Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, February 16, 2010

Nik Aziz 'Menyimpang', Di manakah Ulama UMNO?

KOTA BHARU 15 Feb. - Sikap Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memperkecilkan sambutan Maulidur Rasul kerana menganggap ia tidak mempunyai fadilat disifatkan sebagai 'menyimpang'.

Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah berkata, ini kerana memperingati Nabi Muhammad merupakan sunat muakad yang tertinggi dalam menghayati sejarah serta perjuangan baginda yang dapat menginsafkan diri setiap umat Islam.

Sehubungan itu, beliau menganggap sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah.

"Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam empat perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan kias (ijtimak ulamak).

"Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang," ujar beliau di sini hari ini.

Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah mengulas mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas mengenai sebab utama Maulidur rasul tidak disambut di negeri ini.

Ketika ditemui semalam, Nik Abdul Aziz berkata, bulan Maulud tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadhan.

Bagaimanapun beliau berkata, corak pentadbiran yang diamalkan kerajaan negeri telah menerapkan nilai Maulud yang sebenarnya.

Abdullah menjelaskan, Maulidur rasul perlu disambut sebagai tanda orang Islam menyayangi baginda dan mengeratkan hubungan kerohanian antara baginda dengan umatnya.

Tegasnya, Allah sendiri memuliakan nabi maka adalah sunat bagi umat manusia turut meraikan hari kelahiran baginda.

"Apa ini maulud..maulud merupakan perhimpunan untuk memuji dan memperingati hari kelahiran nabi dengan mengadakan jamuan sedekah dan membaca kisah-kisah mengenai nabi.

"Nabi tak pernah larang dan tak pernah suruh tetapi zaman sahabat baginda dulu mereka meraikan kedatangan maulud dengan cara itu," tegas beliau.(seterusnya)

Yang selalu menimbulkan tandatanya penulis ialah di manakah perginya ulama-ulama di dalam parti UMNO apabila Nik Aziz membuat kenyataan yang sangat meragukan ini?

Apakah parti UMNO tidak mempunyai sebarang ahli agama yang mampu bersuara dan pandangan beliau itu dijadikan rujukan oleh kita semua dan bukannya Nik Aziz yang begitu jelas telah menyimpang?

Sampai bilakah parti UMNO akan menggunakan nama ulama yang tidak di dalam parti itu sendiri atau pun dari agensi kerajaan?

Di manakah hilangnya pemimpin-pemimpin UMNO (termasuk sayap-sayap parti) yang memegang potfolio keagamaan di dalam parti UMNO?

Penulis telah menimbulkan isu ini beberapa kali dan setiap kali isu timbul, setiap kali itu juga tiada respons daripada ulama-ulama parti UMNO!

Sungguh mengecewakan!

FACEBOOK DR MiM

My Blogger Tricks

FOLLOW BLOG MiM