Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Sunday, October 31, 2010

DUN Galas - 'Nafsu' Sogokan Pemimpin-pemimpin PAS.

Oleh Tsunami

Parti PAS pernah mengutuk dan menghentam parti UMNO/BN kerana kononnya sponsor pengundi luar dengan wang supaya balik mengundi. Mereka menghina UMNO seburuk-buruknya dan seperti biasa, pemimpin-pemimpin PAS memperalatkan hadis dan Al-Quran.

Pilihanraya umum ke-12 atau pun pilihanraya Manek Urai Julai 2009 dijadikan medan untuk memburuk-burukkan parti UMNO/BN kerana sponsor pengundi luar.

Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif,
Pengarah,Pusat Penyelidikan PAS Pusat pernah melabel UMNO/BN menggunakan pendekatan 'nafsu' di Manek Urai untuk memastikan kemenangan BN di sana. Beliau tanpa malunya memberi contoh seperti sponsor pengundi luar, sogokan pilihanraya dan sebagainya.

Sekarang apa sudah jadi?

RM250 adalah nilai sogokan yang PAS Kelantan kepada pengundi-pengundi luar DUN Galas. Apa kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat kali ini?

Bukankah kenyataan terbuka PAS Kelantan itu berlandaskan 'nafsu' seperti yang beliau tuduh UMNO/BN?

Hakikatnya, pemimpin-pemimpin parti PAS sudah jauh menyimpang dari landasan asal. Mereka terlalu taksub mengejar kuasa duniawi sehingga tidak lagi mempedulikan isi hati ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang selama ini menaruh keyakinan kepada mereka.

Ramai yang telah sedar dan sudah mual dengan cara kepimpinan parti PAS memperalatkan agama Islam untuk kepentingan parti. Yang mengecewakan mereka ialah betapa ajaran Islam itu boleh dimanipulasi sesuka hati untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.


Dan yang menyakinkan penyokong-penyokong PAS untuk tidak mempercayai PAS lagi ialah apabila berlakunya perkahwinan songsang di antara PAS dengan DAP. Itu sudah melampau dan PAS telah kehilangan ramai penyokong!


Dalam hal ini, penyokong-penyokong PAS tidak boleh disalahkan jika bertambah ramai yang tidak lagi menyokong parti itu. Semuanya adalah salah pemimpin-pemimpin PAS!

Saturday, October 30, 2010

Calon PKR Batu Sapi Keluar dari Laut, Ahli-ahli PKR Keluar ?

SANDAKAN 30 Okt. - Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi, Amir Bak dan 200 anggota bahagian itu hari ini mengumumkan keluar PKR dan menyertai UMNO.

Turut menyertai Amir ialah naib ketua PKR Batu Sapi, Abdullah Madu dan tujuh lagi anggota jawatankuasa bahagian berkenaan.

Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di sini.

Selain itu, 50 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) dari lima cawangan di Batu Sapi turut mengumumkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Bekas calon bebas pada pilihan raya umum 2008, Dr. Francis Chong pula mengumumkan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Anggota PKR dan SAPP berkenaan bertindak meninggalkan parti masing-masing kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan parti asal mereka. - Bernama

PANAS : Pemilihan Parti PKR Semakin Hancur !!

Oleh TSUNAMI

Alahai..... Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu beliau di PKR kerap kali mempertikai seperti memandang rendah Suruhanjaya Piliharaya Malaysia. Ada yang mengatakan SPR tidak adil, berat sebelah, tidak cekap dan bermacam-macam lagi tohmahan buruk.

Tohmahan demi tohmahan dilontarkan terutamanya jika calon parti pembangkang kalah di kawasan pilihanraya yang dipertandingkan.


Apabila kita membaca dan mendengar kritikan Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PKR tersebut, kita tentu tertanya-tanya, mereka itu bagus sangat ke?

Apakah mereka telah berjaya membuktikan yang parti PKR telah berjaya mengadakan undian untuk pemilihan kepimpinan PKR tanpa kontroversi dan perbalahan?

Ternyata tidak. Rujuk laporan berita di bawah :-
Agen calon jawatan timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mendesak supaya dihentikan pemilihan parti itu kerana mendakwa berlakunya penyelewengan yang serius di empat cabang yang mengadakan pengundian memilih pucuk pimpinan parti itu hari ini....

....Menurut agen pemilihan Zaid - Rashid Azad Khan dan pembantunya Muhammad Firdaus Christopher - penyelewengan itu berlaku di empat cabang yang tiga daripadanya mencalonkan Zaid untuk jawatan nombor dua itu.

Dalam satu kenyataan, mereka mendakwa kertas undi di Tumpat dan Alor Setar belum tiba sehingga 12 tengahari - dua jam selepas pengundian sepatutnya bermula (10 pagi).
Kalaulah parti sendiri pun kelam kabut, penuh dengan manipulasi serta penyelewengan kuasa, tak perlulah Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncu PKR mempertikai Suruhanjaya Pilihanraya.

Jaga parti yang dah nak hancur tu dulu...

GEMPAR ! Calon PAS DUN Galas Buka Pekung Nik Aziz & Kerajaan PAS Kelantan.

Oleh TSUNAMI

Pilihanraya kecil DUN Galas telah membuktikan pelbagai penindasan dan kezaliman kerajaan PAS Kelantan terhadap kaum Asli di negeri tersebut. Rujuk video di bawah :-



Rujuk pula kenyataan calon PAS di Galas :-
Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed berhasrat membawa cadangan mewujudkan Urusetia Orang Asli ke peringkat kerajaan negeri sekiranya memenangi pilihanraya ini.

"Insya Allah saya akan mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan agar mewujudkan sebuah urusetia yang boleh membantu memajukan masyarakat orang asli di Kelantan", kata beliau dalam sesi sidang media di Markaz Besar PAS pagi tadi.
Kenyataan Dr Zulkefli, calon PAS DUN Galas secara tidak langsung telah menyokong kepincangan dan kezaliman kerajaan PAS Kelantan selama ini.

Cadangan beliau untuk mewujudkan Urusetia Orang Asli jelas menunjukkan bahawa Nik Aziz dan kerajaan PAS Kelantan tidak mempunyai perancangan yang jelas untuk kaum Asli di Kelantan sebelum ini.


Di manakah keadilan dan kesaksamaan yang kononnya diperjuangkan oleh Nik Aziz dan parti PAS selama ini?

Realitinya, kenyataan calon PAS DUN Galas telah membuka pekung parti PAS sebagai parti yang buruk laku, kronisme dan nepotisme yang mesti dibuang jauh-jauh oleh rakyat Galas dan Kelantan. Tidak ada gunanya memberi simpati kepada parti PAS lagi.

PASberg....... takebeer......

Pemimpin-pemimpin PAS telah terbukti gagal dan perjuangan mereka semakin terpesong sejak hari pertama mereka berkahwin songsang dengan parti DAP dan Pakatan Rakyat.

Rakyat telah sedar! Parti PAS akan ditolak juga akhirnya!

Friday, October 29, 2010

Sultan Kelantan Ke DUN Galas ??

Oleh MIM TEAM


Blogger Rocky Bru melaporkan bahawa terdapat desas-desus yang mengatakan ada usaha untuk membawa Tengku Muhammad Faris Petra, Sultan Kelantan yang baru untuk melancarkan program kerajaan negeri di Galas, Kelantan. Baginda dilaporkan akan mengurniakan hak tanah kepada pengundi-pengundi kaum Asli di konstituensi tersebut.

Usaha membawa Sultan Kelantan ketika minggu pilihanraya DUN Galas bakal mendatangkan persoalan seolah-olah baginda sengaja ditarik di dalam kancah politik. Tindakan kerajaan PAS Kelantan itu seperti untuk meredakan isu pendedahan demi pendedahan tentang penindasan dan kezaliman kerajaan Nik Aziz terhadap kaum Asli selama ini.

Rujuk video di bawah :-



Tetapi MIM percaya, Tengku Muhamad Faris adalah seorang ketua negeri yang bijak dan tidak akan masuk campur atau berpihak kepada mana-mana parti di dalam negeri Kelantan. Lagi pun, selama ini pihak istana telah bersikap berkecuali di dalam urusan politik negeri.

Walaubagaimana pun, adalah perogatif dan hak baginda untuk menentukan segalanya.
Baginda yang lebih arif.

Untuk pengetahuan pembaca MIM, Tengku Muhamad Faris menjadi Sultan Kelantan yang baru dan pemasyhuran telah diadakan di Balai Rong Seri Istana Balai Besar bulan lepas. Baginda merupakan Sultan Kelantan yang ke-29 menggantikan ayahandanya Tuanku Ismail Petra.

Daulat Tuanku !

DAP & PKR Main Belakang - PAS Marah Tak?

