23 - 26hb Mei 2013

CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, May 31, 2009

Kemenangan Tapi Permulaan Kepada Kejatuhan PKR ?

Dr Novandri Hasan Basri

Seperti dijangkakan, calon PKR menang di PK Penanti. Ianya bukan satu keputusan yang mengejutkan, cuma sekadar menyempurnakan adat pilihanraya dan membazirkan wang rakyat!

Cuma yang menariknya ialah calon PKR telah kehilangan undi yang banyak jika dibandingkan dengan pilihanraya 2008.

Jika kita merujuk kepada statistik awal di dalam MalaysiaKini, calon PKR hanya memperolehi 6,052 undi sahaja jika dibandingkan 7,346 undi yang diperolehi oleh Mohamad Fairuz pada tahun 2008.

Ini bermakna, PKR telah kehilangan 1,294 undi, satu penurunan yang sangat signifikan berbandingkan dengan hari mengundi yang jatuh pada hari Ahad dan semasa cuti sekolah.

Dan jika dibandingkan dengan calon-calon bebas yang serba kekurangan dari segi jentera pilihanrayanya, kemenangan PKR kali ini tercemar teruk dek :-

1. Peratusan mengundi hanyalah 46.15% , satu nilai yang terendah sekali di dalam sejarah pilihanraya Malaysia.

2. Kesimpulan bahawa PKR tidak dapat meningkatkan jumlah undi walau pun tidak berdepan dengan BN akan menimbulkan pelbagai andaian yang negatif dan keraguan terhadap kekuatan PKR yang sebenarnya.

Penulis pernah menulis artikel mengenai PK Penanti dan jangkaan penulis tepat seperti yang penulis tulis :-

...Jika dari segi teorinya, pilihanraya Penanti nanti akan bakal menyaksikan kehadiran pengundi yang paling sedikit sekali di dalam sejarah pilihanraya negara Malaysia kerana kemeluatan penduduk Penanti terhadap parti PKR...

Pemimpin-pemimpin PKR terutamanya Anwar Ibrahim sudah pasti mempunyai jawapan kepada segala persoalan yang timbul disebabkan prestasi buruk PKR di gelanggang sendiri.

Di antara lain, mereka mungkin akan menyalahkan BN kerana pelbagai andaian yang mereka reka sendiri. Mereka akan menuduh seolah-olah BN yang bersalah dan bukannya kerana PKR sudah mulai dijauhi dan tidak disenangi oleh rakyat Malaysia.

Anwar Ibrahim juga akan cuba memandang remeh segala andaian negatif walau pun beliau tahu parti PKR sedang menghadapi masaalah keyakinan dan sokongan.

Walau apa pun tohmahan dan mainan politik PKR selepas ini, statistik PK Penanti jelas menunjukkan bahawa PKR sudah kehilangan sokongan daripada rakyat. PKR sudah tidak boleh lagi mendabik dada kononnya parti mereka itu kuat dan bertambah mantap.

Pastinya ramai pemimpin PKR yang tidak berapa gembira dan 'berpeluh sejuk' tatkala 'meraikan' kemenangan PKR yang tidak seberapa di Penanti. Realitinya, PKR bakal berdepan dengan masaalah yang besar selepas ini iaitu tahap keyakinan mereka akan menurun terhadap parti mereka sendiri.

Pastinya juga, rakyat akan membuat andaian yang sama iaitu PKR sudah kehilangan taringnya dan bakal merudum.

Ayat mudah, "Kemenangan PKR di Penanti adalah permulaan kepada kejatuhan PKR."

Anwar Tak Mungkin Jadi Perdana Menteri - PAS.

Dr Novandri Hasan Basri

Rupa-rupanya, PAS menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Anwar Ibrahim bukanlan pilihan parti PAS yang sebenarnya.

Di dalam kekusutan dan kelincahan Anwar Ibrahim untuk mencapai angan-angan beliau, PAS yang merupakan salah satu daripada parti perkongsian politik bersama DAP dan Pakatan Rakyat, tidak berhasrat untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim pastinya terguris hati dan kecewa dengan perkembangan ini. Apa tidaknya, kerusi Perdana Menteri turut diidam-idamkan oleh parti PAS. Mungkin juga, parti DAP menyimpan angan-angan yang sama seperti PAS dan Anwar Ibrahim.

Penulis bukan membuat andaian sendiri tetapi kenyataan bahawa PAS mahukan jawatan Perdana Menteri keluar dari mulut salah pemimpin PAS itu sendiri.

Ianya dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Baru, Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi semasa berucap dalam majlis penerangan yang di adakan di Taman Permint Makmur, semalam.

