FACEBOOK DR MIM

Wednesday, October 27, 2010

Khutbah Jumaat Disalahgunakan Untuk Menghentam Rosmah Mansor?

Oleh MIM TEAM

Komentar oleh pembaca M.I.M :-
Salam semua...

Hari Jumaat minggu lepas di salah sebuah masjid di sekitar Pekan Permatang Pauh, P. Pinang saya ada terdengar khatib jemputan membaca khutbah Jumaat menyelitkan isu DS Rosmah ini.

Tanpa membuat penelitian dan semakan akan kesahihan kejadian tersebut, beliau tanpa segan silu mengajak jemaah masjid mengutok DS Rosmah.

Padahal saya rasa dia sendiripun tak tahu apa cerita yang sebenarnya. Main hentam koromo sahaja.

Kalau nak buat ceramah politikpun, gunalah pentas lain. Tak sesuai mengutok dan memfitnah orang semasa membaca khutbah.

Khatib Jemputan, Zakaria Ahmad PAS yang pernah mengguris perasaan Muslim Pulau Pinang. Beliau sudah insaf dan sedar diri.

Saya teramat setuju pandangan MIM Team bahawa penganjur fesyen tersebutlah yang telah gagal menerangkan dengan jelas tentang intipati dan perjalanan pertunjukkan fesyen kepada pihak penaung. Perkara terlepas pandang ini adalah kesilapan pihak penganjur sepenuhnya. Sapa2 pun boleh terkena.

Secara logiknya takkan lah DS Rosmah nak pi check dulu semua busana yang hendak dipertontonkan. Tambahan pula DS Rosmah bukanlah ketua designer untuk busana yang terlibat di masa pertunjukan di Monte Carlo itu!!!

Orang2 Puteh ni manalah depa tahu. Maka, adalah menjadi tanggung jawab orang2 Islam seperti DS Rosmah selepas kejadian tersebut memperbetulkan keadaan dengan memahamkan mereka tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

Apa yang membanggakan kita, di atas tindakan DS Rosmah menegur kesilapan penganjur di Monte Carlo lah terbukti penganjur telah menuruti dengan lebih teliti konsep busana Islam di IFF seterusnya.

Kalau tidak, sampai bilapun depa tak faham. Nak harapkan Dr Lolo nak beritahu mereka?

Yang hairannya di sini, orang2 PAS tak mahu komen pula?

Berbalik kepada Khatib tadi, apa yang nyata, Khatib yang membaca khutbah berkenaan telah berlaku zalim ke atas DS Rosmah kerana memfitnahnya tanpa usul periksa. Sebagai seorang isteri kepada PM Malaysia, DS Rosmah nampaknya berani menonjol dan mengenengahkan identiti Islam melalui pakaian islam di peringkat global.

Keadaan ini agak berbeza dengan isteri2 pemimpin PAS yang nyata agak pasif dan tidak langsung menunjukkan kesungguhan berdakwah di pentas yang lebih mencabar.

Kita sendiri pun tak tahu siapa mereka? Hanya terdengar sekali sekala bila ada skandal kahwin dua, kahwin lari, khalwat dan sebagainya.....Siapa dia?..tanyalah tuan Khatib di atas kerana dia ni nampak macam tahu segala2nya....

Nak tunggu minggu ni pula kot2 dia ada lagi...
MIM : Di harapkan pihak MAIPP dan pihak berkuasa dapat menyiasat kesahihan khatib jemputan yang memperalatkan khutbah Jumaat untuk memfitnah DS Rosmah Mansor.

3 comments:

gee said...

memanglah selamat kalau tak berbuat apa2..

hangkedee said...

Isteri isteri Pm terdahulu kebanyakan tak lah menyebuk sangat.belajar lah sejarah pak lah turun kerna apa?

Anonymous said...

" DS Rosmah nampaknya berani menonjol dan mengenengahkan identiti Islam melalui pakaian islam di peringkat global"

sekadar renungan, dia sendiri pakai ikut syariat ke?

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.