Oleh MIM TEAM

Rupa-rupanya, berita ringan yang dikeluarkan oleh MalaysiaKini tentang cakap-cakap Pulau Pinang bakal memiliki autonomi sendiri, bukan satu omongan kosong. Ia sebenarnya tip of the iceberg yang tidak diketahui oleh orang ramai termasuk parti PAS sendiri.

Apabila terdedah wujudnya satu perjanjian rahsia di antara DAP dan PKR (yang tidak diketahui oleh PAS) tentang pemilikan autonomi itu jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan, rakyat terutamanya penyokong-penyokong PAS tentu marah dan berasa tertipu dengan lakonan DAP dan PKR selama ini.

Malah, apabila salah seorang pemimpin DAP, Tony Pua Kiam Wee melenting mempertikaikan kerasionalan Sejarah sebagai subjek wajib lulus SPM mulai tahun 2013, kita tentu tertanya-tanya, di manakah sebenarnya tahap kewarganegaraan pemimpin DAP hari ini.

Apakah tidak patriotik itu memudahkan parti DAP tutup mata dan hanya berfikiran sempit tanpa memikirkan impaks terhadap negara Malaysia secara keseluruhannya?


papa...cute la babi ni....hehehe..

Pakatan Rakyat dikatakan terlalu banyak memperalatkan perkataan 'kuasa autonomi' untuk meraih undi di negeri-negeri yang berkenaan. Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang adalah di antara negeri-negeri tersebut. Tetapi Pulau Pinang lain sedikit kerana parti PAS dikencing, diketepi dan ditipu oleh DAP dan PKR.

Sudahlah pemimpin PAS Pulau Pinang tidak ubah seperti hidup segan mati tak mahu di negeri itu, mereka telah dianaktirikan tanpa semangat berpasukan di antara parti yang bernaung di dalam Pakatan Rakyat.

Realitinya, rakyat mesti faham bahawa adegan memecah belahkan negeri-negeri di dalam Malaysia atas alasan autonomi yang dimain-mainkan oleh Pakatan Rakyat adalah satu tindakan-tindakbalas yang bakal menghancurkan negara ini.

Negeri-negeri lain yang tidak senarai akan menuntut kuasa autonomi masing-masing sehinggakan sudah tidak ada lagi konsep kerajaan persekutuan Raja Perlembagaan yang menyatupadukan 14 negeri selama ini.

Kerajaan bakal kacau bilau dan terdedah dengan campur tangan kuasa asing yang masuk campurtangan di atas alasan menegakkan demokrasi dan sebagainya!

Kesimpulannya, perkembangan terbaru yang didedahkan oleh Zul Noordin, MP Bandar Baharu ini sugguh mengejutkan dan meresahkan seluruh rakyat Malaysia. Parti PAS dan penyokong-penyokongnya tentu lebih kecewa kerana mereka diperkotak-katikkan di siang hari oleh DAP dan PKR.

Rakyat perlu bangkit. Anwar Ibrahim, DAP dan PKR mesti diketepikan. Parti PAS perlu memikirkan kembali hubungan politik mereka di dalam Pakatan Rakyat sebelum terlambat.

PAS sama zalim dengan Zionis Israel..

Oleh MIM TEAM

Isu pengambilan tanah orang asli di Kelantan rupa-rupanya lebih teruk daripada yang kita tahu. Sebelum ini, isu tanah tidak kita faham seperti hari ini. Banyak kezaliman parti PAS yang terbongkar sejak kebelakangan ini.

Sila rujuk video pendedahan di bawah :-


MIM amat terkejut dengan pendedahan yang dilakukan. Semoga mangsa kezaliman parti PAS itu dapat dibantu oleh BN kerana hanya BN sahaja yang prihatin dengan isu-isu seperti demikian.

Thursday, October 28, 2010

Kurang Ajar : Fuziah Salleh PKR Hina Kaum Wanita di Batu Sapi.

Oleh MIM TEAM

MIM berasa amat mual apabila Fuziah Salleh, Pengarah Pilihanraya PKR mula bermain psy-war dengan memperbodoh-bodohkan kaum sama jantina beliau sendiri.

Fuziah Salleh - Shame on YOU!!

Tanpa rasa sedar diri yang diri sendiri pun wanita, si Fuziah Salleh menuduh parti PBS dan BN memperalatkan Linda Tsen Thau Lin. Beliau berkata calon BN itu di dalam kesedihan dan mempuyai tanggungjawap kepada anak-anak yang tertekan.


Fuziah Salleh, siapalah anda untuk membicarakan tentang Lin Tsen. Apakah sumbangan signifkan anda kepada kaum wanita selama ini?


Anda hanya sekadar seorang politik yang sudah tidak tahu membezakan di antara fantasi dan perjuangan politik yang sebenarnya. Sungguh memalukan kerana kenyataan akhbar Fuziah Salleh telah melondehkan pride dan diri beliau sendiri.


MIM berpendapat hanya si Fuziah Salleh itu sahaja yang mempunyai anggapan buruk sedemikian rupa. Ramai wanita yang sangat kagum dengan persetujuan Linda Tsen Lau Tin untuk meneruskan perjuangan politik arwah suami beliau.

Semangat beliau itu adalah satu sumber inspirasi dan contoh yang membuka mata kita semua dan menaikkan darjat wanita.


Jika dibandingkan dengan si Fuziah Salleh yang tidak ada sumbangan signifikannya, Linda Tsen jauh lebih mendatangkan harapan dan kekaguman yang jarang ditunjukkan oleh kaum wanita.

Tetapi apabila situasi itu berlaku, kaum wanita sanggup berdepan dengan situasi itu untiuk membuktikan bahawa kaum itu sama tinggi sama rendah dengan kaum lelaki.
Linda Tsen pula bukannya sebarang wanita.

Beliau memegang jawatan dan banyak pengalaman di dalam politik. Dan sebagai isteri, beliau pasti memainkan peranan dibelakang tabir membantu suami beliau semasa menjadi wakil rakyat Batu Sapi dari 2004 hingga sekarang.


Tapi malang, yang memburukkan kaum wanita adalah wanita itu sendiri. MIM pasti ramai ramai yang kecewa dan marah dengan kenyataan Ahli Parlimen Kuantan ini.

Itulah Fuziah Salleh! Shame on you !


Tambahan : MIM telah menerima pelbagai komentar di dalam blog dan FB yang mengatakan rasa kecewa mereka terhadap kenyataan Fuziah Salleh.

Di harapkan Fuziah Salleh menarik balik kenyataan beliau itu dan meminta maaf secara terbuka kepada kaum wanita di negara ini!

Ceramah Parti Pembangkang Sangat Penting..

Oleh MIM TEAM

MIM tercari-cari istilah nama ganti untuk ceramah politik parti pembangkang yang bukannya boleh dipanggil ceramah. Tiada pencambahan dan penambahan ilmu di dada para penonton yang hadir. Sekadar lawak jenaka menghibur hati mendengar dan melihat tingkah laku mereka.

Dah jumpa! Rujuk di bawah :-

“Cerita kedai kopi, Cerita kedai kopi, Tiada hakim tiada saksi, Cerita sensasi di kedai kopi”, begitulah antara lirik lagu nyanyian Malique Too Phat.

Apa yang cuba disampaikan penyanyi tersebut adalah satu realiti di kedai kopi. Baik cerita artis, isu semasa mahu pun hal dalam kain jiran tetangga boleh didengar dikedai kopi.

Disebabkan tiada hakim, tiada saksi si pencerita bebas menceritakan apa saja. Lebih mengasyikkan jika yang bercerita itu adalah orang politik. Apa ada hal, bantai je. Sebab itu kalau kita lihat pemimpin politik terutama pemimpin pembangkang cukup suka duduk di kedai kopi.

Pernah satu ketika penulis minum pagi di sebuah warung di Kota Bharu dan melihat seorang pemimpin pembangkang minum pagi sambil rancak berborak dengan beberapa lagi orang di dalam warung tersebut.

anak kecil main api.......oo..ooo

Apa yang menakjubkan setelah penulis menyelesaikan beberapa urusan dan singgah kembali ke warung tersebut pada sebelah petang, pemimpin pembangkang berkenaan masih lagi ada di dalam warung tersebut.

Kata teman itu di negeri itu, senario tersebut bukanlah sesuatu yang ganjil kerana sememangnya duduk di kedai kopi sudah menjadi rutin bagi pemimpin pembangkang. Mereka boleh duduk di situ dari pagi hingga petang malah boleh membawa ke malam (kalau tiada ceramah).

Sememangnya sembang kedai kopi dan berucap di ceramah adalah satu seni kepakaran yang ada pada pemimpin pembangkang. Sebab itu jangan hairan kalau ada pemimpin pembangkang dalam satu minggu boleh hadir tiga, empat ceramah satu malam (seterusnya..).

Edisi Protes : PKR Sabah Naik Angin !

