injury has raised doubts about his fitness. Scored the stunning goal against Chelsea that put his side in the final.

15-SEYDOU KEITA, 29. A solid performer in central midfield, the athletic Mali international also gets forward to score important goals. May be drafted in at left back as a possible counter to Cristiano Ronaldo.

28-SERGIO BUSQUETS, 20. Also won a first call-up to the Spain squad this season after making his Primera Liga debut in September. Likely to play as a defensive central midfielder on Wednesday. Son of former Barca goalkeeper Carles Busquet.

21-ALEKSANDR HLEB, 28. The Belarus international has suffered from not being in Guardiola’s regular starting lineup. Joined from Arsenal in the summer of 2008 and was in the side that lost 2-1 to Barca in the 2006 Champions League final.

Forwards

10-LIONEL MESSI, 21. The Argentine, blessed with a largely injury-free season, has been irresistible on the right flank. Barca’s top scorer in Europe with eight goals, he uses his pace well to open up spaces for his colleagues as well.

9-SAMUEL ETO’O, 28. The Cameroon striker, the Primera Liga’s second-top scorer with 29 goals after Atletico Madrid’s Diego Forlan (31), stands out as much for his harrying of defenders and will to win as his electric pace.

14-THIERRY HENRY, 31. After a difficult first season, the France captain clicked with his team mates and has been outstanding on the left of Barca’s attacking trident. Is likely to recover from a knee injury in time for the final.

11-BOJAN KRKIC, 18. Bojan has struggled to reach the standards he set for himself last season when he scored 10 league goals. His pace and trickery are a useful asset when he comes off the bench late on.

7-EIDUR GUDJOHNSEN, 30. The Iceland international has found his chances severely limited this season with Guardiola using him mainly as a second-half substitute in midfield for his strength and experience.
- Yahoo.sports

Buta Sejarah Buta Penilaian.

Dr Novandri Hasan Basri

Apakah masaalahnya jika terdapat segolongan warganegara Malaysia yang buta sejarah serta membuat interpretasi sendiri mengenai evolusi negara yang tercinta ini?

Mereka akan mula memperjuangkan isu yang bodoh dan tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia. Pengerusi parti Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan adalah salah seorang daripada mereka.

Usaha parti Gerakan meminta kerajaan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia merupakan satu usaha yang tidak rasional dan bukan daripada otak yang bijak. Kenapa?

1. "Among the battle-seasoned veterans who marched down Piccadily in London's 1945 Victory Day Parade was a flap-eared Chinese lad who wore the Order of the British Empire. No one who noticed slim, sickly Chin Peng that day could have guessed that in a few years he would be responsible for 7,000 Commonwealth casualties, including 4,000 dead and missing." - TIME Magazine.

Apakah Teng Hock Nan tidak ada perasaan belas kesihan dan simpati kepada keluarga-keluarga yang kehilangan anak dan ibubapa dek arahan Chin Peng?

4,000 mangsa tentera komunis bukan satu angka yang sedikit dan sepatutnya menginsafkan Teng dan pemimpin-pemimpin parti Gerakan Pulau Pinang untuk menarik balik segala usul mereka itu.

Mungkin tidak ada di antara keluarga pemimpin parti Gerakan Pulau Pinang yang terbunuh atau dibunuh oleh tentera komunis sehinggakan mereka tidak sensitif dan tidak dapat menyelami kesedihan dan kepiluan keluarga mangsa tentera komunis.

2. Pada awal tahun 2000, Chin Peng telah memohon untuk kembali ke Malaysia. Kes beliau didengar di Mahkamah Tinggi pada 25hb Mei 2005 yang kemudiannya di tunda pada 25hb Julai 2005. Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan Chin Peng.

3. Pada Jun 2008, Mahkamah Rayuan juga telah menolak rayuan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia di atas alasan Chin Peng gagal menunjukkan dokumen pengenalan beliau sebagai rakyat Malaysia dan lain-lain.

Makanya, jika Teng Hock Nan benar-benar arif serta memegang kepada kedaulatan undang-undang seperti yang termaktub di dalam rukun negara, mulut beliau akan berat dan otak beliau akan memprotes tidak menyetujui usul dengkel tersebut.

Malah, sebagai seorang pemimpin di dalam negara majmuk ini, Teng Hock Nan sepatutnya menentang keras usul Chin Peng sejak dari awal lagi! Tetapi tidak malah beliau yang mencanang-canangkan usul tersebut.

Apakah Teng Hock Nan perlu kembali ke sekolah menengah dan mengulangi matapelajaran Sejarah agar beliau kembali insaf dan tidak sebodoh sekarang?

(Jika Teng tidak menghormati keputusan Mahkamh Tinggi dan Mahkamah Rayuan mengenai Chin Peng, apakah Teng juga di sebelah Nizar jamaluddin dan turut tidak menyokong keputusan Mahkamah Rayuan?)

4. Chin Peng juga merupakan orang yang bertanggungjawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya.

Makanya, penulis menyeru kepada Teng Hock Nan supaya kembali insaf dan sedar diri. Penulis juga berharap agar Teng kembali membaca buku sejarah sekolah menengah atau melayari internet untuk mendalami sejarah negara Malaysia.

Begitu juga diharapkan kepada mereka yang ada hati untuk mahu dihubungkaitkan dengan parti Komunis Malaya dan Chin Peng supaya segera insaf dan kembali berpijak di bumi yang nyata!

Masih belum terlewat...

Tuesday, May 26, 2009

Wanita UMNO Cabar PAS di Manek Urai ?

Dr Novandri Hasan Basri

MalaysiaKini telah menyiarkan satu berita yang pada pendapat penulis relevan dengan kehangatan yang semakin memuncak di Manek Urai.

Rohani Abdul Majid, ketua Wanita bahagian Kuala Krai telah menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BN di pilihanraya kecil Manek Urai. Kata beliau :-

"Jika sukar untuk memilih calon, mungkin dengan pemilihan saya boleh menyelesaikan masalah tersebut.

"Dalam sejarah Manek Urai sendiri, Umno tidak pernah memberi peluang kepada wanita menjadi calon."


Tentu ramai yang skeptikal dan memandang ringan cadangan ketua Wanita bahagian Kuala Krai itu.

