Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, June 25, 2010

Warga FELDA Marah Pembangkang !

Para peneroka FELDA marah dan tidak berpuas hati dengan penyiaran berbentuk fitnah media massa pembangkang khususnya Suara Keadilan yang mendakwa FELDA bankrap.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) FELDA Wilayah Raja Alis, Jempol, Negeri Sembilan, Othman Parman kecewa dan marah apabila membaca kandungan tabloid media pembangkang.

“Apa yang mereka dedahkan tidak benar sama sekali dan dakwaan mereka adalah satu penghinaan kepada warga FELDA yang selama ini bertungkus-lumus mahu memastikan kehudupan dan selesa dan sejahtera,” katanya.

Beliau amat menghargai langkah kerajaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka agar hal sedemikian tidak berulang lagi.

Sementara itu, Ketua Penerokawati FELDA Wilayah Raja Alis, Jelai 2, Gemas, Negeri Sembilan, Ramlah Jelani turut meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pembangkang yang dianggap keterlaluan.

“Semua dakwaan mereka tidak benar. FELDA telah banyak membantu membangunkan masyarakat dan hal-hal kebajikan termasuklah beri bantuan pendidikan, kemahiran, pekerjaan, perumahan dan macam-macam lagi,” jelas beliau.

Rosiah Imran , Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita Wilayah Trolak yang turut mengakui bahawa jasa FELDA tidak ternilai kerana telah membangunkan masyarakat luar bandar dan tanah-tanah rancangan dengan cemerlang.

“Saya anak peneroka di FELDA Sungai Tengi dan kemudian berkahwin dengan peneroka, jadi saya tahu apa yang berlaku kerana merasai sendiri sumbangan FELDA sejak kecil hinggalah saya mempunyai keluarga sendiri.”

Lantaran itu, mereka menasihatkan masyarakat termasuk warga FELDA agar tidak terpengaruh dengan dakyah dan mainan politik pembangkang yang memanipulasi FELDA.

Sementera itu, Presiden Majlis Belia FELDA Malaysia, Anuar Abdul Manap akan turun padang bagi memberi penjelasan kepada warga akar umbi FELDA berkaitan maklumat sebenar yang dimomokkan oleh pembangkang.

“Kita tidak setuju apabila istilah bankrap diberikan kepada FELDA kerana dakwaan tersebut tidak benar sama sekali,” tegas beliau.

Laporan terkini mencatat 1.6 juta generasi baru melibatkan generasi pertama hingga generasi ketiga dan perbelanjaan utama sejak 2004 hingga 2009 melibatkan RM2.41 bilion pelbagai pembangunan sosioekonomi (pembangunan peneroka dan generasi baru), RM2.42 bilion program tanam semula/sara hidup dan bayaran pendahuluan hasil.

Selain itu, RM603 juta dibelanjakan untuk pinjaman pembesaran rumah tanpa riba yang melibatkan 19,546 peneroka, RM662 juta membina Menara FELDA yang nilainya pada 2008 RM935 k/p melonjak kepada RM1,400 – RM1,500 k/p.

Antara perbelanjaan lain ialah projek program basmi kemiskinan Negeri Sabah (RM269 juta), perumahan warga Felda (PWF) yang melibatkan RM134 juta dengan lima projek telah siap selain 10 lagi dalam pembinaan dan RM220 juta bagi menaik taraf prasarana bekalan air bersih bagi kawasan FELDA di Pahang
. seterusnya

Thursday, June 24, 2010

Nik Aziz Bawa Pengaruh Wahabi ?

Masih ramai di luar sana yang masih tidak mahu percaya bahawa Nik Abd Aziz Nik Mat membawa pengaruh wahabi. Tidak dinafikan juga ramai di kalangan alim ulama yang sudah arif mengenai kewahabian Nik Abd Aziz.

Kini tok-tok guru pondok pula bangun mentahzir masyarakat tentang bahaya yang dibawa oleh Nik Abdul Aziz ini.

Usah menuduh mereka sebagai UMNO, mereka tiada kaitan langsung dalam hal politik .

