Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Monday, August 31, 2009

Nizar kvv2! : Apa itu Jalur Gemilang ?

Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun 1949, dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

Untuk tujuan itu satu pertandingan bagi mereka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru pada tahun 1949.

Pertandingan peringkat kebangsaan ini dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disertai oleh 373 karyawan.

Daripada sejumlah itu, tiga rekabentuk bendera baru bagi Persekutuan Tanah Melayu telah dipilih untuk ke peringkat akhir.

Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi peluang kepada orang ramai untuk memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut.

Keputusan pendapat umum yang dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail itu telah disiarkan pada 29 November 1949. Keputusan akhir menunjukkan majoriti telah memilih rekabentuk ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

Setelah diubahsuai beberapa kali, rekabentuk tersebut telah teliti pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950

Dengan itu, buat pertama kalinya bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai Raja George VI

Sebelum kekal dengan rekaan sekarang, beberapa pindaan dibuat termasuk mengikut cadangan Sultan Kedah yang meminta warna putih bulan sabit ditukar kuning bagi mewakili warna Diraja.

Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan menerusi perkenan Majlis Raja-raja Melayu meluluskan usul yang dibentangkan Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Pada 26 Mei tahun yang sama, bendera itu dikibarkan buat pertama kalinya di Istana Sultan Selangor, Kuala Lumpur. Majlis pengibaran yang berlangsung pada 9.30 pagi itu dihadiri wakil Sultan seluruh tanah Melayu.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52

Sunday, August 30, 2009

Di Ambang Hari Merdeka : Mentera Patriot Bangsa

Shukri Abdullah


Kita langir keris pusaka
Dari cita semangat waja
Biar membara dupa bangsa

Dengan tangkas pencak
Sang wira di medan laga
Keramat loknya ditempa pandai besi
Ditinta kursani digenggaman pejuang sejati

Hei, tangkas langkahmu di tengah gelanggang
Bagai kijang bermukin di hutan
Kemas pencakmu berhadapan lawan

Bagai sang harimau siaga menerkam
Hei, jati diri kau pasakkan
Musuh kau tumbangkan

Rantai penjajah kau leburkan
Tegak sendi maruah bangsa
Pencak budi memaknakan merdeka

Thursday, August 27, 2009

Nizar kvvv2 - Rintihan Dr Chua Soi Lek!

Dr Chua Soi Lek

Today, I am partyless. I served MCA as a divisional chairman since 1985. On the 2nd January 2008 when I resigned from all party posts, I was still an MCA member.

Today, I don’t even have a party. So, my position today is worst of than when I resigned on 2nd January 2008.

I did not realize that MCA disciplinary board led by an aging lawyer have deemed fit to recommend me to be sacked 21 months after I have resigned from all party and government posts for the same reason as when I resigned in January 2008. If there is provision for sentencing of death physically, I am sure that the disciplinary board would have no hesitation in recommending me to face the gallows.

The reason is obvious why I need to be sacked. Will my sacking boost up the image of the MCA?

I have to assume that the President today is as clean and clear as crystal. Only time will tell.

Since last night, my phone has not stopped ringing. Today, I spend my time trying to read all the sms. Probably, this is to keep me occupied since I am now partyless. The press has not stopped harassing me. It is actually quite funny and fun.

My family and friends will be going away for a short holiday. I need to enjoy this partyless status. So friends, give me a chance to rest. People will be thinking that I will be working very hard, but as usual; I take everything in my stride. Hopefully I can live longer to see another day and another battle.

Dr Chua Soi Lek

KOMENTAR PENULIS : KLIK DI SINI.

Wednesday, August 26, 2009

Nizar kvvv2 - Pimpinan PAS Kedah Jangan Hipokrit..

Sobri Sudin

RAMADAN menuntut umat Islam supaya tidak bersikap berpura-pura, hipokrit, "mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih."

Justeru, kenapa balasan pahala puasa akan dibalas oleh Allah SWT memandangkan perilaku puasa, rahsia puasa, hanya antara Allah dan orang yang melakunya.

Walhal ibadat-ibadat lain dapat dilihat dengan mata kasar, namun puasa mendidik umat Islam, supaya bersikap telus, benar dan ikhlas, lagi jujur dalam tindakan, kata-kata mahupun perbuatan.

Maka selaras dengan mauduk puasa, penulis cukup hairan dengan sikap PAS Kedah.

Apabila Radzi Salleh mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN berstatus bebas, maka segala keburukan beliau, bermula dengan tuntutan perjalanan yang tidak masuk akal, masalah disiplin sehingga dilihat sebagai satu liabiliti kepada kerajaan Pas di Kedah mula diungkit dan disebarkan.

Persoalannya, kenapa semasa beliau masih ahli PKR dan menjawat jawatan Exco Pelancongan, Sumber Manusia Negeri, salah laku sebegini didiamkan oleh pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS?

