Thursday, July 29, 2010
Video : Curi Pasir..Curi Pasir
Ikutilah:-
Saturday, July 24, 2010
Anwar Ibrahim - Portal MalaysiaKini Terpalik Ludah Sendiri.
Malaysiakini cuba buat kecoh dengan laporan yang membabitkan Ds Najib membayar media U.S untuk berita akhbar dan liputan Ds Najib ke U.S. Malaysiakini juga kini bertindak mahu menjadi penyelamat kepada Anwar Ibrahim yang teruk dihentam oleh Media dan Blogger pro-BN tentang halnya dengan 'Anwar apology Tour' yang telah tersebar luas diseluruh Malaysia.

Kiranya Malaysiakini yang diketuai oleh Steven Gan cuba nak menyerang balik Ds Najib. Untuk pengetahuan pembaca Malaysiakini ialah portal pro-Pr yang paling maju di alam maya.
Apa saja serangan terhadap kerajaan Pusat dan pentadbiran negara akan dimulakan oleh Malaysiakini. Nak harapkan blogger pro PR? Mereka ni pun harap semua berita dari malaysiakini, malaysian insiders dan malaysia today. Semua main copy paste je.
Soo.. Malaysiakini pun keluar berita nak libas Ds Najib supaya dapat bagi talihayat kepada Anwar yang dihentam teruk oleh media dan blogger-pro BN. Tapi nampaknya semua itu tak menjadi, malah taktik itu turut memakan diri. Mengikut maklumat yang diperolehi, Ds Najib pergi ke U.S bukan untuk promote diri.
Ds Najib pergi ke U.S atas urusan kerja bagi negara dan membawa tanggungjawab umat Islam sedunia berbincang dengan Presiden Obama mengenai hal yang berkaitan Malaysia dan umat Islam.

Mengenai Ds Najib membayar rm50 k untuk memastikan kunjungan beliau mendapat liputan dan rencana di akhbar-akhbar U.S tu, bagi Mc itu adalah perkara biasa. Mc tak pasti berita tue benar atau tidak, cuma jika itu yang berlaku, itu adalah perkara biasa bagi negara luar yang mahukan kesan dan 'Impact' yang besar bila melawat U.S dan diketahui oleh seluruh dunia.
Itu juga satu tujuan promosi dan menaikkan populariti Malaysia dipersada antarabangsa.
Kita cuma pegang satu perkara saja. Atas sebab apa Ds Najib pergi ke U.S?
Dan Anwar pula pergi ke U.S atas alasan apa pula. Ds Najib bukan pergi U.S untuk melutut dan menyembah puak yahudi kat sana tu. Ds Najib pergi sana untuk buat kerja dan berjumpa dengan Presiden U.S. Jadi salahkah beliau pergi buat kerja cari duit untuk negara? - seterusnya
Friday, July 23, 2010
Giliran Washington Times Perli Sikap 'Talam Dua Muka' Anwar Ibrahim.

Menulis dalam ruangan pendapat bertajuk "The end of an affection" yang disiarkan dalam Washington Times semalam, beliau berkata Anwar pada satu masa dulu begitu dihormati rakyat Amerika tetapi "masa itu sudah berlalu."
"Sedekad lepas, orang Barat yang berfikiran logik dan bermaklumat percaya yang beliau seorang yang memperjuangkan demokrasi Islam yang sempurna dan toleran. Kini beliau hanya seorang pejuang dunia Islam yang cuba mengumpan Yahudi dan anti Amerika. Amerika dan dunia Islam dan pastinya Malaysia, sepatut tidak diperlakukan sebegitu," tulisnya.
Trevino, yang sejak sekian lama disifatkan sebagai pemerhati hal ehwal Malaysia, mempersoalkan sama ada adakah Anwar pernah menjadi sekutu atau rakan Amerika, terutamanya dengan pendekatannya yang "retorik antiSemitik dalam politik Malaysia."
Anwar lantang mengutuk tindakan Israel merampas kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza kira-kira enam minggu lepas dan telah mengetuai demonstrasi yang disertai ribuan orang di depan Kedutaan AS di sini pada 4 Jun lepas sebagai membantah tindakan itu.
Pendekatan retorik antiSemitik Anwar dalam politik Malaysia sejak dua tahun lepas ternyata tidak dapat diterima oleh B'nai B'rith, pertubuhan perkhidmatan kemasyarakatan tertua Yahudi, yang kemudian pada 25 Mei lepas menggesa pegawai kanan AS menghentikan hubungan dengan Anwar Ibrahim.
Tetapi penulis itu mendakwa dalam kes itu, Anwar telah "menyerang Yahudi dengan semua perumpamaan klasik antiSemitisme - dan beliau pada masa yang sama turut mengutuk Amerika." - BERNAMA
Wednesday, July 21, 2010
Mesti Tonton ! Komplot ? Anwar Ibrahim ? Saifuddin Nasution?
Biar betul Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Machang.
Jangan main tuduh sahaja. Jika ada maklumat, berikan kepada pihak berkuasa. Tapi jika difikirkan, Saifuddin Nasution sudah tidak segan silu untuk berbohong seperti Anwar Ibrahim.
Sikap malu dan rasa bersalah sudah lenyap dari hati Saifuddin. Anwar Ibrahim jangan ceritalah!
Ceramah oleh Muhd Zahid Arip, Bekas orang kanan Anwar Ibrahim
Saturday, July 17, 2010
Anti-Islam - Kurang Ajar Sungguh !!

