Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Friday, September 03, 2010

Kontroversi Pemimpin UMNO Pertikai Hak Keistimewaan Kaum Sendiri - Apakah Respons MP Pulai, Johor ?

MIM TEAM

MIM telah menerima banyak komentar mengenai kenyataan kontroversi YB Nur Jazlan Mohamad MP UMNO Pulai Johor di dalam portal berita 2 hari lepas. Sila rujuk artikel MIM - GEMPAR !!! Ada Lagi Pemimpin Melayu Pertikai Hak Keistimewaan Kaum Sendiri ??

MIM tidak berapa pasti impak kenyataan Nur Jazlan tersebut tetapi sebagai seorang pemimpin UMNO dan wakil rakyat, beliau sepatutnya mengambil isu ini dengan serius. Beliau patut menerangkan dengan lebih jelas agar rakyat faham dan dapat menilai sendiri

Jika MP Pulau Johor itu berdiam diri, ini bermakna beliau memang bersalah.


Di bawah adalah beberapa komentar yang diterima. Banyak komentar yang telah di delete kerana tidak senonoh.

1. Salam semua...

Saya teramat setuju dengan komen sinis dari M.I.M Team bahawa kenyataan YB Nur Jazlan Mohamad MP UMNO Pulai, Johor itu hanya sekadar pandangan ringan yang tiada pemberat, tiada facts & figures.

Kalau setakat hendak memberi kenyataan kosong tanpa kajian ilmiah, siapapun boleh beri komen. Yang nyata komen2 jenis ini hanya mencari populariti murah yang tidak ada kualiti.

Lebih2 lagi bila komen berkenaan tertuju kepada bekas PM kita. Siapalah YB Nur Jazlan jika hendak kita bandingkan dengan Tun Mahathir.

Begitu juga dengan kenyataan beliau;

“The real poor are the Bumiputeras in Sabah and Sarawak . That’s why they have to come and find work in Peninsular. You don’t find many Malays going to Sabah and Sarawak for work. Mahathir is only looking from a Peninsular point of view,”

Bagi saya kenyataan di atas adalah kenyataan yang paling tidak bertanggung jawab dari YB yang berteduh dan cari makan di bawah UMNO.

Selain dari alasannya yang kurang tepat, kenyataan berkenaan amat merbahaya kerana ianya boleh membakar perasaan orang2 Sabah dan Sarawak kerana ianya memberi tafsiran yang salah seolah2 kerajaan berat sebelah kepada rakyat Sabah dan Sarawak padahal banyak peruntukan telah diberikan oleh kerajaan selama ini. Semua MP2 UMNO perlu faham dalam hal2 ini.

Saya tidak mahu sentuh secara menyeluruh tentang komennya pada DEB. Bagi saya yang waras, DEB telah banyak berjasa dalam membantu dan menaikkan taraf sosio-ekonomi semua orang bumiputera.

Saya berpendapat hanya orang bukan bumiputra atau kaum pendatang sahaja yang berpandangan seperti YB Nur Jazlan atau beliau sebenarnya sudah lupa diri?

Nasihat saya sebagai orang luar, kalau kita hendak tunjuk pandai pada seseorang (Tun Mahathir), kita mestilah berkeupayaan mengajar seseorang itu akan kebolehan kita...kalau tidak, maka akan jadi tin kosonglah kita nanti... - Anonymous 11:42

2. Yang jelasnya kalau dibandingkan minda si Jazlan dengan Tun..... Jaslan memang PELAWAK. Kita tak lupa lagi kes dia nak jadi Timbalan.... dan Tun samakan tindakan dia sebgai PELAWAK. Jadi SERANAN BERNAS dia tu hanya daripada manusia yang BERDENDAM (macam Wali Selipar).... dan yang lain lain sebab biawak biawak lan tu jek dia....lalu mulalah hilang punca... dan bercakaplah apa yang teringat masu tu untuk menggumbirankan biawak biawak disekelilingnya.