Oleh MIM TEAM

Jentera pilihanraya PAS di Galas tentu bertambah hampa dan kecewa apabila dikhabarkan bahawa rakan-rakan politik mereka dari PKR tidak turun membantu sepenuhnya.

Perkembangan ini pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan seperti ditipu bulat-bulat oleh Anwar Ibrahim dan PKR kerana jentera PAS telah banyak bantu di Hulu Selangor.


Ansari calon PKR basah kuyup terjatuh dalam laut. Kesihan!

MIM difahamkan jentera PKR telah dikerahkan ke DUN Batu Sapi. Kenapa sampai jadi macam ini?


Jawapannya mudah.

1. Anwar Ibrahim dan PKR mungkin sudah hilang harapan dengan calon PAS di PRK Galas. Makanya, tidak perlu membuang masa di sana.

2. Calon PKR di DUN Batu Sapi terpaksa memerlukan bantuan jentera pilihanraya daripada luar Batu Sapi kerana calon Anwar Ibrahim, Ansari Abdullah tidak mendapat sokongan dari PKR tempatan.

Sokongan tidak diberi kerana mereka menganggap bahawa Ahmad Tamrin Jaini, Pengerusi PKR Sabah yang lebih layak untuk bertanding di Batu Sapi.
Terdapat pihak yang keluar daripada Dewan Komunity Persatuan Hakka Sandakan, sebagai tanda protes pemilihan Ansari Abdullah.

Begitu juga berlakunya adegan tumbuk menumbuk di lapangan terbang Sandakan, Sabah di antara penyokong Ansari dan penyokong Tamrin.

Tamrin Pengerusi PKR Sabah frust menonggeng sebab tak dipilih?

Untuk pengetahuan pembaca MIM, Ansari Abdullah adalah calon recycle yang pernah bertanding di kerusi parlimen Tuaran dan DUN Sulaman ketika pilihanraya umum 2008.

Pencalonan beliau ini mendatangkan misteri. Ada yang mengatakan Ansari Abdullah sengaja diletakkan di sana. Beliau adalah 'kambing hitam siap untuk disembelih tanpa soal' supaya PKR kalah dan Yong Teck Lee menang. Percaturan politik ini ada logiknya!

Ada pula yang mengatakan bahawa pemilihan Ansari adalah kerana peranan beliau membawa Azmin Ali ke dalam kepimpinan PKR di Sabah. Budi yang mahukan pembalasan.

Kepada Ansari Abdullah, tengok kiri kanan dan belakang anda. Anda mungkin telah dipermain-mainkan! Lebih baik undur diri sahaja!

Wednesday, October 27, 2010

Edisi Frust : PAS Terkedu !

Oleh MIM TEAM

Jentera pilihanraya dan perang saraf parti PAS melenting kegembiraan apabila dikhabarkan bahawa Tengku Razaleigh tidak bersama-sama calaon di pentas penamaan calon DUN Galas kelmarin.

Tanpa usul periksa, jentera tersebut termasuk bloggers pro-PAS terus memainkan isu ini berlaku perpecahan, Tengku Razaleigh merajuk dan tarik diri sebagai pengerusi pilihanraya BN.


Rupa-rupanya, kegembiraan jentera pilihanraya hanya sebentar sahaja, terbantut dalam keseronokan dan impian. Tengku Razaleigh menyatakan yang sebaliknya.

“Saya dah selalu ke Pejabat Tanah dan Jajahan itu, kebetulan rakan-rakan saya (pemimpin BN) ada berhimpun di situ. Tidak semestinya semua orang ke sana,” katanya.

Berkenaan dakwaan kononnya dia ‘kecil hati’ dengan calon BN Abdul Aziz Yusoff, Ku Li sambil ketawa, soal balik

“Nak kecil hati kenapa, calon itu memang saya sokong seratus peratus.

“Dan beliau dipilih oleh AJK UMNO Gua Musang, semasa kita adakan rundingan, dengan undi yang paling banyak.

Jadi itulah nama yang saya kemukakan kepada Datuk Seri Najib untuk beliau putuskan. Beliau dapat undi yang terbanyak.,” katanya sambil berkata memang menjadi kebiasaaan dalam pilihanraya, pemimpin BN cuba dilaga-lagakan oleh lawan - Agenda Daily.
Tentu pedih dan hampa perasaan jentera pilihanraya PAS apabila disindir sedemikian rupa oleh Tengku Razaleigh.

Dalam kesempatan bermulanya minggu berkempen, sempat juga Tengku Razaleigh merancang persepsi, menimbulkan keseronokan pada pihak lawan tapi syahwatnya buat sementara waktu sahaja.

Cekap Tengku Razaleigh !

Edisi Lawak : PAS Berlagak Hero di DUN Batu Sapi, Sabah ?

Oleh MIM TEAM

PAS menjadi juara rakyat di Batu Sapi, Sabah?

MIM tergelak pun ada muak pun ada. Sejak bila pula parti PAS prihatin kepada rakyat Sabah? Apakah sumbangan parti PAS sebelum ini sehingga tergamak hendak berlagak hero di DUN Batu Sapi?


Malah, tindakan parti PAS yang mula menabur fitnah di Batu Sapi jelas menunjukkan sikap parti itu yang hanya menyelit mengambil kesempatan tanpa rasa malu. Parti PAS memang tidak pernah menyumbangkan sebarang kesejahteraan yang siginifikan selama ini kepada rakyat Sabah.

Rujuk laporan berita di bawah :-
Batu Sapi/Sandakan -- Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah mula menabur fitnah disekitar Batu Sapi dengan pengedaran risalah yang mendakwa kononya wujud penyelewangan dalam isu-isu tanah di Sabah.

Apabila parti tersebut mendakwa Pas Sabah ditubuh bagi melengkapkan barisan serta organisasi perjuangan bertaraf nasional, timbul pula persoalan mengapa hanya ditubuhkan pada 1985?

Tak ubah macam ketam mahu mengajar anak berjalan lurus, begitulah wajar diberikan kepada PAS Sabah.


Pengedaran risalah yang menghimpunkan pelbagai isu tanah rakyat Sabah di seluruh pelosok Batu Sapi sesuatu yang begitu lemah dan nipis kredibiliti. Ia sekadar sisa bahan yang dikikis daripada tong modal pembangkang yang sudah muflis idea.

Selain cuba menagih simpati rakyat tindakan tersebut juga bertujuan cuba memecah undi Bumiputera Islam yang teguh menyokong Barisan Nasional (BN).

Dalam risalah yang diedarkan turut diselit dakwaan penyelewangan BN. Lebih mengelirukan dakwaan kononnya segala isu tersebut boleh diselesaikan jika gabungan DAP, PKR dan Pas memerintah Sabah.

Cuba fikirkan kalau DAP Pulai Pinang sendiri tidak mengiktiraf kewujudan Pas dalam Kerajaan Negeri Pulai Pinang masakan pula jika mereka memerinta Sabah? Hanya Pas Kedah mengiktiraf DAP tetapi setakat DAP Kedah.

Kepayahan Pas Sabah cuba mewujudkan isu-isu yang di putar belitkan hanya seperti mengetuk tong kosong bagi menarik perhatian. Jika tidak parti itu hanya dianggap seperti nyamuk di telinga rakyat Sabah dan khususnya penduduk di kawasan Batu Sapi yang akan mengundi 4 November ini.

BN Sabah mudah menangkis serangan Pas ini walaupun Pas mengembleng seluruh jentera media baru, termasuk portal online 'malaysiakini.com' untuk menyebar fitnah.

Pemilihan Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calon BN P185 Batu Sapi melalui kata sepakat jelas menunjukan kematangan BN dalam urus tadbir gabungan parti-parti komponen.

Namum di jangka akan wujud pihak akan cuba mencetuskan bibik-bibik perkauman semasa kempen PRK P185 Batu Sapi itu nanti.

Dalam risalah yang diedarkan turut terselit dakwaan penyelewangan BN. Lebih mengelirukan dakwaan kononnya segala isu tersebut boleh diselesaikan jika gabungan DAP, PKR dan Pas memerintah Sabah
-Malaysiaaktif-
Lebih baik jentera pilihanraya PAS balik sahaja dan perbetulkan diri sendiri. Buat malu ahli-ahli dan penyokong PAS sahaja.

Khutbah Jumaat Disalahgunakan Untuk Menghentam Rosmah Mansor?

Oleh MIM TEAM

Komentar oleh pembaca M.I.M :-
Salam semua...

Hari Jumaat minggu lepas di salah sebuah masjid di sekitar Pekan Permatang Pauh, P. Pinang saya ada terdengar khatib jemputan membaca khutbah Jumaat menyelitkan isu DS Rosmah ini.

Tanpa membuat penelitian dan semakan akan kesahihan kejadian tersebut, beliau tanpa segan silu mengajak jemaah masjid mengutok DS Rosmah.

