Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, October 28, 2009

Nizar News: Apabila Pemimpin PAS Melenting..

mStar Online

BEKAS Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berpendapat krisis dalaman PAS kini amat berkait dengan ‘bisikan halus’ yang dibisikkan oleh pihak tertentu kepada ‘telinga’ di kalangan pemimpin utama PAS.

Bisikan ini, katanya, datang dari satu pihak yang mempunyai kepentingan atau agenda tersendiri dan mempengaruhi pihak-pihak tertentu.

‘Pembisik’ itu, menurut Dr Asri, hanya menumpukan perhatian kepada agenda politiknya sahaja.

Jika dalam sejarahnya, pihak pembisik ini pernah hampir merebahkan parti lain, maka tidak mustahil ia akan berlaku kepada PAS.

Namun krisis kali ini, menurut pengamatan beliau, agak serius.

"Ia mungkin boleh didramakan seakan sudah tamat, tetapi bak kata “I can forgive, but I cannot forget”. Luka ini akan terbuka pula di masa hadapan dan akan mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung perhubungan, tindakan, kepercayaan dan perasaan antara sesama PAS," katanya.

Jelas Dr Asri, meskipun beliau mempunyai perbezaan pendapat dengan PAS dalam perkara-perkara tertentu, namun beliau akur kewujudan PAS dalam kerangka negara demokrasi adalah satu keperluan politik.

Ini, katanya, bagi mengimbangi monopoli politik yang akhirnya akan mencetuskan pemerintahan yang tidak memperdulikan hasrat dan cita rakyat.

"Sekalipun saya mempunyai pandangan yang berbeza dalam beberapa persoalan asas dan pendekatan, namun sebagai rakyat Malaysia saya melihat kejatuhan atau kemusnahan PAS dalam keadaan semasa boleh mengundang impak negatif dalam percaturan politik negara.

"PAS jika berpegang dengan prinsip Islamnya, dapatlah melindungi identiti Islam yang sepatutnya sentiasa zahir atau mendominasi keadaan negara dan masyarakat Malaysia. Maka adalah dibimbangi adanya usaha menghancurkan PAS secara langsung atau tidak langsung," jelasnya dalam kiriman emel sebentar tadi.

Walaupun demikian, Dr Asri berharap antara hikmah kejadian yang berlaku ini adalah dapat membuang perasaan fanatik sesetengah pihak yang berlebihan atau melebihi patut kepada pemimpin tertentu.

"Pendapat atau pandangan seseorang pemimpin bukan dinilai dari segi nama, atau gelaran, atau peribadi semata, tetapi yang paling mustahak dilihat alasan dan hujah yang dikemukakan dalam setiap pendapat.

"Apabila bertembung antara pemimpin dengan pemimpin, ahli PAS mesti menggunakan kebijaksaan, ketajaman minda, penilaian seimbangan dalam membuat keputusan, bukan hanya dengan emosi semata," kata tokoh agama yang disegani ini.

Satu perkara yang wajar PAS akui, jelasnya, ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul.

"Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS. Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari.

"Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis: “Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.

"Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang.

"Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah...”

"Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari," kata Dr Asri.

Dr Asri berkata, ini tidak bermakna beliau setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi cuma beliau hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan ke atas Dr Aziz pada hal tokoh akademik itu boleh dikategorikan sebagai rakan mereka.

"Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat," katanya.

Soalnya lagi,

"Bagaimanakah nanti jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?

Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar."


Akhirnya, kata Dr Asri, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.

Dr Asri turut menggariskan beberapa perkara berikut yang patut difikirkan oleh PAS:

1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?

2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?

3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?

4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?

5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?

6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?

7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

Sunday, October 25, 2009

Nizar! Apa itu Bajet 2010?

Berikut ialah intipati Bajet 2010 '1Malaysia, Kemakmuran Bersama':

1. Peruntukan wang berjumlah RM191.5 bilion yang meliputi RM138.3 bilion (72.2 peratus) untuk belanja mengurus dan RM53.2 bilion (27.8 peratus) untuk belanja pembangunan.

2. Bayaran khas RM500 kepada penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada bulan Disember ini.

3. Peningkatan pengecualian cukai pendapatan kepada penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus sebagai galakan untuk menarik lebih ramai pelancong kesihatan.

