Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Wednesday, September 22, 2010

VIDEO : Anwar Ibrahim DiPerlekeh, Nik Aziz Mana 4 bilion tu?

MIM Team

Pergolakan di dalam pemilihan kepimpinan PKR semakin terserlah. Kita tidak mahu membincangkan kepimpinan peringkat cabang kerana cabang PKR sebenarnya seperti tidak berfungsi. Tetapi perlu dibincangkan peringkat Naib Presiden yang menyaksikan the true colours Zaid Ibrahim apabila Anwar Ibrahim diperkotak-katikkan dan dilihat sebagai tidak relevan di dalam parti.

Keengganan Anwar Ibrahim bertanding jawatan Presiden telah membuka ruang untuk Zaid Ibrahim mencuri tumpuan ramai dengan bertindak seolah-olah kambing hitam yang kononnya transparens, jati diri dan akan taat setia kepada parti PKR dan isteri Anwar Ibrahim.

Lihat video dibawah :-


Yang memualkan ialah taat setia Zaid Ibrahim pula bersyarat iaitu hanya jika menang pertandingan parti PKR. Jadi jika beliau kalah atau pun disuruh menarik diri daripada bertanding, di manakah tahap taat setia Zaid Ibrahim kepada parti PKR? Di dalam longkang?

Inilah masaalahnya apabila parti PKR ditimbuni dengan pemimpin-pemimpin tak laku dan frust menonggeng. Mereka hany muncul tatkala musim pertandingan tetapi sebelum itu tidak aktif.

Itu tak apa lagi, Zaid Ibrahim contohnya, nampak hanya berani bersuara membelakangi Anwar Ibrahim ketika musim pemilihan sahaja tetapi sebelum ini dilihat pasif dan tunduk kepada Anwar Ibrahim. Pijak semut pun tak mati dan beliau seperti tidak tahu apa-apa pergolakan yang berlaku di dalam PKR.


Bercakap pasal tak tahu apa-apa, isu sumbangan RM4 bilion sedang panas dibincangkan. MPP melaporkan :-

Jika semalam Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah menafikan mengetahui tentang sumbangan RM 4 Billion dari sebuah syarikat kepada kerajaan negeri, hari ini Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan pula mengakui dia tak tahu tentang hal tersebut.


Di atas ialah surat sokongan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang mahu dijalankan oleh I'DA WORLD dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang juga ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh.


Sessi Penerangan mengenai Projek S7 kepada MB Kelantan

Dan, kedua-dua "orang besar" Kelantan ini menafikan mengetahui mengenai kewujudan dan kelulusan projek I'DA WORLD yang akan dilaksanakan di negeri Kelantan.

Mustahil diterima akal jika kedua-dua orang "besar" di Kelantan ini tak tahu menahu tentang sumbangan RM4 Billion dan juga kelulusan projek bernilai USD300 Billion di Kelantan. Ini adalah projek berskala besar dan juga melibatkan jumlah dana yang banyak.

p/s : MIM akan menulis di artikel yang seterusnya merujuk kepada penemuan terbaru! Tunggu!

3 comments:

  1. Pohon add link celah gelegar dalam blog M.I.M, tq

    ReplyDelete
  2. Tanggal serban kalau masyuk baekkk punyer yahooo dunia ana yang empunya

    ReplyDelete
  3. Macam mana Tuan Guru nak ingat. Dia mesti pikir meeting ni dengan syarikat nak buka kilang batik export ke luar negara. Nama syarikat pon macam syarikat kain batik.
    Yang datang meeting dgn Tuan Guru pon dah pakai sample baju2 batik. hehehe jangan mareh..

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.