Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Thursday, September 30, 2010

BLOG NT ANWAR - Kenapa Branson, pemilik kelab malam GAY, 'Heaven' sokong Anwar ?

Menurut wikipedia Richard Branson, pada awal 1980-an, syarikatnya, Virgin telah membeli kelab malam gay yang lebih dikenali sebagai 'Heaven', di London. kelab gay Heaven dibuka oleh seorang usaha Gay bernama Jeremy Norman, pada Dis 1979. Namun pada tahun 1982, Norman telah menjual kelab Gaynya kepada rakan baiknya, Branson yang memiliki syarikat Virgin Group.


Branson yang sering berseronok di kelab ma
lam gay dapat menghidu peluang perniagaan di kalangan masyarakat gay menggunakan konsep 'pink pound'. "Pink Pound' merujuk kepada perniagaan (pound) di kalangan komuniti kaum gay (Pink) di London. Jadi pembelian kelab malam 'Heaven' memenuhi hasrat Branson untuk menjadi penaung kepada komuniti Gay di London dan Kelab Heaven dijadi pusat penjanaan wang, selain untuk berhibur. Di pusat ini juga kemudiannya muncul 'gerakan membela hak-hak kaum gay'(the gay rights movement).

Walau bagaimanapun , sebagai sebuah kelab malam gay yang pertama dibuka di London, maka tidak hairan pelbagai kontroversi, sering dipaparkan dalam akhbar tabloid,dalam berita muka depan terutamanya berkaitan dengan penggunaan pil 'ecstasy'(sejenis dadah untuk menambahkan keseronokan ketika menari) yang berleluasa di kelab itu.


Kelab gay Heaven pernah ditutup untuk proses pembersihan dan dibuka semula pada tahun 1998 sebagai kelab Gay utama mencabar kemunculan kelab-kelab gay lain terutamanya 'Trade' dan 'The Fridge'. Dan sudah semestinya kelab Gay Heaven tetap menjadi Kelab Gay Nombor Satu di London yang terletak di 9 The Arches Shopping Villiers Street,London. (SETERUSNYA...)

p/s : MESTI TENGOK KLIK SINI

Wednesday, September 29, 2010

HAPUSKAN SAMAN EKOR !!

MIM TEAM

MIM sokong kempen Hapuskan Saman Ekor.


Oleh DS Dr Mohamad Khir Toyo.
(http://www.drkhir.com/)

1. Usaha menyenaraihitamkan mereka yang mempunyai saman ekor tertunggak ditangguhkan sehingga awal tahun depan. Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang lagi. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak?

2. Saman ekor ini merupakan satu pilihan kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasa peraturan had laju. Kaedah ini digunakan kerana ia lebih cekap dari segi penggunaan tenaga penguatkuasa dan juga mengelakkan kesesakan jalan raya. Satu lagi kaedah ialah mengadakan perangkap had laju dan menahan pemandu beberapa kilometer kemudian.

Thursday, September 23, 2010

Kontroversi RM4 bilion Untuk PAS Kelantan Dan Penjelasan daripada I'DA WORLD.

MIM Team




Berikut adalah respons daripada I'DA World Group tentang kenyataan Mohd Amar Nik Abdullah ( Timbalan Pesuruhjaya 111 PAS Kelantan) dalam kenyataan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 21 September 2010.








Wednesday, September 22, 2010

VIDEO : Anwar Ibrahim DiPerlekeh, Nik Aziz Mana 4 bilion tu?

MIM Team

Pergolakan di dalam pemilihan kepimpinan PKR semakin terserlah. Kita tidak mahu membincangkan kepimpinan peringkat cabang kerana cabang PKR sebenarnya seperti tidak berfungsi. Tetapi perlu dibincangkan peringkat Naib Presiden yang menyaksikan the true colours Zaid Ibrahim apabila Anwar Ibrahim diperkotak-katikkan dan dilihat sebagai tidak relevan di dalam parti.

