JOIN FACEBOOK DR MIM

Thursday, April 08, 2010

Anwar Ibrahim vs Judi Magnum ?

Pada tahun 1987, Anwar sebagai Menteri Pendidikan pernah membuat keputusan yang benar-benar melukakan hati orang Cina. Anwar tidak hormat dengan sistem perjawatan sekolah Cina. Anwar lantik Cina `westernized’ untuk menjadi nazir kepada sekolah-sekolah Cina.

Gamat seluruh Negara. Ada boikot. Ibubapa pelajar Cina nekad untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

Ini satu campurtangan luar biasa kerajaan kepada hal ehwal pendidikan anak bangsa Cina. Anwar tidak peduli, kepadanya – yang lebih penting – pendidikan Cina mesti di `neutralized’ dan tidak terlalu bersifat keCinaan.



Anwar adalah antara penyebab kepada insiden Ops Lalang 1987. Pemuda UMNO berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman. Anwar yang selalu pergi ke seluruh Negara selalu mengangkat 13hb Mei sebagai `perlambangan kebangkitan orang Melayu’.

Anwar selalu menganggap perjuangan Harun Idris adalah kemuncak perjuangan orang Melayu. Anwar selalu mengingatkan tentang `amuk’ Melayu. Anwar selalu mengatakan bagaimana Melayu akan bangun berjuang jika cuba dihina dan dibuat gila oleh kaum lain

Mengapa agaknya Anwar boleh berubah begitu rupa?

Daripada seorang `ultra Melayu’ kepada seorang yang kononnya membawa nilai Malaysia. Pemahaman Anwar tentang 13 Mei sudah jauh terpesong daripada ucapan-ucapan ganasnya sewaktu di dalam UMNO. Apakah Anwar lupa bahawa kebencian kepada Cinalah yang meletakkan dirinya hampir ke kemuncak kepimpinan dalam UMNO.

Namun begitu, sewaktu dalam UMNO lagi – Anwar sudah cepat jatuh cinta dengan `tycoon’ Cina. Nallakarupan mesti boleh mengingatkan kita bagaimana Anwar selalu membuat ’special draw’ sewaktu dia di Kementerian Kewangan.

Asalkan nak pakai duit sahaja, Anwar akan buat special draw. Asal nak pakai wang sahaja – Anwar akan luluskan ’special draw’. Sebagai Board of Director Magnum – Nalla akan bawa duit ’special draw’ kepada Anwar. Azmin mungkin ingat cerita ini
.
seterusnya

Wednesday, April 07, 2010

Dahsyat !! Sembang Politik Malaysia.

Penulis baru sahaja berbual dengan seorang kawan lama. Seperti biasa, topik politik turut disembang tetapi beliau mengemukan satu pandangan yang membuatkan penulis terdiam sebentar. Kata beliau lebih kurang seperti ini:-

"Aku tidak ada masaalah dengan blog dan Facebook jadi tempat untuk korang bagi idea atau condemn orang ke atau nak tegakkan kebenaran ke. Lebih-lebih lagi isu politik. Korang akan sokong individu atau parti yang korang sokong. Betul tak?

Tak kiralah apa aja hujah atau kebenaran yang ditulis oleh pihak lawan, korang semua akan mencari juga salah orang lain. Kalau dah salah pun, korang tutup mata sahaja and buat dek aja.

Lebih sakit hati kalau ada yang lazer jarinya yang lebih senang mencarut dan guna kata-kata kesat bagi sakit hati orang yang nak explain yang betul.

Korang bergaduh sama sendiri, maki hamun, mencarut, gelar nama-nama yang buruk-buruk bagi puas hati korang semua. Betul tak?

Korang ni bergaduh dalam blog macam kalau jumpa betul-betul, sure tumbuk menumbuk punya. Maki sini maki sana.

Yang explain guna ayat baik-baik pun kena maki hamun and dicarutkan.

Apa lagi yang explain pakai maki hamun, sure lah kena maki hamun lagi teruk. Siang malam korang gaduh, ada aja yang ditaip. Tak ada nak ditaip pun korang nak taip jugak. Apa hal ni?

Korang tahu tak, korang gaduh macam nak rak macam nak kiamat, pemimpin-pemimpin yang korang sokong tu rileks aja bila jumpa sama sendiri. Siap boleh minum kopi lagi. Siap boleh foto-foto lagi.

Depa boleh gelak-gelak lagi. Tak apa la, gelak-gelak pun, poket masuk jugak. Hancur negara ni pun, dia orang ada duit nak hidup sampai cucu cicit. Tak kira la, UMNO ka PKR ka. Depa jaga diri dulu and keluarga depa dulu.

Korang semua?

Dah la kena maki hamun sama sendiri, korang bukan nya dapat apa-apa pun. Bagi malu or dimalukan, adalah.

Bila pemimpin tengok korang slow sikit, depa cipta la satu isu lagi. Korang semua pun melompat and darah naik balik. Korang spend la time berjam-jam depan lap top tu, cari idea and bergaduh lagi sekali."

"Macam tu la kerja korang. Depa cipta satu isu, korang kipas sampai panas terbakar. Siapa yang panas terbakar?

Korang jugak.

Depa tu duk rileks saja dalam bilik aircond or dalam kereta besaq. Bila dah stress, pergi holiday kat oversea all paid. Tak payah nak risau hutang piutang macam korang semua.

Kalau rasa banyak dosa sangat, pergi la buat umrah kat Mekah. Harap dapat bersihkan dosa. Tapi balik sini, ulang balik kerja yang tak betul. Apa hal ni?

Korang pulak?

Bergaduh la tiap-tiap hari. Maki hamun la dari pagi sampai malam. Lepas tu, bukannya korang boleh sampai sepakat and selesaikan isu yang boss-boss korang cipta tu.

Gaduh lagi......."

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.