Hanya mereka yang bertuhankan politik sahaja dengan mudah menuduh orang yang menentang mereka sebagai UMNO dan banyak lagi gelaran. Amar makruf dan nahi mungkar adalah satu kewajipan tak kira kita didalam pertubuhan apa pun tak kira UMNO atau PAS.

Saya malas nak menulis bab politik disini. Mari kita tumpukan kepada hal yang lebih penting iaitu perkara akidah. Kenapa kami mengatakan Nik Abd Aziz menyerupai wahabi ?

Persoalan ini memerlukan huraian yang panjang dan tidak dapat tidak mesti di huraikan secara teliti untuk mengelak dari salah faham masyarakat terhadap bahaya agama wahabi ini.

Saya ingin menyenaraikan sebahagian dari kesalahan Nik Abd Aziz -


1.Mengatakan Allah duduk bersila di atas Arsy seperti dia duduk bersila
2.Mengatakan Allah turun pada langit bumi
3.Menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak bahkan menghina Allah seperti sifat 'samseng'
4.Menghina nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai budak kampung
5.Mengatakan sambutan Maulid Nabi صلى الله عليه وسلمmeniru ajaran Kristian
6.Menghina institusi pondok
7.Mengkafirkan seteru politik (UMNO) dengan mengatakan mereka berakidah seperti komunis dan ayah pin yang kafir
8.Mengatakan Kristian laknatullah boleh menggunakan nama Allah dalam Bible mereka
9.dan banyak lagi....

Cukuplah jika saya senaraikan sebahagian sahaja seperti diatas. Kanak kanak yang baru belajar fadu ain pun tahu ianya salah. Ianya menjadi satu alasan yang kukuh mengapa kami menentang Nik Abd Aziz Nik Mat habis habisan.

Nik Abd Aziz bukan seorang ulama dan jauh sekali sebagai seorang wali. Orang seperti inilah yang membawa bala bencana dalam masyarakat Islam. Justeru , tidak ada lagi alasan bagi mereka yang ingin mempertahankan kesalahan yang dibawa oleh Nik Abd Aziz.

Jauhi taksub kerana taksub hanya akan membuatkan kita jauh dari kebenaran. Bukalah mata , bukalah hati. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.-
seterusnya.

Wednesday, June 23, 2010

Pemimpin PAS Hipokrit - Luahan Penyokong PAS.

Nasihat yang diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya anggota parti berhati-hati dengan maklumat daripada blog, mengundang reaksi negatif daripada penggiat media berkenaan.

Salah seorang pengendali blog berpendapat, pandangan Abdul Hadi seperti itu menunjukkan sikap hipokrit pemimpin PAS yang pada ketika yang lain, sibuk menguar-uarkan mengenai kebebasan media.

Mat Saman Kati, pengendali Perak Express berkata PAS sepatutnya menggunakan peluang untuk lebih mendekati golongan penulis blog dan bukannya mengambil sikap bermusuhan dengan mereka.



Katanya lagi, sikap yang ditunjukkan itu dilihat sebagai satu perkembangan baru di kalangan pemimpin PAS yang mula menyedari realiti semasa.

"Dulu tidak ada macam ini, tidak ada orang yang berani tegur pemimpin PAS atau beri peringatan. Sekarang jadi fenomena baru apabila ahli PAS kritik presiden sendiri tanpa berselindung lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambahnya, semakin ramai penyokong Pakatan Rakyat yang menulis blog apabila melihat kemenangan besar calon-calon mereka dalam pilihan raya Mac 2008.

"Harapan mereka tidak tinggi. Mereka cuma mahu lihat janji pilihan raya itu ditunaikan - janji-janji tentang kebebasan media, kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara," katanya lagi.

Bagaimanapun, ramai di kalangan penulis blog yang berasa kecewa apabila pandangan yang diketengahkan melalui blog mereka tidak dihargai oleh para pemimpin.

"(Penulis blog) rasa sumbangan mereka ini sia-sia saja, sedangkan blogger Pakatan Rakyat inilah yang giat untuk tingkatkan imej Pakatan, tapi tidak dihargai.