Pada 6 Mac 2010, Geert Wilders telah mengutuk kitab suci al-Quran di dalam Dewan Tinggi Britain.
Yang terbaru ialah kenyataan beliau di bawah :-
THE HAGUE 16 Julai - Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders mahu menubuhkan sebuah perikatan antarabangsa bagi menyebarkan mesej anti-Islam di seluruh dunia Barat dalam usaha, antara lain bertujuan menyekat kemasukan pendatang dari negara-negara Islam.
Wilders memberitahu Associated Press (AP) semalam, beliau akan melancarkan gerakan itu pada akhir tahun ini, sebagai permulaan di lima negara iaitu Amerika Syarikat (AS), Kanada, Britain, Perancis dan Jerman.
"Mesej 'sekat Islam, pertahankan kebebasan' ialah mesej yang bukan sahaja penting bagi Belanda tetapi juga bagi seluruh dunia Barat yang bebas," kata Wilders dalam ucapan di Parlimen Belanda.
Antara matlamat perikatan itu ialah mengharamkan penghijrahan pendatang dari negara Islam ke Barat dan pengharaman pelaksanaan Syariah.
Bermula daripada peringkat akar umbi, gerakan itu diharapkan akan mempunyai anggota di kalangan ahli Parlimen atau dapat mempengaruhi ahli Parlimen lain, kata Wilders. - Utusan Malaysia.
Tetapi penulis menyarankan jika ada pihak yang mahu membuat demonstrasi di depan kedutaan Belanda supaya mengenepikan fahaman politik mereka dan berkumpul sebagai umat Islam yang prihatin. Tidak susahkan?
Friday, July 16, 2010
MalaysiaKini Dibiayai Organisasi Yahudi?
Satu pertubuhan antarabangsa yang dinamakan Open Society Institute (OSI) adalah milik spekulator matawang George Soros yang berbangsa Yahudi yang juga sahabat Anwar Ibrahim.

OSI turut membiayai beberapa pertubuhan media yang kononnya berprinsipkan kebebasan dan hak bersuara. Di antaranya ialah Media Developmet Loan Fund (MDIF). Klik sini
Yang menariknya ialah web portal MalaysiaKini merupakan salah satu daripada client MDIF. (rujuk di bawah).