Keengganan Anwar Ibrahim bertanding jawatan Presiden telah membuka ruang untuk Zaid Ibrahim mencuri tumpuan ramai dengan bertindak seolah-olah kambing hitam yang kononnya transparens, jati diri dan akan taat setia kepada parti PKR dan isteri Anwar Ibrahim.

Lihat video dibawah :-


Yang memualkan ialah taat setia Zaid Ibrahim pula bersyarat iaitu hanya jika menang pertandingan parti PKR. Jadi jika beliau kalah atau pun disuruh menarik diri daripada bertanding, di manakah tahap taat setia Zaid Ibrahim kepada parti PKR? Di dalam longkang?

Inilah masaalahnya apabila parti PKR ditimbuni dengan pemimpin-pemimpin tak laku dan frust menonggeng. Mereka hany muncul tatkala musim pertandingan tetapi sebelum itu tidak aktif.

Itu tak apa lagi, Zaid Ibrahim contohnya, nampak hanya berani bersuara membelakangi Anwar Ibrahim ketika musim pemilihan sahaja tetapi sebelum ini dilihat pasif dan tunduk kepada Anwar Ibrahim. Pijak semut pun tak mati dan beliau seperti tidak tahu apa-apa pergolakan yang berlaku di dalam PKR.


Bercakap pasal tak tahu apa-apa, isu sumbangan RM4 bilion sedang panas dibincangkan. MPP melaporkan :-

Jika semalam Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah menafikan mengetahui tentang sumbangan RM 4 Billion dari sebuah syarikat kepada kerajaan negeri, hari ini Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan pula mengakui dia tak tahu tentang hal tersebut.


Di atas ialah surat sokongan kelulusan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) bernilai RM1 trilion yang mahu dijalankan oleh I'DA WORLD dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang juga ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir. Mustafa Salleh.


Sessi Penerangan mengenai Projek S7 kepada MB Kelantan

Dan, kedua-dua "orang besar" Kelantan ini menafikan mengetahui mengenai kewujudan dan kelulusan projek I'DA WORLD yang akan dilaksanakan di negeri Kelantan.

Mustahil diterima akal jika kedua-dua orang "besar" di Kelantan ini tak tahu menahu tentang sumbangan RM4 Billion dan juga kelulusan projek bernilai USD300 Billion di Kelantan. Ini adalah projek berskala besar dan juga melibatkan jumlah dana yang banyak.

p/s : MIM akan menulis di artikel yang seterusnya merujuk kepada penemuan terbaru! Tunggu!

ALHAMDULILLAH ......

MIM TEAM


Akhirnya, isu Malware dan innity.com yang mengganggu perjalanan blog MIM sudah selesai. Di sini MIM mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan blogger Media Permatang Pauh kerana telah membantu MIM menyelesaikan isu tersebut.


Dan kepada rakan blogger yang lain, MIM mengharapkan agar rakan-rakan blogger sekalian dapat linkkan blog MIM semula ke dalam blog-blog rakan sekalian.

Perjuangan akan diteruskan...

TERIMA KASIH !

p/s :- Yang tergelaknya, ada pihak pro-pembangkang yang menuduh isu Malware ini adalah kerja jahat UMNO/BN. Tetapi hakikatnya, banyak juga blog pro-BN turut terkena malware tersebut! Tu lah...lain kali jangan pandai menuduh sahaja nanti malu sendiri!

SNIPPET : Laporan menarik - Extremist websites skyrocketing, says Interpol.
Apakah ada kumpulan Al-Qaeda yang menaja blog atau website di negara ini?

Monday, September 20, 2010

Malware Attack - Berita Baik Daripada innity.com

MIM Team

MIM telah menerima satu penjelasan yang menggembirakan daripada pihak innity.com. Ianya mengenai isu Malware attack yang melanda banyak portal berita dan juga blog-blog termasuk blog MIM.


Difahamkan bahawa tiada sebarang bentuk pencerobohan yang berlaku jika anda mengenepikan amaran tersebut dan melayari blog tersebut. Innity.com juga mengatakan bahawa proses review pihak google.com akan mengambil masa sekitar 48 jam.