"Pandangan kita dibakulsampahkan, dipanggil dengan nama 'luncai', 'pengkhianat', sedangkan kita bukan hendak kutuk semata-mata. Kita juga sedia dikutuk,"
katanya.

Jelasnya, pemimpin berkenaan bagaimanapun enggan bekerjasama dengan mereka, sebaliknya lebih cenderung untuk bermusuhan.

"Dalam PAS, cukup jelas siapa yang menentang dan menyokong blogger. Yang menentang itu ialah geng-geng yang (usaha membentuk) kerajaan perpaduan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang, (timbalannya) Nasharuddin (Mat Isa) -
seterusnya

Monday, June 21, 2010

Anwar Ibrahim Merapu Lagi...

Unta Belang

Unta Belang cukup hairan dan pelik dengan perangai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup memperlekehkan usaha kerajaan membendung kegiatan pengganas semata-mata untuk kepentingan survival politiknya.

Ini terbukti apabila beliau semalam membidas kerajaan kerana kononnya kerana cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu nasional kepada kegiatan pengganas di negara ini.



Katanya, kerajaan Barisan Nasional dan UMNO cuba mengalihkan tumpuan rakyat daripada isu-isu seperti judi sukan, pembabitan Israel melalui firma antarabangsa Apco Worldwide dan pemberian tanah-tanah utama di Kuala Lumpur kepada sektor swasta.

Astagfirullahazim, apa yang Anwar merapu ni?

Kerajaan bercakap soal keselamatan negara tetapi beliau bercakap soal lain pula. Inilah manusia bernama Anwar Ibrahim yang tak habis-habis nak 'korner' sana-sini demi mewujudkan kebencian rakyat terhadap kerajaan sekarang. - seterusnya

Friday, June 18, 2010

Kami Tahu Siapa Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR 16 Jun - Sikap berpura-pura dan 'talam dua muka' Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberikan pelbagai kenyataan terhadap beberapa isu sememangnya sudah diketahui umum.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, daripada pembentukan 'Kerajaan 16 September' hingga kepada jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk DAP, semuanya adalah palsu untuk menutup kes liwatnya yang masih dibicarakan di mahkamah.
.

''Terbaru sikap berpura-pura jelas dilihat dalam isu penentangan terhadap lesen pertaruhan sukan. Walhal, ketika masih dalam Kabinet dahulu, beliau adalah penyokong kepada syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum).

''Ini didedahkan sendiri oleh rakan karibnya, Datuk S. Nallakaruppan yang jelas menampakkan lagi siapa dirinya yang sebenar. Pendedahan ini bagi saya tidak memeranjatkan kerana ia sudah diketahui,''
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nallakaruppan yang menyifatkan bekas rakan karibnya, Anwar tidak layak untuk bercakap soal penentangan berhubung lesen pertaruhan sukan.

Menurut Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), sepanjang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenalinya sebagai 'penyokong' syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.

Nallakaruppan mendakwa, sewaktu masih berada dalam Kabinet, Anwar sendiri beberapa kali menggunakan khidmat jet milik Magnum untuk ke luar negara.

Zahid berkata, dalam isu jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk DAP, Anwar kelihatan 'tidak berpijak di bumi nyata' kerana kerusi Parlimen PKR semakin berkurangan berbanding DAP.

''Sedangkan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen pun diberikan kepadanya atas ihsan DAP.

''Kerusi Parlimen milik PKR sudah berkurangan dan saya tidak fikir DAP akan memberi laluan untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri jika DAP menguasai nanti,'' jelasnya.-
seterusnya.

Sila baca juga artikel menarik ini :- Updated: Video - Putar Belit & Anwar Ibrahim Naik Angin - Video Eli Wong.

Tuesday, June 15, 2010

Anwar Ibrahim Terus Bermain Wayang.

KUALA LUMPUR 14 Jun – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengemukakan bukti bahawa beliau menerima rumah dan kereta baru daripada pihak tertentu sebagai ganjaran keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Zahrain yang merupakan salah seorang ahli Parlimen dari Konsensus Bebas berkata, Anwar tidak perlu berlengah-lengah lagi untuk mengemukakan bukti terhadap segala dakwaannya itu.