Pendedahan di atas jelas membuktikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Pramesh Chandran telah berbohong apabila menafikan bahawa media tersebut tidak mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Soros Yahudi.
Padahal, MalaysiaKini memang mempunya kaitan dengan orang Yahudi Zionis tersebut! Malah, kaitan di antara MalaysiaKini dan Yahudi turut menimbulkan pelbagai persoalan tentang matlamat dalaman portal tersebut.
Apakah Anwar Ibrahim turut memainkan peranan untuk mempermudahkan urusan MalaysiaKini dengan MDIF memandangkan beliau bersahabat dengan George Soros Zionis?
MalaysiaKini dan George Soros. George Soros dan Yahudi. Yahudi dan Anwar Ibrahim... apakah pertaliannya?
Nampaknya, kes Anwar Ibrahim dan Yahudi bertambah menarik.
CIA - Anwar Ibrahim Berlembut ?
KUALA LUMPUR 10 Julai - Selepas dilaporkan tunduk kepada pelobi Yahudi dalam isu Palestin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pula sebagai 'alat' kepada agensi perisik Amerika Syarikat iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA).
Lebih menarik dakwaan itu bukannya dilemparkan oleh tokoh tempatan tetapi didedahkan sendiri oleh penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis melalui artikelnya, CIA and Mossad want Anwar Ibrahim Assassinated.
Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa itu di Malaysia.
20. JADI BONEKA AMERIKA3. Isu CIA memang sinonim dengan Anwar Ibrahim. Sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim hanya sekadar membalas isu agen CIA itu di dalam blog beliau.
Ramai orang terperanjat, kerajaan Amerika Syarikat telah menyambut ketibaan Anwar di Amerika sebagai sambutan negarawan nombor satu dengan tembakan meriam 21 das dan hamparan merah. Sedangkan Dr. Tun Dr. Mahathir sendiri tidak pernah disambut demikian rupa.
Sambutan yang sama pernah diberi kepada Boris Yelstin, sedangkan Presiden Soviet Union waktu itu masih disandang oleh Gorbachev.Tidak lama kemudian Soviet Union berpecah dan muncullah Boris Yelstin sebagai Presiden baru Russia.
Tidakkah Amerika Syarikat boleh melakukan demikian ke atas Malaysia?
Macam-macam boleh berlaku dan macam-macam anggapan rakyat terhadap Anwar bila ditafsir persahabatan yang luar biasa ini.
Adakah Anwar menjadi agen CIA?
Thursday, July 15, 2010
Gempar ! MalaysiaKini Dikaitkan Dengan Yahudi.
Di sini penulis sertakan satu artikel yang menyatakan kaitan di antara portal web MalaysiaKini dengan Yahudi !
Di antara nya :-
Walaupun Malaysiakini ditonjolkan sebagai media yang bebas, portal berita internet tersebut tidak terlepas daripada kontroversi.Kenyataan di atas ada kebenarannya! Jika kita rujuk halaman web Media Developmet Loan Fund (MDIF), web protal MalaysiaKini merupakan salah satu daripada client MDIF. (rujuk di bawah).
Majalah Far Eastern Economic Review keluaran Februari 2001 melaporkan pertubuhan amal Open Society Institute (OSI) milik spekulator matawang Amerika Syarikat George Soros turut membiayai organisasi-organisasi media di Asia termasuk Malaysiakini.
Bekas Editor Berita Malaysiakini, Chon Yen Long, kemudiannya mendakwa bahawa Malaysiakini menerima wang sejumlah RM 188,000 daripada Media Development Loan Fund (MDLF) yang dikaitkan dengan OSI milik Soros. klik sini
Manakala, salah sebuah daripada pembiaya kepada MDIF ialah Open Society Institute, organisasi yang ditubuhkan oleh George Soros Yahudi. (rujuk di bawah)
Pendedahan di atas jelas membuktikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Pramesh Chandran telah berbohong apabila menafikan bahawa media tersebut tidak mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Soros Yahudi.
Padahal, MalaysiaKini memang mempunya kaitan dengan orang Yahudi Zionis tersebut! Malah, kaitan di antara MalaysiaKini dan Yahudi turut menimbulkan pelbagai persoalan tentang matlamat dalaman portal tersebut.
Dan rakyat keseluruhannya sudah tentu tahu tentang hubungkait di antara George Soros dengan Anwar Ibrahim :-
"Anwar, yang berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kepada Dr. Mahathir pada ketika itu, telah meminta agar spekulator dibiarkan bertindak bebas, dan mengenakan "syarat IMF tanpa IMF", sehinggalah Mahathir memecatnya dan melaksanakan kawalan mata wang"MalaysiaKini dan George Soros. George Soros dan Yahudi. Yahudi dan Anwar Ibrahim... nampakkah pertaliannya?
"Anwar mempertahankan spekulator, mengakui bahawa dia telah mengedarkan kertas kerja Soros kepada pembuat dasar di Malaysia, dan mempertahankan Soros apabila Mahathir memanggil Soros seorang pencuri yang bebal" klik sini
Wednesday, July 14, 2010
Samy Vellu - "apa yang betul" ?

"Terdapat banyak keadaan di mana keputusan-keputusan saya tidak disukai, tetapi saya percaya sebagai seorang pemimpin, saya telah melakukan apa yang betul untuk rakyat.
"Saya perlu melakukan perkara yang betul, dan pada masa sama, mendapatkan apa yang betul bagi rakyat," katanya kepada 3,000 perwakilan dan pemerhati MIC pada majlis perasmian perhimpunan agung MIC ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Sabtu. SETERUSNYA..
Samy Vellu, kalau benar-benar hendak 'lakukan perkara yang betul bagi rakyat', berhentilah segera !
Tuesday, July 13, 2010
Pelobi Yahudi tempat Anwar bergantung?
KUNJUNGAN Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Washington, Amerika Syarikat (AS) hujung bulan lalu tidak mendapat laporan seperti kebiasaan lawatan Ketua Pembangkang itu ke negara tersebut sebelum ini.

