JOIN FACEBOOK DR MIM

Friday, December 04, 2009

Nik Aziz Lagi!

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri yang semakin menyimpang jauh apabila kepimpinannya mula dipertikaikan umum.

Sehubungan itu Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah menggesa agar Mursyidul Am Pas itu tidak terus mempertahankan jawatannya supaya maruah dan harga dirinya terus terpelihara.

''Nik Abdul Aziz perlu segera melepaskan jawatan agar tidak merugikan lagi agama, bangsa dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, biar pun dirinya mula menjadi sasaran cemuhan dan diperlekehkan, namun menjadi kewajipannya untuk bersama-sama membetulkan keadaan kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz makin menyimpang.

''Biarpun saya dianggap tidak mempunyai tauliah dan cetek tentang perkembangan semasa, saya tetap terdedah kepada perkhabaran yang sesetengahnya sudah cukup jelas dan nyata.

''Bayangkan selama ini beliau cuba menyamakan sifat Tuhan dengan manusia seperti Tuhan mencarut dan samseng. Tetapi yang lebih memilukan saya dia menolak perpaduan sesama Islam dalam saat getir.

''Pemimpin parti seperti Haji Hadi dan Nasaruddin dihina sedemikian rupa hanya kerana mereka ingin mencari kebaikan. Malah sudah kedengaran janji memberikan status seimbang antara Islam dan bukan Islam apabila Pas dapat memerintah,'' katanya.

Sehubungan itu, katanya, adalah wajib bagi semua pihak menegakkan kebenaran dan membetulkan sebarang penyelewengan.

''Saya tidak punyai kepentingan lain selain mahu turut menghentikan segala penyimpangan yang berkait dengan nafsu politik," tegasnya.

Baru-baru ini Abdullah dilaporkan berkata Nik Abdul Aziz perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Katanya, sudah sampai masanya untuk beliau membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur. - seterusnya.

Nik Aziz Mengira Hari ?

Penganalisis politik menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan berikutan tindak-tanduk politik beliau yang semakin menyeleweng daripada ideologi parti sehingga mencetuskan kegelisahan umat Islam.

Menurut mereka, jika Menteri Besar Kelantan itu tidak berundur, dikhuatiri parti itu semakin lemah dan bakal berkubur khasnya di Kelantan.

Kata mereka, Pas 'hilang maruah' apabila Nik Abdul Aziz sanggup membiarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' orang bukan Islam khasnya pemimpin DAP demi kelangsungan hayat politiknya.

Prof. Datuk Zainal Kling berkata, Mursyidul Am Pas itu sudah mula memesongkan ahli Pas supaya turut mengikut telunjuk orang bukan Islam demi menjaga hati mereka.

Sambil memberi contoh beberapa isu berkaitan kepentingan orang Islam di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Nik Abdul Aziz tidak membela Islam tetapi sebaliknya mencari helah mempertahan pemimpin DAP yang menghina Islam dengan alasan 'mereka tidak faham Islam'.

"Sudah wajar beliau (Nik Abdul Aziz) meletakkan jawatan dalam politik dan sebagai Menteri Besar kerana tindakannya semakin menggusarkan orang Islam.

"Beliau tidak lagi dapat mempertahankan prinsip-prinsip persaudaraan Islam dalam menghadapi serangan dan ejekan orang bukan Islam demi kepentingan politiknya.

"Beliau membiarkan orang bukan Islam meremehkan al-Quran dan menghina pemimpin Islam,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini - seterusnya.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.