“Beliau tidak perlu terus ‘bermain wayang’ dengan membuat tuduhan demi tuduhan tanpa ada bukti. Ini semua sudah jadi politik kebudak-budakkan saja,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah tiga ahli Konsensus Bebas iaitu Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri.

Zahrain mengulas kenyataan Anwar dalam sidang Dewan Rakyat hari ini bahawa beliau dan ahli Parlimen Bebas lain menerima ganjaran tersebut sebagai syarat mereka keluar parti pembangkang.

Beliau berkata, Konsensus Bebas yang dianggotai wakil rakyat Bebas itu menganggap semua dakwaan Anwar itu sebagai pembohongan dan dusta semata-mata.

“Jika tidak ada bukti tolong diam. Hentikan segala tuduhan itu dan bersikaplah seperti seorang Ketua Pembangkang,” katanya.

Terdahulu sewaktu mencelah dalam perbahasan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) oleh Anwar, Zahrain mencabar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu supaya mengemukakan bukti berhubung tuduhan ‘pembelian’ ahli Parlimen PKR.

Zahrain turut menggunakan peluang itu untuk mendesak Anwar mengemukakan bukti-bukti berhubung dakwaan pembentukan kerajaan 16 September yang pernah dijaja Ketua Pembangkang itu.

Anwar bagaimanapun enggan mengemukakan bukti yang diminta sebaliknya menyindir Zahrain dengan berkata: “Tahniah, kereta baru, rumah elok. Semua orang tahu, satu Pulau Pinang tahu.

“Saya buat ucapan di luar tentang orang yang ambil wang ini, saya dah sebut di luar. Saya akan keluarkan kenyataan mengenai orang perantaraan yang sediakan berjuta ringgit pada ketikanya nanti.’’
- Utusan Malaysia.

Friday, June 11, 2010

Rakyat dibohongi lagi !

NOR SEDEK ISMAIL

HASIL perlombongan pasir yang bernilai RM120 juta adalah angka yang dijanjikan oleh kerajaan negeri kepada rakyat Selangor pada tahun lalu. Hasil itu diperoleh menerusi syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., (KSSB) iaitu anak syarikat kerajaan negeri yang diberi tanggungjawab untuk kegiatan tersebut.

Janji dikukuhkan lagi dengan hebahan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang memberi gambaran indah bahawa kerajaan negeri memiliki sumber kewangan kukuh untuk membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang masih melata di negeri ini.

Maklumat itu sentiasa dijaja kepada masyarakat bahawa banyak pembangunan akan dan sedang dilakukan kerana keuntungan itu akan disalurkan untuk menjayakan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Malah antara tujuan utama KSSB ditubuhkan pada Jun 2008 adalah untuk membantu kerajaan negeri menjayakan MES sebaik sahaja pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan Selangor.

Hampir setahun hebahan dan janji-janji itu ditabur, tetapi hakikat sebenarnya jauh daripada realiti apabila perolehan KSSB pada 2009 hanya mencecah RM10 juta sebelum cukai.

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Ir. Ramli Abdul Majeed, setelah ditolak cukai sebanyak RM8 juta yang menjadi milik syarikat, hanya RM1.3 juta diserahkan kepada kerajaan negeri untuk MES.

Pendedahan pada pendengaran awam yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) pada minggu lalu memang mengejutkan.

Akhirnya, tembelang kerajaan negeri terbongkar apabila dimaklumkan bahawa jika hasil RM120 juta itu masih mahu dicapai, maka KSSB perlu menggali 66 juta metrik tan pasir setahun atau menjual 5.5 juta metrik pasir sebulan.

Apa yang menghampakan rakyat, KSSB kini hanya mampu menjual 17 tan metrik pasir setahun dan royalti kepada kerajaan negeri hanya RM31 juta.

Inilah hakikat sebenar yang rakyat perlu tahu dan angka-angka itu keluar dari mulut bos KSSB sendiri yang fokusnya bisnes, tiada unsur politik atau untuk menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu.

