MIM tak tahu sama ada nak gelak atau kesihan dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)!
Di dalam HarakahDaily, Timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang kelakar dan menunjukkan bahawa DHPP menjadi kumpulan yang semakin sempit dan dayus dengan senario politik dan negara Malaysia.Kenyataan beliau itu seolah-olah menunjukkan DHPP tidak berpijak di bumi yang nyata dan disuntik pelbagai persepsi yang tidak logik di otak kita yang waras ini. Tentu ianya berkaitan dengan ajaran salah yang dibawa oleh kepimpinan PAS.
Di antara kenyataan N. Bala Subramaniam :-
Beliau berkata demikian memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan antara tokoh PAS yang banyak membuka mata masyarakat bukan Islam untuk mendekati keindahan Islam serta perjuangan PAS.MIM hairan dengan kenyataan di atas. Ianya seolah-olah menunjukkan N. Bala tidak mengikuti perkembangan negara dan dunia secara keseluruhannya.
"Umno atau Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) tidak boleh selesaikan Islamofobia kerana mereka suka api perkauman.
"Tok Guru Nik Aziz, Dr. Mujahid serta pemimpin-pemimpin lain lebih layak dan boleh (tangani Islamofobia)," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.
Realitinya, bukan sahaja di Malaysia tetapi jika kita ikuti lawatan Najib Razak ke Eropah sekarang ini, Najib Razak banyak membuka mata warga Eropah tentang kemuliaan agama Islam dan berhujah menentang persepsi Islamfobia yang berlaku di seluruh dunia ini.
Jadi, bab manakah yang N.Bala cuba tegakkan itu? Atau beliau sekadar merepek kosong untuk melariskan jualan HarakahDaily?
HarakahDaily juga melaporkan :-
Menurut beliau, Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan telah membuktikan bahawa pemerintahan PAS selama 20 tahun di Kelantan menyaksikan keharmonian semua agama dipelihara.Sungguh hairan, apakah Timbalan Pengerusi DHPP itu tidak pernah berada di dalam Malaysia selama ini dan mengecapi keharmonian dan kesejahteraan yang telah terbina selama ini di bawah kerajaan UMNO/BN?
"Lebih 20 tahun memerintah (Kelantan), kita tidak dengar Tok Guru bermusuhan dengan agama-agama lain.
"Tok Guru suka semua rakyat beragama supaya rakyat jadi naik," ujarnya.
Apalah 20 tahun jika dibandingkan dengan 52 tahun negara ini diperintah oleh BN/UMNO?
Dan apakah peratusan kaum di Kelantan yang tidak mewakili peratusan sebenar kaum negara Malaysia ini boleh dijadikan 'peluru' untuk memperlekehkan kerajaan BN/UMNO?
MIM sarankan kepada N. Bala Subramaniam supaya dapatkan fakta yang betul dulu sebelum membuat kenyataan yang cetek dan bodoh seperti di atas.
Kenyataan N.Bala lagi :-
Katanya era Najib menyaksikan orang bukan Islam dihalang dari mendekati Islam.Kenyataan N.Bala di atas jelas menunjukkan bahawa beliau sudah jauh menyimpang dari fakta yang sebenarnya.
"Zaman Najib, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, nama (kalimah) Allah tidak boleh sebut, rumah ibadat terbakar dan banyak lagi," ujarnya.
Sejak bila pula orang bukan Islam tidak boleh masuk mesjid?
N.Bala tahu ke isu yang sebenarnya ialah seorang wanita bukan Islam (yang tidak tahu berhadas besar atau tidak) masuk ke dalam ruang solat utama tanpa menutup aurat beliau?
Kalau ya lah UMNO/BN melarang orang bukan Islam mesuk masjid, kenapakah kita lihat ramai pelawat-pelawat bukan Islam terutamnya pelancong yang dibenarkan masuk ke dalam masjid PutraJaya atau pun Masjid Negara sejak dulu lagi?

Dan apakah N.Bala tidak tahu bahawa pemimpin-pemimpin PAS bercanggah sesama sendiri tentang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam?
MIM sarankan kepada N.Bala Subramaniam supaya tidak terlalu bergantung kepada informasi daripada HarakahDaily atau The Rocket. Sebaliknya, bukalah minda itu dan dapatkan fakta yang sebenarnya.
Dan kalau nak mengampu pun, berpada-padalah !

7 comments:
pinjam artikel bro!!
TERNYATA FAHAMAN TENTANG ISLAM N. BALA... LEBIH BAIK DARIPADA TUAN DR.....
Siapa si Bala ni...... dulu sebelum dipujuk menjadi ahli kelab penyokong PAS, dia hanya tahu dunia estet je...
tengah mabuk minum todi pasai tu laaa keluar statement macam paria muahahahahahah
kalau dah jenis ni..tau snagat la..kat opis aku ni belambak kaki putaq jenis hindu ni...bodek lebih kerja PEMALAS...kalau dah jenis ni apa nak heran..LALANG
n.bala ni bukannya paham pun apa dia kata. cakap melayu pun lintang pukang. pemberita akhbar tu yg manipulasi kata2 n.bala ni. tu yg tak kuar kat akhbar2 lain sebab pemberita2 lain tak boleh nak tulis n.bala ni ckp.
mcmla p.i. bala yg dimanipulasi oleh nwar aljuburi dulu. masa press conference ntah apa yg p.i.bala ckp, lintang pukang. sapa pun tak paham. sia sendiri pun tak paham! tapi bila buat surat akuan sumpah tu elok plak bahasanya!
aduyai!! bala...bala. bala apakah ini wahai paspispus. en. bala, awk tada pernah pegi itu negeri johor ka, pahang ka? sana sume org bukan islam sgt susah ka? apa la lu bala....saya ingat awk sgt kurang membaca la. ilmu kurang itu boleh jd bala la en. bala..
Post a Comment