Nak tanya satu Jaslan.... apa sumbangangan yang SIGNIFICANT dia kepada MALAYSIA?????... yillek!!! - Pak Teh Adam

3. Udahlah JAzlan....sorang lagi manusia tak tahu usul asal.

Sekarang ramai Melayu muda yg seolah2 benci bangsa sndiri. mengejutkan? Tapi itu hakikat.
inilah akibat pesona dgn MTV, internet, dan fahaman asing dn budaya kuning. Melayu muda kini rela mengorbankan hak istimewa mereka demi sosialisma, demokrasi, keadilan, kesaksaman, kapitalisma, dan apa jenis -isma yg ada. - Anonymous 9:53

P/S - MIM berharap agar Nur Jazlan akan menjawab isu ini. Yang penting ialah kita mahu kebenaran dan demi kebaikan.

2 comments:

  1. Mungkin orang Melayu kena terbalik kan minda 180 darjah kut? Mari Belajar Jadi Kurang Ajar

    ReplyDelete
  2. 1. Manusia ini adalah salah seorang daripada ramai lagi Melayu yang sudah hilang ROH Melayu mereka ! Memang betul, Melayu sekarang ini perlu berubah sikap , menjadi lebih terbuka mindanya, lebih progresif, lebih daya saing, lebih pro-aktif, lebih berpendidikan tinggi dan sebagainya. Akan tetapi apakah gunanya jika 'all these positive traits' TIDAK sedikit pun dibaluti dengan ROH MELAYUnya !!!!!

    2. Jika hanya mahu menggunakan 'positive traits' ini sebagai alasan atau helah untuk mengecam atau memperlekeh bangsa sendiri, maka amat tidak berguna segala kelebihan yang ada pada diri sendiri itu ! Malah, sebaliknya ia menampakkan ketidakmatangan seseorang itu ! Lebih-lebih lagi jika komen atau pendepat yang diutarakan itu tidak dilapik dengan fakta dan statistik yang boleh dipercayai ! Pendidikan tinggi ( atau bergelar Dato' yang penggelarannya pun boleh dipersoal dari sudut sumbangan sebenar) TIDAK bermakna seseorang itu sudah bijak mengharungi semua aspek perjalanan hidup, termasuk selok-belok politik ; jauh sekali politik antarabangsa !!! Keupayaan dan kejayaan kita diukur bukan dengan sekalung ijazah, atau title YB atau jawatan Ketua Bahagian, TETAPI dengan melihat bagaimana kita menggunakan ilmu atau jawatan itu bagi mendewasakan diri dan membangunkan bangsanya sendiri.

    3. Sebab itu sekarang ini, ramai yang mempersoal keupayaan golongan muda yang kononya lebih intelektual, lebih progresif dan lebih liberal (masyaAllah) TETAPI tidak berjaya menjadi PEJUANG bangsa !!!!! Self-centred ; egoistic ; materially-focused ; sombong; angkuh ; tidak berpijak kepada bumi nyata dsb, adalah label yang kerap dituju kepada golongan ini ! Yang diperingkat rendah pun begitu riak mempamer label-label ini ; yang ketuanya dan pemimpin-pemimpin atasan disekelilingnya sudah pasti duduk ditakhta yang paling tinggi sekali sehingga terlihat sebagai liabiliti daripada asset !

    4. Sewajarnya kita menerima hakikat bahawa sesuatu pertubuhan perlu menyediakan pelapisnya. Dan pelapis ini diyakini boleh meneruskan aspirasi perjuangan pertubuhan tersebut. Justeru, proses penyediaan pelapis tersebut hendaklah mengambilkira perwatakan positif setiap peserta atau bakal pelapis itu. Kelayakan satu hal ; semangat juang dan pemahaman dasar & aspirasi perjuangan juga sama penting. Perlu dilahirkan insan yang benar-benar meletak perjuangan daripada kesenangan diri sendiri ! " It's always self-esteem that triggers bad traits "

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.