4. Pelepasan cukai individu ke atas yuran langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

5. Pinjaman pembelian komputer ditawarkan kepada penjawat awam setiap tiga tahun sekali berbanding lima tahun sekali sekarang.

6. Subsidi, insentif dan bantuan hampir RM2 bilion untuk membela nasib golongan petani dan nelayan.

7. Peruntukan lebih RM9 bilion untuk projek infrastruktur termasuk pembinaan jalan, jambatan, bekalan air, perkhidmatan pembentungan, pelabuhan dan perkhidmatan laut serta projek lapangan terbang.

8. Peruntukan tambahan RM20 juta di bawah Tabung Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) untuk usahawan kecil kaum India (Peruntukan sedia ada RM15 juta).

9. Peruntukan RM3 juta sebagai geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni bagi memastikan kebajikan warga seni sentiasa terbela dan diberi perhatian.

10. Peruntukan tambahan RM20 juta untuk memberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dengan sasaran 20 buah sekolah pada 2010.

11. Menganugerahkan Biasiswa Nasional kepada 30 pelajar terbaik di kalangan yang terbaik berasaskan kepada merit sepenuhnya. Penyandang Biasiswa Nasional ini akan melanjutkan pelajaran ke universiti tersohor di dunia.

12. Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya bermula tahun 2010.

13. Diskaun tambang 50 peratus bagi perkhidmatan kereta api KTMB jarak jauh kepada pelajar berumur 13 tahun sehingga mereka masih bertaraf pelajar bermula 1 Jan, 2010.

14. Pakej "netbook", termasuk perkhidmatan jalur lebar percuma, kepada 100,000 pelajar universiti tempatan dengan bayaran RM50 sebulan untuk tempoh dua tahun bermula 1 Jan, 2010.

15. Peruntukan RM100 juta bagi pelaksanaan Program PERMATA, yang memberi penekanan terhadap kaedah pengasuhan dan pendidikan awal kanak-kanak secara bersepadu dan terancang.

16. Perlindungan insurans dan takaful mikro untuk peniaga kecil-kecilan mendapat manfaat perlindungan dalam lingkungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan.

17. Menubuhkan 14 lagi Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan empat Mahkamah Tinggi Khas Rayuan Kes Rasuah.

18. Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010.

19. Semua kementerian dan jabatan kerajaan diwajibkan untuk menyediakan pusat penjagaan harian dan pendidikan anak-anak dengan setiap kementerian dan jabatan diberi peruntukan RM200,000 untuk penubuhannya.

20. Kadar cukai pendapatan individu maksimum dikurangkan daripada 27 peratus kepada 26 peratus berkuatkuasa tahun taksiran 2010.

21. Pelepasan diri kepada pembayar cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 mulai tahun taksiran 2010 bagi membolehkan pembayar cukai nikmati peningkatan pendapatan boleh guna sebanyak RM1,000.

22. Hampir 50,000 isi rumah miskin tegar yang berdaftar di bawah program eKasih dan 4,000 isi rumah Orang Asli yang telah dikenal pasti akan dibantu untuk mencapai matlamat sifar kemiskinan tegar. Peruntukan RM41 juta untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli.

23. Peruntukan RM48 juta bagi melaksanakan program pembasmian kemiskinan bandar meliputi bantuan kebajikan dan program bayaran sewa rumah dan Kementerian Wilayah Persekutuan ditukarkan nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

24. Penyediaan 74,000 rumah kos rendah oleh Jabatan Perumahan Negara untuk disewa pada tahun 2010.

25. Pelancaran skim KWSP pada Januari 2010 bagi membolehkan pencarum mendapatkan jumlah pembiayaan lebih besar bagi pembelian rumah yang bernilai lebih tinggi atau bagi pembelian rumah tambahan.

26. Peruntukan RM224 juta kepada OKU untuk bantuan, melaksanakan Program Pemulihan Dalam Komuniti dan peruntukan RM174 juta untuk warga emas.

27. Kadar elaun kanak-kanak OKU di sekolah pendidikan khas kelolaan NGO dinaikkan daripada RM50 kepada RM150 sebulan bagi setiap orang mulai 1 Jan 2010.

