FACEBOOK DR MIM

Monday, March 22, 2010

Pendedahan Dr Puad Zarkashi vs Anwar Ibrahim.

Timbalan Menteri Pelajaran dan Ahli MT UMNO YB Dr. Hj. Mohd. Puad Zarkashi hari ini menyifatkan Ketua-Pembangkang-Tanpa-Parti Anwar “Mat King Leather” Ibrahim sebagai “Seorang yang terdesak dan penuh ‘keyakinan palsu’”.

Beliau membuat kenyataan ini selepas majlis pelancaran buku “Tunggu Apa Lagi” karya blogger dan penganalisa politik Norizan “Nobisha” Shariff semasa Pesta Buku 2010 di PWTC.

Ahli Parlimen Batu Pahat ini memberikan cerita penuh dan lengkap episod dimana beliau cuba ‘dipinang’ Anwar Ibrahim, bermula dengan lawatan back bencher ke Taiwan September 2008.

Hari terakhir lawatan semasa mereka hampir meninggalkan Taipei, beliau telah berjaya dihubungi oleh Ahli Parlimen PKR Machang Saifuddin Nasution Ismail dan dipujuk untuk meninggalkan BN dan menyokong Anwar kerana memberikan alasan “Kerajaan Persekutuan BN hampir jatuh tidak lama lagi”.

Saifuddin juga mengaku bahawa beliau ditugaskan untuk ‘menjaga’ beberapa orang MP BN dari Sabah.

Sejurus selepas tiba di Malaysia, wakil dan rakan karib Anwar Dr. Abdul Rahim Ghouse cuba menghubungi beliau dan dengan segera ke Batu Pahat malam itu juga untuk bertemu Dr. Puad.

Pada pertemuan yang berlaku jam 200 pagi pada 19 September 2008 itu, Dr. Rahim menerangkan bahawa Anwar telah berjaya mendapat cukup quorum dan memerlukan seorang Ahli Parlimen Melayu untuk menjaga Johor. Lantas, beliau menelefon Anwar dan Mantan-Banduan-Salahguna-Kuasa itu bercakap sendiri dengan Dr. Puad.

Anwar mengaku bahawa mereka sudah mendapat cukup sokongan MP BN untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, yang dijangkakan akan berlaku pada 22 September 2008.

MP BN telah memberikan akuan bersumpah dan surat dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan untuk menerima Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI. Anwar juga mendakwa bahawa Angkatan Tentera Malaysia juga menyokong ‘peralihan kuasa’ dari BN ke PR ini.

Semasa dihubungi oleh Dr. Rahim keesokan hari, Dr. Puad memberikan jawapan negatif kerana beliau berpendapat menyokong Anwar merupakan “Menjual negara” dan beliau lebih rela menjadi Pembangkang dalam Dewan Rakyat sekiranya ‘peralihan kuasa’ pada 22 September 2008 ini benar. Namun, ianya terbukti palsu sehingga hari ini.

Dr. Puad juga berpendapat bahawa Anwar yang dibelenggu kes liwat buat kali ke 2 terdesak “Berbohong dan menipu dengan dokumen rasmi (surat akuan bersumpah dan surat) dan menjual nama SPB YDP Agong” untuk mengangkat diri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke VI kerana inilah hanya selesaian terakhir untuk mengelakan beliau dari didakwa dan adili oleh Mahkamah Jenayah.

Beliau amat meyokong agar pihak berkuasa mengadakan siasatan lengkap atas pendedahan MP Bayan Baru Dato’ Seri YB Zahrain Hashim dalam Dewan Rakyat minggu lepas.

Dr. Puad juga menyifatkan Anwar telah memperdaya dan membohongi MP PKR seperti YB Zahrain untuk memberikan ‘keyakinan palsu’ bahawa ‘peralihan kuasa’ 16 September 2008 tetap akan berlaku.