Itu ok lah.....

Rujuk di bawah :-


Dear Publisher,

Further to our earlier email, we have managed to rectify the issue of our ad server displaying a malware warning issue on your site. In summary, a portion of our domain; innity.net, which operates as a content delivery network focused on delivering static banner files to our end user, was affected in Indonesia and this led to Google classifying our domain as being infected by malware.

While we have quickly resolved the issue and are now back to normal operation, Google’s aggressive malware prevention policy may result in users continuing to see warnings until Google completes its re-review process.

As a result, the entire innity.net domain has been blacklisted. Websites that are embedded with the Innity tag have been affected by this problem and this has caused a warning message to be displayed when a user visits the websites when they are using either Google Chrome or Firefox.


We have excluded the affected delivery network from our advertising network until the service provider rectifies the issue from their side.

We have also initiated the Google review process, and requested Google to recheck the site and declassify it as malware. The process could take up to 48 hours as the situation is complicated due to the fact that there is no detailed report as to why Google has classified us as a malware distributor.


We have also taken short-term steps to lock down our domain in Indonesia completely while we determine the true technical root cause of the initial malicious files.

We take the integrity of our infrastructure extremely seriously, and will post a detailed follow-up as the investigation completes. We sincerely apologize for any inconvenience caused to you and your visitors, and you have our assurance that part of the investigation also includes reviewing our early-detection mechanism for this type of glitch specifically.

You can temporarily remove the Innity tag from your site, and sign up for Google Webmaster Tools for a review. Details can be found on the site below: http://www.google.com/support/webmasters/bin/answer.py?answer=168328

Additionally, we would appreciate your help in sharing with us the information that is being displayed on your Google Webmaster Tools under the malware section to report-malware@innity.com .

MALWARE ATTACK - innity.net , innity.com


SILA BUANG IKLAN MANGGAONLINE
SILA BUANG IKLAN YANG MEREPEK
SILA TUKAR TEMPLATE. AMBIK BLOGGER PUNYA


Laporan Daripada blog Media Permatang Pauh

Beberapa portal berita di Malaysia termasuk The Malaysian Insider dan Malaysia Kini dipenuhi amaran malware - perisian yang boleh merosakkan komputer daripada pengendali web pencarian gergasi, Google.

Malware itu dikatakan berasal dari 'Innity' sebuah syarikat jaringan pengiklanan online. Google kini menghalang pengguna dari memasuki lebih 600 laman web setelah Innity mula menyiarkan iklan yang menghubungkan kepada laman web yang dicemari malware berbahaya.

Hari ini saja, beberapa laman seperti The Star, The Malaysian Insider, Malaysia Kini, Berita Harian dan My Sinchew turut terjejas.

Malah banyak blog pro kerajaan seperti Pisau.net, Minda Intelek Melayu dan juga blog Bumiyang.blogspot tak dapat dibuka. Begitu juga blog pemimpin terkenal seperti CheDet.cc.

Mengikut laporan 'Google Safe Browsing', Innity telah menjadi hos untuk perisian berbahaya yang disebarkan ke laman web yang menyiarkan iklannya.

Pemilik laman web yang terlibat dinasihatkan membuang semua kod dan iklan dari Innity sehingga ia menyelesaikan masalah ini. Untuk langkah keselamatan, buang semua link iklan atau blog dan portal yang mempunyai jangkitan Malware ini untuk sementara waktu.

Innity dalam laman webnya mendakwa jaringan pengiklanannya melayan lebih 2.1 billion iklan dan mempunyai lebih 29 juta pengguna sebulan termasuk 250 laman web terkenal di Malaysia, Singapura, dan negara Asia Tenggara yang lain.

Google telah mengesan ancaman itu pada 19 September dan ia meliputi pelayar internet terkenal termasuk milikan Google sendiri iaitu Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan Safari yang digunakan pengguna Apple.

Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan resiko kerosakan komputer tanpa disedari oleh pengguna.

Nama Malware wujud daripada gabungan ‘malicious’ yang membawa maksud niat jahat dan ‘software’ pula bermaksud perisian. Perisian ini dicipta oleh individu yang mempunyai kepakaran berkenaan kod program pelbagai perisian. Tujuan golongan ini ialah untuk mengganggu, mengancam dan menimbulkan masalah kepada pengguna komputer.

Pada masa ini Malware diwujudkan untuk tujuan mengaut keuntungan. Bukan saja untuk mengganggu sistem komputer tetapi ia juga digunakan untuk mencuri data, identiti, wang serta maklumat pengguna, semata-mata bagi mengaut keuntungan yang berlipat ganda oleh penjenayah siber.

Serangan malware termasuklah terhadap kebanyakan blog yang ada diantaranya terus tidak dapat diakses kecuali mereka yang mengambil risiko mengabaikan arahan daripada melayari blog-blog berkenaan. Beberapa template tertentu dikesani mudah untuk berkompromi dengan malware ini.

Bagi yang telah terkena jangkitan malware ini pastikan anda membersihkan "cookies" daripada browser-browser anda.

Pastikan portal dan blog anda TIDAK memasang iklan daripada Innity dan manggaonline. Bagi iklan pop-up dari widgeo.net yang mengganggu pelayaran blog, buang widget yang memaparkan data pengunjung. Sekalipun cantik dan maklumatnya bermakna, tetapi iklan popup yang diterbitkan terlalu menganggu sehinggakan pengunjung boleh menjadi bosan kerananya.

Semua malware akan menyebabkan sistem komputer bertambah lambat seperti penyambungan Internet dan juga masa untuk sistem ‘boot’ menjalankan operasinya.

Rakyat Merana Rumah Reban Ayam VS Dinar Emas Untuk Tok Sami ?

MIM Team

Rakan blogger MPP telah menulis satu artikel yang menimbulkan banyak persoalan tentang matlamat dan mesej yang cuba disampaikan oleh Nik Aziz dan segala Exco kerajaan PAS Kelantan.

Lihat foto-foto dibawah :-

Ramai yang terpinga-pinga melihat kehadiran lebih kurang 40 orang Tok Sami di rumah terbuka Nik Aziz. Rupanya mereka dijemput khas bagi diraikan dirumah terbuka sempena Aidilfitri tersebut.

Tok Sami dirai dan dijaga sedangkan banyak rakyat melayu di Kelantan masih menderita
Duit raya berbentuk dinar emas juga diberi oleh Nik Aziz kepada Tok-tok Sami tersebut.



Pasti ramai juga yang terfikir, sudah tiadakah rakyat Kelantan berbangsa melayu yang lebih wajar diraikan? Dikala masih banyak rakyat Kelantan hidup dibawah paras kemiskinan, Nik Aziz pula memilih untuk mengutamakan Tok Sami daripada individu sebangsanya sendiri.

Apa jenis Menteri Besar yang berfikiran sebegini???

Keluarga miskin yang terpaksa tinggal dalam reban ayam di Pengkalan Chepa ini tak pula Nik Aziz nak rai?? Tok Sami lebih utama nampaknya..Alangkah baiknya jika Nik Aziz sumbangkan derma dinar emas untuk membaiki rumah rakyat Kelantan yang uzur ini...Takkan Nik Aziz hanya nampak Tok Sami di Kelantan saja..?

Pelik sungguh. Di Pulau Pinang lain pula dengan kepimpinannya ditunggang oleh parti pemerintah DAP. Kesihan ahli-ahli dan penyokong PAS !

Patutlah sudah banyak suara yang tidak puas hati dan tidak akan lagi mengundi parti PAS pada PRU-13 nanti. Dan gelombangnya mungkin bertambah besar di masa hadapan apabila pemimpin-pemimpin PAS sudah kerap mencemari perjuangan asal parti PAS.

Friday, September 17, 2010

PANAS ! : PAS Pulau Pinang Ditunggang, Masjid Surau Dianaktirikan?

Komentar pembaca MIM :-

Kisah benar dari sahabat2 saya di Pulau Pinang...

Sewaktu hari raya kami bertemu dan pelbagai cerita di ceritakan... ternyata nada sahabat saya yg dahulunya penyokong tegar PAS selama 20 tahun amat kecewa, ini kerana dia merasa tertipu dan amat berdosa krn menyokong PAS...

Katanya PAS diPulau Pinang seperti tak ada telor.. Apabila didalam masjid mereka bercerita tentang ingin membela islam tetapi hakikatnya, mereka ibarat ''hamba'' kepada kaum lain..


Apabila org islam bertanya. Kenapa peruntukkan masjid diseluruh negeri pulau pinang dikurangkan.??,sedangkan kutipan zakat pulau pinang dari tahun ke tahun bertambah..

Mereka nampak gelabah nak jawab.. Depa cakap wang zakat dah abis digunakan untuk membantu fakir miskin.. tetapiiii... apabila ditanya balik, sapa yg dapat wang zakat tu.. depa terkedu balik..

Rupa2nya wang zakat pada tahun ni digunakan sepenuhnya untuk masjid2 serta membantu orang fikir miskin.. itu saya setuju,!!

Tetapi kenapa tak ada wang dari kerajaan negeri sendiri untuk membantu masjid2 diseluruh pulau pinang.?

Sedang kuil dan tokong dapat bantuan wang dari kerajaan negeri..!!!
Kalau kerajaan dahulu tak pernah buat macam ni.. wang zakat itu adalah hak org islam sendiri dan tak boleh dikira dalam bentuk sama rata dengan kaum lain..


Alasan yg digunakan pakai adalah wang zakat itu adalah pendapatan hasil negeri, jadi kerajaan tak perlu bagi wang lagi, gunalah wang zakat itu sebagai peruntukan kerajaan.. tapi kuil dan tokong dapat pulak duit dari kerajaan negeri..!!!!
Dan amat mengecewakan lagi apabila alasan meraka yg teramat tak masuk akal adalah 'ini semua salah UMNO'' dia tertanya, apa kena mengena pulak dgn UMNO..??

Ini hal peruntukan wang kerajaan negeri.. bukan UMNO yg memerIntah sekarang.. jawapan dia langsung tak masuk akal..
Dan menambah lagi yg dia amat kesal lagi adalah apabila perjanjian PAKATAN RAKYAT yg mengatakan tidak wujud nagara islam dan perlaksanaan hukum islam apabila PR memerintah kelak... '' Mana perjuangan islam oleh PAS..????

Nampak mereka lebih daif dari UMNO.. kerana hendakkan kuasa memerentah, perjuangan islam itu hanya tinggal nama sahaja pada parti tu.!!! ternyata PAS lebih munafik..


Memang betul kata sahabat2.. sokong islam anda selamat tetapi sokong PAS pasti anda sesat.!!!

Thursday, September 16, 2010

GEMPAR : CT NURHALIZA BATAL KONSERT DI PULAU PINANG

MIM TEAM

MIM telah mendapat SMS yang mengatakan CT Nurhaliza telah membatalkan konsert Hari Malaysia di Pulau Pinang!!

Alasannya ialah CT Nurhaliza telah dinasihatkan oleh doktor beliau berihat.

MIM akan menulis dengan panjang lebar di artikel seterusnya.

Saturday, September 11, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


MIM TEAM MENGUCAPKAN
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Tuesday, September 07, 2010

MESTI BACA ! 2 KOMENTAR PEMBACA TENTANG PAS & GUAN ENG LIDAH BIAWAK !


1. Kalaulah arwah YUSOF RAWA ada, memang Anwar Ibrahim kena...Tuan Guru Nik Aziz, tiada sayap yg kuat untuk kendalikan PAS dgn sempurna. Ahli Pas yg ade pun, bukan kerana semangat islam, tapi semangat parti. - Wakaf Al-Quran.

