JOIN FACEBOOK DR MIM

Thursday, September 02, 2010

GEMPAR !!! Ada Lagi Pemimpin Melayu Pertikai Hak Keistimewaan Kaum Sendiri ??

MIM TEAM

Hari ini MIM ingin membincangkan isu yang lebih berat. MIM tertarik dengan artikel "NEP policies keeping Malays ‘poor’ and ‘weak’, say analysts, politicians" yang disiarkan di Malaysian Insider. Kesemua yang ditemuramah mempunyai pandangan yang berlainan tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan polisi-polisi berteraskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berterusan.

1. MIM sangat skeptikal dengan pertimbangan pakar-pakar ekonomi bukan Melayu yang seringkali melaungkan 'memajukan Malaysia setaraf negara-negara Asia yang lain' dan memfokuskannya hanya kepada kelemahan DEB dan Melayu.

2. Tetapi mereka gagal atau tidak mahu membincangkan perbezaan ketara lain di antara Malaysia dan negara-negara Asia seperti sistem sekolah satu aliran dan penggunaan satu bahasa sahaja di negara-negara tersebut. Begitu juga suara-suara sumbang seperti Lim Kiat Siang DAP, Chua Soi Lek MCA dan lain-lain. Kenapa?

3. Dan rasa-rasanya kita sudah terlalu kerap mendengar kumpulan bukan Melayu yang sentiasa mendesak dan memaksa agar polisi-polisi pro-DEB di lupuskan. Sama juga dengan Melayu seperti Anwar Ibrahim dan balaci-balaci beliau. Itu sudah biasa tetapi apabila ada orang Melayu UMNO yang mempertikaikan DEB, kita tentunya tertanya-tanya, apa hal dengan orang Melayu ni??? Dia tak sedar diri ke??

4. Artikel di dalam Malaysian Insider itu turut mengemukakan pandangan YB Nur Jazlan Mohamad MP UMNO Pulai, Johor. Di antaranya :-
It would be illogical to maintain NEP-like policies. The NEP was introduced in the past because there was a gap between the Malays and the Chinese (in particular). Today, many Malays are now in the middle-class category.

“Today, we also have so much competition from overseas, countries like China and India are growing stronger economically, it will be pointless to maintain the NEP. We do not need affirmative action,” said Umno Pulai MP Datuk Nur Jazlan Mohamed.

He said Dr Mahathir’s argument was also “flawed” because of the fact that a majority of Malays were in the middle-class category and “have assets to lose in the event of riots or a supposed revolution.”

“The real poor are the Bumiputeras in Sabah and Sarawak . That’s why they have to come and find work in Peninsular. You don’t find many Malays going to Sabah and Sarawak for work. Mahathir is only looking from a Peninsular point of view,” Nur Jazlan told The Malaysian Insider.
5. MIM amat musykil apabila terdapat pemimpin UMNO yang mempertikai DEB dan bukan menyokongnya. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin tersebut mendapat pangkat dan kesenangan yang mereka dapat adalah kerana parti UMNO dan perjuangannya.

6. Tetapi kenyataan Nur Jazlan Mohamad di atas seperti tidak berbuat demikian. Malah kenyataan beliau itu hanya sekadar pandangan ringan yang tiada pemberat, tiada facts & figures dan menimbulkan persoalan baru iaitu apakah kenyataan Nur Jazlan itu menjawab persoalan atau pun sebenarnya untuk ridicule (memperlekehkan) Tun Dr Mahathir?

7. Nur Jazlan Mohamed ialah anak sulung Allahyarham TS Mohamed Rahmat (Tok Mat). Berkemungkinan besar kehidupan Nur Jazlan dari kecil tidak pernah merasa susah seperti Dr Mahathir dan kebanyakan kita orang Melayu.

8. Nur Jazlan Mohamad pernah mengejutkan arena politik apabila mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO yang dipegang oleh TS Muhyiddin Yassin. Tindakan beliau itu mendapat kritikan dan juga diperli oleh beberapa pemimpin UMNO.

