Penulis perlu mengenengahkan satu isu yang pada pendapat penulis memerlukan tindakan yang serius dan segera oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam negara ini!
Ianya mengenai kenyataan Dato' Wan Rahim Wan Abdullah, penasihat jentera pilihanraya Pas di Manek Urai yang mendedahkan bahawa ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai mengganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Nik Aziz Nik Mat!Kenyataan tersebut telah disiarkan di dalam HarakahDaily.Net (Klik di sini...)
"Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai mengganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz. "
Penulis terkejut dan kecewa kerana Wan Rahim mengambil remeh terhadap pendedahan beliau itu tanpa mahu membetulkan kesalahan imam itu.
Realitinya juga, imam tersebut telah mengeluarkan pandangan yang mampu memesongkan akidah orang Islam serta mendewa-dewakan Nik Aziz sedemikian rupa.
Penulis berharap agar Majlis Agama Islam Malaysia dapat menyiasat isu ini dengan segera sebelum ianya menular lebih teruk lagi!
Penulis juga pasti Nik Aziz pun akan menegur imam tersebut kerana membuat kenyataan yang tidak benar.
Artikel Lain :- Klik di sini