Namun tembelang Anwar sebagai seorang pembohong dan gagal melunaskan janji makin terserlah dan akhir tiga MP PKR Zahrrain, Tan Tee Beng dan Mohsin Fadzil bertindak keluar parti, disamping enam orang ADUN Osman Jailu, Jamaluddin Radzi, Radzi Salleh, Arumugam, Fairus Khairuddin dan Badrul Hisham sebelum itu. (seterusnya)

9 comments:

  1. Sebenarnya Begini lah sikap hipokrit saorang manusia yang bernama nuar brahi..dia tak berani menerima dan mendengar kenyataan yang menjerat dirinya sendiri ..dia akan cuba mengelakkan diri sama sebagaimana kes liwat dia..begitu juga diparlimen dia akan menggunakan sepenuhnya kuasa sipacacai beliau untuk cuba mengganggu ataupun melewat-lewatkan apa juga pendedahan yang boleh menjatuhkan martabat beliau..

    Baru last week Yang Dipertuan Agong dah mengingatkan MP supaya berkelakuan baik didalam dewan...tetapi MP pembangkang ni mana tau adap sopan pun..pada mereka diluar ataupun diadalam dewan sama sahaja..sebab mereka ni pejuang upahan sahaja..takde integriti pun sebab tu lah perangai mereka ni lebih buruk daripada monyet dalam hutan..perlakuan monyet didalam zoo lagi baik..diantara monyet belaan nuar yang paling hebat melompat adalah si gelap dari padang serai dan pokok sena..sekarang ni udah ditambah dengan minah ronggeng daripada ampang. nasib baik lah siratu bogel pkr tu cuma adun sahaja kalau tak tu mau dia ni angkat kain dalam dewan kut..

    ReplyDelete
  2. walaupun seandainya berlaku pembohongan oleh anwar ibrahim namun tak kemana pun terjadi keatas malaysia ni,tapi yang herannya apabila pembohongan oleh menteri2 umno tentang hal2 yang boleh mengugat keselamatan negara tak pulak diambil tindakan,pembohongan najib tentang kes altantuya walaupun macam2 pendedahan demi pendedahan oleh berbagai media seluruh dunia, tak dak pulak orang umno kecoh,pendedahan maklumat sulit keselamatan negara bocor,tak dak susulan pun,pendedahan komisyen kapal selam,senyap aje,pendedahan kapal tak leh selam, pendedahan enjin hilang,pendedahan rasuah pemimpin umno.fuh....byk lagi kalau nak senaraikan sikap dan sifat umno munafik ni,awat orang umno tak kecoh pun,pendedahan kes2 murtad,pendedahan salahguna kuasa pemimpin umno SPRM buat2 tidoq,pendedahan salah laku pemimpin umno dengan seks,judi,arak awat geng2 juara rakyat pembela bangsa dan agama tak ambik pusing pun.memang dasar UMNO MUNAFIK lagi FASIQ juara menipu.merosak,menghancurkan bangsa dan agama..dulu,kini dan selamanya.macam ni punya perangai pemimpin2 umno munafik masih ada melayu2 yang banggang dan baghal dok sokong separuh mati kat umno munafik ni.sudah terang lagi bersuluh memang umno ni bapak segala kemungkaran dan kerosakkan seluruh sistem kat malaysia ni.haaaah...... sampai bilalah agaknya melayu2 banggang ni akan tersedar dari mimpi yang pemimpin2 umno munafik ni tipu depa hidup2.Fuhh......memang tanda akhir zaman yang zalim disanjung dan dipuja. kesian melayu kat melayu2 tonggok yang dok ada ni.

    ReplyDelete
  3. Anony 3:35,

    Anda memang seorang yg buta hati dan buta mata.

    Sekurang2nya Najib telah bersumpah muhabalah menafikan penglibatan beliau dgn Altantunya.

    Anwar Ibrahim ?

    Sampai sekarang masih mahu berdolak-dalih dan mahukan simpati daripada aktivis gay/lesbian di Barat.