Tetapi bagi penulis, cetusan pandangan daripada beliau perlu diambil dengan saksama dan serius. Bagi penulis, tanpa wanita di dalam UMNO, sebarang program kelolaan UMNO akan muram dan mungkin tidak cukup korum.

Penulis bukan serkap jarang tapi tanyalah kepada sesiapa sahaja yang aktif di dalam UMNO cawangan dan bahagian, kumpulan manakah yang paling ramai menyertai program-program tersebut?

Jawapannya sama iaitu wanita UMNO.

Semasa penulis memberi ceramah di depan wanita UMNO bahagian Bayan Baru tidak lama dulu, penulis mengakui bahawa nawaitu wanita masuk dan aktif di dalam politik agak berbeza jika dibandingkan dengan yang lain.

Rata-rata wanita yang aktif sudah mempunyai keluarga dan mereka sibuk untuk menguruskan hal ehwal rumah tangga. Seseorang wanita itu perlu mengorbankan masa jika beliau mahu masuk UMNO secara serius. Dan mereka tidak mempunyai angan-angan tinggi untuk meneroka dan menjawat jawatan di dalam UMNO.

1. Secara peribadi, penulis beranggapan bahawa politik dan program-programnya adalah satu tempat untuk seorang wanita itu berjumpa, bergaul dan beramah mesra sesama sendiri. Jarang kita dengar wanita UMNO berkumpul di kedai-kedai kopi sehingga lewat malam jika dibandingkan dengan lelaki!

2. Hati wanita masih tetap di rumah. Makanya, sebarang program UMNO yang berfaedah akan dipenuhi dengan wanita. Pokoknya, seseorang wanita itu dapat melakukan satu aktiviti yang lain daripada kebiasaan seharian mereka.

3. Dan apabila seseorang wanita itu benar-benar aktif di dalam politik, aktiviti-aktiviti seperti mengejar projek, tender atau pun rasuah, kurang kedengaran kerana mereka bukannya ketua rumah atau periuk nasi keluarga tersebut. Si suami masih berperanan untuk menjana kewangan keluarga.

4. Makanya, segala hanky panky di dalam politik tidak dipandang serius di dalam wanita UMNO, apatah lagi jika kawasan tersebut masih bertaraf kampung atau bandar kecil.

5. Wanita yang menjawat jawatan tinggi di dalam UMNO pula biasanya berkaliber tinggi dan telah mengorbankan masa keluarga tetapi yang paling penting ialah setiap ahli keluarga beliau mengiktiraf perjuangan ibu atau isteri mereka itu.

Menurut MalaysiaKini, selain Rohani, ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman, naib ketua bahagian Che Jalal Muda dan ketua Pemuda Tuan Aziz Tuan Mat disebut-sebut menawarkan diri.

Apa pun, penulis berharap agar satu kata putus yang diterima dengan sebulat suara akan tercapai di dalam jentera BN di Manek Urai.

Dan setiap jentera BN memainkan peranan 100% tanpa berlaku protes atau boikot dalaman seperti yang berlaku di pilihanraya-pilihanraya yang lepas.

Tambahan pula, BN mempunyai satu tugas yang sangat rumit di Manek Urai. Majoriti 1,352 undi merupakan satu angka yang besar dan allahyarham pula merupakan salah seorang ADUN yang senior di Kelantan. Pastinya, beliau mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang disenangi oleh penduduk-penduduk di sana.

Akan tetapi, ciri-ciri tersebut tidak semestinya dipunyai oleh calon baru parti pembangkang. Penduduk Manek Urai tidak terikat lagi dengan parti yang menaja Allahyarham dahulu.

Makanya, penduduk Manek Urai mempunyai segala masa dan pertimbangan untuk memilih ADUN baru yang dapat memenuhi citarasa dan harapan mereka.

Mungkin kehadiran wanita UMNO sebagai calon BN nanti akan dapat diterima dengan lebih baik oleh penduduk Manek Urai berdasarkan 5 pandangan penulis seperti di atas.

Seperkara lagi, PK Manek Urai adalah tempat terbaik untuk UMNO dan BN menggunapakai strategi pilihanraya baru dan tidak terikat dengan konsep lama yang tidak efektif lagi.

UMNO patut mengurangkan penyertaan ahli-ahli daripada luar kawasan dan memfokuskannya kepada ahli-ahli tempatan. Sebarang peruntukan yang turun untuk PK Manek mesti diagih-agihkan dengan transparen dan digunakan untuk mengerakkan jentera pilihanraya BN tempatan dengan efektif.

Kesempatan ini juga diharapkan dapat meningkatkan kewangan peniaga-peniaga kecil di Manek Urai. Jentera BN sepatutnya keluar dan makan di gerai-gerai dan bukannya lagi makan di pejabat-pejabat UMNO atau BN.

Dengan cara itu, jentera UMNO akan dapat bersama-sama penduduk Manek Urai dan secara tidak langsung akan meningkatkan perniagaan peniaga-peniaga tersebut. Bak kata perpatah, menyelam sambil minum air.

PK Penanti tidak di dalam senarai UMNO dan BN, makanya PK Manek Urai adalah masanya untuk UMNO dan BN berbuat sesuatu yang miracle agar BN berjaya kelak. Insyaallah.

Statistik Pilihanraya 2008 :-

N41: MANEK URAI: 12,292
1. Zulkifli Omar (BN) 4,394
2. ISMAIL YAACOB (PAS) 5,746
Maj: 1,3352
Jumlah Mengundi / Votes cast : 10,332
Peratus Mengundi/Percentage Voted : 84
Rosak / Spoilt Votes : 192
(2004: MOHAMED ZULKEPLI OMAR (BN-UMNO) Maj: 53)

Jumpa di Manek Urai...

Monday, May 25, 2009

Nizar - Confession Of The Desperado.

Dr Novandri Hasan Basri

Rupa-rupanya, DS Mohd Nizar Jamaluddin masih beria-ia untuk mendapatkan kerusi menteri besar Perak. Dan beliau telah menggalakkan rakyat Islam di Perak untuk berpuasa sunat bersama pemimpin Pakatan Rakyat bukan Islam yang berazam benar untuk mogok lapar.

