Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, August 06, 2009

Raja-raja Melayu Berwasiat !

MalaysiaKini

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;


4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

6.
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak);


...... Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-raja Melayu.

"Wasial ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1)."

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.

Wednesday, July 29, 2009

Mansuh, pinda atau gubal akta baru (ISA) ?

Dato' Ibrahim Ali

AKTA Keselamatan Dalam Negeri atau ISA adalah undang-undang yang sering dijadikan polemik, dipertikai dan dipolitikkan oleh sesetengah pihak yang mencari sokongan secara murahan.

Mereka mengeksploitasikan ISA untuk menyerang kredibiliti pemerintah kerana undang-undang ini mudah untuk membakar emosi rakyat jika disorot secara cetek dan hanya sepintas lalu.


Kritikan dan kecaman terhadap ISA selalunya diperkukuhkan dengan penggunaan konsep-konsep asing seperti hak-hak asasi manusia sejagat dan demokrasi liberal.

Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali. Pertama selama dua tahun (1974-1976) kerana terlibat dalam demonstrasi Baling. Kedua, selama 60 hari akibat demonstrasi ketuanan Melayu di Kuala Lumpur pada 1978.

Tetapi saya tidak pernah menentang ISA. Saya yakin undang-undang ini perlu dan penting. Ia bersifat preventif atau pencegahan dan bukannya kuku besi.

ISA hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara.

Sewaktu berucap di Dewan Rakyat atau di majlis-majlis umum, saya sentiasa menegaskan ISA adalah penting dan perlu kepada Malaysia yang majmuk penduduknya. Saya juga sering nyatakan, ISA wajar dipinda dan diperbaiki.

Bukannya dimansuhkan sama sekali seperti desakan sesetengah pihak.

Ini kerana undang-undang yang bersumberkan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan itu sangat penting untuk mencegah kegiatan subversif dan terrorisme.

ISA berbeza dengan Kanun Keseksaan. ISA bertujuan mencegah sesuatu jenayah keganasan. Kanun Keseksaan pula untuk menghukum individu setelah berlakunya jenayah.

Jika tahanan ISA dibicarakan di mahkamah, tentunya pendakwaan akan gagal kerana tidak dapat memenuhi elemen-elemen pembuktian kes jenayah iaitu mens rea dan actur reus.

Mens rea merujuk kepada niat seseorang, sama ada dia memang berhasrat untuk melakukan sesuatu jenayah atau sebaliknya.

(In criminal law, mens rea – the Latin term for "guilty mind"[1] – is usually one of the necessary elements of a crime.. The standard common law test of criminal liability is usually expressed in the Latin phrase, actus non facit reum nisi mens sit rea, which means that "the act does not make a person guilty unless the mind is also guilty". Thus, in jurisdictions with due process, there must be an actus reus accompanied by some level of mens rea to constitute the crime with which the defendant is charged (see the technical requirement of concurrence). The Criminal Law does not usually apply to a person who has acted with the absence of mental fault; this is a general rule.)

Sementara actus reus pula merujuk kepada tindakan sebenar penjenayah tersebut.

(Actus reus sometimes called the external element or the objective element of a crime, is the Latin term for the "guilty act" which, when proved beyond a reasonable doubt in combination with the mens rea, "guilty mind", produces criminal liability in the common law-based criminal law jurisdictions of Canada, Australia, India, New Zealand, England, Ireland and the United States. In the United States, some crimes also require proof of an attendant circumstances.)

Contohnya, sekumpulan individu ditahan di bawah ISA kerana merancang untuk mengebom sebuah bangunan awam di negara ini. Mereka dihadapkan ke mahkamah. Tetapi, bolehkah mahkamah menjatuhkan hukuman apabila serangan belum berlaku dan tiada siapapun yang tercedera?

Dalam kes seperti ini elemen mens rea mungkin boleh dibuktikan. Tetapi, elemen actus reus pastinya gagal untuk dibuktikan.

Oleh itu, jika tahanan ISA dibicarakan di mahkamah, tentu tahanan itu akan dibebaskan. Apabila bebas, individu terbabit dengan mudahnya akan merancang tindakan lain untuk mengancam keselamatan negara. - (klik di sini untuk bacaan seterusnya)

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.