Malah, pemimpin PAS turut mengagung-agungkan negara Amerika Syarikat, negara sekutu Israel yang utama.

BuletinOnline melaporkan :-

Oleh kerana itu, sokongan yang padu telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada PAS dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Justeru katanya, Presiden PAS adalah Perdana Menteri Malaysia sekiranya pilihanraya memilih Perdana Menteri dibuat sebagaimana pilihanraya memilih Presiden Amerika Syarikat.

“Orang bukan Islam hari ini memberi sokongan yang sungguh-sungguh kepada Pakatan Rakyat dan imej PAS adalah cukup tinggi.

“Kalau pilihanraya untuk memilih Perdana Menteri dibuat sepertimana piliharaya memilih Presiden Amerika Syarikat, sudah tentu Ayah Chik, Tok Guru Haji Hadi (Presdien PAS) menjadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya.
....

Seperkara lagi, ADUN Wakaf Baru ini telah berbohong semasa memberikan ceramah tersebut. Beliau telah membuat fitnah bahawasanya PK DUN Penanti yang sedang berlangsung adalah disebabkan kerja-kerja kotor UMNO dan BN.

BuletinOnline turut melaporkan :-

...Katanya BN telah mengugut dan memerangkap serta menakut-nakutkan dan cuba menyogok wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

“Mereka berjaya melakukan di negeri Perak, memerangkap wakil rakyat di Perak dengan rasuah dan akhirnya menjadi wakil bebas yang mesra BN,

"Di Penanti, BN cuba memerangkap dan mengugut wakil rakyat yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 dengan rasuah”
ujarnya.

HAsrat BN katanya, supaya Fairuz tidak meletakkan jawatan tetapi berpaling tadah menjadi wakil rakyat BN.

Katanya sekiranya Fairuz berbuat demikian, isu rasuah akan selesai sebagaimana yang berlaku keatas wakil rakyat negeri Perak.

"Tapi oleh kerana sekurang-kurang kekuatan yang ada kepada YB Fairuz, Timbalan Ketua Menteri 1, maka beliau tidak berpaling tadah,

"Tetapi beliau menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan," jelasnya.


Ternyata tuduhan Che Abdullah merupakan satu pembohongan besar yang perlu disangkal sebelum ada yang mempercayai beliau.

Sebenarnya kita semua tahu bahawa isu rasuah yang didakwa terhadap Fairuz telah selesai dan tidak ada kena mengena dengan parti BN seperti yang didakwa oleh Che Abdullah. Isu Fairuz merupakan permasalahan dalaman PKR yang semakin meruncing dek perebutan kuasa serta campur tangan parti DAP yang memegang pucuk kepimpinan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pokoknya, pemimpin PAS yang bernama Che Abdullah telah berbohong kepada ahli-ahli PAS sendiri dan rakyat sekalian.

Apakah yang terjadi kepada pemimpin-pemimpin PAS seperti Che Abdullah sehinggakan beliau seperti desperado untuk menipu hadiran yang mendengar ceramah beliau itu?

Apakah beliau sudah tidak kenal lagi ertikata dosa dan neraka hanya kerana mahukan kuasa yang tidak hakiki di dunia ini?


Inilah manusia dayus yang berselindung di sebalik hadis dan al-quran serta berkopiah putih yang melambangkan seorang pemimpin Islam tapi hakikatnya, Che Abdullah telah berbohong, membuat fitnah dan melanggar nilai-nilai Islam.

Dan apakah Che Abdullah telah terlupa dengan modus operandi rakan baik beliau, Anwar Ibrahim yang memujuk rayu, memerangkap dan 'menyogok' pemimpin-pemimpin BN agar berpaling tadah dan menyokong beliau dan PKR?

Kenapakah Che Abdullah tidak berani menegur Anwar Ibrahim ketika itu dan sekarang ini?

Tetapi, berdasarkan kepada pendedahan beliau mengenai hasrat PAS menjadi Perdana Menteri, beliau tentunya tidak akan berani untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim.

Dan jika isu ini bertambah hangat dan tidak terkawal atau pun disangkal keras oleh Anwar Ibrahim, penulis amat pasti bahawa pemimpin-pemimpin PAS akan mengatakan bahawa kenyataan Che Abdullah hanya merupakan pandangan peribadi dan bukannya melambangkan pendirian parti PAS!

Atau pun mereka akan mendakwa bahawa media telah tersalah tafsir kenyataan Che Abdullah sehingga mengelirukan para pembaca!

Penakut juga pemimpin-pemimpin PAS.

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED