FACEBOOK DR MIM

Friday, August 13, 2010

MCA & Gerakan Tidak Hormat Bahasa Melayu ?

Apa hal dengan parti MCA dan parti Gerakan ni?

Kalau kita layari web rasmi kedua-dua parti itu, Bahasa Melayu tidak digunakan di dalam kedua-dua web rasmi itu! Buat malu parti Barisan Nasional sahaja!

Bukannya ada apa-apa yang memberangsangkan seperti usaha-usaha atau pelan-pelan mereka untuk menarik undi bukan Melayu di dalam web mereka itu tetapi sekurang-kurangnya, sebagai komponen-komponen penting di dalam kerajaan BN sekarang, mereka sepatutnya mendokong prinsip-prinsip asas negara ini.

Kalau tak buat pun kerja politik untuk PRU-13, tambahlah bahasa Melayu dalam web masing-masing. Kalau tidak, akan menambah meluat orang sahaja.

Kepada sesiapa yang baca artikel ini, sila sampaikan mesej ini kepada kepimpinan MCA dan Gerakan supaya menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang tercinta ini.







Thursday, August 12, 2010

PANAS!! Betul Ke UMNO Pulau Pinang Tidoq??

M.I.M sudah beri amaran dari awal lagi. Kepimpinan UMNO negeri Pulau Pinang termasuk sayap-sayap dan ADUN-ADUNnya sedang dipantau. Dan jika ada yang tidak bangun-bangun lagi daripada tidur, mereka akan dikritik hebat.

Rakan bloggers di Pulau Pinang telah memberi mukamidah yang sangat pedih tetapi niatnya baik iaitu untuk menyedarkan UMNO Pulau Pinang supaya bangkit dan ' berperang' dengan lebih signifikan.


Dalam masa yang sama, M.I.M faham dengan keresahan dan ketidakpuashatian rakan-rakan bloggers Pulau Pinang yang telah mengkritik hebat sesetengah pemimpin UMNO dan juga Pemuda UMNO Pulau Pinang kerana MIM pun berfikiran yang sama.

Tetapi bukan semuanya. Masih ada pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang yang buat kerja mereka.

Yang perlu kita tahu ialah UMNO adalah parti pembangkang di dalam Pulau Pinang. Makanya pemikiran dan perang saraf UMNO mestilah seperti pembangkang tetapi kebanyakan gerak kerja parti masih berada di tokok lama seolah-olah UMNO masih lagi memerintah negeri Pulau Pinang.

Banyak program UMNO masih berbentuk exclusive kepada ahli-ahli dan bukannya inclusive melibatkan rakyat keseluruhannya.

Tetapi, apakah sesetengah kepimpinan UMNO Pulau Pinang terutamanya sayap Pemudanya akan bangun atau sekadar bersuara melenting apabila ada pihak menegur mereka dan selepas itu mereka akan tidoq kembali?

Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh mereka yang terasa pedasnya.

MIM juga mendapat maklumat bahawa masih terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa blog dan lain-lain saluran maklumat alam siber tidak penting dan tidak perlu diperkuatkan.

MIM tahu siapa mereka itu tetapi apakah perlu didedahkan satu persatu?


Ini bukan satu ugutan tetapi teguran sihat dan buat ketika ini MIM berpendapat cukuplah sekadar mengingatkan mereka itu supaya jangan bermain dengan api.

Pemikiran dangkal seperti itu juga merupakan salah satu daripada petanda yang menunjukkan beberapa pemimpin UMNO negeri dan sayapnya masih tidak sedar diri walau pun DS Najib Tun Razak, Presiden UMNO sendiri telah berulang kali memberi amaran tentang kepentingan blog dan alam siber di dalam strategi penangkis dan mengempur pihak lawan.

Mungkin mereka ini tidak merasa lagi penangan dan damage yang boleh dilakukan oleh para bloggers yang mempunyai satu jaringan siber yang sangat besar jumlah pembacanya.

Tetapi M.I.M berharap tidak ada yang berani mencuba walau secubit sekali pun kerana impaknya sangat teruk! Apa yang berlaku tiga hari lepas hanyalah sebahagian kecil daripada kemampuan sebenar bloggers Pulau Pinang.

Apa-apa pun, UMNO negeri dan sayap-sayapnya perlu lebih vokal dan memperhebatkan lagi strategi mereka di Pulau Pinang. Itu yang paling mustahak.

Gandingan bloggers dan UMNO Pulau Pinang terutamanya Pemuda negeri, perlu diperkemaskan. Terimalah bloggers sebagai salah satu instrumen penting di dalam psywar parti dan sahutlah isu-isu yang ditulis di dalam blog.

Realitinya, bloggers berjuang setiap hari di alam siber tanpa pembelaan sesiapa pun.

Dalam hal persefahaman ini, MIM percaya ada 'cahaya di hujung terowong' kerana kita berjuang di atas satu platform yang sama.

Tuesday, August 10, 2010

Penting !! : PENYATUAN ATAS DASAR ISLAM DEMI TANAH MELAYU

Marzuki Sahak

Salam kepada semua pembaca,

Kalau kita masih ada pemikiran tak mau nak ubah sikap diri kita sendiri dan dok salahkan orang lain dan tak mahu ngaku salah kita selama ini sehingga kita mati dan kita tak akan berubah dan atas terus dijajah.

Perubahan perlu datang dalam diri kita selepas itu tengok pada keluarga kita dan seterusnya pada masyarakat sekeliling. Kalau step pertama ni pun kita gagal nak buat maka kita akan sentiasa gagal.


Balik kepada ISLAM untuk bersatu. Manusia sentiasa melakukan kesilapan sebab kita bukannya Malaikat ataupun Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu apabila manusia melakukan kesilapan kita perlu sedia untuk memaafkan dan jangan berdendam barulah kita boleh BERSATU.

Kalau kita kaji balik sejarah masa zaman jahillah, pelbagai cara bentuk kekejaman dan kesalahan yang telah dilakukan oleh orang kafir terhadap Nabi Muhammad S.A.W. tapi adakah Nabi Muhammad S.A.W. membalas dendam dan memaki hamun mereka ini apabila mengambil balik Kota Mekah.

Jawapannya TIDAK dan Nabi Muhammad S.A.W. sentiasa memaafkan umatnya serta sayang dan kita semua. Kita selalu berkata ”Sedangkan Nabi Ampunkan Umatnya” dan masalahnya kita selalu bercakap dan tahu tentang statement tersebut tetapi amat sukar untuk kita lakukan.

Sekarang bukan lagi masanya untuk berdendam atas kesalahan yang orang lakukan ke atas kita. Sekarang adalah masa untuk memaafkan sesama kita dan berubah.

Ingat kita bukannya Malaikat @ Nabi Muhammad S.A.W. yang tidak pernah melakukan kesalahan tapi kita akan sentiasa cuba untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama tetapi jika berlaku juga kita perlu segera memaafkan dan berbaik semula.

NOBODY PERFECT DAN HANYA ALLAH SAHAJA YANG PERFECT.

Oleh itu kita tak perlu untuk nantikan pemimpin-pemimpin PAS & UMNO bersetuju untuk duduk semeja berbincang kalau kita sendiri boleh berubah dan cuba untuk duduk semeja dan berbincang atas dasar ISLAM.

Sebab untuk tentukan kehidupan kita di Akhirat bukannya sama ada kita ahli PAS @ UMNO tapi sekiranya kita orang ISLAM dan umat Nabi Muhammad S.A.W. sahaja yang akan selamat di Akhirat.

ARTIKEL TERPANAS MINGGU INI.