Padahal saya rasa dia sendiripun tak tahu apa cerita yang sebenarnya. Main hentam koromo sahaja.

Kalau nak buat ceramah politikpun, gunalah pentas lain. Tak sesuai mengutok dan memfitnah orang semasa membaca khutbah.

Khatib Jemputan, Zakaria Ahmad PAS yang pernah mengguris perasaan Muslim Pulau Pinang. Beliau sudah insaf dan sedar diri.

Saya teramat setuju pandangan MIM Team bahawa penganjur fesyen tersebutlah yang telah gagal menerangkan dengan jelas tentang intipati dan perjalanan pertunjukkan fesyen kepada pihak penaung. Perkara terlepas pandang ini adalah kesilapan pihak penganjur sepenuhnya. Sapa2 pun boleh terkena.

Secara logiknya takkan lah DS Rosmah nak pi check dulu semua busana yang hendak dipertontonkan. Tambahan pula DS Rosmah bukanlah ketua designer untuk busana yang terlibat di masa pertunjukan di Monte Carlo itu!!!

Orang2 Puteh ni manalah depa tahu. Maka, adalah menjadi tanggung jawab orang2 Islam seperti DS Rosmah selepas kejadian tersebut memperbetulkan keadaan dengan memahamkan mereka tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh.

Apa yang membanggakan kita, di atas tindakan DS Rosmah menegur kesilapan penganjur di Monte Carlo lah terbukti penganjur telah menuruti dengan lebih teliti konsep busana Islam di IFF seterusnya.

Kalau tidak, sampai bilapun depa tak faham. Nak harapkan Dr Lolo nak beritahu mereka?

Yang hairannya di sini, orang2 PAS tak mahu komen pula?

Berbalik kepada Khatib tadi, apa yang nyata, Khatib yang membaca khutbah berkenaan telah berlaku zalim ke atas DS Rosmah kerana memfitnahnya tanpa usul periksa. Sebagai seorang isteri kepada PM Malaysia, DS Rosmah nampaknya berani menonjol dan mengenengahkan identiti Islam melalui pakaian islam di peringkat global.

Keadaan ini agak berbeza dengan isteri2 pemimpin PAS yang nyata agak pasif dan tidak langsung menunjukkan kesungguhan berdakwah di pentas yang lebih mencabar.

Kita sendiri pun tak tahu siapa mereka? Hanya terdengar sekali sekala bila ada skandal kahwin dua, kahwin lari, khalwat dan sebagainya.....Siapa dia?..tanyalah tuan Khatib di atas kerana dia ni nampak macam tahu segala2nya....

Nak tunggu minggu ni pula kot2 dia ada lagi...
MIM : Di harapkan pihak MAIPP dan pihak berkuasa dapat menyiasat kesahihan khatib jemputan yang memperalatkan khutbah Jumaat untuk memfitnah DS Rosmah Mansor.

PAS Zalim : Kenapa Kaum Cina Tolak PAS Di PRK DUN Galas ??

Oleh MIM TEAM

Bukan sahaja peneroka dan rakyat tempatan Kelantan, terdapat pula satu lagi isu besar tentang kezaliman kerajaan PAS Kelantan. Rupa-rupanya, Nik Aziz PAS hanya manis di depan Penyokong Parti PAS yang terdiri daripada bukan Islam.

Tetapi sebenarnya PAS turut tidak berlaku adil terhadap kaum Cina Kelantan. Nik Aziz tolong jawap!

Ikuti laporan di bawah :-
Selepas 20 tahun memerintah Kelantan, Pas diakui penduduk Cina Kampung Baru Galas gagal menyelesaikan tuntutan mereka berhubung soal melanjutkan pajakan tanah mereka sejak sekian lama.

Isu ini dibongkar Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong dalam satu tinjauan di kampung berkenaan pagi ini.


Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berasa kesal dengan sikap Kerajaan Kelantan yang seolah-olah hanya peka dengan hal ehwal masyarakat Cina Kampung Baru apabila menjelang musim pilihan raya sahaja dengan berjanji akan menyelesaikan masalah berkenaan demi kepentingan penduduk Kampung Baru berkenaan.

Wee berkata, rata-rata penduduk yang ditemui mengadu mereka telah lebih sepuluh tahun mengemukakan permohonan berkenaan status tanah yang telah mereka diami sejak beberapa generasi, namun hampa kerana ia gagal diselesaikan sehingga kini.

“Ada yang selepas sepuluh tahun habuk pun tak ada, tak dengar apa-apa cerita dan sentiasa diberitahu fail tebal, malahan ada yang memberitahu telah membayar RM200-RM500 secara berperingkat-peringkat.”

Wee yang kecewa dengan sikap lepas tangan kerajaan Pas Kelantan berkata isu ini harus ditangani dengan baik demi kebajikan rakyat dan tidak seharusnya dipolitikkan.

“Saya menyeru supaya Kerajaan Pas lebih prihatin tentang masalah lanjutan pajakan tanah ini untuk disambung. Ada yang sampai 2006 sehingga kini tidak tahu kedudukan permohonan mereka. Dan ia tidak sepatutnya dijadikan sebagai satu benda yang boleh mengugut pengundi.”

Lebih penting, beliau mahu masyarakat Kampung Baru tidak tersalah persepsi terhadap Kerajaan Pusat kerana isu status tanah kampung baru ini adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Kelantan. (seterusnya...)

Tuesday, October 26, 2010

PAS Akan Berarak Minta Maaf Kepada Rosmah Mansor?

Oleh MIM TEAM

Hari ini MIM ingin menyatakan pandangan MIM tentang isu Islamic Fashiom Festival (IFF) dan sangkut-pautnya dengan DS Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. MIM tertarik dengan satu ucapan Fathul Bari Mat Jahya dari Ilmuan Muda UMNO yang juga merupakan wakil Perlis.

Beliau telah menjelaskan tentang isu parti PAS yang menyerang DS Rosmah Mansor kerana dituduh tidak prihatin dengan busana-busana yang tidak islamik di dalam Islamic Fashion Festival (IFF) yang di adakan di Monte Carlo baru-baru ini.

Sila tonton video di bawah :-


MIM melihat isu busana tidak Islamik yang dipamerkan di Monte Carlo itu merupakan satu kesilapan penganjur IFF yang tidak prihatin kepada konsep busana Islam. Penganjur juga gagal menerangkan dengan jelas tentang intipati dan perjalanan pertunjukkan fesyen kepada pihak penaung. Perkara terlepas pandang ini adalah kesilapan pihak penganjur sepenuhnya.

Kebetulan pula, IFF tahun-tahun sebelum ini tidak pula menimbulkan persoalan dan konfrontasi seperti tahun 2010.

Dalam isu ini juga, konsep mencantumkan budaya Barat dan Islam di dalam design busana tidak boleh dibiarkan begitu sahaja lebih-lebih apabila designernya bukan orang Islam kerana yang penting ialah penonjolan Islam itu sendiri.


Tetapi MIM juga melihat bahawa kekurangan dan kesilapan yang berlaku di IFF Monte Carlo telah diperbetulkan dan tidak diulangi lagi di Fashion Festival yang berikutnya.

Siapakah yang menegur penganjur IFF sehinggakan IFF di Jakarta & Kuala Lumpur menepati busana Islam ? DS Rosmah Mansor?

Perubahan drastik ini tentu setelah pihak penganjur ditegur dan diperbetulkan oleh pihak-pihak yang prihatin.


Jika tidak, Fashion Festival di pusat bandar yang lain berkemungkinan besar akan menayangkan fesyen tidak Islamik yang hampir sama dengan IFF di Monte Carlo. Tetapi ianya tidak sedemikian.

Siapakah pihak-pihak yang menegur itu? Apakah parti PAS tidak mahu mengkaji dan mendapat tahu siapakah pihak tersebut?

Jika DS Rosmah Mansor merupakan pihak yang menegur kesilapan penganjur di Monte Carlo sehingga terbukti penganjur telah menuruti dengan lebih teliti konsep busana Islam, apakah parti PAS mahu mengadakan perarakan tanda maaf mereka kepada DS Rosmah?

Jawapan kepada isu ini sangat mudah. Pihak penganjur tampil ke depan dan menyatakan rasa kesal mereka kerana berlaku insiden itu dan juga menerangkan bahawa mereka telah gagal menerangkan selengkap-lengkapnya kepada pihak penaung.

DS Rosmah Mansor pula hanya perlu memberi kenyataan yang mengatakan beliau sangat kecewa dan telah menegur keras penganjur IFF di atas kesalahan yang dilakukan oleh penganjur di Monte Carlo.

Dek kerana teguran keras beliau itu, pihak penganjur IFF lebih berhati-hati dan telah dibuktikan semasa IFF selepas di Monte Carlo.

