Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, September 29, 2010

HAPUSKAN SAMAN EKOR !!

MIM TEAM

MIM sokong kempen Hapuskan Saman Ekor.


Oleh DS Dr Mohamad Khir Toyo.
(http://www.drkhir.com/)

1. Usaha menyenaraihitamkan mereka yang mempunyai saman ekor tertunggak ditangguhkan sehingga awal tahun depan. Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang lagi. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak?

2. Saman ekor ini merupakan satu pilihan kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasa peraturan had laju. Kaedah ini digunakan kerana ia lebih cekap dari segi penggunaan tenaga penguatkuasa dan juga mengelakkan kesesakan jalan raya. Satu lagi kaedah ialah mengadakan perangkap had laju dan menahan pemandu beberapa kilometer kemudian.

1 comment:

  1. Saya juga telah memuatkan artikel mengenai saman ekor pada awal Ogos dan kemudiannya dikemaskinikan pada awal September. (SILA KLIK DI SINI)

    Sememangnya bagi saya, saman bersemuka lebih baik dari saman ekor kerana ianya lebih tidak menimbulkan banyak keraguan tentang kesahihan saman tersebut.

    Dan juga, apa yang saya difahamkan oleh keputusan mahkamah, JPJ tidak berhak untuk menolak pembaharuan cukai lesen hanya kerana terdapat senarai-hitam saman ekor yang belum tentu kesahihannya.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.