JOIN FACEBOOK DR MIM

Saturday, November 20, 2010

MEMALI 1985 : MEMPERINGATI PENGHINAAN PAS KEPADA BALU IBRAHIM LIBYA & WANG DERMA YANG DIGELAPKAN !


Oleh MIM TEAM


Peristiwa Memali sudah 25 tahun. Hanya mereka di umur 35 tahun ke atas yang mungkin tahu tentang peristiwa berdarah itu. Yang lain tidak tahu, hanya sekadar membacanya di wikipedia dan internet.

Tragedi itu boleh dielakkan tetapi berlaku juga. Mereka y
ang meninggal dunia kerana percaya kepada perjuangan parti PAS, hari ini telah dicabuli dek kerasukan pemimpin-pemimpin parti PAS hari ini yang bersekongkol dengan DAP dan mengenepikan perjuangan negara Islam.


Banyak perkara yang masih tiada jawapannya sehingga ke hari ini. Dan tidak mungkin pemimpin-pemimpin veteran PAS berani untuk menjawabnya!

Di manakah hilangnya wang derma untuk keluarga di Memali? Kenapa parti PAS berdiam diri dan tidak menerangkan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS.


Walau pun sudah 25 tahun, wang derma itu entah ke mana!

Bagaimana pula dengan balu Allahyarham Ibrahim Libya yang dihina oleh PAS sendiri?
Manipulasi PAS dalam membolehkan mereka menerima banyak wang derma atau sumbangan ikhlas dari Islam seluruh negara, khususnya dari kalangan penyokong-penyokong PAS. Iklan-iklan mengenai Tabung Mangsa Memali disiarkan dalam akhbar resmi PAS, Harakah.

Tidak cukup dengan itu, para pejuang PAS yang mendakwa bersifat mujahid menerbitkan berbagai bahan bacaan seperti buku dan makalah bagi menarik simpati ahli PAS dan juga orang ramai.

Pada pandangan umum segalanya berjalan lancar dan waris-waris mangsa benar-benar telah mendapat pembelaan.

Begitulah yang tersurat mengenai tabung berkenaan.Mereka yang bersimpati dan telah memberi sumbangan berasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana derma ikhlas mereka sampai kepada apa yang dimaksudkan. Sesungguhnya Allah S.W.T. Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Kehendak Allah tidak dapat di duga oleh hamba-hamba-Nya, walaupun oleh mereka yang bertaraf ulama. Maka dengan kehendak-Nya sekumpulan waris mangsa tragedi Memali membuat aduan polis mengenai wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan tabung berkenaan.

Tarikh 27 Julai 2000 merupakan hari meletupnya 'bom jangka' yang sekian lama terpendam dikalangan waris mangsa. Bagi pihak waris mangsa yang diketuai oleh Zainon Ismail, segalanya dilakukan kerana ruang untuk menyelesaikan masalah yang tercetus dari isu penyelewengan tabung berkenaan telah tertutup rapat dan nama baik mereka tercemar dengan teruknya.

Adalah difahamkan bahawa pihak pucuk pimpinan PAS, khususnya Datuk Fadzil Noor tidak mengendahkan pendedahan mereka malah memihak kepada pihak yang didakwa.

Ekoran laporan akhbar mengenai pengakuan bahawa balu-balu tragedi Memali tidak mendapat bantuan setimpal daripada pengurusan Tabung Mangsa Memali, balu Allahyarham Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya, Soleha Hussain mendedahkan bahawa beliau menjadi mangsa penghinaan oleh penyokong-penyokong PAS.

Katanya, beliau berasa sedih apabila dihina dengan kata-kata kesat termasuk menggelarkan dirinya sebagai isteri syuhada murahan.

Menurutnya, penghinaan itu dibuat melalui panggilan telefon yang diterima sejak tersiarnya beberapa laporan di akhbar-akhbar mengenai dakwaan berlaku penyelewengan dalam Tabung Memali.

Berdasarkan maklumat yang diterima, mereka yang terlibat dalam pendedahan itu berada dalam ketakutan kerana diugut oleh penyokong-penyokong PAS dari luar Memali. Kononnya ada yang memfatwakan bahawa darah mereka halal kerana mereka telah dianggap penderhaka PAS. (seterusnya)

Salah seorang mangsa tragedi Memali, Encik Manas Abdullah, 57, menegaskan kesemua mereka (mangsa tragedi) kecewa dengan sikap Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS yang berat sebelah. Jelasnya, Datuk Fadzil perlu mendengar penjelasan pihak mangsa bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam pengurusan tabung berkenaan.