Ini menampakkan watak sebenar Islamisasi Pas. Jika orang berkenaan masih dalam saf perjuangan mereka, walau berbuat salah yang besar sekalipun maka akan didiamkan. Sebaliknya jika sudah keluar daripada jemaah mereka, maka akan dibesar-besarkanlah kesalahan tersebut.

Ini mengundang persoalan etika yang cukup besar, bahawa dalam konteks pentadbiran sama ada orang itu sanak-saudara, kawan ataupun teman gabungan, maka jika bersalah, berbuat sesuatu yang salah dan dilihat atau dipersepsikan membuat sesuatu yang salah - sepatutnya tindakan wajar segera di ambil.

Dalam hal ini kenapa sirah Rasulullah SAW tidak mahu diikuti. Panduan ikutan telah ditunjukkan oleh Baginda apabila bersabda: "Jika yang mencuri itu Fatimah puteriku, nescaya akan ku potong tangannya." Inilah konsep pentadbiran adil lagi berikhmah.

Namun tampak jelas, politik hipokrit terus menjangkiti saf pimpinan PAS di Kedah.

Lihatlah betapa rakusnya Speaker DUN Datuk Dr. Mohd Isa Ismail yang terus menghantar notis pengosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya kerana tidak mahu egonya jatuh disebabkan ketidakhadiran ADUN Kota Siputeh, Abu Hassan Sharif, sebanyak dua kali dalam sidang DUN, walhal untuk kali kedua, sijil sakit telah pun di hantar.

Suatu ketika dahulu Speaker yang sama, menghantar makluman yang lebih kurang sama kepada SPR, berhubung isu kemuflisan ADUN Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim, tanpa terlebih dahulu menunggu "arahan dan perintah mahkamah" berhubung status itu.

Bukan pimpinan Pas tidak faham, proses mahkamah jika dijatuhkan hukuman, masih ada proses rayuan. .... (seterusnya...)

Nizar kvvv2 - Siapa pertikai perlembagaan?

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Beberapa tokoh akademik yakin tindakan pemimpin pembangkang terutama DAP mempertikaikan Perlembagaan Negara termasuk hak-hak istimewa orang Melayu menjadi punca utama ramai wakil rakyat pembangkang keluar parti.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, ramai yang tidak berpuas hati apabila pemimpin DAP memperkudakan rakan pakatan lain demi memenuhi kepentingan kaum Cina tetapi pada masa sama mempertikaikan hak istimewa kaum lain khususnya Melayu.

“Sebagai contoh di Perak, DAP semasa memerintah telah memberikan tanah hak milik kekal selama 999 tahun kepada penduduk Cina di kampung baru.

“Kerajaan Selangor pula mencadangkan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera manakala Kerajaan Pulau Pinang gagal membela nasib penduduk Kampung Buah Pala,”
katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas senario wakil rakyat pembangkang keluar parti kebelakangan ini.

Ahad lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatannya dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat bebas.

Menurut Mohd. Radzhi, keputusan itu diambil kerana beliau merasakan hala tuju PKR sudah berubah drastik dan tidak lagi seperti diperjuangkan ketika menyertai parti itu 11 tahun lalu.


Pensyarah Politik dan Polisi Awam Pusat Pengajian Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, perbezaan pendekatan yang digunakan oleh Pas, PKR dan DAP dalam menyelesaikan isu nasional dan tempatan mendorong beberapa ADUN pembangkang keluar parti.

“Pas, PKR dan DAP tidak boleh ‘tidur sebantal’ kerana berbeza ideologi. Mereka hanya boleh bersatu semasa pilihan raya tetapi membawa mimpi masing-masing apabila berjaya,” katanya.

Ahmad Atory berkata, kajian yang dijalankannya mendapati pengikut Pas kini terbahagi dua kumpulan iaitu mereka yang setia dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mereka yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.

Katanya, sebahagian pengikut Pas menyokong pembentukan kerajaan perpaduan kerana lebih rela bekerjasama dengan UMNO yang merupakan parti Melayu berbanding DAP.

"Di Kedah pula, saya lihat punca ADUN PKR keluar parti disebabkan tidak puas hati dengan calon yang dipilih bertanding pada pilihan raya, tidak sefahaman dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kecewa apabila disisihkan Pas,” katanya.... - Utusan Malaysia

Sunday, August 23, 2009

PAS Membohong - Rakan Kongsi Terangkan Kejujuran Rohaizat, Calon BN

KENYATAAN AKHBAR KEDUA YUSRI ISAHAK – 23 OGOS 2009

Tujuan saya untuk bertemu pihak media adalah untuk menjelaskan beberapa kekeruhan yang timbul akibat penampilan saya minggu lalu. Saya mendapat banyak reaksi dan spekulasi daripada pelbagai pihak. Jadi saya tampil untuk menjelaskan bahawa kenyataan akhbar tersebut diadakan dengan iniasiatif saya sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan ianya dibuat untuk membersihkan nama baik saya dan keluarga. Untuk itu, saya mempertahankan segala kenyataan yang saya buat sebelum ini.