Kata beliau :-

“Kita akan sama-sama berpuasa dengan rakyat bukan beragama Islam yang berhasrat untuk mengadakan mogok lapar bagi menyampaikan keazaman kita supaya mendapat perkenan sultan untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dakwa beliau lagi :-

“Kami mahu menyampaikan mesej ini dengan jelas bahawa kera bukjaanan ditentukan oleh mahkamah, sebaliknya ditentukan rakyat sendiri menerusi jalan terbaik iaitu pilihan raya,” kata bekas Menteri Besar, Datuk seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat (PR) menyeru rakyat Islam di negeri ini untuk berpuasa sunat manakala bukan Islam pula akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis ini bertujuan mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya DUN dibubarkan.

“Mana-mana kerajaan di dunia ditentukan oleh rakyat dan tindakan turun naik mahkamah adalah semata-mata untuk menghormati undang-undang negara.

“Itu tidak bermakna mahkamah yang akan menentukan kerajaan. Kerajaan akan ditentukan melalui suara dan juga hak rakyat. Justeru kuasa untuk memilih sesebuah kerajaan harus diserahkan kepada rakyat".-
BuletinOnline

Penulis tersenyum sinis apabila membaca keterangan Nizar itu. Penulis juga berasa hairan,

1. Di manakah kelibat Nizar apabila DS Anwar Ibrahim cuba merampas kuasa kerajaan pusat melalui lompat kerusi ahli-ahli parlimen pada 16 September 2008 (klik di sini..) ?

2. Apakah Nizar tidak tahu bahawa agenda Anwar Ibrahim itu tidak demokratik dan tidak sebulu dengan prinsip 'murni' Nizar seperti yang Nizar canangkan hari ini?

3. Kenapakah Nizar tidak berpuasa sunat ketika itu supaya Anwar Ibrahim sedar diri dan berpijak di bumi yang nyata?

Nampaknya juga, Nizar tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Sultan Perak berhak untuk melucutkan beliau di atas undang-undang negeri Perak yang sah?

Begitu jelas sekali bahawa Nizar telah menghina 3 perkara yang termaktub di dalam Rukunegara Malaysia yang menjadi tiang keutuhan dan kemakmuran negara selama ini.

1. Nizar tidak mempunyai kesetiaan kepada Raja (Sultan Perak).

2. Nizar tidak menghormati kedaulatan undang-undang.

3. Nizar kurang arif di dalam menjaga tatasusilanya bila bersama Sultan Perak (rujuk foto beliau bersama Sultan Perak).

Persoalannya, apakah rakyat Islam di Perak perlu melayan seruan Nizar untuk berpuasa sunat bersama-sama 'master' beliau iaitu pemimpin-pemimpin DAP yang tidak suka Malaysia disebut negara Islam?

By the end of the day, Nizar hanyalah seorang ahli politik yang kempunan kerana bukan sahaja tidak lagi Menteri Besar negeri Perak, kereta Camry juga bukan milik beliau lagi.

Kesihan tapi padanlah.

Saturday, May 23, 2009

Nizar & Siva Mahu Mogok Lapar?

Dr Novandri Hasan Basri

Semasa penulis menonton Awani Global jam 6 petang tadi, ada satu isu politik di negeri Perak yang perlu ditegur dan diketengahkan.

Rupa-rupanya PAS dan 'rakan katil' mereka DAP dan PKR mahu mengadakan mogok lapar bertempat di pejabat DAP, Ipoh, Perak.

Mereka akan mogok lapar selama 72 jam!

Sebagai seorang doktor, penulis mensyorkan agar pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR mogok lapar lebih daripada 72 jam kerana mogok lapar yang hanya 72 jam tidak akan mendatangkan banyak masaalah kepada si pemogok cuma hidrasi air (dehydration) dan lapar sahaja.

Penulis menegaskan kepada rakyat serta mereka yang akan 'terharu' dan mula merasa simpati kepada 'pahlawan-pahlawan' DAP, Nizar PAS (boneka DAP) dan Sivakumar, TIDAK PERLULAH RISAU atau TIDAK TERBELI DENGAN PROPAGANDA parti pembangkang itu.

Dan dalam tempoh 72 jam itu, parti pembangkang akan mula 'menjual rintihan' dan 'kelaparan' mereka yang mogok lapar.

Pelbagai jenis foto yang menunjukkan keletihan dan 'kesengsaraan' mereka akan 'melimpahi' blog-blog, web-web parti pembangkang dan pro-pembangkang, mms, sms dan e-mel rantai kepada rakyat. Kita akan saksikan bersama-sama.

Mungkin terdapat foto-foto yang menunjukkan :-

1. Bibir-bibir yang kekeringan.
2. Mereka yang memegang perut kerana kelaparan.
3. Para keluarga terutamanya anak-anak kecil yang berpegang tangan dan berpelukan kerana simpati dengan mereka.
4. Bang Anwar Bin Ibrahim akan datang memberi sokongan moral kepada mereka kononnya saviour kepada mereka yang mogok lapar.

5. Mungkin ada pemogok lapar yang 'terpaksa' berhenti selepas mendapat rawatan dari doktor dan mungkin akan dikejarkan ke hospital.

Seperkara lagi, jika terdapat ADUN-ADUN parti pembangkang yang terlibat di dalam mogok lapar tersebut, tindakan mereka itu amat membazirkan masa dan tenaga. Alangkah baiknya jika mereka menggunakan 72 jam itu untuk turun ke kawasan-kawasan masing, bekerja dan bersama-sama rakyat di sana.

Jika ADUN-ADUN tersebut masih degil dan masih mahu meneruskan mogok lapar tersebut, penulis mensyorkan kepada pihak yang berkenaan supaya menolak gaji mereka kerana tidak berfungsi sebagai ADUN selama 72 jam.

Dan jika masih ada yang mahu meneruskan mogok lapar ini, penulis mensyorkan agar survillance (pemantauan) ketat dilakukan selama 24 jam untuk 3 hari itu termasuk cctv agar pemogok-pemogok itu benar-benar mogok lapar dan bukannya mengambil kesempatan untuk minum dan makan apabila tiada orang yang memerhatikan mereka!

Apa pun penulis menyarankan kepada kita semua supaya tidak terpengaruh dan terbeli dengan propanganda parti pembangkang ini. Ianya satu usaha yang tidak patut disokong langsung dan patut dikutuk sekeras-kerasnya.