28. Penubuhan Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia yang diuruskan oleh KWSP.

29. Potongan caruman pekerja KWSP dinaikkan semula ke kadar 11 peratus secara sukarela berkuat kuasa serta-merta.

30. Membina jalan luar bandar sepanjang 510km dan jalan kampung sepanjang 316km dengan peruntukan RM857 juta termasuk jalan di Kapit, Lawas dan Simunjan di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan Keningau di Sabah. - Bernama.

Wednesday, October 21, 2009

Nizar kvv2: Anwar Ibrahim Tidak Percaya Rakan Politik Beliau?

Utusan Malaysia

Krisis dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dipercayai berpunca daripada hilangnya kepercayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kemampuan Naib Presiden parti itu, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mendakwa sewaktu menyertai PKR, Jeffrey telah diberi tugas untuk melebarkan pengaruh parti itu di Sabah namun beliau gagal walaupun ‘tsunami politik’ telah berlaku di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Katanya, Jeffrey kemudiannya diminta memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di sana supaya melompat parti bagi membolehkan pakatan pembangkang membentuk kerajaan Pusat, namun ia turut menemui kegagalan.

“Anwar menganggap Sabah sebagai sebuah negeri yang penting untuk dikuasai, sebagaimana BN yang menganggap Sabah sebagai satu ‘simpanan tetap’.

“Lantaran itu, Anwar mengambil alih jawatan pengerusi negeri selama kira-kira dua bulan sebelum diserahkan kepada orang kepercayaannya (Naib Presiden PKR) Azmin Ali,”
katanya yang dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Krisis dalaman PKR Sabah memuncak apabila 18 daripada 23 ketua bahagiannya membantah pelantikan Azmin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.

Ia ‘dipanaskan’ lagi dengan kehadiran Zaid Ibrahim pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Deepavali di Plaza Tanjung Aru malam kelmarin walaupun dinasihatkan oleh Anwar supaya tidak berbuat demikian berikutan bantahan Azmin sebagaimana dilaporkan sebuah portal berita.

Sewaktu berucap pada majlis itu Zaid melahirkan harapan supaya PKR tidak akan didominasi oleh kumpulan tertentu yang mempunyai agenda mereka sendiri.

Anuar berkata, sebagai ahli politik berpengalaman di Sabah, Jeffrey tidak berdiam diri malah bijak memanipulasi keadaan dengan melibatkan Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau mendakwa, Zaid digunakan oleh Jeffrey untuk mendapatkan publisiti dan membawa krisis itu ke peringkat nasional.

“Zaid walaupun tidak mempunyai penyokong akar umbi merupakan seorang yang lantang dan mampu meraih publisiti selaras dengan statusnya sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Inilah cara terbaik untuk Jeffrey membawa masalah itu ke peringkat nasional, jika tidak ia hanya diperkatakan di Sabah sahaja,”
katanya yang menyifatkan hayat politik Jeffrey dalam PKR sudah menghampiri penghujung.

Sementara itu, Anuar yang merupakan bekas Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh berkata, beliau percaya Azmin akan menerima padah di dalam kemelut politik Sabah yang sememangnya unik dan sukar difahami pemimpin dari Semenanjung.

Katanya, risiko itu semakin diburukkan oleh sikap Anwar yang terlalu melebihkan Azmin berbanding kehendak akar umbi.

“Saya percaya sudah ada pemimpin PKR Sabah telah menemui Anwar dan mengadu mengenai masalah tersebut.

“Berdasarkan pengalaman peribadi saya, Anwar biasanya akan membuat janji bagi memuaskan hati semua pihak, tapi akhirnya isu di Sabah meledak juga,” katanya
yang mendakwa masih menerima maklumat daripada ‘rakan-rakan’ lama dalam PKR.

Tuesday, October 06, 2009

Nizar kvv2 : Undi Pos vs Undi Tak Pos ?

Zukri Aksah

Kempen Pilihanraya Kecil Bagan Pinang sedang rancak berjalan. Sebagaimana diketahui, BN telah mempertaruhkan bekas Menteri Besar Negri Sembilan, Tan Sri Isa Samad yang pernah didapati bersalah terlibat dalam politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno sebagai calon mereka. Maka latar belakang hitam ini menjadi modal utama PAS dan PR dalam menentang BN kali ini.

Bagi tokoh Umno Pahang, yang juga mantan ADUN Pulau Manis, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, tidak sukar untuk menebak strategi yang digunakan Pakatan Rakyat di Bagan Pinang ini, iaitu mencipta seberapa banyak kerosakan terhadap calon BN. Sudah pasti kempen Pakatan Rakyat kali ini terarah kepada calon, bukan gagasannya.