2. Salam semua...

Bukan saja M.I.M Team, saya pun nak tergelak juga. Sepatutnya kata2 LGE berbunyi begini "Umno bangkit kerana saya banyak tindas orang Melayu, Islam." KLIK SINI

Bantu konon, orang negeri lain bolehlah beliau kelentong. Tanya orang P. Pinang tengok, apa yang LGE dah buat pada orang2 Melayu terutamanya peniaga2 kecil. Hebah satu Malaya LGE suruh orang dia roboh tempat orang2 Melayu cari makan yang sebelum ini tak pernah diganggu pun oleh orang2 BN. KLIK SINI

Inikah bantuan yang dikatakan oleh LGE pada semua orang Melayu P.Pinang?

Dusta sedustanya... Beliau pergi bodek orang2 masjid (PAS), bagi seratus dua untuk majlis buka puasa serta ambil gambar sekeping dua. Inikah yang dikatakannya bantuan ikhlas DAP pada orang Melayu Islam?

Cakap saja besaq kata orang P.Pinang. Selepas 2 tahun perintah, habuk pun tarakkkkk. Apa yang jelas DAP hanya berbaik2 dan banyak menghabiskan masa beliau dengan Melayu PAS dan bukannya dengan semua orang Melayu Pulau Pinang.

Sebenarnya kata2nya "Umno takut kerana saya banyak bantu Melayu, Islam" adalah kenyataan orang yang 'desperate' dan takut pada bayang2nya sendiri. KLIK SINI

Beliau sebenarnya telah sedar bahawa dengan pendedahan berani dari M.I.M Team kebelakangan ini, orang Melayu P. Pinang termasuk saya telah bangkit bagi melawan anasir2 penindas serta perosak orang2 Melayu Islam di Pulau Pinang. KLIK SINI

Kenyataan beliau pada PAS saya anggap sebagai salah satu 'skill' lama beliau bagi mengurangkan 'stress' dek kerana tekanan berterusan dari pejuang2 Melayu P.Pinang. Melayu Kepala Batas pula bagaimana? Takkan tak habis2 lagi dengan projek tanam pokok?

Kita tidak boleh lama2 buat benteng/kubu dengan pokok2 saja. Sekali sekala kita kenalah serang balik dengan meriam katak! - Anony 11:16pm

Friday, September 03, 2010

Kontroversi Pemimpin UMNO Pertikai Hak Keistimewaan Kaum Sendiri - Apakah Respons MP Pulai, Johor ?

MIM TEAM

MIM telah menerima banyak komentar mengenai kenyataan kontroversi YB Nur Jazlan Mohamad MP UMNO Pulai Johor di dalam portal berita 2 hari lepas. Sila rujuk artikel MIM - GEMPAR !!! Ada Lagi Pemimpin Melayu Pertikai Hak Keistimewaan Kaum Sendiri ??

MIM tidak berapa pasti impak kenyataan Nur Jazlan tersebut tetapi sebagai seorang pemimpin UMNO dan wakil rakyat, beliau sepatutnya mengambil isu ini dengan serius. Beliau patut menerangkan dengan lebih jelas agar rakyat faham dan dapat menilai sendiri

Jika MP Pulau Johor itu berdiam diri, ini bermakna beliau memang bersalah.


Di bawah adalah beberapa komentar yang diterima. Banyak komentar yang telah di delete kerana tidak senonoh.

1. Salam semua...

Saya teramat setuju dengan komen sinis dari M.I.M Team bahawa kenyataan YB Nur Jazlan Mohamad MP UMNO Pulai, Johor itu hanya sekadar pandangan ringan yang tiada pemberat, tiada facts & figures.

Kalau setakat hendak memberi kenyataan kosong tanpa kajian ilmiah, siapapun boleh beri komen. Yang nyata komen2 jenis ini hanya mencari populariti murah yang tidak ada kualiti.

Lebih2 lagi bila komen berkenaan tertuju kepada bekas PM kita. Siapalah YB Nur Jazlan jika hendak kita bandingkan dengan Tun Mahathir.

Begitu juga dengan kenyataan beliau;

“The real poor are the Bumiputeras in Sabah and Sarawak . That’s why they have to come and find work in Peninsular. You don’t find many Malays going to Sabah and Sarawak for work. Mahathir is only looking from a Peninsular point of view,”

Bagi saya kenyataan di atas adalah kenyataan yang paling tidak bertanggung jawab dari YB yang berteduh dan cari makan di bawah UMNO.

Selain dari alasannya yang kurang tepat, kenyataan berkenaan amat merbahaya kerana ianya boleh membakar perasaan orang2 Sabah dan Sarawak kerana ianya memberi tafsiran yang salah seolah2 kerajaan berat sebelah kepada rakyat Sabah dan Sarawak padahal banyak peruntukan telah diberikan oleh kerajaan selama ini. Semua MP2 UMNO perlu faham dalam hal2 ini.

Saya tidak mahu sentuh secara menyeluruh tentang komennya pada DEB. Bagi saya yang waras, DEB telah banyak berjasa dalam membantu dan menaikkan taraf sosio-ekonomi semua orang bumiputera.

Saya berpendapat hanya orang bukan bumiputra atau kaum pendatang sahaja yang berpandangan seperti YB Nur Jazlan atau beliau sebenarnya sudah lupa diri?

Nasihat saya sebagai orang luar, kalau kita hendak tunjuk pandai pada seseorang (Tun Mahathir), kita mestilah berkeupayaan mengajar seseorang itu akan kebolehan kita...kalau tidak, maka akan jadi tin kosonglah kita nanti... - Anonymous 11:42

2. Yang jelasnya kalau dibandingkan minda si Jazlan dengan Tun..... Jaslan memang PELAWAK. Kita tak lupa lagi kes dia nak jadi Timbalan.... dan Tun samakan tindakan dia sebgai PELAWAK. Jadi SERANAN BERNAS dia tu hanya daripada manusia yang BERDENDAM (macam Wali Selipar).... dan yang lain lain sebab biawak biawak lan tu jek dia....lalu mulalah hilang punca... dan bercakaplah apa yang teringat masu tu untuk menggumbirankan biawak biawak disekelilingnya.

Nak tanya satu Jaslan.... apa sumbangangan yang SIGNIFICANT dia kepada MALAYSIA?????... yillek!!! - Pak Teh Adam

3. Udahlah JAzlan....sorang lagi manusia tak tahu usul asal.

Sekarang ramai Melayu muda yg seolah2 benci bangsa sndiri. mengejutkan? Tapi itu hakikat.
inilah akibat pesona dgn MTV, internet, dan fahaman asing dn budaya kuning. Melayu muda kini rela mengorbankan hak istimewa mereka demi sosialisma, demokrasi, keadilan, kesaksaman, kapitalisma, dan apa jenis -isma yg ada. - Anonymous 9:53

P/S - MIM berharap agar Nur Jazlan akan menjawab isu ini. Yang penting ialah kita mahu kebenaran dan demi kebaikan.

Thursday, September 02, 2010

GEMPAR !!! Ada Lagi Pemimpin Melayu Pertikai Hak Keistimewaan Kaum Sendiri ??

MIM TEAM

Hari ini MIM ingin membincangkan isu yang lebih berat. MIM tertarik dengan artikel "NEP policies keeping Malays ‘poor’ and ‘weak’, say analysts, politicians" yang disiarkan di Malaysian Insider. Kesemua yang ditemuramah mempunyai pandangan yang berlainan tentang saranan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan polisi-polisi berteraskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berterusan.

1. MIM sangat skeptikal dengan pertimbangan pakar-pakar ekonomi bukan Melayu yang seringkali melaungkan 'memajukan Malaysia setaraf negara-negara Asia yang lain' dan memfokuskannya hanya kepada kelemahan DEB dan Melayu.