NO TO MOGOK LAPAR!

SHAME TO MOGOK LAPAR!

Meneroka Minda NKP UMNO Malaysia & Mesyuarat Unit Media Baru.

Dr Novandri Hasan Basri

1. Meneroka minda Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Pada 21hb Mei yang lepas, penulis bersama rakan penulis, saudara Afriz Mohd Noor (Bendahari Pemuda UMNO Bukit Gelugor) telah berjumpa dengan YB Dato' Razali Hj Ibrahim , Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Belia & Sukan.

Tujuan perjumpaan ialah untuk menemuramah beliau untuk blog Media Intelek Melayu serta perbincangan lain mengenai politik semasa dan sebagainya.

Penulis akan menyediakan satu artikel khas mengenai temuramah penulis dengan YB Razali tidak lama lagi.

Pengenalan

Berdasarkan pengalaman penulis sebelum ini serta pengamatan penulis di sepanjang penulis berada di pejabat YB Razali, beliau merupakan seorang yang sangat sibuk dengan urusan kementerian beliau. Beliau tidak senang duduk dan selalu diinterrupt dengan pelbagai urusan pejabat.

Walau di dalam kesibukan itu, beliau merupakan seorang pemimpin muda yang mampu memfokuskan fikiran beliau dan very practical di dalam penyampaian idea dan flow mesej serta penerangan beliau.

(Dari kiri : Arif, Afriz, YB Razali & penulis)

Walaubagaimana pun, beliau sedia menerima pandangan serta idea daripada orang lain asalkan pandangan tersebut bagus, practical, logik dan boleh dilakukan.

Seperkara lagi, beliau telah berjaya break the ice di antara kami sehinggakan kami selesa dan dapat berkongsi pendapat serta idea bersama beliau.

Turut berada di dalam pejabat YB Razali ialah saudara Arif Fadzilah, Ketua Pemuda UMNO Bhg Raub, Pahang.

Terima kasih daun keladi YB Razali Hj Ibrahim.

p/s : Facebook YB Dato' Razali (klik di sini..)


2. Brainstorming Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia.

Pada sebelah malamnya pula, mesyuarat pertama unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan. Unit ini diketuai oleh saudara Tun Faisal, Exco Pemuda UMNO Malaysia. Penulis telah dilantik sebagai Ketua Penerangan Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia.

Jawatankuasa Unit Media Baru terdiri daripada pelbagai pengalaman dan kepakaran. Selain daripada ahli-ahli politik yang juga aktif di alam siber ini, terdapat juga blogger-blogger yang akitf di alam siber ini dan para technokrat yang begitu mahir di dalam bidang masing-masing.


Perbincangan dan rumusan mesyuarat ini amat menarik dan penuh dengan pengisian yang praktikal dan intelek. Penulis berani mengatakan bahawa Unit Media Baru Pemuda UMNO Malaysia ini bakal akan aktif di prasarana siber ini dan mendekati serta memahami warga internet dengan lebih efektif terutamanya generasi muda seperti anda sekalian.

Wednesday, May 20, 2009

PERKARA MESTI TAHU TENTANG PENYAKIT MAUT.


Kementerian Kesihatan Malaysia
INFLUENZA A (H1N1)



SOALAN-SOALAN LAZIM

A. Berkenaan Penyakit

1. Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

2. Negara mana yang dilanda penyakit ini?

Maklumat yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa kes yang terawal dijangkiti virus ini dilaporkan dari Mexico dan Amerika Syarikat pada April 2009 dan telah terus menular ke negara-negara lain.

Untuk maklumat terkini tentang negara-negara yang dilanda penyakit ini, sila rujuk laman web http://www.moh.gov.my/ dan http://www.who.int/.

3. Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.

4. Bagaimana kita boleh dijangkiti?

.Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.
.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan (surfaces) atau tersebar ke udara.
.Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

5. Pada masa ini, adakah jangkitan berlaku daripada babi kepada manusia?

Tidak.

6. Apakah nasihat kepada orang yang dijangkiti virus ini?

SEGERA dapatkan rawatan daripada doktor.
• Untuk mengelakkan jangkitan kepada orang lain, tutup mulut dengan tisu atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.
• Tinggal di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain. Elak menyentuh mata, hidung dan mulut.
• Elakkan daripada pergi ke tempat awam yang sesak.
• Jangan gunakan pengangkutan awam untuk menggelakkan jangkitan kepada orang lain.

7. Berapa lamakah orang yang dijangkiti boleh menyebarkan virus ini?

• Selagi mereka mempunyai gejala penyakit ini. Biasanya sehingga 7 hari dari tarikh mula mengalami gejala penyakit ini.
• Kanak-kanak boleh menyebarkan penyakit ini bagi tempoh yang lebih lama.

8. Bagaimana anda boleh menghindari jangkitan penyakit ini?

• Jauhi orang yang nampak tidak sihat dan menghidapi demam dan batuk.
• Kerap cuci tangan dengan air dan sabun.
• Elak menyentuh muka, khususnya hidung dan mulut untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.
• Jika anda berada di tempat yang dilanda penyakit ini, elakkan berada di tempat awam yang sesak.
• Ketahui situasi semasa penyakit ini dan langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil.
• Amalkan cara hidup sihat. Dapatkan tidur yang cukup, makan secara sihat dan lakukan aktiviti fizikal.


B. Berkenaan Vaksin

1. Terdapatkah vaksin untuk melindungi diri daripada Influenza A (H1N1)?

Belum ada.

2. Adakah vaksin baru akan dicipta?

Ya. WHO sedang berusaha ke arah itu.

3. Bilakah vaksin yang sesuai akan dihasilkan?

Mengikut WHO, ini akan mengambil masa antara 4 hingga 6 bulan.

C. Berkenaan Rawatan

1. Terdapatkah ubat untuk merawat penyakit ini?

Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai stok antiviral yang boleh merawat Influenza A (H1N1)

2. Bolehkah antiviral ini memberi perlindungan?

Antiviral ini digunakan untuk memberi rawatan yang berkesan dan tidak memberi perlindungan sepertimana vaksin.