Katanya, sebagai mangsa tragedi itu, beliau mahu hasil kutipan tabung itu diserahkan kepada pihak yang sepatutnya.Seorang lagi mangsa, Azmi Haji Salim, 51, mendakwa hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah.

Akibat daripada penyelewengan itu, ahli-ahli PAS di kawasan itu berpecah belah termasuk dalam soal menguruskan kenduri kendara di kalangan ahli parti itu. Mereka mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan.

Balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmud, Soleha Hussain, mendedahkan sendiri 'bahawa pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan'

ISA : Ayuh Kita Counter Balik Program DAP/SUHAKAM!!


MIM difahamkan bahawa SUARAM/DAP akan mengadakan satu program mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA pada hari Ahad 21 November 2010 (Ahad) jam 10 pagi di Komtar Walk.

Kita menyeru kepada rakyat Pulau Pinang yang cintakan keamanan dan ISA supaya turun beramai-ramai di Komtar Walk.

Kita counter balik ! Jangan biarkan SUARAM dan DAP sesuka hati mereka mengadakan program itu.

Lebih ramai rakyat Malaysia yang menyokong ISA !!

Jangan biarkan mereka !! Datanglah beramai-ramai !!

Sebarkan !!


p/s : Mengikut sejarah, DAP pernah menyokong ISA ! Hipokrit ! KLIK SINI

Friday, November 19, 2010

Apa la lu......Chua Soi Lek !

Oleh MIM TEAM

Komentar dari pembaca MIM :-


Heboh diperkatakan di laman-laman blog pro-pembangkang sejak kebelakangan ini tentang komen spontan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek di dalam twitternya antara lainnya beliau memberi komen pendek tapi berapi serta penuh kontroversial seperti berikut:-

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,”

Betoi ka Dr Soi Lek sampai boleh mengeluh lagu tu dalam media maya?

Takkan dia tak tahu, tiap-tiap tahun Hari Raya Haji diistiharkan cuti Umum di Malaysia?

Janganlah senang-senang bagi bola tanggung pada parti-parti pembangkang!

Setaraf pemimpin terkanan BN seperti Datuk Seri Chua Soi Lek boleh senang-senang ‘pass remark’ lagu tu ka?

Walaupun saya sendiri penyokong kerajaan, janganlah bagi orang Melayu marah dengan kenyataan dangkal beliau lagu tu…

Cuba kita terbalikkan ‘statement’ beliau di atas dan katakan yang berkata tu pulak adalah Presiden UMNO;

“Disebabkan Perayaan Tahun Baru Cina, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada pemimpin MCA ?
Ia sunyi di Pulau Pinang,”

Kalau lagu ni punya ‘statement’, sampai bila-bilapun rasanya tak akan amanlah Malaysia ini.

Soi Lek…Soi Lek…tidak habis-habis menyusahkan DS Najib dan lain-lain pemimpin BN.

Orang dok bersusah payah menjiwai 1 Malaysia, dia senang-senang dan tak berfikir panjang bagi komen lagu tu di media maya…

Harap-harap DS Najib dapat panggil dia secepat mungkin dan minta dia beri penjelasan selanjutnya….

Kalau boleh suruh dia minta maaf sekali.

Thursday, November 18, 2010

GEMPAR : Gambar bekas Permaisuri Agong tersebar di blog.


SHAH ALAM –: Kecoh apabila tersebar gambar kontroversi membabitkan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Besar Selangor Siti Aishah Datuk Seri Abdul Rahman dengan bekas penerbit rancangan Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al Attas di sebuah laman blog.

Blog milik Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers memaparkan gambar-gambar yang didakwa mesra dan rentetan peristiwa ‘percintaan’ di antara mereka.

Uncle ketika dihubungi berkata, awal perkenalannya bermula sejak Januari lalu apabila Aishah dan keluarga mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.

“Ya, saya akui memang pernah bercinta dengan dia (Aishah) selama dua bulan iaitu pada bulan Mei dan Jun lalu.

“Namun, ia bukanlah cinta sebenar dan kerana itu dipanggil ‘cinta syyhh’ yang mempunyai maksud tersendiri,” katanya.

Menurutnya, hubungan berkenaan hanya diketahui ibu Aishah, Datin Seri Shamshina A Rahman, ahli kumpulan Seekers dan dirinya sahaja.