Tiada lagi gambaran bahawa Anwar adalah tokoh pemimpin Islam yang demokratik dan pendokong liberalisasi seperti yang sering dirujuk media Barat kepada beliau terutama dalam 10 tahun kebelakangan ini. Sebaliknya, Anwar dikritik hebat oleh beberapa portal berita berpengaruh terutama berhubung pendirian sebenar beliau dalam beberapa isu.
Paling menonjol ialah berhubung kenyataan yang berbaur anti-Semitik atau anti-Yahudi dalam isu APCO Worlwide. Bagi portal berita berkenaan, kunjungan Anwar ke Washington adalah misi meminta maaf untuk membetulkan kembali kenyataannya berhubung isu tersebut dan menambat semula sokongan pelobi Yahudi.

Malah, seorang penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar turut mendakwa Ketua Pembangkang itu merupakan alat ciptaan Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara berkenaan di Malaysia.
Anwar juga didakwa membiayai program temu bualnya dengan sebuah agensi berita terkemuka AS untuk meyakinkan bahawa beliau bukanlah anti Yahudi. Dakwaan ini tidak dibuat oleh sembarangan orang kerana antara yang melontarkan pandangan serupa ialah rakan rapat Anwar sendiri iaitu bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolwofitz.
Sebuah penerbitan Internet AS pula lebih berani apabila menyiarkan artikel mengenai Anwar daripada penyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte. Dalam tulisan bertajuk The Reversal of Anwar Ibrahim, Motte dengan berani mendakwa Anwar mempunyai sejarah menggigit Yahudi apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Jika di negara lain, dakwaan sebegini sudah cukup untuk membolehkan Anwar disiasat dengan teliti kerana ia membabitkan isu kedaulatan dan keselamatan negara. Di Malaysia, Anwar juga sebenarnya boleh didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Cuma barangkali masalahnya akta itu terlalu kecil buat beliau.
Pendedahan media Barat ini sedikit sebanyak memberi gambaran wajah sebenar yang ditunjukkan oleh Anwar kepada masyarakat antarabangsa.

Dalam isu Palestin misalnya, Anwar seolah-olah tidak ikhlas membela nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis apabila perlu meminta maaf atas kenyataannya yang berbaur anti-Yahudi. Sedangkan Anwar adalah antara pemimpin pembangkang yang lantang mengutuk serangan tentera Israel ke atas konvoi kemanusiaan ke Genting Gaza di perairan antarabangsa baru-baru ini. SETERUSNYA..
ARTIKEL TOP MINGGU INI.
-
Memang tidak dapat dinafikan lagi. Lelaki di dalam video cctv ini adalah Anwar Ibrahim dan Eskay Abdullah. Perhatikan tarikh dan masa Anw...
-
Semua sudah tahu bahawa kedai roti premium, The Loaf, milik Dr Mahathir Mohamed telah ditutup selepas 12 tahun beroperasi.
-
Dr Novandri Hasan Basri ‘Perjanjian Pangkor’ telah berulang kembali di Perak? Itulah isu yang hangat diperkatakan di dalam media-media pe...
-
Di dalam keghairahan parti DAP berkempen menjelang PRU14, DAP telah menunjukkan belangnya dan misi sebenar yang mereka cuba sembunyikan dari...
-
Kecenderungan kepimpinan pembangkang untuk lari daripada parlimen dan DUN yang mereka menang, tidak dapat dinafikan lagi terutamanya parti D...
-
Ramai pihak terutamanya pakatan pembangkang telah mempertikai dan menghina Pendaftar Pertubuhan (ROS).
-
Isunya ialah tindakan seorang facebooker yang edit poster asal bantuan cermin mata percuma menjadi imej berbentuk coli di samping pemberian...
-
Belum sempat hari penamaan calon pada 28 April ini, pakatan pembangkang telah bertambah retak dan bertelingkah sesama mereka.
-
Jika anda adalah salah seorang di dalam beberapa gambar di bawah ini, anda perlu terima hakikat bahawa anda telah diperalat dan diperbodohka...
-
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Peribahasa ini yang terpalik ke muka Tun Dr Mahathir Mohamad apabila menggunaka...

.
-
Is Haniff really a lawyer?9 hours ago
-
-
Kenapa Pembangkang Nak Sangat ECRL Gagal?12 hours ago
-
-
-
-
Pabila artis jahil tahap murakab2 weeks ago
-
-
-
Proton Saga1 year ago
-
-
-
-
-
HARI MALAYSIA 20143 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Contra Ideas But Interesting
-
-
Veteran tentera sokong KEADILAN9 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