D. Berkenaan Babi dan Influenza A (H1N1)

1. Adakah selamat memakan daging babi dan produk babi?

Ya. Daging babi dan produk babi yang dimasak pada suhu yang betul (160°F/70°C) adalah selamat untuk dimakan.

E. Berkenaan perjalanan ke luar negara

1. Bolehkah kita ke luar negara?

WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan perjalanan. Walaubagaimanapun perjalanan yang tidak penting, khususnya ke negara-negara yang dilanda wabak ini perlulah dielak atau ditangguhkan. Jika perjalanan tidak dapat dielak, langkahlangkah perlindungan diri yang sesuai mesti diambil. Mereka yang sakit mesti menangguhkan perjalanan. Sekiranya jatuh sakit setelah pulang, segera dapatkan rawatan.

F. Berkenaan Tahap-Tahap Pandemik

1. Apakah maksud tahap amaran Fasa 5 yang dikeluarkan WHO?

Pada tahap ini telah ada wabak di peringkat komuniti di sekurang-kurangnya 2 negara dalam satu-satu zon/kawasan/ rantau WHO.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan jangkitan manusia yang berterusan
(sustained human to human transmission)?


Jangkitan yang berlaku apabila 3 generasi terlibat – iaitu virus disebarkan daripada individu A kepada individu B dan seterusnya tersebar kepada individu C.

3. Apakah perbezaan antara ‘kes berkemungkinan dijangkiti’ (probable case) dan ‘kes disahkan’ (confirmed case)?

• Kes yang ‘berkemungkinan dijangkiti’ mempunyai gejala-gejala selesema seperti demam, batuk, sakit kepala, lesu; dan sama ada positif kepada ujian influenza A atau mempunyai hubungan dengan kes lain yang ‘berkemungkinan dijangkiti’ atau kes yang telah disahkan.
• Kes yang disahkan adalah kes yang telah disahkan positif melalui ujian makmal.

4. Pada peringkat manakah wabak ini akan diisytiharkan sebagai pandemik.
Pada fasa 6.

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200/0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my http://www.moh.gov.my/ (02 Mei 2009/versi 2.0)

Monday, May 18, 2009

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Berbohong ?

Dr Novandri Hasan Basri

Tatkala Ketua Dewan Ulama Pusat PAS bersuara mengenai kewujudan rasuah politik di dalam memilih kepimpinan PAS, rupa-rupanya ada yang tidak percaya kepada Mohd Iraqi dan seolah-olah sudah terdapat krisis kredibiliti yang tidak mempercayai pemimpin PAS.

Keratan akhbar :-

Rabu lepas, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Machang mendakwa mendapat laporan berlaku unsur sogokan seperti memberikan baju dan mengadakan majlis makan oleh calon pada kempen kali ini.

Mengulas dakwaan Mohamed itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bersetuju Jawatankuasa Disiplin PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Mohamed jika tuduhan itu palsu.

"Saya setuju benar jika hendak ambil tindakan disiplin kerana bila mahu bercakap depan ramai mesti ada fakta kerana jika tidak ada fakta ia sesuatu yang bercelaru.

"Saya juga tidak boleh memastikan apa yang dikatakannya (Mohamed) itu sebagai satu tuduhan atau teguran. Dua perkara ini sesuatu yang berbeza," katanya.
- STAR

Friday, May 15, 2009

PAS amalkan Rasuah Politik.

Dr Novandri Hasan Basri

Blogger Mohd Sayuti Omar telah mendedahkan satu perkara yang selalu diungkitkan oleh parti PAS untuk memburuk-burukkan parti UMNO iaitu rasuah politik. Rupa-rupanya, parti PAS telah mengamalkan rasuah politik di dalam kaedah pemimpin-pemimpin mereka untuk membeli undi daripada perwakilan.

Pada mulanya penulis skeptikal dengan pendedahan tersebut tetapi apabila Mohd Sayuti Omar menerangkan dengan terperinci mengenai kaedah-kaedah yang digunakan serta pendedahan tersebut keluar dari mulut Dato' Mohamed Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat sendiri, rasuah politik di dalam PAS benar-benar terjadi.

Mohd Sayuti Omar menulis :-

Muhamed Iraq mendedahkan perkara ini semasa merasmi mesyuarat Dewan Ulama Pas Kelantan di Machang kelmarin. Menurutnya sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makanan kepada perwakilan. Dalam nada bergurau tetapi penuh bermakna katanya, kalau sudah diberi baju dan dijamu makan maka senanglah perwakilan membuat pengundi.

Mohd Sayuti juga memberi contoh :-

Pertama, saya ada mendengar ada beberapa kawasan Pas telah dihulurkan wang sebanyak RM5,000. Tujuan wang itu diberi ialah kononnya untuk membantu Pas kawasan berkenaan. Pemberian itu ada syaratnya. Pas kawasan yang menerima wang itu hendaklah memanggil si pemberi wang itu merasmikan mesyuarat Pas kawasan berkenaan. Atau pun Pas kawasan berkenaan kena mencalonkan orang berkenaan untuk jawatan-jawatan tertentu.

Permintaan agar pemberi wang itu dicalonkan tidak dibuat secara terang-terang, tetapi secara simbolik dan saling memahami antara pemberi dengan pihak yang menerima.

Kejadian atau tutur mengenai perkara ini kerap berlaku di sebuah negeri di sebelah Selatan sana dan juga negeri-negeri di mana PAS miskin.

Kejadian ini katanya sudah menjadi buah mulut sampai ke peringkat pemimpin Pas. Bagaimana pun Pas tidak memberi reaksi serius kepada masalah ini kerana ingin melindungi Pas dari ditohmah sebagai turut sama mengamalkan rasuah. Tetapi amalan demikian sudah sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi PAS.

Kedua, semasa muktamar kawasan baru-baru ini ada orang-orang tertentu menggunakan kedudukan dan kuasanya untuk menggugut ketua-ketua cawangan atau para perwakilan. Bentuk ugutan ialah sekiranya mereka tidak mengundi calon tertentu kemudahan yang parti anugerahkan akan ditarik balik.

Salah satu anugerah kepada ahli ialah saham skim Ladang Rakyat. Mereka yang bertanggungjawab dan mempunyai kuasa terhadap Ladang Rakyat ialah kepimpinan Pas peringkat kawasan dan juga wakil rakyat. Pemimpin yang bertanding jawatan tertentu inilah telah menjadikan kemudahan itu sebagai bahan ugutan untuk mendapatkan jawatan.