9. Tun Dr Mahathir pernah mengatakan sesiapa yang bertanding TP UMNO selain daripada Muhyiddin Yassin adalah "Jokers". Malah ada juga yang mengatakan "This is not a place for any Tom, Dick and Harry"

10. MIM tidak tahulah sama ada YB Nur Jazlan mempunyai rasa tidak puas hati kepada Tun Dr Mahathir disebabkan oleh kenyataan Tun Dr Mahathir !!

11. Apa pun, MIM berharap agar Nur Jazlan dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai pandangan kontra beliau itu. Nur Jazlan boleh mesejkan di dalam blog MIM. No problem...

13 comments:

  1. DIA KENE INGAT. JOHOR KUBU KUAT UMNO. RETAK SIKIT TERIMA LA NATIJAHNYA. HARAP2 DIA JGN JADI SESUMPAH SUDAHHH. APE PUN DIA MMG KENE BG PENJELASAN. KLU TAK RAMAI YG X KN PUAS HATI TERUTAMANYA UMNO DI JOHOR

    ReplyDelete
  2. Sekarang ramai Melayu muda yg seolah2 benci bangsa sndiri. mengejutkan? Tapi itu hakikat.

    inilah akibat pesona dgn MTV, internet, dan fahaman asing dn budaya kuning. Melayu muda kini rela mengorbankan hak istimewa mereka demi sosialisma, demokrasi, keadilan, kesaksaman, kapitalisma, dan apa jenis -isma yg ada.

    ReplyDelete
  3. Salam Dr,

    Saya rasa Nur Jazlan ni terdesak nak menonjolkan diri macam ketua Pemuda UMNO juga (bapa dia dah takde). Dari kecil hidup serba mewah, maka penderitaan bangsa sendiri tak pernah dirasai. Golongan melayu macam ni lah yang sebenarnya memporak perandakan Negara kini dengan kaum asing menuntut hak yang bukan milik mereka.

    Kalau UMNO masih memberi ruang pada golongan melayu seperti ini, PRU 13 jangan harap lah kejayaan cemerlang yang dikecapi oleh EMPAT Perdana Menteri sebelum ini.

    ReplyDelete
  4. Maaf lah cakap sikit.. nak buat macam mana , pak dia dah bagi dia kemewahan hidup 7 keturunan tak habis makan.. jadi apa perlu dia risau pasai orang Melayu lain.. biar mampus..

    Fatihah untuk Allayarham Tans Sir Mohamed Rahmat . AMin

    ReplyDelete
  5. Nur Jazlan mesti beri kenyataan mengenai isu ini.

    ReplyDelete
  6. Salam semua...

    Saya teramat setuju dengan komen sinis dari M.I.M Team bahawa
    kenyataan YB Nur Jazlan Mohamad MP UMNO Pulai, Johor itu hanya sekadar pandangan ringan yang tiada pemberat, tiada facts & figures.

    Kalau setakat hendak memberi kenyataan kosong tanpa kajian ilmiah, siapapun boleh beri komen. Yang nyata komen2 jenis ini hanya mencari populariti murah yang tidak ada kualiti.

    Lebih2 lagi bila komen berkenaan tertuju kepada bekas PM kita. Siapalah YB Nur Jazlan jika hendak kita bandingkan dengan Tun Mahathir.

    Begitu juga dengan kenyataan beliau;

    “The real poor are the Bumiputeras in Sabah and Sarawak . That’s why they have to come and find work in Peninsular. You don’t find many Malays going to Sabah and Sarawak for work. Mahathir is only looking from a Peninsular point of view,”

    Bagi saya kenyataan di atas adalah kenyataan yang paling tidak bertanggung jawab dari YB yang berteduh dan cari makan di bawah UMNO.

    Selain dari alasannya yang kurang tepat, kenyataan berkenaan amat merbahaya kerana ianya boleh membakar perasaan orang2 Sabah dan Sarawak kerana ianya memberi tafsiran yang salah seolah2 kerajaan berat sebelah kepada rakyat Sabah dan Sarawak padahal banyak peruntukan telah diberikan oleh kerajaan selama ini. Semua MP2 UMNO perlu faham dalam hal2 ini.

