AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan.
Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.

Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal.
Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali. Pertama selama dua tahun (1974-1976) kerana terlibat dalam demonstrasi Baling. Kedua, selama 60 hari akibat demonstrasi ketuanan Melayu di Kuala Lumpur pada 1978.
Tetapi saya tidak pernah menentang ISA. Saya yakin undang-undang ini perlu dan penting. Ia bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi.
ISA hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.
Sewaktu berucap di Dewan Rakyat atau di majlis-majlis umum, saya sentiasa menegaskan ISA adalah penting dan perlu kepada Malaysia yang majmuk penduduknya. Saya juga sering nyatakan, ISA wajar dipinda dan diperbaiki.
Bukannya dimansuhkan sama sekali seperti desakan sesetengah pihak.
Ini kerana undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terrorisme.
ISA berbeza dengan Kanun Keseksaan. ISA bertujuan mencegah sesuatu jenayah keganasan. Kanun Keseksaan pula untuk menghukum individu setelah berlakunya jenayah.
Jika tahanan ISA dibicarakan di mahkamah, tentunya pendakwaan akan gagal kerana tidak dapat memenuhi elemen-elemen pembuktian kes jenayah iaitu mens rea dan actur reus.
Mens rea merujuk kepada niat seseorang, sama ada dia memang berhasrat untuk melakukan sesuatu jenayah atau sebaliknya.
(In criminal law, mens rea – the Latin term for "guilty mind"[1] – is usually one of the necessary elements of a crime.. The standard common law test of criminal liability is usually expressed in the Latin phrase, actus non facit reum nisi mens sit rea, which means that "the act does not make a person guilty unless the mind is also guilty". Thus, in jurisdictions with due process, there must be an actus reus accompanied by some level of mens rea to constitute the crime with which the defendant is charged (see the technical requirement of concurrence). The Criminal Law does not usually apply to a person who has acted with the absence of mental fault; this is a general rule.)
Sementara actus reus pula merujuk kepada tindakan sebenar penjenayah tersebut.
(Actus reus sometimes called the external element or the objective element of a crime, is the Latin term for the "guilty act" which, when proved beyond a reasonable doubt in combination with the mens rea, "guilty mind", produces criminal liability in the common law-based criminal law jurisdictions of Canada, Australia, India, New Zealand, England, Ireland and the United States. In the United States, some crimes also require proof of an attendant circumstances.)
Contohnya, sekumpulan individu ditahan di bawah ISA kerana merancang untuk mengebom sebuah bangunan awam di negara ini. Mereka dihadapkan ke mahkamah. Tetapi, bolehkah mahkamah menjatuhkan hukuman apabila serangan belum berlaku dan tiada siapapun yang tercedera?
Dalam kes seperti ini elemen mens rea mungkin boleh dibuktikan. Tetapi, elemen actus reus pastinya gagal untuk dibuktikan.
Oleh itu, jika tahanan ISA dibicarakan di mahkamah, tentu tahanan itu akan dibebaskan. Apabila bebas, individu terbabit dengan mudahnya akan merancang tindakan lain untuk mengancam keselamatan negara. - (klik di sini untuk bacaan seterusnya)