Kerana ugutan ini menyebabkan perwakilan atau ketua-ketua cawangan yang mula mempunyai pilihan lain terpaksa terus mengundi orang tertentu itu kerana bimbang takut kehilangan kemudahan mendapat saham Ladang Rakyat yang berjumlah kira-kira RM250 sebulan itu.

Berdasarkan kepada dua kejadian itu maka jelas elemen rasuah semasa semasa pemilihan pemimpin peringkat kawasan ini seperti mana disebut Mohamed Iraq itu benar-benar berlaku.

Penulis cuba mendapatkan teks ucapan Dato' Mohd Daud Iraqi dari web-web PAS dan pro-PAS tetapi gagal. Mungkin penulis terlepas pandang tetapi perkara yang dilaporkan mengenai ucapan beliau adalah ringan dan seolah-olah parti PAS sangat elok serta tertib belaka.

Apakah Harakahdaily atau pun BuletinOnline bersandiwara dan melaporkan hanya yang elok sahaja tentang parti PAS dan hanya pandai memburuk-burukkan parti UMNO dan BN?

Apakah isu rasuah politik di dalam parti PAS sedang cuba ditutup rapat oleh web-web parti PAS dan pro-PAS supaya ahli-ahli parti PAS tidak mengetahuinya dan mula bersuara pada pemimpin-pemimpin mereka?

Penulis mensyorkan kepada para bloggers sekalian supaya meneliti isu rasuah politik di dalam parti PAS dan mendapatkan informasi yang lebih lengkap mengenai isu ini.

Yang penting ialah rakyat terutamanya ahli-ahli parti PAS perlu tahu mengenai rasuah politik di dalam parti PAS dan pemimpin-pemimpin PAS perlu ditegur seperti mereka menegur parti UMNO dan BN.

Thursday, May 14, 2009

Gambaran Luas Krisis Perak

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Sehari dua ini, laman facebook menjadi sangat hangat dengan ‘perang status’. Ruang interaksi maya ini sudah pantas menjadi medan ‘pernyataan politik’ walaupun mungkin tujuan asalnya adalah untuk memperkukuh persahabatan dan membina jalinan hubung dengan rakan baru.

Sebagai menyahut keperluan ‘mendepani tuntutan masa,’ penulis juga sudah punya laman facebook untuk beberapa bulan. Cukup menarik, kerana ruang ini memberikan ke bebasan untuk sesiapa sahaja memberikan pandangan dan melontarkan saranan.

Ya, mungkin sebahagian saranan ini ber sifat amat ‘politikal’ dan berat kepada kum pulan tertentu – namun budaya ‘demokrasi ala-facebook’ ini tidak sesekali membataskan ruang untuk sesiapa sahaja mengemukakan pandangan.

Dengan apa yang berlaku di Perak, maka dapatlah dilihat pelbagai reaksi, reaksi balas – dan pernyataan pandangan mengenai apa yang sudah, sedang dan akan berlaku di Perak.

Bagaikan pelengkap kepada keterbukaan media melalui blog dan sebagainya – facebook mempunyai reaksi balas yang lebih bersifat masa sebenar dan spontan.

Inilah ruang dan medan interaksi baru buat anak muda. Sama ada kita mudah tercuit dan berkecil hati dengan pelbagai pandangan dan saranan; itu terpulang kepada ‘tahap imuniti’ sendiri. Kalau kita berani memberi panda ngan; kita juga mestilah bersifat terbuka dan ‘jujur’ menerima reaksi balas. Tidak perlu emosional. Tidak perlu cepat angin.

Keterbukaan medan baru seperti facebook ini memberikan kita seluas mungkin ruang untuk berbicara secara berhadapan dan spon tan. Memang ada yang ‘terlampau’ dalam memberi pandangan, namun jumlahnya sa ngat kecil dan sedikit.

Yang pasti, kalangan orang muda sudah semakin celik dengan hakikat politik. Mereka sudah mampu memahami isu dengan cukup teliti dan tidak lagi mampu disuapkan dengan faham fikir yang sama dan bersifat satu arah. Mereka menjadi kumpulan yang sangat mak lum dan mampu mengulas isu dengan baik dan menyeluruh.

Ya, memang masih ada mereka yang emo sional dan penuh ‘nilai kebencian’. Namun, secara keseluruhannya – kebanyakan anak muda sudah boleh menerima perbezaan pan dangan dan mahu berdiskusi secara rasional dan terbuka.

Inilah juga yang menyebabkan segala di namisme politik dan perundangan yang ber kait dengan masa depan politik Perak adalah antara isu terhangat di dalam medan media tradisonal dan baru.

Ramai kalangan rakan penulis, terutama nya yang masih muda mempunyai panda ngan yang rencam dan pelbagai dalam isu ini. Ada yang menyokong dan meraikan usaha pengambilalihan kuasa. Ada juga yang sangat kritis dan menafikan ‘amalan matematik demokrasi mudah’ yang berlaku di Dewan Un dangan Negeri Perak.

Kesepakatan adalah sesuatu yang sangat tidak wujud dalam isu ini. Masing-masing punya ruang alasan yang tersendiri.

Apa pun jua asas pandangan yang diberi kan, ia perlu kembali kepada ‘asas demokrasi’ yang ada. Matematik demokrasi adalah mudah – yang mempunyai lebih sokongan akan menjadi pemenang. Ini asas dan fundamental demokrasi. Apakah ia sempurna dan mak sum? Tidak. Tetapi ‘matematik demokrasi’ memberikan kelebihan dan keabsahan melalui kaedah ini.

Cita-cita dan harapan pengambilalihan kerajaan Persekutuan pernah dicanangkan ber laku dengan amalan ‘matematik demokrasi’ bentuk ini. Ia dicanang di akhbar. Ianya diangkat sebagai ‘jihad’ politik. Apakah ia ‘dihalalkan’ kerana menepati hasrat politik seorang individu yang tamak kuasa?