MIM berpendapat bahawa beliau tentu boleh tetapi apakah parti PAS dan mereka yang melenting, berdemonstrasi dan membuat fitnah itu berani meminta maaf ?
Beranikah balaci-balaci PAS meminta maaf? Beranikah mereka bertaubat dan tidak membuat fitnah lagi?

Tentu tidak.

DUN Galas : PAS Kelantan Bertindak Zalim.

Oleh MIM TEAM

Pilihanraya kecil Galas, Gua Musang secara tidak langsung telah membuka pekung kerajaan PAS yang kononnya adil, saksama dan berlandaskan ajaran Islam. Penumpuan para blogger di sana telah berjaya mendedahkan satu persatu kepincangan dan kezaliman kerajaan Nik Aziz.

PAS bersekongkol dengan DAP anti-Hudud... Dah terbalik dunia ni!!

Sila rujuk isu kezaliman Nik Aziz terhadap rakyat Kelantan:-
Apa yang telah berlaku, terutama di kawasan-kawasan Sungai Lakit dan Sungai Bayu, Kelantan adalah kerajaan negeri PAS telah menolak permohonan peneroka-peneroka yang bukan ahli PAS atau hanya rakyat biasa tanpa parti.

Sebaik saja permohonan tanah itu ditolak, akan ada aktivis-aktivis PAS yang masuk memohon dan diluluskan.

Dengan demikian mereka yang telah membanting tulang dan mengeluar modal meneroka dan membuka tanah, tidak didapat apa-apa tetapi aktivis PAS pula yang dapat tanah yang tersedia untuk diduduk.


Banyaklah di kawasan sempadan Gua Musang dan Kuala Krai ini tanah-tanah yang dipunyai oleh mereka-mereka yang duduk di Bachok, Pasir Mas, dan Tumpat.

Mereka ini adalah orang-orang PAS yang mendapat imbuhan dari kerajaan PAS negeri dengan merampas usaha dan penat lelah rakyat biasa. (seterusnya..)

Menara Warisan (Chapter Terakhir) - Segalanya Yang Anda Mahu Tahu.

PNB merupakan sebuah institusi pelaburan utama negara dengan pelbagai portfolio kepentingan yang meliputi saham amanah, amanah harta institusi, pengurusan harta dan pengurusan aset.

PNB bukannya sebuah badan yang menyediakan dana untuk wakil-wakil rakyat menjaga kawasan mereka. Mereka menjalankan perniagaan dan keuntungan kepada perniagaan itu digunakan untuk membayar dividen kepada pelabur-pelabur mereka seperti ASNB dan juga beberapa saham lain lagi.

Pembinaan Menara Warisan di kawasan strategik tersebut adalah salah satu bentuk pelaburan jangka masa panjang. Sekiranya menara tersebut tidak diperlukan lagi satu hari nanti, ianya boleh dijual dengan harga berlipat ganda.

Jika sekarang dibina dengan kosnya RM 5 bilion, 10 tahun lagi mungkin ianya menjangkau RM 8 bilion. Tahun demi tahun nilainya akan naik. Rekod setakat ini belum pernah menunjukkan nilai hartanah di negara kita menurun. Semuanya makin menaik tahun demi tahun.

Pembinaan menara tersebut bukan lagi serampang dua mata, tetapi ianya serampang bermata-mata. Selain itu ianya boleh menjana untung kepada PNB dan seterusnya kepada rakyat melalui ASNB, ianya juga dapat menjadi mercutanda terbaru KL dan seterusnya boleh menarik pelancong datang ke negara kita.

Selain itu juga ianya dapat mengatasi masalah kekurangan tanah di KL untuk pembinaan pejabat-pejabat atau ruang niaga yang baru. Dapat juga menjadi pusat sehenti peniaga-peniaga bumiputra yang hendak berniaga di sana.

PNB juga akan memindahkan semua pejabat-pejabatnya yang berselerak di serata Lembah Klang ke satu tempat. Bangunan PNB yang ada di Jalan tun Razak sekarang sudah tidak cukup lagi untuk menampung operasinya.

PNB boleh menjual bangunan lamanya atau mereka boleh simpan sebagai aset dan sewakan kepada pihak lain. Berebut-rebut syarikat yang berminat untuk menyewa bangunan lama PNB sekiranya tawaran dibuka, kerana ianya berada di kawasan yang strategik.

Penentangan DAP dan sekutunya terhadap perkara ini bukan kerana lain, hanya kerana satu sebab sahaja iaitu kerana ianya milik bumiputra. Sekiranya bangunan tersebut dibina oleh Ah Chong, Ah Seng atau Ah Kaw mereka akan sokong 100 % dan akan memujinya. (seterusnya..)

p/s : MIM difahamkan bahawa pembentangan di dalam Bajet 2011 adalah kerana tanah tapak Menara Warisan dan fasa-fasa lain pembangunan adalah milik kerajaan Malaysia.

Monday, October 25, 2010

Menara Warisan - Tangkap Pengelola Facebook Anti Menara Warisan atau Jernihkan Keadaan?

Oleh MIM TEAM

MIM telah menyiarkan satu artikel bertajuk
"Tangkap Pengelola Facebook '1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower' !!.

Di sini MIM siarkan beberapa komentar yang diterima :-


1. To yb raz,

Apa daa kau ni duit PNB pun kau tak tau dtg dr mana.. kau pernah dengar tak ASB/ASN? kalau ni pun kau tak tau entah laa..patutlah kena kencing je dgn Pakatan Rakyat.

PNB lah yg menguruskan pelaburan dan pemberian dividen kpd penyimpan ASB/ASN tu sebab geng2 DAP tak puas hati sangat projek menara warisan tu bukti kejayaan org Melayu dan juga pelaburan jangka masa panjang yg akan menyebabkan pelabur ASB/ASN akan mendapat pulangan dividen lebih tinggi....simplee..

Najib umumkan dlm bajet sbb tanah yg digunakan utk projek ni adalah milik kerajaan,yg mana kerajaan pun akan mndapat keuntungan dlm jgka masa pnjang drp pelancungan,peningkatan ekonomi..

DAP mmg sentiasa tak senang bila tgok melayu lebih skit dr diorg..


2. Masalahnya mengapa DS Najib mengumumkan Pembinaan 100 storey tower dalam pembentangan bajet 2010?

Kenapa tak cakap luar?

Mengapa tidak buat pengumuman selepas pembentangan bajet? Kenapa awal-awal tak cakap Bangunan tu guna duit PNB?

Saya melihat kerajaan tidak peka atau pon kerajaan sengaja utk membuka pekong sendiri.

Nampaknya jangan salah kan orang lain dalam isu ni, nak buat bangunan, buat ler, nak guna atau tak guna duit rakyat itu cerita belakang....

Mengapa perlu tangkap pengelola facebook anti mega tower? Ingat ni negara china?

Kalau tak mau kena cepok,kene kritik terok jangan buat silap, jangan biar org lain nampak kesalahan kita.... Ape pun DS Najib diharap dapat mengawal presepsi ini dgn baik..

Nak sekat diorang tak guna dah... Biaqla mereka cakap, dan jadikan ia sebagai pengajaran...

jerok

3. Yeap, sokong 101%...pengelola fanpage tersebut harus bersedia dan bertanggungjawab diatas kesilapan infomasi yang diberikan tidak 100% tepat dan seolah2 project mega itu adalah dari kerajaan....

Asalkan saje sesuatu maksud perkataan yg membawa erti 'bumuputra' atau Melayu makanya bisinglah mereka2 ini dan yg paling sedeh ade jugak melayu yg xsedar diri....

PAS Tabur Rasuah Di DUN Galas !!



PAS sudah ditemui menabur rasuah dan membuat ugutan terhadap pengundi-pengundi dari kaum Cina di DUN Galas, Gua Musang. Klik Di sini

Peringatan Kepada Pengundi Galas & Batu Sapi.

Komentar dari pembaca M.I.M :-

Peringatan kepada pengundi Galas dan Batu Sapi.

Jadilah pengundi dengan matang dan jangan jadi pengundi yang ditentang. Ini kerana jangan jadikan nasib seperti kami di Kedah, Penang. Di Kedah apa yang dibuai dan dilaungkan oleh PAS,PKR dan DAP adalah sendiwara.


Bermula dari isu sampah hingga kini tidak dapat diselesaikan. Kedah Kaya dengan sampah ikut telunjuk Kelantan. Apakah ajaran agama PAS suka pada kekotoran? sedangkan kebersihan itu salah satu tuntutan islam.

Kita lihat sikap pemimpin PAS suka kepada pembohongan. Janji bukan-bukan semasa kempen pilihanraya, satu habuk pun tak tertunai. Kita lihat pembangunan di Negeri Kedah terus malap dan yang adapun ehsan Kerajaan Pusat dan meneruskan agenda projek semasa perintah BN.

Pembangunan yang PAS laksanakan hanyalah papan iklan sahaja. Apakah itu sahaja kebolehan pemimpin PAS?