    Saya tidak mahu sentuh secara menyeluruh tentang komennya pada DEB. Bagi saya yang waras, DEB telah banyak berjasa dalam membantu dan menaikkan taraf sosio-ekonomi semua orang bumiputra.

    Saya berpendapat hanya orang bukan bumiputra atau kaum pendatang sahaja yang berpandangan seperti YB Nur Jazlan atau beliau sebenarnya sudah lupa diri?

    Nasihat saya sebagai orang luar, kalau kita hendak tunjuk pandai pada seseorang (Tun Mahathir), kita mestilah berkeupayaan mengajar seseorang itu akan kebolehan kita...kalau tidak, maka akan jadi tin kosonglah kita nanti...

    ReplyDelete
  7. Yang jelasnya kalau dibandingkan minda si Jazlan dengan Tun..... Jaslan memang PELAWAK. Kita tak lupa lagi kes dia nak jadi Timbalan.... dan Tun samakan tindakan dia sebgai PELAWAK. Jadi SERANAN BERNAS dia tu hanya daripada manusia yang BERDENDAM (macam Wali Selipar).... dan yang lain lain sebab biawak biawak lan tu jek dia....lalu mulalah hilang punca... dan bercakaplah apa yang teringat masu tu untuk menggumbirankan biawak biawak disekelilingnya.

    Nak tanya satu Jaslan.... ap sumbangangan yang SIGNIFICANT dia kepada MALAYSIA?????... yillek!!!

    Udahlah JAzlan....sorang lagi manusia tak tahu usul asal.

    ReplyDelete
  8. Jazlan ni mak dia Cina. Mana nak ada jiwa Melayu.UMNO sepatutnya menonjolkan pemimpin yg berjiwa Melayu.Jazlan menjadi pemimpin UMNO kerana Tok Mat.....politik keturunan..,UMNO dah jadi harta pusaka pemimpin yg dah gol atau bersara.
    Generasi Jazlan dlm UMNO dah dikayakan olih bapa2 dan ibu2 mereka.
    Bila mereka bercakap.....hanya dari perpektif mereka...terlalu muda dah duduk ditempat terlalu tinggi.
    Tengok saja Najib.....politik keturunan....lihat betapa lemahnya pimpinan beliau........dgn Cina langsung tak berani angkat muka....bagi saja.
    Najib perlu tanya diri beliau sendiri..mengapa org Melayu meletakan beliau di situ?
    Nampaknya Najib yg beria2 nak jadi Malaysian dulu baru Melayu.....dan utk membuktikannya......DEB perlu dihapuskan.
    1 Malaysia = Malaysian Malaysia.
    UMNO perlu turunkan Najib sebelum terlewat.

    ReplyDelete
  9. Tahukah dia bahawa adalah lebih mudah untuk orang Sabah dan Sarawak bekerja di Semenanjung dari orang Semenanjung berkerja di Sabah dan sarawak.
    Saya pernah berkerja di Sarawak. Passport perlu di "chop" tiap-tiap enam bulan!Keadaan ini mungkin telah berubah. Tetapi itu adalah hakikatnya.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya sekolah vernakular memang wujud di Finland, Canada, Indonesia, Thailand dll..

    Media tempatan tak laporakan saja

    ReplyDelete
  11. Ahli Umno Pulai nampak singkat pemikiranya kerana memilih Ketua Bahagaian yang dungu. Lansung tiada ciri-ciri dan prinsipal kepimpinanya.Dia tak tahu beramai anak Melayu berada diSabah menjagi sempada daratan, lautan, pulau-pulauan dan ruang udaranya.Ini dikatakan separuh Melayu bangap yang darahnya ada genetik kinzir.

    ReplyDelete
  12. Dia tu "Half-chinese". Mak dia berbangsa cina yang dijadikan anak angkat oleh keluarga Melayu. Keluarga sebelah ibunya mempunyai rangkaian hotel di Malaysia dan luar negeri dan mereka amat rapat. Tu sebab dia boleh dan berani cakap macam tu..Macam si NIZAR Ahlol bangang tu..

    Nampak gaya tak lama la Karier Politik dia...

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.