KLIK : Undi Anda Hak Anda

RECOMMENDED NEWS

NEW! JOIN Dr MiM!

Monday, November 08, 2010

S.O.S - Sumber Ilmiah & Fakta Menjawab Kemungkaran Anwar Ibrahim !

Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Web AIDC.com sudah hampir seminggu tidak di update. Bagi penulis, web AIDC merupakan blog rujukan yang dipasti penulis layari setiap hari kerana web tersebut menyediakan artikel-artikel ilmiah yang khas mencungkil dan mendalami isu-isu Anwar Ibrahim.

Artikel-artikelnya memberikan input dari segi gambar-gambar dan juga sumber-sumber yang berdasarkan kepada fakta dalam dan luar negeri yang terperinci, menakjubkan dan berilmiah.

Penulis berani mengatakan bahawa tidak ada blog atau web lain yang dapat menandingi ketelitian dan kecekapan petugas-petugas AIDC.com dari segi mengupas dan mendedahkan kemungkaran yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim sendiri tidak dapat berbuat apa-apa seperti menyaman AIDC.com kerana segala yang dipaparkan didalam AIDC adalah benar berdasarkan kepada bukti-bukti yang cukup kuat dan boleh digunakan di dalam bilik mahkamah.

Yang menyedihkan ialah AIDC.com mengalami masalah untuk menyelenggara web tesebut.

Di dalam pengakuan DS Najib Razak tentang kepentingan alam siber dan media baru, penulis sangat berharap agar ada pihak-pihak atasan yang sudi menyelesaikan masalah yang berlaku.

Web yang menjadi sumber inspirasi dan bahan rujukan warga alam maya ini termasuk mereka yang inginkan bukti tentang Anwar Ibrahim MESTI dibantu dengan kadar segera.

Penulis tahu ada pihak yang sedang memantau blog-blog dan web-web pro-kerajaan. Oleh itu, penulis merayu agar mereka dapat membantu. Janganlah di biarkan AIDC.com terkubur begitu sahaja.

2 komentar:

  • Anonymous says:
    November 8, 2010 1:52 PM

    Imej Pakatan Rakyat makin hancur..., dengan segala isu2 yang timbul., dan kebanyakan isu2 ini di'highlight' oleh para blogger. Apatah lagi.., kebanyakan kes2 bodoh PR ini didedahkan oleh para blogger dengan bukti2nya sekali.

    Sayang 1000 kali sayang.. Para pemimpin BN masih tidak peka dengan arahan/saranan Pengerusi BN sendiri @ DS Najib, agar blogger2 ini didekati kerana media alternatif ini mendapat sambutan amat cemerlang dari pengundi2 muda. Malahan seorang pemuda/i yang membaca blog2 ini, pastinya akan menyebarkan isu2 yg ditimbulkan kepada beberapa pengundi lain. Ini amat berkesan.

    Agaknya, betul jugak apa yg kawan saya bagitau:

    Pakatan Rakyat dah nak kalah, cuma Barisan Nasional yang tak nak menang..!

  • Anonymous says:
    November 9, 2010 9:39 AM

    Gambar di atas tu bukan super imposed kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive

Anda Ahli Di Dalam Parti Politik?

Where are you from ? (since 30 . 9 . 2008)

ALTERNATIVE BLOGS

DISCLAIMER

Pandangan penulis di dalam blog ini adalah pandangan peribadi dan boleh didebat oleh sesiapa sahaja dalam blog ini.

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada yang tercedera atau tersinggung emosi dek blog ini.

Sila guna blog ini jika ada yang tidak puas hati dengan sebarang artikel di dalamnya.

Jika ada sebarang maklumat, sila emelkan ke
infoisumim@gmail.com