Kita lihat pembangunan Bandar Raya Alor Setar, amatlah dhoif, dengan sistem jalan raya yang tak teratur dan memusingkan kepala para pelawat dengan arah jalan yang ada. Bahkan sesetengan jalan di Bandar Raya ditumbuhi dengan rumput-rampai.

Lebih malang sekali perancangan mencatikan Bandaraya Alor Setar ditanam dengan pokok asam jawa. Bertapa dhoifnya ahli majlis mesyuarat kerana kewajaran penanaman pokok tersebut kerana ianya pokok yang membesar dan akarnya yang menjalar jauh boleh merosakkan infratruktur seperti jalan, longkang koridor bangunan.

Penanaman pokok asam banyak mendatangkan masalah apabila musim luruh kerana mengugurkan daun yang banyak dan menyusahkan untuk membersihkannya malah daun sangat memudaratkan kenderaan dan cepat bertindak ketas kenderaan seperti karat dan suasah untuk dibersihkan.

Pembesaran dahan-dahan pokoknya serta kanopinya memanjang jauh dan boleh menghalangkan lalun jalanraya memandangkan kawasan yang ditanam padat dan sibuk dengan kenderaan.

Sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan amanah pada diri sendiri, rakyat serta Tuhan kerana setiap dijanji dikianati contohnya kenaikan tarif air, jalanraya berlubang serta beralun-alun, merosakkan khazanah alam serta menggangu eko sistem alam semulajadi dengan melakukan penebangan hutan tanda kawalan menyebabkan kepupusan haiwan lain dan musibahnya banjir lumpur yang hampir meragut nyawa penduduk.

Paling kecewa, atas sikap pemimpin yang tidak jujur ini menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan sebagai contohnya peniaga India di Pekan Jitra 2, berhampiran masjid yang menjual cenderamata dan bungaan membina premis perniagaan hingga keatas jalan serta menghalang laluan kenderaan. Dimanakan tugas penguatkusaan ? Atau sebalik ada habuan?

Akhir kata buat pengundi cari terbaik dari apa yang mereka itu terbaik dan jika silap pilih buruk padahnya....

Sunday, October 24, 2010

Calon PAS DUN Galas - Gigit Tangan..

Oleh MIM TEAM

Jika merujuk kepada biodata calon PAS Galas, Dr Zulkefli Mohamad sebenarnya adalah produk hasil perjuangan UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan berkemungkinan mendapat biasiswa JPA atau pun MARA kerajaan Barisan Nasional.


Pokoknya, kemudahan pelajaran, pendidikan tinggi dan kesenangan yang dikecapi oleh calon PAS di Galas sebenarnya adalah di atas usaha parti UMNO dan Barisan Nasional.

Jika benar, calon PAS itu sebenarnya telah mengigit tangan pihak yang memberi dan beliau tidak tahu mengenang budi. Ciri-ciri beginiah yang akan 'menambat hati' pengundi DUN Galas.

'Tahniah' kepada calon PAS di DUN Galas.

Saturday, October 23, 2010

Putar Belit Mr Bean PAS...

Oleh MIM TEAM

Bila otak itu sudah korup dan dangkal, apa saja akan digunakan untuk menutup kedangkalan tersebut. Mahfuz Omar PAS adalah salah seorang daripadanya.


Pada mulanya, MIM tidak mahu mengkritik celoteh Mr Bean ini kerana pandangan beliau tidak boleh dipakai dan merendahkan tahap pemikiran orang yang membaca pandangan beliau.


Contohnya, Mahfuz Omar PAS bercadang menggunakan Menara Warisan untuk dijadikan Muzium Seluar Dalam. Inilah otak pemimpin PAS yang sangat memalukan dan memperbodoh-bodohkan diri sendiri.

Minggu Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pun turut menjadi bahan celoteh kosong Mahfuz Mr Bean Omar. Pandangan beliau di bawah ini jelas menunjukkan ketidakmampuan analisis pemimpin PAS ini. Pandangan tidak tepat dan cuba diputarbelitkan untuk mengelirukan orang ramai. Baca dulu laporan berita di bawah ini dan MIM akan terangkan :-
"Jaminan di dalam perlembagaan yang dinyatakan oleh Najib dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno Ke-61 itu dengan sendirinya mendedahkan pembohongan dan khurafat Umno untuk menakut-nakutkan orang-orang Melayu kononnya mereka akan hilang kuasa jika parti yang disebut sebagai parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu tidak memerintah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Celoteh Mahfuz Omar di atas jelas menunjukkan kedangkalan otak Mahfuz Omar yang tidak faham tentang maksud yang dinyatakan oleh DS Najib Razak, Presiden UMNO Malaysia.

Otak beliau terlalu mengaitkan apa sahaja kenyataan beliau untuk mengutuk parti UMNO/BN tanpa malunya. Pada hal, segala penerangan dan penjelasan UMNO termasuk Tun Mahathir adalah untuk menyedarkan bangsa Melayu supaya memahami hak-hak bangsa tersebut.

Nasihat yang diberikan amat perlu tatkala bangsa Melayu sedang menambaik status kehidupan di negara ini.


Manakala kesedaran yang cuba diwujudkan oleh UMNO adalah satu usaha positif untuk memastikan bangsa Melayu sentiasa tahu dan bersiap sedia mempertahankan hak-hak yang termaktub di dalam perlembagaan.

Tiada salahnya malah perlu diperingatkan setiap masa.

Friday, October 22, 2010

Kalau Aku Jadi Perdana Menteri ??

Oleh MIM TEAM

Perhimpunan Agung UMNO ke-61 masuk hari ke-3. MIM tertarik dengan ucapan wakil Kelab UMNO luar negeri daripada Jakarta. Wakil adalah seorang pemuda yang dapat menarik perhatian perwakilan dengan mendedahkan beberapa isu yang cuba dijual kepada pelajar-pelajar luar negeri.

Isunya dibawa oleh kepimpinan Pakatan Rakyat bertujuan memesongkan pemikiran pelajar-pelajar muda luar negeri dengan menghidangkan pelbagai persepsi negatif. Yang lawaknya, ada seorang pemimpin PKR yang mendabik dada dengan mengatakan jika beliau Perdana Menteri, beliau dapat menyelesaikan krisis Indonesia-Malaysia dalam masa 2 minggu sahaja.

Amboi....2 minggu ya?

Parti Keadilan pun tak boleh nak dijaga, kerusi meja terbang kiri kanan, pergaduhan di sini sana dan anak beranak kronisme! Tetapi apakah beliau peduli dengan parti beliau?

Yang kedengaran ialah beliau melancong ke luar negeri mengagih simpati dan pilu kepada mereka yang memang menganggap liwat itu adalah satu keinginan sex yang normal.

Beliau memburuk-burukkan dan menghina rakyat Malaysia yang memilih BN sebagai kerajaan mereka melalui proses pilihanraya yang sah. Rakyat Malaysia diperlekeh sampai tahap mem'bogel'kan negara Malaysia.

Tetapi jika dirujuk penjelasan wakil Kelab UMNO luar negeri, pelajar-pelajar muda di negara asing sudah menunjukkan pemahaman yang sebenarnya tentang lanskap politik Malaysia. Mereka sudah tidak lagi begitu senang tertarik dengan dakyah parti pembangkang yang hanya banyak berbohong dan tidak kompoten.

Perkembangan ini tidak dapat dinafikan. Populariti pakatan rakyat semakin merudum teruk.

Thursday, October 21, 2010

EKSKLUSIF : Khairy Jamaluddin Dalam Dewan Merdeka.

Foto eksklusif daripada blog MIM di bawah ni :




Apa macam ? OK tak?

p/s : Thank you Semut Hitam bagi pinjam kamera.

LIVE : DALAM DEWAN MERDEKA PWTC !!!!

Oleh MIM TEAM

Wakil-wakil negeri sedang membentangkan ucapan. MIM tertarik dengan beberapa ucapan wakil negeri yang menjuruskan kepada parti UMNO yang menuntut kepimpinan parti supaya tidak lupa dengan landasan perjuangan parti.

Sungguh pun perjuangan parti UMNO tidak pernah lari dari asasnya tidak seperti parti PAS dan Pakatan Rakyat tetapi persepsi dan tuntutan rakyat kepada pihak pemrintah memerlukan komitmen tambahbaik adri parti UMNO/BN.


Di bawah ini MIM sertakan beberapa foto dari dalam Dewan Merdeka :-






MIM berpendapat bahawa penambah baik parti UMNO/BN lebih diperlukan apabila parti alternatif tidak terdaya untuk setanding dengan kemampuan parti UMNO/BN.

Parti alternatif kacau bilau. Parti DAP banyak berbohong dan merosakkan. Baru sahaja 2 tahun kerajaan negeri Pulau Pinang kelam kabut dan PBA sudah mengalami krisis yang cuba diselindungi oleh Lim Guan Eng, KM paling celaka dalam sejarah Pulau Pinang.

