Dr Novandri Hasan Basri
Di sini saya sertakan satu artikel daripada saudara Ruzaimi Ramli. Artikel ini dipilih kerana mempunyai nilai-nilai hujah dan pengupasan yang intelek dan mantap.
Syabas saudara Ruzaimi Ramli. Blog beliau ialah http://www.ruzaimiramza.wordpress.com/
Mencari tonggak utama Man U (Bukan artikel sukan!)
Man U kehilangan tonggak utama mereka ekoran serangan sakit jantung di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu, hampir sebulan yang lalu. Man U yang diperkatakan bukan pasukan bola sepak yang menjadi kegilaan ramai rakyat Malaysia, tetapi ianya adalah Manik Urai, medan pertembungan terbaru parti BN menentang PR.
Apakah percaturan parti yang bertanding, dan yang lebih penting, apakah penilaian yang akan dititikberatkan oleh pengundi Manik Urai (MU) dalam memilih calon?
Seterusnya, benar atau tidak politik Malaysia sudah matang? Apakah pula ukuran 'matang' dalam politik?
Sebenarnya, jawapan untuk soalan-soalan diatas bukan semudah membezakan oren dan epal, tidak pula sesukar menilai kristal Swarovski ataupun Bohemian. Jika penduduk MU meletakkan sedikit pertimbangan yang rasional dan cermat, tentunya mereka akan mula merasakan tanda pangkah pada kertas undi yang akan mereka isikan pada 14 Julai nanti akan lebih bermakna kepada kehidupan mereka seharian.
Pertimbangan yang bagaimana?
Sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia mengasingkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, dan kekosongan yang wujud selepas kematian penyandang kerusi di Manik Urai adalah kekosongan Dewan Undangan Negeri. Lebih mudah jika kita fasih akan pengasingan Parlimen dan DUN berdasarkan fungsi dan peranan kedua-dua dewan mulia ini.
Parlimen adalah pentas perbahasan untuk menentukan rang undang-undang di peringkat Persekutuan, seperti Perlembagaan Persekutuan, Belanjawan Negara dan polisi-polisi yang melibatkan perjalanan kerajaan di peringkat Persekutuan. Manakala, Dewan Undangan Negeri pula adalah dimana polisi-polisi, dan perbahasan-perbahasan sesuatu akta yang menentukan perjalanan pentadbiran peringkat negeri sahaja. Ketua pihak majoriti di Parlimen adalah Perdana Menteri, di DUN pula akan bergelar Menteri Besar atau Ketua Menteri.
Maka semestinya isu-isu yang mempengaruhi kecenderungan pengundi-pengundi adalah berbeza (sepatutnya) berdasarkan kekosongan kerusi Parlimen atau pun DUN.
Di MU, isu-isu nasional biasanya tidak akan memberikan impak yang ketara kepada minda pengundi, maka isu-isu seperti kerajaan perpaduan, sodomi II, ppsmi,dan beberapa isu yang lain mungkin tidak akan membawa kesan yang maksimum kepada pengundi.
Jadi, apa pula isu yang sewajarnya ditekankan?
Jika pengundi MU fasih dan arif benar mengenai konsep pengasingan Parlimen dan DUN ini, mungkin penilaian yang mereka gunakan sebelum membuat keputusan akan lebih berat kepada kesan langsung yang akan mereka nikmati daripada pilihanraya ini. Kesan yang dimaksudkan adalah, apakah bentuk 'perubahan' dan 'kemajuan' yang akan dibawa oleh setiap calon kepada MU. Perubahan dan Kemajuan tidak selalunya bersifatkan fizikal, tetapi mungkin lebih meluas skop dan capaiannya.
Apakah faktor calon akan menjadi ukuran utama? Atau prinsip setia pada parti?
Saya konsisten dan masih berpegang kepada pendapat saya bahawa rakyat Kelantan adalah merupakan golongan yang paling dinamik apabila tiba di setiap pilihanraya. Kenapa saya mengatakan demikian, rakyat Kelantan tidak takut untuk menukar parti yang dipangkah pada setiap pilihanraya, tiada istilah sebenar kubu kuat di Kelantan, kecuali di DUN Cempaka, yang menjadi 'rumah' kepada Tok Guru Nik Aziz sendiri. Kesetiaan rakyat Kelantan adalah kepada negeri itu sendiri, dan bukannya sesuatu parti itu.
Sebagai satu contoh yang kasar, walaupun terpampang di Stadium Sultan Mohammad ke IV wajah Annuar Musa di banner yang sangat besar, rakyat Kelantan masih ingin untuk memenuhkan stadium demi menyokong pasukan bola sepak Kelantan. Saya percaya 75% yang hadir kesemuanya memangkah bulan pada PRU ke-12 baru-baru ini.
Maka atas hujah ini, saya merasakan faktor calon adalah merupakan pertaruhan yang paling penting dalam menentukan parti mana yang akan menang kali ini.
Terlalu awal untuk kita mengulas panjang mengenai calon-calon yang bertanding, cukup sekadar mengetahui latar belakang mereka. Fauzi (Calon PAS) merupakan peraih Ikan, manakala Tuan Aziz (Calon BN) adalah pegawai KESEDAR.
Kesemuanya bergantung kepada bagaimana calon-calon ini dijual kepada penduduk MU, sebagai seorang tok peraih Ikan yang mesra dan rapat dengan penduduk, ataupun pegawai KESEDAR yang muda, bertenaga dan progresif untuk membangunkan MU.
Ulasan itu hanyalah berdasarkan laporan media, selebihnya terserah kepada jentera kempen dan calon sendiri untuk dijual. Rakyat Kelantan majoriti adalah peniaga, mereka tahu barang mana baik, mana pula yang kurang baik.
Jangan pula menyangka status quo akan dikekalkan dengan mudah, dan usah pula beranggapan pengundi MU akan beralih angin kali ini kerana perkiraan politik orang Kelantan sangat rumit untuk difahami dan apa lagi kalau bukan dinamik.
Tiada siapa yang akan dapat untuk meneka dengan pasti, malahan saya juga mungkin salah sepenuhnya dalam analisa kali ini. Bohemian atau Swarovski? Oren atau Epal?
Subscribe to:
Posts (Atom)
ARTIKEL MIM TOP MINGGU INI.
-
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani sekali lagi didesak dilucutkan jawatan dan disingkirkan daripada kalangan bangsa Melayu ...
-
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak gentar dengan desakan Lim Guan Eng yang mahu beliau menarik balik gesaan terh...
-
Kali ini Lim Guan Eng is making a fool of himself dengan tweet beliau di bawah ! Tweet Guan Eng DAP :
-
Inilah video bekas mahasiswa spesis Pakatan Pembangkang yang bongkak dan hilang pertimbangan fikiran kurniaan Allah SWT.
-
Artikel dari blog AAKJ.blogspot.com : Sultan Johor Memberi Amaran – DAP & Troopers Jangan Cuba Menghina Perintah Baginda
-
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi DAKWAAN pembangkang yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) begitu terpukul dengan pencapaian Pili...
-
Seronoknya lidah rasmi PAS, Haprak HarakahDaily apabila dapat laporan yang negatif tentang DS Najib Razak. Tetapi malangnya , seperti ...
-
Artikel menarik MyMassa tentang perubahan strategi Pakatan Pembangkang! Sila baca :
REFERENCE WAJIB
-
Perlawanan JDT-Kelantan kecoh41 minutes ago
-
-
-
-
Cina Melaka tidak kenang budi12 hours ago
-
TV2 : Demi Sugit13 hours ago
-
-
-
-
