FACEBOOK DR MIM

Siapakah Yang Patut Jadi MB Selangor?

Monday, December 27, 2010

Ulama Islam Di Kelantan Tidak Maafkan Nik Aziz !

PASIR PUTEH 26 Dis. - Sebanyak 20 buah pusat pengajian pondok tradisional di negeri ini diminta supaya tidak menyokong kepimpinan Pas bagi menyelamatkan perpaduan Islam dan kepentingan Melayu di negara ini.

Pengasas Pondok Geting di Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, pendirian Pas yang redha menyerahkan teraju kepimpinan negara yang selama ini dipegang oleh orang Islam kepada bukan Islam iaitu DAP jika pembangkang berkuasa cukup mencabar kedaulatan Islam dan kewibawaan Melayu.

Beliau berkata, umat Islam di negara ini termasuk pengasas pengajian pondok di Kelantan perlu bangkit menentang perkara itu sebelum terlambat.

"Kejatuhan kerajaan Melayu Singapura dan kini di Pulau Pinang cukup memberi iktibar untuk kita tidak melakukan kesilapan. Tidak mustahil Pas sendiri akan berputih mata sekiranya mereka membenarkan pucuk pimpinan negara dipegang oleh orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Muzakarah Ahli Sunnah Wal Jama'ah, di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Aman, dekat sini hari ini.

Seramai 500 peserta terdiri daripada guru agama dan guru kelas fardu ain serta anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai program itu.

Abdullah adalah salah seorang ahli panel pada muzakarah itu.

Menurut beliau, sejak kebelakangan ini kenyataan dan tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong supaya jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada DAP jika pakatan pembangkang berjaya memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti memang tidak boleh dimaafkan.

Beliau berkata, Pas perlu bertanggungjawab terhadap isu yang pernah dibangkitkan dan dianggap fatwa oleh mereka termasuk mengkafirkan orang UMNO yang menjadi punca perpecahan orang Melayu sehingga memberi ruang kepada orang bukan Islam mengambil alih dan meraih sokongan untuk menerajui pemerintahan negara ini.

"Semua ini bukan berlandaskan perjuangan Islam yang hakiki tetapi lebih kepada kepentingan diri untuk terus berada dalam arena politik walaupun hak umat Islam akan tergugat.

"Guru-guru pondok pernah menyerahkan satu resolusi kepada Nik Abdul Aziz supaya berhenti mengeluarkan kenyataan termasuk mengkafirkan orang UMNO tetapi sehingga sekarang dia tidak pernah melayan teguran kami," katanya - Utusan Malaysia.

1 comment:

  1. The senile old man should be resting at the old folk's home.

    ReplyDelete

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.