Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, September 26, 2009

Nizar Keli2 : Lakonan vs Realiti.

Sememangnya bukan satu perkara pelik apabila berlaku pergeseran pendapat antara para pemimpin politi namun tentulah lebih pelik apabila pertelagahan berlangsung secara terbuka hinggakan wujudnya cabar-mencabar termasuk meminta keluar dari anggota pakatan campuran.

Inilah realiti yang berlaku khususnya melibatkan Kerajaan Negeri Selangor yang nampaknya semakin meruncing berikutan kenyataan terbuka Exconya, Datuk Hasan Ali berkaitan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

Inilah akibatnya apabila sekapal tapi tak sehaluan, apatah lagi untuk merealitikan impian masing-masing dalam pakatan campuran iaitu antara DAP, PAS dan PKR sendiri yang telahpun disangka sejak awal lagi.

Sudah terang lagi bersuluh, malah sudah jelas bahawa retak yang tercalar dalam kerajaan Negeri Selangor hanya menunggu masa sahaja untuk menjadi hancur berkecai, apatah lagi ada pula sekutunya yang turut mengeluarkan kenyataan balas berhubung perkara terbabit.

Buktinya, lihat sahaja kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali terhadap Hassan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri membawa pengertian bahawa masing-masing memang tidak pernah sealiran.

Lantas, apa lagi yang mahu disembunyikan apabila desakan beberapa wakil rakyat mereka sendiri mahu Hassan keluar daripada pakatan pembangkang negeri jika tidak lagi mampu bekerjasama dengan wakil rakyat DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, mampukah PAS bertahan? - (seterusnya)

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.