2. Tetapi mereka gagal atau tidak mahu membincangkan perbezaan ketara lain di antara Malaysia dan negara-negara Asia seperti sistem sekolah satu aliran dan penggunaan satu bahasa sahaja di negara-negara tersebut. Begitu juga suara-suara sumbang seperti Lim Kiat Siang DAP, Chua Soi Lek MCA dan lain-lain. Kenapa?

3. Dan rasa-rasanya kita sudah terlalu kerap mendengar kumpulan bukan Melayu yang sentiasa mendesak dan memaksa agar polisi-polisi pro-DEB di lupuskan. Sama juga dengan Melayu seperti Anwar Ibrahim dan balaci-balaci beliau. Itu sudah biasa tetapi apabila ada orang Melayu UMNO yang mempertikaikan DEB, kita tentunya tertanya-tanya, apa hal dengan orang Melayu ni??? Dia tak sedar diri ke??

4. Artikel di dalam Malaysian Insider itu turut mengemukakan pandangan YB Nur Jazlan Mohamad MP UMNO Pulai, Johor. Di antaranya :-
It would be illogical to maintain NEP-like policies. The NEP was introduced in the past because there was a gap between the Malays and the Chinese (in particular). Today, many Malays are now in the middle-class category.

“Today, we also have so much competition from overseas, countries like China and India are growing stronger economically, it will be pointless to maintain the NEP. We do not need affirmative action,” said Umno Pulai MP Datuk Nur Jazlan Mohamed.

He said Dr Mahathir’s argument was also “flawed” because of the fact that a majority of Malays were in the middle-class category and “have assets to lose in the event of riots or a supposed revolution.”

“The real poor are the Bumiputeras in Sabah and Sarawak . That’s why they have to come and find work in Peninsular. You don’t find many Malays going to Sabah and Sarawak for work. Mahathir is only looking from a Peninsular point of view,” Nur Jazlan told The Malaysian Insider.
5. MIM amat musykil apabila terdapat pemimpin UMNO yang mempertikai DEB dan bukan menyokongnya. Lebih-lebih lagi apabila pemimpin tersebut mendapat pangkat dan kesenangan yang mereka dapat adalah kerana parti UMNO dan perjuangannya.

6. Tetapi kenyataan Nur Jazlan Mohamad di atas seperti tidak berbuat demikian. Malah kenyataan beliau itu hanya sekadar pandangan ringan yang tiada pemberat, tiada facts & figures dan menimbulkan persoalan baru iaitu apakah kenyataan Nur Jazlan itu menjawab persoalan atau pun sebenarnya untuk ridicule (memperlekehkan) Tun Dr Mahathir?

7. Nur Jazlan Mohamed ialah anak sulung Allahyarham TS Mohamed Rahmat (Tok Mat). Berkemungkinan besar kehidupan Nur Jazlan dari kecil tidak pernah merasa susah seperti Dr Mahathir dan kebanyakan kita orang Melayu.

8. Nur Jazlan Mohamad pernah mengejutkan arena politik apabila mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO yang dipegang oleh TS Muhyiddin Yassin. Tindakan beliau itu mendapat kritikan dan juga diperli oleh beberapa pemimpin UMNO.

9. Tun Dr Mahathir pernah mengatakan sesiapa yang bertanding TP UMNO selain daripada Muhyiddin Yassin adalah "Jokers". Malah ada juga yang mengatakan "This is not a place for any Tom, Dick and Harry"

10. MIM tidak tahulah sama ada YB Nur Jazlan mempunyai rasa tidak puas hati kepada Tun Dr Mahathir disebabkan oleh kenyataan Tun Dr Mahathir !!

11. Apa pun, MIM berharap agar Nur Jazlan dapat menerangkan dengan lebih jelas mengenai pandangan kontra beliau itu. Nur Jazlan boleh mesejkan di dalam blog MIM. No problem...

FOLLOW BLOG MiM

ARTIKEL TOP MINGGU INI.