Ramli yang berpengalaman luas dalam bidang perlombongan dan kepakarannya diiktiraf di peringkat antarabangsa memberi gambaran menggerikan dan mungkin tidak pernah terfikir oleh sesiapa pun.

Katanya, jika 66 juta metrik tan pasir digali, akhirnya Selangor akan menjadi sebuah negeri yang memiliki lubang yang amat besar sehinggakan rakyatnya tiada tempat untuk tinggal. Bayangkanlah jika ia betul-betul berlaku.

Sebenarnya fakta inilah yang disembunyikan kepada rakyat bahawa hasil perlombongan pasir boleh mencecah RM120 juta setahun tetapi natijahnya Selangor musnah menjadi satu lompang besar.

Fakta kerajaan negeri dan KSSB itu sepatutnya membuka mata rakyat untuk menilai semula janji-janji manis kerajaan negeri. Rakyat Selangor juga menilai mengapa janji-janji itu terus ditabur walaupun tahu dan sedar bahawa ia memang tidak mampu dicapai.

Begitulah tingginya harapan diletakkan kepada KSSB tetapi apakan daya, ia umpama hajat ingin memeluk gunung tetapi tangan tak sampai.

Wednesday, June 09, 2010

Sumpah : Anwar vs Dr Asri

Video - Usul Kutuk Serangan Israel Terhadap Gaza Freedom Flotilla

Tuesday, June 08, 2010

Kerajaan PAS Kelantan vs GRO .

KOTA BHARU 5 Jun - Walaupun gelaran Serambi Mekah menjadi identiti Kelantan, hakikatnya gejala sosial termasuk kehadiran pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di beberapa premis di negeri ini semakin berleluasa.

Ini terbukti apabila dalam tempoh tidak sampai sebulan, Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Kelantan telah menahan 81 GRO dari negara jiran yang aktif melakukan aktiviti tidak bermoral itu.


Terbaru, dalam serbuan di beberapa buah premis awal pagi ini, seramai 12 wanita warga Thailand ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.

Malah, Timbalan Penolong Pengarah (II) Bahagian Penguata Kuasa Negeri, Mohamad Zaidi Che Morad berkata, dalam serbuan di Pasir Mas, lima wanita Thailand ditahan ketika sedang memberi khidmat seks kepada pelanggan mereka.

Katanya, selain itu, seorang lelaki berusia 30-an ditahan di sebuah restoran di Pasir Mas kerana disyaki terlibat membawa masuk wanita-wanita tersebut dari negara jiran.

"Kesemua GRO itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 33 tahun dan didapati melanggar syarat pas lawatan sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, serbuan terbaru itu merupakan usaha berterusan Jabatan Imigresen ke seluruh negeri untuk memastikan gejala GRO tidak menular.

Dalam serbuan di sekitar negeri ini pada 11 Mei lalu, seramai 60 GRO berjaya ditahan manakala dua hari selepas itu, sembilan lagi GRO ditahan ketika menjalankan aktiviti mereka di daerah Tumpat.

Mohamad Zaidi berkata, kesemua wanita terbabit dihantar ke Depot Tahanan Sementara di Tanah Merah untuk tindakan lanjut.

"Siasatan akan dilakukan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan," ujarnya.

Monday, June 07, 2010

USAH MUSNAHKAN KEPERCAYAAN RAKYAT

APABILA kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, ramai rakyat Malaysia pening kepala. Isu ini juga menjadi modal pihak tertentu untuk meraih sokongan politik hingga ada yang sanggup mencanangkan, jika hari ini mereka menjadi kerajaan, esok harga minyak akan diturunkan.

Adakah kerajaan sudah bersedia menghadapi situasi ini sekali lagi?

Oleh itu, diharapkan agar pihak kerajaan lebih berhati-hati membuat keputusan penarikan subsidi. Kerana sebagaimana tulisan Esa Adam dalam Forum Khamis lalu, tujuan dan rancangan mungkin untuk kebaikan, tapi ia mungkin memusnahkan kepercayaan rakyat.