    ReplyDelete
  4. IKLAN JAP. TANGGAL 16. bulan 9. 2008...(LAGU VERSI BARU KEMERDEKAAN) ALyhm. Sudirman.. siapa pandai karang , boleh cepat2 wat. parlemen mesia nak beli nak buat lagu parlemen rasmi punya utk sambut anua balik nanti..

    ReplyDelete
  5. salam...buat Dr.
    saya rasa Dr ni kurang arif tentang agama islam dan hukum2nya.Anwar bawa kes ni ke mahkamah syariah kenapa ditolak kerajaan umno, sedangkan kes ini melibatkan kepentingan seluruh umat islam,ia bukan saja mengaibkan anwar tapi keseluruhan umat islam,jadi jalan penyelesaiannya adalah melalui hukum yang Allah tetapkan kepada seluruh manusia.bagi saya sumpah itu bukan jalan selesai utk penyedap telinga mendengar,biar kita buktikan dalam aturcara hukum islam,jikalau anwar bersumpah sekalipun adakah kes ini akan selesai? saiful juga bersumpah namun kes ini belum juga dapat diselesaikan malah memburukkan lagi keadaan dengan bermacam andaian masyarakat.Biarlah mahkamah syariah yang layak untuk selesaikan kes yang membabitkan orang islam, sebabnya mahkamah sivil sekarang seperti ada "tangan2 ghaib" yang menentukan setiap keputusan hakim.Walaupun malaysia ni tak menjalankan hukum islam itu sepenuhnya tapi inilah satu2nya alternatif yang kita ada buat umat islam merujuknya.

    ReplyDelete
  6. Anak Watan,

    Anda menulis :-

    "bagi saya sumpah itu bukan jalan selesai utk penyedap telinga mendengar,biar kita buktikan dalam aturcara hukum islam,jikalau anwar bersumpah sekalipun adakah kes ini akan selesai?"

    Kenyataan anda ini berunsurkan syirik. Jika anda sendiri mengganggap bahawa bersumpah dgn nama Allah swt bukan jalan selesai, anda sebenarnya telah merendah2kan Allah swt.

    Lain kali, fikir dahulu sebelum menulis.

    Nanti buta2 sahaja anda yang mendapat dosa besar mempertahankan orang yang bersalah.

    ReplyDelete
  7. Nanti buta2 sahaja anda yang mendapat dosa besar mempertahankan orang yang bersalah.

    SAYA KAGUM DENGAN ANDA, DAH TAHU ORANG TU BERSALAH. LEPAS NI JANGAN JADI DOKTOR BAI, JADI TERUS HAKIM

    PAK YA, PEKAN DARAT

    ReplyDelete
  8. SUMPAH2 NI BLH PAKAI KE?March 24, 2010 at 9:15 AM

    Kata lah buat kat mahkamah syariah.Hujah mendpati Anuar besalah.ADAKAH ANWAR AKAN CAKAP BETUI LA, SY TRIMA, SY MMG PELIWAT. pirahh.. so atleast jk anwar buat sumpah laknat keatas diri,isteri anak2nya.Barula salah sorang mngkin menipu. Tungu saja la PETUNJUK ATAU BALA NYA! TU SEBAB ada term SUMPAH LAKNAT ! DLM ISLAM.SERAH PD ALLAH BULAT2-JIKA IMAN SEPADU BOLA BESI ! Wahai idola ku dulu.INI TIDAK! BUKAN FITNAH KE KATA sepul dah jatuh sakit teruk punya.Buntut dia dah bla bla bla.! Bila tgk sepul ok, XPELIK...

    ReplyDelete
  9. dr, biarkan puak sesat tu dengan pendapatnya...pada aku, kalau nuar tu tak salah, kenape takut bersumpah???

    ape yang nak ditakutkan...panggillah press untuk buat semua ni...ni jaja air liur serata alam untuk buat penafian, buang masa je...

    bersumpahlah atas nama ALLAH depan orang ramai setiap kali jaja cerita tu, barulah orang percaya...

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.