Parti PAS pula sudah mula dijauhi termasuk penyokong-penyokong parti tersebut kerana perjuangan yang sudah hancur dan jauh menyimpang dari asalnya.

Maka, parti utama iaitu parti UMNO/BN tidak perlu berada di peringkat yang sama sahaja tetapi perlukan transformasi yang hebat untuk lebih menyakinkan rakyat.

Tuesday, October 19, 2010

MalaysiaKini Jahat & Busuk ?

Oleh MIM TEAM

Memang benarlah portal MalaysiaKini dikenali sebagai saluran media yang busuk hati, putar belit dan penipu. Portal itu mengolah berita dan artikel seolah-olah laporan berita itu menceritakan perkara yang benar tetapi hakikatnya, artikel wartawan mereka hanya sekadar ilusi dan mimpi wartawan tersebut.

Wartawan itu memutarbelitkan fakta dan memperalatkan pandangan segelintir pandangan orang ramai. Pandangan itu kemudiannya ditulis mewakili seluruh rakyat pada hal wartawan itu tahu pandangan itu tidak akan dapat mewakili pandangan rakyat.

Salah seorang daripada penulis artikel itu ialah Hafiz Yatim. Beliau menulis satu artikel yang jelas berselindung di sebalik persepsi dan kemungkinan tetapi hujah tersebut boleh disalahtafsirkan oleh pembaca-pembaca MalaysiaKini.

Di antara artikel Hafiz Yatim :-
Konsep 1 Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang sukar untuk 'dijual' di kalangan rakyat Malaysia, malah sebahagian besar pemerhati berpendapat ianya lebih sukar untuk ditelan oleh Umno sendiri - parti pimpinan Najib yang mempunyai seramai 3.6 juta ahli.

Kalangan Umno berpendapat bahawa 1Malaysia mencairkan raison d'etre(sebab kewujudan) parti itu - iaitu memperjuangkan agenda Melayu - dan telah meletakkan mereka dalam keadaan yang janggal untuk bercakap sebagai pemimpin nasional dan bukan komunal.

Dalam perhimpunan agung tahun lalu, beberapa perwakilan secara peribadi telah menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap logo besar 1Malaysia yang dipasang di sekitar tempat perhimpunan itu atau bendera parti dalam bentuk logo 1Malaysia.
Jika kita baca artikel di atas, jelas berlaku olahan dan manipulasi ayat-ayat yang sangat jahat.

MIM mendapat maklumat yang sangat berbeza dan menyangkal dakwaan si Hafiz Yatim. Ahli-ahli UMNO berpendapat bahawa 1Malaysia adalah kesinambungan perlaksanaan yang melibatkan pelbagai kaum di negara ini.

Memang benar parti UMNO memperjuangkan agenda Melayu tetapi artikel tersebut gagal melaporkan bahawa parti UMNO turut mengambil kira kesejahteraan dan hak bangsa-bangsa lain di dalam negara ini.


Kerana itulah warganegara berbilang bangsa di negara ini dapat hidup dengan aman dan sejahtera di negara ini. Hanya parti pembangkang seperti DAP yang sengaja cuba membakar api perkauman di negara ini.

Kerakusan hanya kerana mahukan kuasa memang wujud di dalam parti DAP dan rakan-rakan politik yang lain sehingga mereka tidak lagi mempedulikan akibat-akibat buruk yang boleh berlaku dek kerakusan mereka itu.


Lagi pun DAP memang parti yang bangang seperti Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan kroni-kroni mereka.

Beginilah prinsip dan dasar MalaysiaKini yang sungguh buruk dan patut dipantau untuk menerangkan pembohongan dan manipulasi protal berita itu.

Friday, October 15, 2010

Bloggers Pro-BN : Yang Mana Lebih Berfaedah Untuk BN ?

Oleh Shamsul Akmar

KEPUTUSAN Datuk Seri Utama Rais Yatim membuat laporan kepada polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan diambil ke atas blogger ternama Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky's Bru, memperlihatkan kegusaran Rais.

Bukan sahaja Rocky menjadi sasaran kegusaran Rais, seorang lagi blogger Zakhir Mohamad serta pengendali blog Taikor and Taikun tidak terkecuali.

Kemarahan Rais timbul daripada laporan mereka yang menyatakan terdapat cakap-cakap yang anaknya mendapat kontrak satu projek yang dikendalikan oleh kementeriannya.

Memang Rais berhak merasa kecil hati jika laporan itu tidak benar. Ini berkaitan dengan kredibilitinya.

Tetapi cara mana marah itu mahu disalurkan juga tidak kurang pentingnya kerana Rais seorang Menteri dari UMNO dan jurublog-jurublog yang menyakitkan hatinya terdiri daripada mereka yang bersimpati dengan UMNO dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Adalah menyedihkan bagi seorang menteri yang memegang portfolio penerangan terpaksa menggunakan saluran undang-undang untuk menebus kredibilitinya, sedangkan dia diharapkan berkemampuan menangani seribu satu kecaman dan kritikan melalui saluran penerangan.

Tindakan Rais menggunakan saluran undang-undang dalam menangani kritikan atau kecaman, menimbulkan persoalan.

Yang lebih membingungkan ialah ketangkasan SKMM untuk bertindak ke atas jurublog-jurublog ini yang "kesalahan" mereka hanyalah berkongsi dengan umum tentang apa yang sedang diperkatakan mengenai anak Rais.

Apa yang ditulis oleh jurublog-jurublog itu amat mudah untuk disanggah oleh Rais sendiri. Beliau hanya perlu memperlihatkan dokumen kontrak yang dipertikaikan dan jika anaknya tidak terbabit, Rais akan keluar dengan berbau harum.

Adakah SKMM hanya akan bertindak dengan tangkas terhadap jurublog-jurublog yang selama ini mempertahankan kepentingan Melayu?

Tetapi apabila berhadapan dengan anasir-anasir perkauman seperti Namewee, Kathy Lim serta pemimpin-pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang secara terbuka memaki hamun Melayu dan menghina Islam, SKMM tidak mampu bertindak pantas dan tegas?

Apakah cuma nama Rais yang perlu dipertahankan sedangkan agama Islam, bangsa Melayu serta maruah kepimpinan UMNO boleh dihina dan dikeji sesuka hati tanpa perlu laporan polis dan tindakan daripada SKMM?

Jika ada tindakan diambil sekalipun, ia lesu dan lembab sedangkan SKMM pasti sedar bagaimana marahnya orang Melayu terhadap blog-blog serta portal berita yang saban hari menghina Melayu dan mengeji Islam, jika tidak melalui berita, melalui komen-komen yang dikeluarkan.

Kerana itu, tindakan Rais dan SKMM terhadap Rocky dan jurublog-jurublog lain di atas isu ini tidak harus berlaku. Bagaimanapun ia telah terjadi dan Rais serta SKMM harus mencari jalan menyelesaikannya dan menjernihkan kekeruhan tersebut.

Jika tidak banyak lagi 'jambatan' yang akan terbakar dan Rais tidak akan mampu memadamkannya. - Utusan Malaysia

MIM : Bloggers pro-kerajaan mempunyai tugas yang lebih penting untuk menangkis dan mendedahkan kelemahan dan keburukan parti pembangkang kepada rakyat. Tugas ini yang lebih penting dari segalanya.

Thursday, October 14, 2010

Mesti Tonton Video !! : Pengakuan Bekas Pembantu Anwar Ibrahim!

Oleh MIM TEAM

MIM sempat mengambil video mengenai laporan polis yang dibuat oleh Rasid, bekas pembantu Anwar Ibrahim di dalam berita TV3 semalam. Terima kasih TV3.

Di sini juga MIM sediakan foto-foto untuk mempermudahkan pemahaman kita tentang isu Rasid.


Rujuk foto-foto di bawah :-












Sila tonton video di bawah :-



p/s : Wartawan.....wartawan........wartawan.....

Saturday, October 09, 2010

Saksikan Video : Tengku Razaleigh Setuju Sebagai Pengerusi Jentera N45 DUN Galas

Oleh MIM TEAM

Kepulangan Tengku Razaleigh dari luar negeri membawa berita yang menggembirakan apabila beliau secara sahnya menerima perlantikan sebagai Pengerusi Jentera Pilihanraya N45 DUN Galas.

Saksikan video di bawah :-



Akan tetapi, berita ini pasti mengecewakan jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat Galas. Jika kita mengikuti perkembangan pilihanraya kecil di Galas, keputusan Tengku Razaleigh itu secara tidak langsung telah menjatuhkan semangat parti PAS untuk bertanding di sana.

