CLICK ! LAPORAN KONTROVERSI & SENSASI!

ARTIKEL TERKINI DR MIM

BLOG Dr MiM

Sunday, June 07, 2009

Definasi 'Kerajaan Perpaduan' PAS & UMNO.

Dr Novandri Hasan Basri

Seperti anda sekalian, penulis pun keliru dengan dengan konsep 'Kerajaan Perpaduan' yang diutarakan oleh Hadi Awang. Tidak kiralah anda ahli UMNO atau pun PAS, kita masih samar-samar mengenainya.

Tapi dalam masa yang sama, kita tentu ingin tahu intipati 'kerajaan perpaduan' itu. Mungkin kerana ianya bersangkut paut dengan perkataan 'perpaduan' yang merupakan salah satu perkara yang kita pernah dengar, mahu dan harapkan di antara parti-parti politik. Parti-parti politik Melayu, khasnya!

Penulis pasti semua orang Melayu dinegara ini sebenarnya menanam satu harapan yang sama iaitu inginkan perpaduan di antara parti-parti politik Melayu, tidak kira kita menyokong UMNO, PAS dan PKR.

Cuma yang berlaku sekarang ialah kaum Melayu terjebak ditengah-tengah percaturan parti-parti politik Melayu dan kita terpaksa membuat pilihan di antara parti-parti tersebut.

Makanya, apabila kita dihidangkan dengan apa sahaja cadangan yang menjurus kepada usaha kearah perpaduan kaum Melayu, kita akan berasa amat teruja. Kita akan membincangkan usaha ini dengan panjang jela, berhari-hari tanpa muak dan bosan.

Orangramai dari pelbagai ideologi politik, media-media cetak, tv, radio, blog-blog dan web-web akan membincang dan mengupas beratus-ratus kali sehingga tiba ketika di mana :-

1. Isu tersebut tidak ada penyelesaiannya.
2. Ada isu baru yang lebih 'panas' daripada isu yang sedang dibincangkan.

Tatkala itu, usaha-usaha perpaduan akan kembali 'sejuk' dan lenyap dek masa seperti usaha-usaha sebelum ini.

Penulis pernah menulis satu artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia (klik di sini) pada 30hb Julai 2008 khasnya membincangkan isu usaha perpaduan yang 'panas' ketika itu tapi 'sejuk' dan hilang selepas itu!

Penulis menulis :-

Pada pendapat penulis, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan iaitu:

1. Mewujudkan hanya satu parti Melayu.
2. Mewujudkan satu induk untuk semua parti Melayu.
3. Mewujudkan perpaduan melalui kesepakatan di antara parti-parti Melayu.

Seperkara lagi, usaha penyatuan bangsa Melayu ini tidak akan dapat lari daripada ranjau duri dan rintangan yang sengaja menyusahkan proses metamorfosis bangsa Melayu ini - (seterusnya)

Makanya, penulis sangat skeptikal dengan 'kerajaan perpaduan' dan arah tujunya. Penulis berani mengatakan ianya akan hilang dan terkubur begitu sahaja tanpa nampak sebarang hasil daripadanya!

Tapi ya, penulis masih mengharap dan akan terus mengharap!

So, apakah maksud 'kerajaan perpaduan' ?

Di sini penulis sertakan wawancara Harakah Terengganu dengan DS Hadi Awang mengenai 'kerajaan perpaduan'.

Harakah: Dalam agenda membentuk ‘Kerajaan Perpaduan’ atau ‘Government Unity’, adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

Abdul Hadi: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang ‘Unity Government’ termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut’Unity Government’, ada ‘Coalition Government’ dan ada ‘Front National’. ‘Front National’ itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. ‘Unity Government’ bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham ‘Unity Government’.

Harakah : Boleh Dato’ Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘Unity Government’ ini?

Abdul Hadi : ‘Unity Government’ ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana ‘Unity Government’ ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama ‘Unity Government’ ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Harakah : Boleh Dato’ Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan “Unity Government” yang dipakai di mana-mana?

Abdul Hadi : Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. ‘Unity Government’ di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan ‘SPR’ atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini ‘Unity Government’ dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Harakah : Tapi Dato’ Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Abdul Hadi : Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini ‘unity’ biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa ‘Unity Government’. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.
Harakah : Adakah cadangan Dato’ Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Abdul Hadi : Sebenarnya, ‘Unity Government’ ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah ‘Unity Government’ dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk ‘Unity Government’ yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat ‘Unity Government’ dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Harakah : Umno takut untuk teruskan?

Abdul Hadi : Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu “Unity Government’ tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan ‘Unity Government’ adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri - Harakah

FB PRU-13

ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.

RECOMMENDED