Sehinggakan tarikh 16 September 2008 diangkat sebagai ‘tarikh keramat’ bagi proses pengambilalihan kuasa berlaku. Di mana? Di dalam dewan yang mulia!
(klik di sini untuk bacaan seterusnya..)

Wednesday, May 13, 2009

Kerajaan Negeri Perak Flip Flop & Calon BN di Penanti.

Dr Novandri Hasan Basri

Perkembangan politik di Perak menjadi semakin kusut dan mengelirukan. Perlembagaan negeri Perak dijadikan platfom untuk menjatuhkan sesama sendiri di dalam ADUN Perak. Hardcore BN akan tetap menyalahkan parti pembangkang, begitulah sebaliknya di pihak pembangkang.

Tetapi mereka seperti sudah lupa pokok asas kepada peranan dan kerja mereka sebagai wakil rakyat Perak. Percaturan politik keseluruhan di dalam kerajaan negeri Perak menampakkan atitude wakil-wakil rakyat yang tidak mampu berkompromi dan berbincang secara matang demi kesejahteraan rakyat negeri Perak.

Persepsi ini semakin kuat dibincangkan serta dikeluhkan oleh ramai pihak sehinggakan kini ia bukannya berdasarkan kepada parti mana yang kita sokong tetapi skop yang lebih luas iaitu kepentingan rakyat negeri Perak itu sendiri.

Apakah rakyat negeri Perak sudah mulai meluat dengan semua ADUN mereka tidak kira parti mana yang mereka sokong sebelum ini?

Apakah tragedi ini merupakan satu tempoh di mana rakyat negeri Perak sendiri sudah mulai faham dengan jelas dan akan menentukan hala tuju dan masa depan negeri Perak?

Penulis menanti jawapan daripada anda sekalian.

Seperkara lagi, penulis telah berbual-bual dengan kawan-kawan dan satu pandangan unik telah dikemukakan.

Apakah BN patut mencalonkan Tun Abdullah Ahmad Badawi atau pun Tun Dr Mahathir sebagai calon BN di pilihanraya kecil Penanti tidak lama lagi?

Kedua-duanya mempunyai daya penarik serta negarawan yang telah banyak berjasa kepada negara. Dengan menjemput Tun Dr Mahathir sebagai calon BN di negeri Pulau Pinang dan jika beliau menang, kehadiran beliau di dalam wajah politik negeri Pulau Pinang pastinya lebih menarik dan 'mengancam'.

Realitinya, Dr Mahathir merupakan satu aset negara yang sepatutnya dimiliki oleh BN negeri Pulau Pinang terutamanya tatkala DAP 'menakluk' dan mengharu birukan negeri Pulau Pinang dengan ketidakadilan mereka di dalam menjaga kepentingan orang Melayu di Pulau Pinang.

Tun Abdullah Ahmad Badawi pula masih mempunyai karisma untuk menawan hati penduduk Penanti selain daripada sejarah beliau yang begitu dekat di hati penduduk Pulau Pinang.

Tuesday, May 12, 2009

The Legislative Decisions Behind The Perak Turmoil

Dr Novandri Hasan Basri

High Court (Appellate and Special Powers Division) judge Datuk Abdul Aziz Abd Rahim ruled that Nizar did not vacate the office of Menteri Besar as he had not lost the majority confidence of the state legislative assembly.

In this case, said Abdul Aziz, there was no vote of no confidence issued against Nizar.

"How can one say that the applicant (Nizar) had lost his majority confidence under Article 16(6) of the Perak Constitution?"




Abdul Aziz said that although the Sultan of Perak had the prerogative power in a Menteri Besar's appointment, a Menteri Besar, once appointed, was only answerable to the members elected in the state legislative assembly, and no one else.

In his judgment, Abdul Aziz, who is the third High Court judge hearing the case, disagreed with the submission of Attorney-General Abdul Gani Patail, as intervenor, that there were only two circumstances under which a Menteri Besar could request for the dissolution of the legislative assembly.

(Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail, who was an intervenor in the proceedings, also said that Article 36 (5) conferred the EC the right to establish casual vacancies for the seats in the assembly. - Bernama)

"The AG submitted that a Menteri Besar can only request for dissolution when the life term of the assembly comes to and end, that is under Article 36(2) and the other one is when he ceases to have command of the majority.

"I do not agree with this. Under Article 36 of the Perak Constitution, there are unlimited circumstances for the Menteri Besar to request for dissolution from the sultan, and it is up to the Menteri Besar to choose his time (to request for dissolution),"
said Abdul Aziz.

The judge also disagreed with the AG and Dr Zambry's earlier submission that Nizar was deemed to have resigned from the office of Menteri Besar although he (Nizar) refused to do so.

"The AG and the respondent argued that the word 'shall resign' in Article 16(6) is mandatory that the Menteri Besar must resign.

"What if the Menteri Besar refuses to resign? However mandatory it is, the provision cannot be interpreted to mean that the Menteri Besar is deemed to resign,"
said Abdul Aziz who suggested that the article be amended to rectify the lacuna in Article 16(6) of the Perak Constitution.

On the issue of the affidavit by Perak State Legal Advisor Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz ruled that he was not a neutral and impartial witness.

"It was his own admission that he was instructed by the respondent's counsel to affirm the affidavit. The word instructed is a very strong word.

"To me he is not a neutral or impartial witness, his testimony was coloured by the instruction that he received,"
said Abdul Aziz who preferred Nizar's version of what transpired during the audience with the Sultan of Perak at Istana Kinta on Feb 4.

"Based on the democratic practice, the issue of the loss of majority confidence should only be taken by a vote of no confidence against the applicant (Nizar), only by this manner can a Menteri Besar be removed," Abdul Aziz, said in his written judgment which was delivered at 2.30 pm.

On Feb 13, Nizar, 52, filed an application to the court for a declaration that he is at all material times the rightful Menteri Besar of Perak. Nizar, who was appointed Menteri Besar on March 17 last year after the opposition alliance won 31 seats at the 12th general elections, also sought a declaration that Zambry has no right to hold the office of Menteri Besar.

Abdul Aziz, in his judgment, said that a Menteri Besar could not be dismissed by the Sultan of Perak for the reason that he did not hold the office at the sultan's pleasure.

