FACEBOOK DR MIM

Thursday, March 04, 2010

Lawak Jalanan ADUN PKR.

Di bawah adalah komentar daripada Ku Du Lac di dalam blog ini.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya saya akan keluar parti. Saya ingin beritahu Umno yang kami akan bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu bagi menjahanamkan mereka,”- Abdul Yunus Jamhari (ADUN Kuala Kurau).


Sanggup kerja keras nak jahanamkan UMNO, kalau dah sampai 24 jam sehari, 7 hari seminggu nak jahanamkan UMNO,bila masa nak berbakti kepada rakyat ?

'Bijak sungguh'...

Ringkas tetapi sungguh pedas komentar Ku Du Lac. Tetapi lawak pun ada!

Inilah masaalahnya jika seorang wakil rakyat sudah hilang akal dan pertimbangan sehingga menampakkan kebebalan diri mereka sendiri.

Tentunya pengundi di Kuala Kurau mengeleng-gelengkan kepala tanda kecewa melihat wakil mereka yang sungguh bersemangat untuk menjatuhkan parti lawan sehingga mahu melupakan tanggungjawab di kawasan sendiri.

Kalau beginilah sikap wakil rakyat tersebut, jangan haraplah pengundi-pengundi di Kuala Kurau menyokong beliau dan parti PR lagi.

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.

.