Ariff mendakwa, Pakatan Rakyat akan cuba mendedahkan sebanyak mungkin keburukan dan perkara cemar tentang Isa Samad semata-mata mahu merendah-rendahkan kredibiliti beliau. Lebih dari itu tambah Ariff, sebagaimana biasa, SPR oleh Pakatan Rakyat akan dituduh sebagai alat menekan mereka oleh parti pemerintah, BN.

Strategi sebegini bagi Ariff tidak lebih sekadar sikap bermuka-muka kalangan pemimpin Pakatan Rakyat yang kononnya berjuang untuk ketelusan. Padahal strategi ini adalah lapuk dan cliché.

Caranya diketahui oleh kebanyakan pemerhati dan penganalisis politik, iaitu memusnahkan segala asas legitimasi, kemudiannya bertindak melegitimasikan pula tindakan mereka atas nama perjuangan menegakkan keadilan.

Akhirnya jelas Ariff, Pakatan Rakyat akan terperangkap dalam dosa demokrasi yang biasanya dituduh mereka dilakukan oleh BN, iaitu menghalalkan cara demi matlamat.

Ariff berhujah yang sikap bermuka-muka Pakatan Rakyat ini boleh dibuktikan contohnya dalam isu pengundi pos.

PAS baru-baru ini menyatakan bahawa dari jumlah hampir 5,000 orang pengundi pos di Bagan Pinang yang disenaraikan SPR, hanya seribu lebih yang betul-betul masih berstatus itu.

Selebihnya sudah bersara dan menjadi rakyat biasa, lalu bagi PAS mereka ini sepatutnya menjadi pengundi biasa, bukan pengundi pos.

Namun, tambah Ariff lagi, dalam beliau tidak menafikan kemungkinan kebenaran kenyataan itu, PAS dan Pakatan Rakyat ulasnya ternyata sengaja menyembunyikan fakta di sebalik keadaan tersebut, iaitu bukan tugas SPR untuk mendaftarkan bekas tentera ini sebagai pengundi biasa.

Adalah tanggungjawab pengundi untuk memaklumkan apa-apa perubahan tentang status mereka kepada SPR. Dalam kes pengundi pos Bagan Pinang, Ariff fikir mungkin bekas-bekas angkatan tentera ini tidak mendaftar diri mereka sebagai pengundi biasa, maka dalam senarai SPR mereka kekal sebagai pengundi pos.

Banyak lagi isu lain yang cuba dipermainkan Pakatan Rakyat, seperti nombor siri kertas undi dan sebagainya semata-mata mahu mencapai matlamat politik mereka, walaupun mereka sendiri tahu kebaikannya dalam memastikan proses pilihanraya berjalan lancar, ujar Ariff seterusnya.

Lalu seru Ariff kepada masyarakat di luar sana, khususnya pengundi di Bagan Pinang supaya tidak mengikut pengkagum yang menerima tanpa soal setiap tuduhan yang dilontar dengan penuh nada marah dan tanpa pembuktian kukuh ini.

Ariff percaya strategi Pakatan Rakyat ini adalah dari bilik operasi perang saraf PKR, yang kononnya membawa agenda ketelusan tetapi bau busuk yang menerawang sudah semakin sukar mahu ditutup.

Dengarlah ucapan-ucapan pemimpin-pemimpin PKR ini, dakwa Ariff lagi ia tidak lebih sekadar celaan yang penuh dengan tipudaya dan cerita sesat yang bertujuan hanya satu, meletakkan Isa Samad di tempat sehina-hinanya, sementara mengangkat PKR sebagai putera yang paling mulia.

Friday, October 02, 2009

Nizar Kvv2: Kesetiaan Pemimpin PAS Ditempelak Oleh Pemimpin Sendiri!

Khalid Samad, YDP PAS Shah Alam berkata, strategi yang ditetapkan PAS telahpun mengambil kira dasar-dasar yang didukungnya, maka pemimpin-pemimpinnya perlu akur dengan arahan berkenaan.