The dismissal of the Menteri Besar by the Sultan of Perak was never contemplated by Article 16(6) of the Perak Constitution, he added
- Sin Chew



Updated

Few High Court’s draft Grounds of Judgment in the MB v MB matter delivered orally on 11.5.2009 noted in The Malaysian Bar.

...Under Article 16(2) of the Perak Constitution, I never doubted that the appointment of the Menteri Besar is solely based on HRH’s judgment. Also no doubt, HRH has absolute powers to withhold dissolution. However, bearing in mind that once a Menteri Besar is appointed, he does not hold office at the pleasure of the Sultan - Article 16(7)

Reading the 3 clauses together, it seems that once appointed as Menteri Besar, the Menteri Besar is only answerable to the DUN and the Menteri Besar governs the State and advises HRH under Article 18. The Menteri Besar cannot be dismissed by HRH. The AG’s contention is that Article 16(7) must be read subject to Article 16(6). This is to suggest that by not resigning the Menteri Besar is going against the democratic process.

I do not agree with this submission. Except for the Menteri Besar, everyone else holds office at HRH’s pleasure. Clause 7 says that clearly. There is a qualifier that says when the Menteri Besar loses the majority, he shall tender the EXCO’s resignation....

....On the issue of the Applicant having lost the confidence, there was never a vote of no confidence and the Applicant did not come to request dissolution due to the loss of the majority. That decision is material. On 4.2.2009, PR and BN had equal seats 28-28. Based on democratic practice, if there is a loss of confidence, it should be taken as a vote of no confidence in the Assembly. The media statement by HRH’s office which states that the positions of the Menteri Besar and EXCO members are deemed vacant should they refuse to resign amounts to a dismissal or sacking, and this is not permissible under Article 16(6).

On the issue of justiciability, there is no issue of HRH withholding dissolution and it cannot be questioned. The Court also cannot question the Sultan on the determination of facts. However, the Applicant is not asking the Court to question HRH’s decision. The Applicant is seeking declaratory reliefs that the Applicant is still the Menteri Besar. Non-justiciability does not apply at all.

The Court has been allowed to grant declaratory reliefs, and no longer do the granting of declaratory reliefs need be made only sparingly.

For the above reasons, the office of the Menteri Besar is not vacant or has not been vacated. The judgment is in favour of the Applicant according to the prayers as in enclosure 28.

Monday, May 11, 2009

Selamat Ulangtahun UMNO ke - 63


SELAMAT ULANG TAHUN UMNO KE - 63


SEMOGA PARTI LEBIH MANTAP, PEMIMPIN LEBIH INSAF,
AHLI-AHLI LEBIH BERUSAHA & BERSATU PADU,
RAKYAT DIUTAMAKAN SERTA DIBELA SEPENUHNYA.


Bacaan seterusnya mengenai UMNO :-

SATU perkara yang semua pihak perlu tahu ialah parti UMNO dan perjuangannya tidak patut dipersalahkan di dalam kekusutan yang berlaku dalam senario politik negara hari ini.Titik tolak kepada badai politik di dalam UMNO disebabkan oleh kelemahan manusia.(klik di sini untuk bacaan seterusnya..)

...... Dengan konsep ini, parti UMNO perlu memiliki prasarana sendiri seperti bahan cetak sendiri, saluran komunikasinya sendiri, sumber-sumber maklumatnya sendiri, penggerak jentera parti, para pemidato dan ulamanya sendiri, dan sebagainya.Langkah ini untuk mewujudkan suasana ingin berkorban demi parti serta lebih insaf kepada perjuangan parti UMNO. (klik disini untuk bacaan seterusnya..)

....... Hanya dengan tiga mekanisme ini, UMNO bakal menjadi parti tersohor dalam mempraktikkan lunas demokrasi secara matang, adil dan lebih menyeluruh.Melalui kaedah pemilihan sebegini juga UMNO akan diyakini, dihormati dan tidak mustahil bentuk pemilihan yang diamalkan UMNO akan dijadikan model.(klik di sini untuk bacaan seterusnya..)

Monday, May 04, 2009

Kerelevanan Saf Pemuda UMNO Malaysia..

Berikut adalah senarai lengkap Biro, Sekretariat dan Unit Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru :-

1. Biro Politik – Khairy Jamaluddin.

2. Sekretariat Pengurusan – Datuk Razali Ibrahim.

3. Sekretariat Penerangan – Datuk Reezal Merican Naina Merican.

4. Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan – Soohaimi Shahadan.

5. Biro Pertanian dan Industri Asas Tani – Zubir Zabidi.

6. Biro Antarabangsa/Aman Malaysia – Datuk Ahmad Zaki Zahid.

7. Sekretariat Hal Ehwal Luar Bandar – Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.

8. Sekretariat Hal Ehwal Bandar – Tengku Azman Tengku Zainal Abidin.

9. Biro Putera UMNO – Megat Zulkarnain Omardin.

10. Biro Perhubungan NGO – Suffian Awang.

11. Biro Keahlian dan Pemilih – Hishammuddin Yahaya.

12. Biro Pendidikan Politik – Ali Mazat.

13. Biro Pelajaran – Mohd Gasing Saling.

14. Biro Pengajian Tinggi – Syahrin Jamaluddin.

15. Biro Agama - Ustaz Mohd Afandi Yusof.

16. Biro Aduan Komuniti – Datuk Mohamad Khairun Aseh.

17. Biro Sukan – Datuk Ahmad Darus

18. Biro Kebudayaan dan Kesenian – Jamawi Jaafar

19. Biro Sosio Etika – Mohamad Iruan Zulkefli.

20. Sekretariat Profesional Muda – Shafiqurrahman Shamsuddin.

21. Sekretariat Pekerja Muda – Nazir Hussin Akhtar Hussein.

22. Sekretariat Perhubungan Kerajaan – Badrol Hisham Zaki.

23. Sekretariat Pemuda BN dan Satu Malaysia – Mohd Faizal Ramli.

24. Unit Pidato dan Penghujahan Umum – Lokman Noor Adam.

25. Unit Media Baru – Tun Faisal Ismail Aziz

26. Unit Perang Saraf – Mohd Anis Hisham Abd Aziz.

27. Akademi Pemuda – Khairul Azwan Harun.

28. Biro Tugas-tugas Khas – Abdul Razak Abdul Rahman.

Any comment ?

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.