Parti PAS pernah mengutuk dan menghentam parti UMNO/BN kerana kononnya sponsor pengundi luar dengan wang supaya balik mengundi. Mereka menghina UMNO seburuk-buruknya dan seperti biasa, pemimpin-pemimpin PAS memperalatkan hadis dan Al-Quran.
Pilihanraya umum ke-12 atau pun pilihanraya Manek Urai Julai 2009 dijadikan medan untuk memburuk-burukkan parti UMNO/BN kerana sponsor pengundi luar.Wan Abdul Rahman Wan Ab. Latif, Pengarah,Pusat Penyelidikan PAS Pusat pernah melabel UMNO/BN menggunakan pendekatan 'nafsu' di Manek Urai untuk memastikan kemenangan BN di sana. Beliau tanpa malunya memberi contoh seperti sponsor pengundi luar, sogokan pilihanraya dan sebagainya.
Sekarang apa sudah jadi?
RM250 adalah nilai sogokan yang PAS Kelantan kepada pengundi-pengundi luar DUN Galas. Apa kata Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat kali ini?
Bukankah kenyataan terbuka PAS Kelantan itu berlandaskan 'nafsu' seperti yang beliau tuduh UMNO/BN?
Hakikatnya, pemimpin-pemimpin parti PAS sudah jauh menyimpang dari landasan asal. Mereka terlalu taksub mengejar kuasa duniawi sehingga tidak lagi mempedulikan isi hati ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang selama ini menaruh keyakinan kepada mereka.
Ramai yang telah sedar dan sudah mual dengan cara kepimpinan parti PAS memperalatkan agama Islam untuk kepentingan parti. Yang mengecewakan mereka ialah betapa ajaran Islam itu boleh dimanipulasi sesuka hati untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.

Dan yang menyakinkan penyokong-penyokong PAS untuk tidak mempercayai PAS lagi ialah apabila berlakunya perkahwinan songsang di antara PAS dengan DAP. Itu sudah melampau dan PAS telah kehilangan ramai penyokong!
Dalam hal ini, penyokong-penyokong PAS tidak boleh disalahkan jika bertambah ramai yang tidak lagi menyokong parti itu. Semuanya adalah salah pemimpin-pemimpin PAS!