Beliau turut menyindir pemimpin parti Islam itu yang didakwanya cuba berselindung di sebalik slogan yang menarik seperti "dasar mesti sentiasa diutamakan berbanding strategi" dan "PAS dijunjung atas kepala, Tahaluf Siyaasi (kerjasama politik) hanya di paras bahu".

Menulis di dalam blognya hari ini, Khalid juga berkata pemimpin-pemimpin PAS perlu berusaha mengukuhkan Pakatan Rakyat dan bukannya "sengaja mencari perbalahan."

"Mereka yang berusaha untuk menggagalkan PR (Pakatan Rakyat) dengan membawa soal Melayu-Islam, merekalah yang tidak wala'... walaupun mereka merupakan pemimpin!" tegasnya dalam tulisan di www.khalidsamad.com itu, tanpa menamakan individu yang dimaksudkan.

Ini merupakan tulisannya yang kedua di laman tersebut, yang dilihat cuba menjelaskan pendiriannya berhubung pergeseran yang timbul di antara beliau dengan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali berhubung soal wala' (patuh) kepada kepemimpinan parti.

"Dan disinilah perlunya wala' yang sebenar. Iaitu patuh kepada arahan berhubung strategi, persoalan yang boleh dipertikaikan, tidak seperti hukum dan dasar. Namun ianya tidak dipertikaikan kerana keputusan telah pun dibuat dan kita wala'," tulisnya lagi. - seterusnya.

Thursday, October 01, 2009

Nizar Kivv2: Anak Emas DUN vs Anak Emas Yahudi.

Semasa berceramah di DUN bagan Pinang tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyentuh sedikit tentang tanggapan bahawa dia mempunyai hubungan baik dengan pihak Yahudi. Namun beliau tidak menafikan dengan jelas sesungguhnya beliau tidak mempunyai hubungan dengan pemimpin yahudi.

Anwar Ibrahim tidak mahu menyinggung perasaan yahudi kerana beliau sangat bergantung kepada sokongan yahudi dalam menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional di Malaysia.

Semasa pemerintahan UMNO diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, semua orang tahu bahawa Tun adalah pengkritik hebat kekejaman yahudi di serata dunia terutamanya di Palestin. Ramai yang tahu bahawa Tun Mahathir merupakan penasihat kepada Yasser Arafat dalam usaha menegakkan kerajaan Palestin yang sah.

Itulah sebabnya setiap kali berlakunya kekejaman regim zionis di bumi Palestin, Yasser Arafat akan tiba di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Tun Mahathir. Malahan Yasser Arafat pernah berjanji bahawa sekiranya bumi Palestin berjaya dibebaskan dan menjadi negara berdaulat, Tun Mahathir akan menjadi orang pertama yang akan dipelawa untuk bersolat di Masjidil Aqsa bersama-sama umat Islam Malaysia. Tun Mahathir menjadi simbol harapan kepada rakyat Palestin.

Tun Mahathir pernah menimbulkan ketakutan di kalangan pihak yahudi apabila mantan Perdana Menteri Malaysia itu mengatakan dan mendedahkan bahawa yahudi memerintah dunia menggunakan proksi.

Apabila Tun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, orang-orang Yahudi merasa lega kerana ini bermakna Tun tidak akan memimpin OIC. Pertubuhan Islam itu dan dunia Islam menjadi lemah selepas ketiadaan Tun Mahathir untuk menghalang cita-cita Yahudi. Yasser Arafat pula akhirnya meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis. Beliau dikatakan telah diracun oleh perisikan yahudi.

Ramai yang bertanya bagaimanakah dan dari manakah Anwar Ibrahim memperoleh wang yang begitu banyak untuk menghadapi pilihanraya umum ke 12 yang lalu?

Dikatakan bahawa wang yang dibelanjakan oleh Anwar Ibrahim mengatasi wang yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional. Semua orang tahu bahawa Anwar Ibrahim mempunyai ramai rakan yahudi yang bercita-cita untuk memusnahkan kerajaan Islam di Malaysia.. Cuba lihat apa yang telah berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Lebanon, Iran, Syria dan banyak lagi negara Islam. Semuanya dimusnahkan oleh yahudi.

Di Malaysia, Anwar Ibrahim adalah anak emas Yahudi. Beliau disokong penuh oleh yahudi seluruh dunia. Anwar Ibrahim tidak pernah mengkritik yahudi. (seterusnya)

ARTIKEL TOP MINGGU INI.