Ia belum lagi jika Tengku Razaleigh bersetuju menjadi calon BN di Galas. Jika beliau bersetuju, ramai yang menyarankan agar parti PAS tidak bertanding di pilihanraya kecil tersebut. Ianya merupakan strategi politik yang bakal memakan diri sendiri dan membuang wang parti Pakatan Rakyat.

Adalah lebih baik jika wang itu digunakan untuk membiayai program-program kemiskinan di Kelantan.

Tengku Razaleigh juga mematahkan propaganda parti Pakatan Rakyat kononnya beliau di disishkan dari UMNO. Video di atas sudah cukup membuktikan bahawa Tengku Razaleigh masih bersama parti UMNO!

Sila Baca : Biodata Datuk Edmund Chong Ket Wah.


Datuk Ir.Edmund Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah(1956–9 October 2010) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Bersatu Sabah(PBS), sebuah parti komponen Barisan Nasional.

Beliau adalah Ahli Parlimen bagi kawasan Batu Sapi apabila memenanginya dalam Pilihanraya Umum tahun 2004 tanpa bertanding dan Pilihanraya Umum tahun 2008 mengalahkan calon bebas. Beliau juga memegang jawatan ketua bahagian Elopura dan bendahari agung PBS.

Dalam Pilihanraya Umum 2008 Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Batu Sapi, negeri SabahChong Ket Wah @ Chong Ket Fah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 9479.

Calon lawan ialah Chung Kwong Wing dari (Bebas) mendapat 5,771 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 63.06% . Undi rosak sebanyak 730.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal.

Beliau meninggal dunia pada usia 54 tahun di dalam satu kemalangan jalanraya apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di jalan Sembulan-Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Oktober 2010. - wikipedia.

Tengku Razaleigh Calon N45 DUN Galas...

Oleh MIM TEAM


Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju menjadi Pengarah Jentera BN di Pilihanraya Kecil N45 DUN Galas. Keputusan beliau itu sahaja telah melumpuhkan sebahagian besar daripada semangat jentera PAS dan Pakatan Rakyat di Galas.


Segala propaganda yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat begitu jelas tidak dapat mengubah sebarang keputusan melantik Tengku Razaleigh. Kesihan!

Kita semua tahu Tengku Razaleigh mempunyai aura dan kekuatan yang tidak dapat ditandingi di Parlimen Gua Musang, apatah lagi DUN Galas. DUN Galas pun tidak dapat ditambahbaik oleh mantan ADUN sebelum ini disebabkan oleh masaalah kesihatan beliau dan juga ketidakmampuan PAS menyalurkan kesejahteraan kepada penduduk Galas.

Dan penduduk Galas pun tahu!
Ramai pro-pembangkang yang cuba memburukkan perhubungan di antara Tengku Razaleigh dan kepimpinan UMNO dengan mengeluarkan cerita-cerita lama kononnya Tengku Razaleigh dibuang dan diketepikan oleh UMNO.

Sekurang-kurangnya, Beliau masih menjadi ahli UMNO dan berpegang kepada perjuangan parti, bukan seperti Anwar Ibrahim, Zaid Ibrahim dan Chua Jui Ming yang merajuk bodoh. Malah, mereka ini telah mengganggu gugat keharmonian negara dengan stail politik kotor dan samseng mereka.

Seperti yang sangat-sangat diharapkan, Tengku Razaleigh telah bersetuju menjadi Pengerusi Pilihanraya BN N45 DUN Galas.
Sekarang, satu lagi harapan besar rakyat DUN Galas ialah Tengku Razaleigh menjadi calon pilihanraya kecil N45 DUN Galas.

Dan semua orang tahu beliau adalah wakil rakyat terbaik di DUN Galas.
Jika Tengku Razaleigh bersetuju, tidak perlulah parti PAS bertanding di DUN Galas. Lebih baik jika parti PAS menggunakan wang itu untuk membantu rakyat!

Friday, October 08, 2010

Saksikan Video !! : Tun Dr Mahathir Sihat & Pulang Ke Malaysia!

Oleh MIM TEAM

MIM sempat merakam sedikit video kepulangan Tun Dr Mahathir ke Malaysia. Video ini diambil di dalam Berita TV3.

Tonton video di bawah ini :-


Dr Mahathir kelihatan letih tetapi tampak sihat. ALHAMDULILLAH... Semoga Dr Mahathir cepat sihat.

p/s : Dalam laut ada agar-agar !

Edisi Kesihan : Penyokong Bukan-Islam PAS Di Perbodohkan !

Oleh MIM TEAM

MIM tak tahu sama ada nak gelak atau kesihan dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)!

Di dalam HarakahDaily, Timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang kelakar dan menunjukkan bahawa DHPP menjadi kumpulan yang semakin sempit dan dayus dengan senario politik dan negara Malaysia.

Kenyataan beliau itu seolah-olah menunjukkan DHPP tidak berpijak di bumi yang nyata dan disuntik pelbagai persepsi yang tidak logik di otak kita yang waras ini. Tentu ianya berkaitan dengan ajaran salah yang dibawa oleh kepimpinan PAS.

Di antara kenyataan N. Bala Subramaniam :-
Beliau berkata demikian memandangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan antara tokoh PAS yang banyak membuka mata masyarakat bukan Islam untuk mendekati keindahan Islam serta perjuangan PAS.

"Umno atau Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri) tidak boleh selesaikan Islamofobia kerana mereka suka api perkauman.

"Tok Guru Nik Aziz, Dr. Mujahid serta pemimpin-pemimpin lain lebih layak dan boleh (tangani Islamofobia)," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.
MIM hairan dengan kenyataan di atas. Ianya seolah-olah menunjukkan N. Bala tidak mengikuti perkembangan negara dan dunia secara keseluruhannya.

Realitinya, bukan sahaja di Malaysia tetapi jika kita ikuti lawatan Najib Razak ke Eropah sekarang ini, Najib Razak banyak membuka mata warga Eropah tentang kemuliaan agama Islam dan berhujah menentang persepsi Islamfobia yang berlaku di seluruh dunia ini.


Jadi, bab manakah yang N.Bala cuba tegakkan itu? Atau beliau sekadar merepek kosong untuk melariskan jualan HarakahDaily?

HarakahDaily juga melaporkan :-
Menurut beliau, Nik Aziz, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan telah membuktikan bahawa pemerintahan PAS selama 20 tahun di Kelantan menyaksikan keharmonian semua agama dipelihara.

"Lebih 20 tahun memerintah (Kelantan), kita tidak dengar Tok Guru bermusuhan dengan agama-agama lain.

"Tok Guru suka semua rakyat beragama supaya rakyat jadi naik," ujarnya.
Sungguh hairan, apakah Timbalan Pengerusi DHPP itu tidak pernah berada di dalam Malaysia selama ini dan mengecapi keharmonian dan kesejahteraan yang telah terbina selama ini di bawah kerajaan UMNO/BN?

Apalah 20 tahun jika dibandingkan dengan 52 tahun negara ini diperintah oleh BN/UMNO?

Dan apakah peratusan kaum di Kelantan yang tidak mewakili peratusan sebenar kaum negara Malaysia ini boleh dijadikan 'peluru' untuk memperlekehkan kerajaan BN/UMNO?

MIM sarankan kepada N. Bala Subramaniam supaya dapatkan fakta yang betul dulu sebelum membuat kenyataan yang cetek dan bodoh seperti di atas.

Kenyataan N.Bala lagi :-
Katanya era Najib menyaksikan orang bukan Islam dihalang dari mendekati Islam.

"Zaman Najib, orang bukan Islam tak boleh masuk masjid, nama (kalimah) Allah tidak boleh sebut, rumah ibadat terbakar dan banyak lagi," ujarnya.
Kenyataan N.Bala di atas jelas menunjukkan bahawa beliau sudah jauh menyimpang dari fakta yang sebenarnya.

Sejak bila pula orang bukan Islam tidak boleh masuk mesjid?


N.Bala tahu ke isu yang sebenarnya ialah seorang wanita bukan Islam (yang tidak tahu berhadas besar atau tidak) masuk ke dalam ruang solat utama tanpa menutup aurat beliau?

Kalau ya lah UMNO/BN melarang orang bukan Islam mesuk masjid, kenapakah kita lihat ramai pelawat-pelawat bukan Islam terutamnya pelancong yang dibenarkan masuk ke dalam masjid PutraJaya atau pun Masjid Negara sejak dulu lagi?


Dan apakah N.Bala tidak tahu bahawa pemimpin-pemimpin PAS bercanggah sesama sendiri tentang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam?

MIM sarankan kepada N.Bala Subramaniam supaya tidak terlalu bergantung kepada informasi daripada HarakahDaily atau The Rocket. Sebaliknya, bukalah minda itu dan dapatkan fakta yang sebenarnya.

Dan kalau nak mengampu pun, berpada-padalah !

FACEBOOK DR MiM

My Blogger Tricks

FOLLOW BLOG MiM