Di pihak saya, saya menganggap kes ini sudahpun selesai. Namun apa yang saya perhatikan, sejak 20 Ogos yang lalu, pelbagai tohmahan telah dilontarkan yang mana menyimpang daripada tujuan asal saya membuat kenyataan akhbar. Keadaan ini membuatkan saya terpanggil untuk membuat sidang akhbar ini kerana saya merasa sedih melihat serangan-serangan peribadi yang dilakukan terhadap Rohaizat.

Secara tidak langsung saya merasa dibabitkan sama di dalam usaha-usaha memburuk-burukkan Rohaizat. Tetapi apabila keadaan semakin buruk dan Rohaizat dikeji sedemikian rupa, saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk menjelaskan kedudukan saya selanjutnya dan juga menyampaikan apa yang saya rasa.

Saya tidak boleh berdiam diri apabila melihat kenyataan saya tempoh hari digunakan tanpa henti terhadap Rohaizat, seorang manusia yang saya kenal secara peribadi adalah seorang yang baik hati.

Saya juga sedar walaupun dia telah melakukan kesilapan, dia telah membetulkannya dan pihak Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang juga telah menarik balik tuntutan mereka terhadapnya. Saya tidak berniat untuk menganiaya atau menyokong sesiapa. Apa yang telah terjadi harus dijadikan tauladan, bukan hukuman.

Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, Rohaizat adalah kawan saya, saya tahu hati budinya dan dia anak jati Permatang Pasir. Dia sendiri telah lama menabur bakti di sini. Jika orang seperti Rohaizat dibiarkan dikeji dan dirosakkan nama baiknya semata-mata untuk kepentingan politik, akan hancurlah hidup seorang lagi manusia yang boleh membawa perubahan yang baik kepada masyarakat setempat.

Semasa saya tampil ke hadapan tempoh hari ialah kerana saya merasa marah dan kecewa kerana saya dijadikan kambing hitam di dalam kes yang membabitkan Koperasi itu. Kerana itu kenyataan terbuka dibuat semata-mata untuk mempertahankan diri saya dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Malangnya, usaha saya untuk menjelaskan kedudukan saya di dalam kes itu telah digunakan untuk menghentam dan memburuk-burukkan Rohaizat habis-habisan.

Saya yakin akan timbul tuduhan bahawa saya mendapat ganjaran dan habuan untuk tampil membuat kedua- dua kenyataan akhbar ini. Sebanyak mana wang dan harta dunia sekalipun tidak akan dapat membeli saya untuk menggadai bangsa, agama dan negara saya.

Sebagai seorang Islam dan warganegara yang bertanggungjawab, saya cuma ingin menyatakan apa yang berlaku, tanpa takut atau mengharapkan balasan ataupun dieksploitasikan oleh mana-mana pihak.

Saya percaya rakyat mengharapkan budaya politik yang sihat dan mencerminkan kematangan bangsa yang telah merdeka selama 52 tahun. Pembangunan dan kestabilan negara yang telah dicapai selama ini tidak harus dilupakan begitu sahaja.

Tujuan kenyataan akhbar saya ini bukanlah untuk mendapat publisiti atau untuk mana-mana pihak mengeksploitasi apa yang terjadi. Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyeru semua pihak agar sama-sama bermuhasabah diri dan menghindarkan sengketa sesama kita.

Janganlah kita keji-mengeji, hina-menghina, fitnah - memfitnah sesama Islam kerana ia akan mendatangkan perpecahan yang boleh mengancam kepentingan kita bersama.

Percayalah, di dalam bulan Ramadan yang mulia ini apa yang saya lakukan adalah kerana desakan hati nurani saya.

Sekian terima kasih.

Yusri Ishak.

Thursday, August 20, 2009

KENYATAAN PENUH PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

MERUJUK kenyataan yang dikeluarkan media pada 18 Ogos 2009 seperti Utusan Malaysia mengenai isu atau dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong/ahli UMNO tidak akan masuk syurga.

Sebenarnya isu ini telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan sejak tahun 2000 lagi dan keputusan muzakarah itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT.

Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti-parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam.

Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan juga berpendapat sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan ingin menasihatkan kepada umat Islam terutamanya kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam hendaklah berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak betul atau bidaah yang boleh mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam.

Kepada orang ramai, ingin saya nyatakan bahawa dalam ajaran Islam yang sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka.

Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.

Oleh itu, janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita.

Wednesday, August 12, 2009

DAP boleh Hina Islam - Nik Aziz.

KOTA BAHARU 12 Ogos — Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin-pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

“Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan,” katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

“Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang,” katanya. – Bernama

Thursday, August 06, 2009

Raja-raja Melayu Berwasiat !

MalaysiaKini

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 ialah:

1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;


4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

5. Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

6.
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Kepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak);


...... Menurut Bernama, baginda bertitah wasiat sembilan Raja Melayu - yang terdiri empat negeri Melayu bersekutu dan lima yang tidak bersekutu itu - disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-raja Melayu.

"Wasial ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1)."

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah," titah baginda.

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.