Banyak perkara harus difikirkan sebelum kerajaan membuat keputusan. Taraf ekonomi rakyat mesti ditingkatkan, rasuah mesti dihapuskan, perbelanjaan sesuatu projek mesti dioptimumkan dan fungsi sesuatu projek harus setimpal dengan nilainya.

Adalah tidak patut, projek bernilai RM20 juta, hanya berfungsi seperti projek RM10 juta malah ada yang langsung tak bermakna. Duit habis tapi hasilnya tiada
- Forum, Utusan Malaysia

Thursday, June 03, 2010

Bolehkah ? - Tentera Islam vs Tentera Israel ?

Prof. Madya Dr. Mohd. Noor Yazid

.....Adalah amat mustahil PBB akan melakukan sesuatu yang benar-benar melemahkan kedudukan Israel. Kita sebenarnya tertanya-tanya kenapa tindakan ganas Israel itu tidak disusuli oleh satu tindakan yang sewajarnya oleh PBB yang mewakili masyarakat antarabangsa yang menyanjung tinggi hak kemanusiaan?

Sistem dan struktur kuasa serta organisasi yang didokong oleh Barat juga gagal memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah ini.

Liga Arab nampaknya seakan-akan satu Pertubuhan Negara-Negara Arab, tetapi negara-negara yang menganggotainya seperti Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan lain-lain mempunyai hubungan dan kepentingan tertentu dengan AS yang tidak meletakkan kepentingan umat Islam itu lebih utama. Dalam banyak hal, tindakan mereka seolah-olah dikawal oleh AS.


Saya lebih melihat kepada satu bentuk pakatan baru yang tidak dipengaruhi oleh Barat (dan berusaha agar tidak dipengaruhi oleh Barat khususnya AS dalam sebarang keputusan). Ia mungkin lebih bersifat 'radikal' tetapi kalaulah mahu penyelesaian, maka tindakan ini difikirkan sangat perlu.

Kalaulah OIC itu mahu dijadikan asas organisasi yang diharap-harapkan, maka perlu dimasukkan beberapa ketetapan yang mempunyai unsur-unsur ketenteraan di dalamnya, di mana apabila difikirkan perlu negara-negara anggota boleh membentuk pakatan tentera bagi melindungi negara anggota lain.

Ini bukan bermakna kita mahu peperangan, tetapi tujuan melindungi diri negara anggota daripada diserang. Kita mesti memasukkan ketetapan misalnya 'sebarang pencerobohan ke atas mana-mana kawasan Islam seolah-olah menyerang semua wilayah Islam.'

Negara-negara Islam yang kuat seperti Iran atau Turki misalnya mungkin boleh memimpin organisasi baru ini dengan lebih berkesan.



Sudah pasti organisasi ini akan tidak disenangi oleh pihak AS dan Barat. Tetapi ini adalah jalan akhir bagi umat Islam daripada terus ditindas tanpa dibela. PBB tidak lagi boleh benar-benar diharapkan kerana ia tidak akan membela umat Islam.

Rundingan selalu dilakukan di antara Palestin dan Israel, tetapi dalam masa rundingan sedang berjalan, pembunuhan dan tindakan kejam ke atas umat Palestin terus berlaku.

Organisasi ini agak radikal bagi kaca mata Barat, tetapi adil bagi umat Islam/Palestin yang sentiasa diancam dan dibunuh tanpa pembelaan. Pembunuhan kejam ke atas misi kemanusiaan adalah satu lagi tahap kekejaman yang sangat tinggi. Apa yang sedang berlaku pada masyarakat Palestin seolah-olah satu pembunuhan bagi menghapuskan umat Palestin.

Sudah sampai masanya untuk kita melakukan jihad dengan membentuk organisasi ketenteraan, dan pastinya kita terhutang budi dengan mereka yang sanggup berjuang dan rela syahid. Cuma organisasi yang benar-benar sesuai belum ada, bagi menyusun dan melatih mereka -
Utusan Malaysia

Tuesday, June 01, 2010

Kerajaan Mengutuk Keras Tindakan Zionis Israel.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.