“Blog itu adalah milik saya yang dianggap seperti rumah untuk berbuat apa sahaja tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

“Semua gambar itu adalah daripada kamera Aishah sendiri yang sering dibawa ke mana sahaja sebagai peneman kerana dirinya akan dikurung oleh bapanya apabila pulang ke rumah.

Beliau berharap dengan tersebarnya gambar berkenaan Aishah dapat berkahwin dengan lelaki yang disukai tanpa disekat pihak tertentu.

“Pada bulan Jun lalu, saya menerima kiriman pesanan ringkas dan panggilan berbaur ugutan daripada bapanya supaya tidak mengganggu anaknya lagi.

“Kemudian saya memberitahunya supaya tidak lagi berhubung dan sejak daripada itu kami tidak lagi menghubungi antara satu sama lain,” katanya. - Sinar Harian

Wednesday, November 17, 2010

HarakahDaily Kelentong Lagi !: YB Farid Jadi Mangsa !

Oleh : Pejuang Bangsa

Akhbar yang terkenal dengan bohongnya & putar belit fakta , Harakah nampaknya terus ligat melalukan rutin harian mereka ini . Terbaru keluaran 15 November 2010 , PB melihat tadi di kedai jual akhbar di Prmtg Pauh dengan tajuk muka depannya " Akhirnya UMNO Mengaku" sebagai berita utama .

Adakah benar dakwaan Haprak Daily ini ?? Benarkan YB Farid menyatakan beliau mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah pemimpin negeri semasa berkuasa menjadi punca terhakisnya tanah Melayu di PP ? Jangan mudah percaya cakap wartawan kaki fitnah akhbar fitnah dan putar belit ini kerana orang yang berada di situ sahaja tahu perkara sebenar .

PB ingin beritahu di sini bagaimana mereka ini berbohong kepada ahlinya supaya hadir ramai ke forum itu ( 80 % puak PAS ) dengan menyebarkan sms dengan menukar tajuk forum itu dari Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang : Apakah jalan penyelesaian ? kepada Siapa Pengkhianat Tanah Melayu .

Lihat lah sendiri pembohongan mereka ini bermula . Apabila PAS menerusi akhbar harakah mereka hari ini berbohong dan manipulasi kenyataan Yb Farid Saad di dalam forum itu , PB cuba mendapat penjelasan dari beliau dan ini kenyataannya menerusi sms ...

" Tidak sama sekali !! Harakah telah manipulasikan cerita . Saya katakan bahawa ada pemimpin yang alpa dan cuai ... Kenyataan yang sama saya gunakan dalam ucapan perhimpunan Agung UMNO .

Di awal ucapan saya , saya kata kehadiran saya adalah untuk mencari penyelesaian dan bukannya mencari salah siapa . PAS spin suruh saya tutup buku . Saya kata kena stop blaming game , mereka kata pemimpin UMNO tidak amanah."


Jadi di sini , kenyataan Adun BN Pulau Betong telah diputarbelitkan oleh Harakah ! Pemimpin PAS sendiri dalam forum tuduh pemimpin UMNO tidak amanah dan bukannya YB Farid sendiri mengaku.

Ada ka patut pemimpin depa sendiri cakap lepas itu tuduh orang lain cakap . Memang dasar kaki fitnah dan putar belit puak2 PAS ini . Jika ada video forum itu , kita boleh lihat sendiri siapa yang benar dan buat fitnah.

Erti Ibadat Korban.




“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Tuesday, November 16, 2010

Wow.....Rombakan Kabinet : Siapa dan Di Mana?

Oleh MIM TEAM

MIM mendapat khabaran dari sumber yang boleh dipercayai tentang line-up kabinet akan di adakan tidak lama lagi. Ada beberapa indikasinya.

Beberapa Menteri akan digugurkan, terdapat Menteri yang bertukar potfolio dan Timbalan Menteri yang dinaikkan ke Menteri.

Apakah Timbalan Menteri yang bertanding di dalam pemilihan sayap UMNO Malaysia yang lepas akan dinaikkan ke Menteri?

Apakah Menteri yang dikritik hebat sejak kebelakangan ini akan bertukar potfolio beliau?

Dan, apakah yang tidak di dalam kabinet sebelum ini akan akhirnya dilantik ke dalam kabinet kerajaan ?

MIM sudah tahu bayangannya! Tentu ramai di dalam alam maya ini akan terkedu dengan pilihan PM kali ini. Individu itu dikritik tapi PM pilih juga. Tentu ada sebab dan hikmahnya.

ARTIKEL TOP MINGGU INI.

.